Aug 23, 2011

Turun 4 Kg dalam masa 4 hari...!

As salam semua..

nak cite ni..untuk pengetahuan semua, yana sekarang dalam proses mengecilkan badan.. dan yana consume cinch shake ini...

dan alhamdulillah..kesannya amatttt memberangsangkan.... dalam masa 4 hari yana dah hilang 4kg berat badan...

mungkin ada yang anggap, biasa lah turun berat masa puasa ni...tapi tidak pada yana... yana TIDAK kehilangan berat badan langsung sepanjang berpuasa... tapi berat tu mantain je 73kg..! dan skrg sudah 69kg...!

TAK SABAR NAK TURUN KE ANGKA 5 pulak..!
doakan yana ye kawan2...

tapi bukan setakat cinch shake yang yana makan..ade lagi.....

kalo nak tau, leh PM di facebook atau SMS ke 0127470856 ok...


oh ya..cinch shake cuma berharga rm173(EM) (^_^)

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma dan harga menarik? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 20, 2011

Jom cantik cara Ayu Raudhah

As salam semua..kali ni nak share pasal vivix....kalau cakap nak canti,,,sume orang nak cantik kan..kalau cakap nak sihat, semua orang pun nak sihat juga kan,... tapi camne nak cantik tapi sihat???

kali ni nak share rahsia kesihatan dan kecantikan pelakon Nur Kasih, AYU RAUDHAH adik Rozita Che Wan

ayu-raudhah-bertudung

cantik kan....!!!!

Ayu Raudhah, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman VIVIX daripada Shaklee sebagai suplemen harian beliau.

yoursupermom_vivix

Antara lain tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah sendiri:

Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai

Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya

Tips kesihatan tubuh badan

- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap
Shaklee (Vivix)

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Walaubagaimanapun, pengambilan VIVIX adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi.

Harga sebotol VIVIX ialah RM380. Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut tentang VIVIX dan membuat pesanan.


______________________________________
wow terujanya saya baca... rasa nak gi beli VIVIX sekarang gak.. (malangnye i sedang menyusukan anak sekarang..hehehehe)


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 17, 2011

Cara hilangkan dan kurangkan kembung pada baby

As salam kawan2..lame tak menulis...

Hari ni nak share cara kurangkan kembung pada baby..ni yang aku buat untuk anak2 ...
cara hilangkan kembung baby
1. urutan: urutan yang selalu yana buat pada anak2 camni..
-sapu minyak pada perut dan seluruh kaki baby
-urut bentuk love pada perut baby
-urut belakang betis dan belakang peha baby gunakan ibu jari
-tekankan lutut baby pada perut baby..nanti baby akan kentut..
-insyaallah sgt berkesan

2. tuam: lepas mandi tuam baby ngan tuala yang dah dihangatkan kat seterika..hehehhe

3.pam: jika susu sgt banyak..kene pam dulu..sebab kalau deras sangat aliran susu, baby pun tercungap2 isap dan secara tak langsung angin pun akan masuk sekali..huhuhuuu.. atau... sila pegang cik B anda bentuk gunting k untuk slowkan aliran susu..

4. jangan lupa sendawakan baby ye...

sharing is caring...!


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 9, 2011

Paras Gula Turun Selepas Mencuba Fiber (pesakit Diabetes)

Diabetes merupakan satu penyakit yang sebenarnya tidak boleh dipandang ringan..kerana bagi pengidap diabetes atau kencing manis, pada satu tahap tertentu sekiranya paras gula dalam badan mereka tidak terkawal, ia akan boleh menjejaskan semua organ dan sistem badan seperti kegagalan ginjal, mata, jantung, hati dan pelbagai lagi yang kadangkala boleh membawa maut. Sebab itulah diabetes digelar sebagai "Silent Killer" atau Pembunuh Senyap. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang tanda-tanda dan risiko diabetes di entry selanjutnya yer.

Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

  • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul.
Kebiasaannya diabetes lebih senang menyerang golongan yang berusia...namun kini golongan muda bahkan kanak-kanak juga ada yang mengidap diabetes disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat.

Sekiranya ada di kalangan ahli keluarga anda mahupun saudara mara atau rakan-rakan yang mengidap diabetes, anda bolehlah syorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit. InsyaAllah!

