May 26, 2012

Alhamdulillah.. syukur sangat dipertemukan dengan SHAKLEE...

As salam semua.. hari2 dok cite pasal produk je kan.. hari ni nak cite penglibatan yana dalam biznes Shaklee ni..
Actually yana dah lama juga kenal SHAKLEE ni.. since baca blog upline yana, Kak Cery... masa tu sekadar silent reader je pun..then yana dan en.adam berfikir2, kami perlukan SIDE INCOME untuk memberi lebih keselesaan pada keluarga kami.. dan kebetulan.. en.Adam pun berkerja menjual supplement (bukan shaklee).. so yana decide better yana jual SHAKLEE...
so.. yana pun contact kak cery..terus nak jadi member..dan beli full pack untuk penyusuan (kebetulan yana pun sedang menyusukan Aidil).. dan memang berrkesannnnn sgt untuk yana..bukan setakat susu lebih pekat, banyak, aidil cepat kenyang, malas jerawat yana pun makin berkurangan, masalah resdung, elergik pada makanan laut pun settle ok..!
Bisnes apa2 pun perlukan usaha kan..pada awal2 penglibatan yana dalam biz ni, 14 BULAN YANG LEPAS... yana cuma dapat BONUS 2 angka je.. but yana keep sharing dalam facebook dan blog ini.. alhamdulillah.. walaupun agak lambat dan slow yana ni,. tapi sedikit2 pendapatan BONUS shaklee yana meningkat kepada 3 angka dan seterusnya ke 4 ANGKA seperti sekarang...dan insyaallah akan terus meningkat setiap bulan.. :)
Terus terang..yana rasa sangat bersyukur sangat dipertemukan dengan kak cery dan Shaklee.. kehidupan kami sekeluarga sangat berubah.. anak2 lebih gembira.. yana dapat membeli sebuah kereta untuk kegunaan sendiri.. dan insyallah.. bulan dec 2012 nanti yana nak beli rumah pula.. apepun.. perjalanan yana masih panjang lagi,...kejayaan yang dikecapi baru secebis...
Kepada kawan2 yang berniat dan berazam untuk mengubah kehidupan dan menambah pendapatan.. marilah bersama2 yana.. insyaallah anda akan di GUIDE untuk berjaya.. yang penting anda ada KEINGINAN, KEAZAMAN dan IMPIAN...
akhir kata..kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. kalau takde ujian dan ranjau sepanjang jalan.. kuranglah nikmat dan manisnya kejayaan tu..kan..kan.. :)
Anda ingin berjaya juga.. sila PM yana di facebook (Lyana Mansor) atau SMS yana di 012-7470856

May 22, 2012

ESP memang best....!!!

As salam semua.. selamat petang..
ok kali ni just nak share pengalaman seorang customer yana yang baru mencuba ESP.. beliau seorang ibu hamil.. dan sedang mencuba ESP di akhir kehamilan ini.. now sedang mencuba juga Ostematrix..
Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Puasa 1 rejab.. alamak,,!!! PD dah abis rupanya...huuuhuhuhuh

Salam 1 Rejab semua..

Alhamdulillah... hari ni yana juga mengambil kesempatan berpuasa sempena bulan yang diberkati ni..

jom kawan2.. sama2 kita baca doa ni..

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
(mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