Produk Shaklee yang disyorkan untuk pesakit diabetes:-
  1. Fiber Plan Unflavoured - serat semulajadi tanpa perisa. Untuk mengelakkan sembelit, menyerap semua gula yang berlebihan (pesakit diabetes), lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan badan untuk disingkirkan melalui perkumuhan. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. B-Complex - menukarkan gula berlebihan dalam badan kepada tenaga.
  3. Zinc - menggalakkan pengeluaran insulin serta membantu menyembuhkan luka.
  4. Vitamin C - diperlukan untuk proses penyembuhan luka. Luka lambat sembuh tanpa vitamin C.
  5. Vita-Lea - multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh memandangkan pesakit diabetes perlu mengawal jumlah makanan harian.
  6. Performance Drink - membantu mengawal tahap glukosa dalam badan pada tahap normal dan seimbang seperti yang diperlukan oleh badan.


Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh dapatkan Pakej Mini Diabetes iaitu RM296 (WM) / RM316 (EM) seperti berikut:-
  • Set A (Vita-lea, B-Complex & Vitamin C) - RM75 [Fullpack: RM188]
  • Add-on 30 biji Zinc - RM10 [Fullpack: RM27]
  • Fiber Plan Unflavoured (1 canister) - RM145 (WM)/RM161 (EM)→ Tiada trial pack kerana ia serbuk!! Boleh tahan hingga 4-5 bulan.
  • Performace Drink (1 canister) - RM66 (WM)/RM70 (EM)→ Tiada trial pack kerana ia serbuk!! Boleh tahan hingga 2-3 bulan.
Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, boleh dapatkan Set Penuh untuk Pakej Diabetes iaitu RM426 (WM) / RM446 (EM) yang lebih menjimatkan!!


Jadual makan vitamin :
1 biji sehari Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C & Zinc (selepas makan)
1/2 sudu teh sehari dicampurkan dalam sejug air atau minuman jus kegemaran.

Tak percaya?? Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.

"Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol.

Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....
Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...


Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung.

Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira.

"Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya.
(Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)

SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini. Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti.

Satu lagi minuman yang saya bekalkan untuk mak dan ayah saya adalah Shaklee Performance Drink khusus untuk membekalkan mereka tenaga dan mengelakkan dari dehidrasi sewaktu beribadah di Mekah kelak. Semoga mak dan ayah saya dapat melakukan ibadah Haji dengan lebih bertenaga dan sempurna tanpa sebarang halangan... insyaAllah..."

*kredit

Anda berminat dengan produk atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 8, 2011

Nuffnang Ads Water Pitcher Shaklee, portable, jimat dan memelihara alam sekitar


Kalau anda selalu berkursus atau bercuti, pasti anda akan menggunakan air paip di hotel dan dimasak untuk diminumkan. Mungkin juga anda akan membeli berbotol-botol mineral water untuk dijadikan air minuman. Tambah-tambah lagi yang nak bancuh susu anak. Malangnya, botol-botol air mineral ni akan menambah sisa buangan di muka bumi. Apa kata anda berubah kepada Get Clean Water Pitcher Shaklee. Jug berfilter yang portable ini sangat berbaloi. Harganya kurang dari RM400 berbanding beribu RM harga filter yang perlu di install di rumah malah ia boleh dibawa di mana-mana sahaja.

Semperna Raya yang bakal tiba ni, bagi yang mencari hadiah untuk ibu mahupun ibu mertua anda, Get Clean Water Pitcher Shaklee piihan yang bijak!!!




Keistimewaan WATER PITCHER Shaklee

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.


PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.


MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


*kredit

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 7, 2011

Cergas, bertenaga berpuasa dengan Mighty 3 Gems

Mighty 3 Gems adalah satu program kesihatan Shaklee, kini dalam pakej Ramadhan yang istimewa


Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, sebagai minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), Mighty 3 Gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta tarawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.
*kredit

Dapatkannya dengan harga istimewa daripada Yana...

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com
Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 5, 2011

Bulan Puasa susu mencurah-curah

As salam semua..

bulan lepas yana banyak mendapat SMS dan mesej di facebook..ramai ibu bertanya, macam mana nak pastikan susu ibu tak merundum semasa berpuasa nanti.. dan di bulan Ramadhan ini, masih banyak mesej-mesej yang yana terima, dari ibu2 yang mengalami masalah susu merundum, lemah dan tak bertenaga semasa berpuasa...

untuk itu yana suggestkan ibu2 mengambil set B+ESP +PD.. alhamdulillah feedback yang yana dapat sgt memberansangkan...
Link
mari kita baca testimoni dari seorang customer Shaklee GBS.. kredit to kak N

Sekadar perkongsian ringkas dan mudah2an memberi manfaat kepada semua ibu yang berpuasa.