seperti biasa... macam tahun lepas gak (puasa ramadhan) yana akan bersahur dengan ESP+Meal shake+Performance Drink..
TAPI...
tadi nak bancuh tengok2 PD dah abis...!!! huhuhu.. siaapakah yang menghabiskan PD ku????
hahhaa.. takpe lah... ESP + meal shake pun tetap mengeyangkan... tapi yana mix sekali ngan horlick.. memangggg sodapppp....
ok jom kita baca apakah khasiat 3 produk ini untuk anda yang berpuasa...
ESP
mengadungi protein.. selain baik untuk pemulihan dan pembaharuan sel.. protein juga mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat.. ESP juga dilengkapi dengan vitamin B yang penting untuk metabolisme makanan kepada tenaga..Ia memang membuatkan ada kenyang dan bertenaga sepanjang hari..
Meal shake
juga mengadungi protein..tapi yang lagi best.. kerana Meal Shake juga mengandungi vitamin dan mineral serta fiber..sangat sesuai untuk anda yang susah nak telan pil multivitamin (lagi2 pagi2 buta kan.. takda selera nak telan2 vit..hihihih).. fiber pula untuk sistem penghadaman anda..oh ya... kalau anak nak melatih anak2 untuk berpuasa.. boleh lah berikan Meal shake ye.. enak.. lazat ... dan berkhasiat..
Performance Drink
awwww... produk kontroversi i hari ni..hahha... berperisa oren.. Performance Drink ni merupakan minuman elektrolit. yang berupaya mengekalkan air dalam badan sekaligus mengelakkan dehidrated.. semasa berpuasa..kita cuma minum air semasa sahur, dan selepas berbuka sahaja kan...jadi siang tu camne.. kita pasti berpeluh... nak PAM SUSU.. nak buang air kecil.. dan banyak cara air akan keluar daripada badan kita.. dan akibatnya..kita akan rasa kehausan yang melampau..huhuhu.. so ni lah perlunya PD... ala2 minum 100Plus lah kan...bila kita minum kita rasa lagi bertenaga nak berlari atau bersukan.. TAPI.. PD ni TIDAK bergas dan TIDAK bergula tinggi seperti air berkarbonat lain..
gabungan ke tiga-tiga produk ini inysallah mampu mengekalkan anda suapaya terus bertenaga menjalani ibadat puasa.. samada nak puasa REJAB.. atau puasa GANTI atau untuk persediaan RAMADHAN NANTI...

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

May 8, 2012

Keperluan KALSIUM untuk ibu hamil..menyusukan...penting kah??? anda perlu baca...!

Jika anda terfikir bahawa kalsium hanya penting untuk kanak-kanak dan orang tua, ternyata anda silap. Kalsium sepatutnya diambil secara berterusan terutamanya bagi golongan wanita mengandung.

Apabila bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakkan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang. Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

Kalsium dilihat sebagai satu zat yang penting disamping zat besi, folik, potasium dan lain-lain. Semua ibu hamil seharusnya tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. Jika ibu-ibu hamil tidak suka mengambil susu, terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil bileh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayuran, buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi.

Diet Sumber Asli

Walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang disenaraikan itu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Banyak penyelidikan dan kajian atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum. Dicadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan Kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin. Itu juga satu tindakan yang salah. Sebenarnya ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecutkan semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, komplikasi ini sangat digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk supllemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Sumber : Kosmo

anda tidak minum susu seperti yana.. ingin dapatkan sumber kalsium harian yg mudah.. jom try ostematrix..

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

May 2, 2012

JOM....kawal Berat Badan Anda Semasa Hamil

 As salam kawan2..

Kali ni nak cerita cam,ne yana kawal berat badan yana sepan jang mengandung kali ni..
owh sebelum tu untuk anda yang tak tahu.. yana ni besar tinggi orangnya,.. berat paling ringan yana pernah capai ialah 55kg tu pun dah tinggal rangka..hikhikik... dan sebelum peknen kali ni berat teraklhir yana ialah 71kg (tu pun kurus selepas yana makan shaklee)
dan untuk pengetahuan anda juga.. berat badan yana semasa full term peknenkan aidil ialah 77kg..

jadi.. semasa mengandung kali ke 4 ni.. berat badan yana telah diketegorikan sebagai MATERNAL OBESITY.. dan of coz yana takleh wat ape2 tentang tu sbb mase lah leh diet2 lak semasa peknen ni kan..heheh...TAPI.. yana leh kawal berat badan yana agar tak terus naik mencanak..

pada post sebelum ni.. yana dah bgtau yang yana hanya amalkan pemakanan suppelemnt shaklee sahaja semasa peknen kali ni..apa yang yana amalkan untuk kawal berat badan...?

tentunya ESP.. ESP selain kepentingannya membantu pertumbuhan janin yang sihat dn sempurna.. ia juga membekalkan tenaga yang berpanjngan kepada ibu.. juga memberi ibu rasa kenyang yang lebih lama...

yana juga mengamalkan pengambilan fiber (soryy,.. skrg shaklee tak kuarkan lagi fiber di malaysia)..