Perasan tak apa yang beliau lakukan untuk membanyakkan susunya?


" Saya telah tambahkan sesi mengepam"


Apa yang beliau perolehi hasil kesungguhan beliau?

" Di bulan puasa ini saya amalkan ESP + PD + set B. Ya ALLAH! mencurah-curah susu. Menangis saya kerana kesabaran saya membuahkan hasil akhirnya. Alhamdulillah..."


Nak berjaya dalam penyusuan tidak semudah ABC...perlu kesungguhan, kesabaran dan sifat istiqamah. Maka ibu-ibu yang sedang berusaha , amiklah iktibar dan semangat puan ini. Mudah-mudahan usaha diberkati dan hasil diperolehi seperti yang dihajati. Amin.


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 3, 2011

Kenapa Vitamin C Shaklee perlu dipatahkan dua jika anda demam atau selsema?





Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg



Perasankah anda di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained released? bagi mereka yang membeli fullpack bleh g tgk botol vitamin c anda sekarang.. Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Namun apabila kita demam atau selsema, saya akan advise amik sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam.. Selain itu, saya akan advise agar vitamin C itu dipatah dua sebelum ditelan..

Kena patah dua?Link

Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemua vitamin C 500mg.. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa. Maka saya harap agar lebih ramai yang sedat tentang kepentingan vitamin dalam kehidupan seharian..


*kredit to Salwa


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jul 30, 2011

Bila rasa itu datang

Bila rasa itu datang..
aku tak dapat menghindar..
kesayuan hati adalah jiwa...
aku yang masih mentah terus merangkak mencari titisan kasih...
dalam teraba aku temui..
dan kemudian terus bersinar..
membangkitkan aku menjadi dewasa...

hahahhaa....leh jadi penulis tak?

jangan tak percaya dulu pernah wakil Johor tau untuk ke Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2001 taw..

tapi bukan itu yang aku nak cerita..cuma mahu luahkan perasaan...

bila arwah mak meninggal, aku hilang...kasih mak takde taranya...tak boleh diganti dengan kasih ayah..tak boleh diganti dengan kasih mak tiri..kasih mak kasih abadi..

rasanya aku pernah cerita macam mana mak boleh pergi menghadap Illahi kan..mase tu aku form 5...sebulan lagi sebelum SPM... tiap2 malam aku akan bacakan yasin untuk mak.. pernah satu masa, seminggu sebelum mak 'pergi' mak cakap "baik anak mak".. terharu...

pada kawan2 di hostel yang tahu, tiap2 hari aku akan tido di hospital..dari hospital aku pergi sekolah..dan balik hostel..dan pergi hospital semula...tapi rutin tu berubah terus bila mak dah 'pergi'.. hidup di hostel selepas itu, tiap2 malam aku dipenuhi dengan bacaan yasin dan al-quran untuk mak..

pada mak aku kurang mengadu...sebab aku bukanlah pandai pamerkan perasaan..dan luahkan perasaan pada orang..sebab tu sampai sekarang masih ade orang bertanya "eh..mely...ko takde masalah ke? aku tgk ko hepi je selalu"

sungguh aku cakap..kalau aku ade masalah pun, bukan orang boleh tolong...hahaha

dan mak...mesti mak sedih melihat anak2nya yang masih kecil2 terpaksa ditinggalkan..aku tau..sebab mak pernah cerita kat mak usu aku..

dan kenapa hari ni aku feeling habis..teingatkan mak sangat2...

tapi apepun..doa aku sentiasa bersama mak..dan semoga dengan secebis doa aku mampu melepaskan mak dari siksa kubur..mampu menerangkan, meluaskan dan menyejukkan kuburan mak..dan mampu membawa mak ke syurga...insyaallah...

al-fatihah untuk mak...

terima kasih korang sebab baca lug=han perasaan aku..hhehhee..i lap u olls...

*psst: teringat makan mee sop pantai lido share dengan mak.sedap...

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jul 29, 2011

Parut hilang..payudara anjal..!