untuk anda yang mempunyai masalah pelawasan semasa peknen ni.. anda boleh amalkan meal shake(juga mengandungi fiber) dan ostematrix(kalsium)

owh dan tahukah anda.. untuk memudahkan anda mendapat bentuk badan yang asal selepas bersalin  nanti, anda boleh amalkan pengambilan Protein (ESP) dan Vit C semasa peknen.. untuk membantu pembentukan kolagen pada lapisan kulit anda dan sekaligus menganjalkan kulit anda. dan kulit yang anjal ni lah sebenarnya yang membantu anda reShape semula selepas bersalin nanti :)

*another tips from yana.. selepas bersalin nanti terus amalkan pengambilan GLA Complex..untuk regulate semula hormon :)

oh...lupa lak.. berbalik pada berat badan yana.. now dan 30week.. berat badan daku 73kg.. naik 2 kg sahaja.. walaupun perut membesar dengan jayanya.. hoyeahh...

ok sekarang mari baca kenapa ibu perlu kawal berat badan semasa hamil...

1. kenaikan berat badan yang mendadak semasa hamil akan meningkatkan risiko kencing manis semasa hamil.. (terutama sekali bagi ibu-ibu yang ada keturunan)
2. risiko darah tinggi juga akan meningkat.. tahukah anda.. epilepsi (sawan) juga mungkin boleh terjadi jika tekanan darah terlalu tinggi)
4. memberi rasa tidak selesa kepada ibu
5, risiko bengkak kaki. (adema)..
6. risiko buasir meningkat..
dan l;ain-lain lagi.. (nanti yana update lagi ye)
Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Apr 19, 2012

My 4th Pregnancy Journey.. 28week sudah...

As salam semua.. lama kan yana tak menulis tentang diri sendiri.. kali ni i nak coretkan tentang diri i pulak :)

Untuk pengetahuan rakan-rakan diluar sana... yana sedang mengandungkan anak ke 4 sekarang ni (kalau anda memang mengikuti blog yana dari dulu..mesti tau kan daku ni memang xpress skit..heheh)...hoyeahh.. daku sudah 28week... sudah memasuki trimester ke 3..

oh dah pregnacy kali ni agak spesel skit dan agak mengujakan berbanding sebelum2 ni...

1. sebab kami suami isteri dah ade 2 girls dan 1boy.. jadi kali ni memang tak kisah lah girl atau boy... instinct kate girl.. tapi dlm hari masih mengharap dpt boy..buat peneman aidil..hehhehe..kalau tak dak aidil ni sebuk kacau kakak2 die main masak2...kkekeke

2. pregnancy kali ni..yana memang tak amik supplement doktor langsung...sebabnya..kini yana kan pengedar shaklee.. so makan shaklee jelah kan.. yg yana amalkan sekarang ialan supplemnt2 asas (vitalea, b complex, vit c).. ostematrix (kalsium-sbb yana kan memang tak minum susu langsung)... ESP (protein..utk pembentukan kolagen..utk beri rasa kenyang lebih lama, beri tenaga, pembentukan otot baby dan menguatkan otot rahim :) ) dan Omega Guard juga.. (sbb yana kan ade athma..so alhamdulillah pas makan omega, tidur lagi lena.. takde r sesak2 napas..selain tu baik gak utk otak baby..mengadungi omega-3, dha dan epa).. kalo korang nak try set ni leh SMS yana ek di 012-7470856... (OPS.. terpromote lak.. :p )

3.yana plan ni anak last.. atau 2nd last kot.. so cam tak sabo lah nak cepat2 pencen.. nak jaga anak. jage body.. jaga suami lak..kekekekkee....

4. tak sabo nak KURUS..muehehehe... sbbnye daku sangat positif boleh kurus dengan bantuan lecithin, alfalfa dan ESP.. kali ni nak amalkan set berpantang shaklee.. sbb kalau makan jamu KOMPOM aku tak abis..huhu..membazir kan...

5. tak sabo nak tgk reaksi ainul, ayra dan aidil bila adik mereka dah keluar..hehehehainul skrg dah 4 tahun.. ayra 2 tahun ++... aidil lak 1 tahun ++.. dorang sgtt suke baby tau.. kalau nampak baby kat mana2 memang dorang sgt suke.. xcited sgt nk pegang perut ibu.. nak tgk video baby dalam tenet..macam2...hehehe.. tu yg ibu nye rase tak sabo tu..kekeke...

6. oh tak terlepas juga cabaran semasa mengandung.. mayb sbb anak pun ramai dah.. kecik2 lak tu.. so yana agak penat lah.. di tambah pulak sbb mengalami athma.. seb baik lah ade omega.. jadi kurang lah sikit keke attack..dan memang terus terang yana katakan..ostematrix sgtttt membantu.. bangun pagi badan tak sakit2..tak letih sangat..ESP juga membantu banyak.. walaupun kurang makan sbb tak selera dll... seb baik ade ESP leh kasi rasa kenyang lebih lama... berat yana tak r naik banyak.. setakat ni baru naik 2-3kg.. walaupun perut makin membesar..hehehe

best kan peknen u olls.. bila kita rasa baby lam perut bergerak-gerak..tendang2.. even cam yana ni anak ke 4 pun still teruja tau..! hehehehhehe..sesape yg lom peknan tu sabo k.. meh jumpe i.. kite leh gesel2 perut...hehehehhehehe

ok takat tu dulu yana nak cite..leh kali kite sambung k.. doakan yana selamat mengharungi beberapa minggu lagi ni :).. oh due date yana ialah 17julai2012.. tapi cam biase r anak2 sebelum ni keluar awal 2-3minggu.. so yana bajet2 akan bersalin akhir jun atau awal julai.. :)

ok daa.... cau cin cau.. as salam...


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Mar 24, 2012

Amalan untuk anak degil..

As salam semua.. kali ni yana tak poskan tentang shaklee.. tapi yana nak share satu artikel dr FB Ibu bapa cemerlang,.. tapi yana kopipes dr blog umisofie.. semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk yana dan anda juga :)


Jika anak gadis, anak teruna yang terdidik soleh dlm keluarga bahagia, apabila hidup di luar, ikut rentak kawan-kawan, jadi bebas lepas, suka berpoya-poya, merempit, dan sebagainya…janganlah dikau gundah gulana wahai ayah dan bonda… jangan berputus asa dengan kerenah putera puteri mu yang "terlampau". Janganlah disembur mereka dengan sumpah seranah agar mereka tidak bertambah celaka di dunia, tambah celaka diazab dalam api neraka.JAda do'a dan amalan yang ayah bonda dapat lakukan agar zuriatmu yang durhaka kembali ke pangkal jalan, berubah jadi insan mulia, insyaAllah. Doa ayah bonda nan tulus ikhlas adalah senjata yang sungguh ampuh, tukar derita jadi bahagia. Syaratnya, ayah bonda tulus dan ikhlas...

"Air Tangan Ibu." Mungkin kita pernah mendengar ungkapan ini. Si ibu yang memasak, sediakan makan minum seisi keluarga, lalu jadi berkat. Darah daging yang terbentuk dan membentuk dari air tangan bonda yg solehah, bijaksana, penuh hikmah dan baik akal budi bicara, akan muncul juga suami dan permata hati idaman.

Amalkan bacaan ini, ketika sediakan makanan minuman seisi keluarga. Kiranya ada yang panas baran, kaki pemarah, degil, susah buat perkara baik, gemar melawan cakap, suka memberontak…bacalah 10 kali doa itu, hadiahkan khusus untuknya, dalam makanan, minumannya, buat selama 44 hari, amalan apa-apa saja, org tua-tua kata, insyaAllah..masin mulut, doa dan amalan mudah menjadi..dengan izin Allah SWT.

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, Al-Fatihah, selawat 3 kali ke atas Nabi SAW. Zikir…Ya Latif 3 kali, doa.."Allahumma Latiffu bi'ibadihii yar zuqumanyyasaa' wahuwal qowii yul'aziz." 3 kali. Dlm hati…niatkan, doakan agar hati, jiwa sendiri, suami, anak-anak jadi lembut, mudah buat kebaikan..