As salam kawan-kawan...

wahhhhh..tajuk menarik kan...wanita..mestilah nak kulit yang cantik...mulus...tanpa parut dll..kan..kan...

tu baru kulit...cik B pun same...sape tak mau cik B yang mantop... ! hehehe...

dan untuk mendapatkan hasil yang begitu, badan kita mestilah mendapatkan sumber protein yang mencukupi...

sebab tu mari kite tgk apa kepentingan protein untuk badan kita....
Tahukah anda, badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.Protien sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita.
Protien diperlukan oleh sel untuk membentuk sel baru. Sel yang sihat membantu menjana organ yang sihat seterusnya membantu kelancaran sistem tubuh badan.Kita boleh amalkan makan ikan, telur dan daging untuk dapatkan protien namun kita tak dapat lari dari kolestrol terutama masakan yang melibatkan minyak masak biasa. Kecuali kita memasak menggunakan minyak zaitun atau biji bunga matahari dan kos minyak ini setanding dengan khasiatnya.Ramai juga yang mengambil inisiatif dengan memasak kacang soya untuk dibuat air....namun protien tidak boleh pada suhu melebihi suhu badan manusia maka jika suhu yang tinggi boleh merosakkan banyak amino asid yang ada dalam kacang soya itu sendiri. (sebab tu saya pilih protin Shaklee kerana Shaklee menggunakan standard piawai yang tinggi dalam pemprosesan kacang soya untuk menjadi ESP demi menjaga kepentingan semua zat dan asid amino yang terkandung dalam kacang soya tadi.)
Apa2 pun, protin memang penting dan saya setuju menyatakan bahawa segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan pengumpulan sel2 lemah dan kurang sihat. Keperluan protin adalah kunci kesihatan yg optimum. Dan jika anda ingin tahu rahsia kulit tanpa noda, cantik, awet muda, keanjalan payu dara.. adalah dgn mengamalkan pengambilan protin, dan protin pilihan saya adalah ESP Shaklee Kenapa?Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.Ini antara sebab mengapa SHAKLEE ESP unik.
*kredit: Kak N dan Kak cery



Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jul 27, 2011

Tips untuk meningkatkan penghasilan susu

  1. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. Ellakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..

sumber: Shaklee GBS



Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jul 26, 2011

ESP??? penting ke

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins
100%

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Masalah ketidaksuburan dan cara menanganinya

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seseorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah ada sehingga membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca dari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:

* Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
* Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
* Penyakit berkaitan kelamin.
* Penyakit berkaitan masalah pelvik.
* Merokok.
* Pengambilan kafein yang berlebihan.
* Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
* Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Punca lelaki tidak subur:

* Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
* Sperma kurang cergas
* Sperma yang tidak sempurna
* Sekatan pada saluran semen
* Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:

* Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
* Pendedahan terhadap punca radiasi.
* Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Antara cara-cara untuk menanganinya
Pengambilan Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:

Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil Set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu, kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :) Amin

#kredit


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jul 24, 2011

Tips untuk ibu-ibu menyusu yang ingin berpuasa.


SAHUR
1.Makan makanan berkhasiat.
2.Makan buah kurma
3.Minum air secukup

KETIKA BERBUKA PUASA
1.Makan makanan seimbang
2.Minum air longan kering (rebus sendiri) atau apa2 air yang anda rasa boleh menambahkan susu..pastikan jangan ambil ais!

SEBELUM TIDUR
1. Amalakan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)

MEMERAH
1.Perah pada waktu sahur
2.Perah pada waktu rehat di pejabat
3.Jika perlu lebihkan memerah pada malam hari

MIND SETTING
1.Yakin boleh dan kawal emosi, elak dari stress
2.Kuatkan semnagat
3.Dapatkan sokongan

1) Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorng Islam. Gumpalkan nasi sebanyak tiga kali ketul. Baca surah Al-Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi surah Al-Ikhlas setiap kali anda makan seketul gumpalan nasi tadi.

2) Dah habis tiga gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali dan makan sebiji buah kurma (ulang sehingga 7 kali bersamaan dengan 7 biji kurma).

3) Pastikan selepas berbuka sehingga bersahur banyakkan minum air masak. Letak botol di tepi katil untuk memudahkan kita minum setiap kali terjaga dari tidur.
*kredit to dilla jalil@KIM

Ibu-ibu sekalian leh try Family Wellness set +alfalfa+ostematrix dan PD untuk mengekalkan tenaga berpanjangan sepanjang berpuasa, mengelakkan dehidrate dan memastikan tubuh dibekalkan dengan zat mencukupi...insyaallah badan segar, puasa lancar, susu pun tak merundum...

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

POPULAR POST