Amalkan amalan di atas, ketika sediakan juadah makanan untuk keluarga, ditambah dengan amalan ini…tuliskan doa guna pewarna sirap ros sebagai dakwat, putik kapas yang bersih sebagai pena.Tulis ayat terakhir dalam surah Al-Imran di atas roti untuk sandwich, isi intinya. tangkupkan roti dan beri kepada anak-anak.

Ayat 200, Surah Al-Imran:
Ayat ini jika ditulis di atas roti (dengan jem dan sebagainya) diberi makan kepada isteri yang derhaka, anak yang degil dan binatang yang liar. InsyaAllah menjadi jinak dan mendengar segala perkataannya.
___________________________________________________________________

Anda berminat dengan produk SHAKLEE ? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Mar 21, 2012

Air lebih SEDAP daripada air masak..! pilihan yang SIHAT

As Salam semua.. kali ni nak share pengalaman teman yana yang menggunakan Shaklee Get Clean Water Pitcher... dan menurut beliau air ni LEBIH SEDAP DARI AIR MASAK...!

jom baca

sumber: sue
Sebenarnya sudah lama saya mencari penapis air. Tau jer la duduk di bandar yang padat ni, kualiti air pun dah kurang. Saya ni dah la jenis susah nak minum air kosong. Tapi kena gagahkan juga diri meneguk untuk kesihatan badan sendiri. Kalau balik kampung, minum air kosong kat kampung terasa beza dengan air kosong di sini. Sampaikan ayah dan mak kalau datang sini bawa bekalan air kosong dari kampung. Sampai macam tu sekali kerana ayah saya tak suka akan rasa air kosong di sini.
Setelah saya survey sana sini, last2 saya pilih
Shaklee Get Clean Water Pitcher ni.
Pautan
Shaklee Get Clean Water Pitcher
Ok, ini adalah set sebenar yang akan diperolehi dari Starter Pack. Nak beli secara asing pun boleh... Tapi beli Set ni lagi murah... Next time tinggal beli filter jer selepas filter yang dibekalkan dalam set ini habis diguna pakai. Satu filter ni boleh digunakan untuk menuras sebanyak 303 liter air atau dalam masa 4 bulan, mana yang terdahulu.

Hari semalam dah mula pasang dan guna pitcher ni. Mula-mula rasa was2 nak minum airnya... yer la tak perlu dimasak, tentu tak terbayang macam mana rasanya menelan air paip... Mesti loya... kemudian gagahkan hati untuk minum... Sekali teguk, dalam hati berbisik 'Eh, sedap la..." kemudian teguk lagi dan lagi... Sampai tinggal setengah jag... hahaha... Memang sedap airnya... Malah lebih sedap dari air paip yang telah dimasak...

Kemudian malam tu, hubby balik, siangnya dia kerja. Dia minum air dari pitcher tu dan dia cakap, "sedaplah air ni syg..." saya pun jawab, "a'ah sedap... lagi sedap dari air masak kan abg".... dia angguk2 sambil minum....

Ok, jom baca sikit info tentangnya dari web Shaklee ini
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

SELAMAT:
“Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Anda bagaimana? berminat dgn Water Pitcher ni?


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Mar 8, 2012

Penglihatan Semakin Baik dengan COROTOMAX

Susahkan kalau mata kita ni rabun, tak kiralah rabun jauh ke, rabun dekat ke, dwi rabun ke..memang susah..masa tu barulah rasa bersyukur ALLAH berikan penglihatan yang baik, dan AlhamduLILLAH, masih boleh melihat.. betapa pentingnya mata ni pada kita kan? Tapi, kalau dah rabun nak wat camane kan.. semua tu ujian daripada ALLAH, tapi, selagi kita hambaNYA, kita berhak berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik demi diri kita.. begitu juga untuk mata kita, jom kita ikuti kisah Pn Yati yang adik beradik beliau bercermin mata sejak sekolah menengah lagi dan apa rasa adik beliau setelah mengambil Carotomax ni..
----------------------------------------------------------------------------
Bercerita tentang rabun, 4 orang daripada adik-adik saya sudah bercermin mata sejak mereka di sekolah menengah..2 orang dah bekerja (salah sorang ialah Che Lin) dan 2 orang lagi masih belajar..Che Lin adalah adik saya yang ke-2. Mula mengalami masalah rabun sejak dari zaman sekolah menengah lagi..namun alhamdulillah sejak bertemu dan jatuh chenta dengan Vitamin A Shaklee atau lebih dikenali sebagai Shaklee CarotoMax sejak Februari lalu, penglihatan Che Lin semakin baik. Dan kegembiraan itu turut dikongsi bersama mak kami yang dahulu mengalami masalah silau.

Jom kita baca sendiri pengalaman Che Lin dengan CarotoMaxnya...jika anda, suami, mak, ayah atau adik-adik mahupun anak-anak anda yang mengalami masalah penglihatan..tak salah kita mencuba untuk menambah baik tahap penglihatan orang yang kita sayang..tak gitu??



Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak. pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur. kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia. nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh. hehe~

Pertengahan february yang lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata. alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomax ni, penglihatan agak baik daripada biasa. kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katil. warna bunga dan tanah lebih kurang sama. yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul. tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut. siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya. hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan. \(^-^)/

Masa balek ke kampung last week,

"mak rasa mata makin elok la. sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je. lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah."

alhamdulillah. seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax. siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie itu :)


----------------------------------------------------------------
Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ Carotomax ini?

Carotomax aka vitamin A ini secara umumnya boleh membantu:-
  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit → patutlah Che Lin cakap jeragat dia semakin hilang!
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

AWAS!!!
  1. Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).
  2. Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Vitamin A boleh didapati daripada sumber makanan semulajadi seperti telur, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Namun sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan.

sumber-rafaliah


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Ingin memiliki produk SHaklee mengikut bajet anda/ Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Feb 5, 2012

Ingin cahaya mata? Jom baca sedikit tips kesuburan ini..

Beberapa minggu kebelakangan ini yana kerap menerima PM di facebook yang bertanyakan tentang vitamin untuk kesuburan dan tips untuk mengandung...

Semoga perkongsian dari teman yana ini dapat membantu anda :)
sumber.. Ida Khairani

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:


Tiub fallopian tersumbat
Endometriosis
Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
Masalah hormon
Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
Menopous sebelum waktunya
Masalah tiroid
Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
Menghidap hernia
Gangguan hormon
Salur sperma tersumbat
Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
Stress dan tekanan
Pemakanan yang tidak sihat
Kekurangan zat
Amalan merokok atau meminum alkohol
Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
Terdedah kepada pencemaran
Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok


Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan
*jika anda inginkan tips kesuburan yang lain.. sila PM yana di facebook, atau SMS atau email yana k.. tips itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka di sini :D

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jan 30, 2012

Apa itu radikal bebas...?

APA ITU RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.
Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..
PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..

Oleh itu..ringkasnya, radikal bebas ini ada dimana-mana sahaja.. dalam udara yang kita sedut, dalam makanan yang kita makan, ketika senaman, juga dalam air yang kita minum.
Berikut yana senaraikan beberapa jenis makanan yang tinggi paras radikal bebasnya..
  • makanan berlemak tinggi
  • makanan bergoreng
  • makanan yang dimasak menggunakan microware
  • makanan berbakar di atas arang
  • dan lain-lain...
jadi.. tahukah anda.. SATE yang enak juga tinggi kadar radikal bebasnya...!!!!!

BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti yang yana telah senaraikan diatas. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan kanser. Di sini saya berikan contoh bagaimana radikal bebas menyerang sistem imun manusia.


Perlu saya ingatkan sekali lagi, hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

PENCEGAHAN??

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.



ANTIOKSIDAN..APA SUMBERNYA??

Terdapat banyak sumber makanan yang mengandungi antioksidan, termasuklah sayur-sayuran, kekacang, minyak ikan, bawang putih dan lain-lain.

Perlindungan terhadap radikal bebas ini perlukan berterusan dan konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, pelbagai supplement telah diproses utnuk memudahkan kerja anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang...!

Berikut adalah beberapa supplement yang merupakan antioksidan. Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin C




dan


Sila tunggu entry tentang bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi untuk menentang radikal bebas... TUNGGUUUUUU.............!!!!!!!!!!!!!!!

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma atau keterangan lanjut? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

POPULAR POST