Oct 27, 2012

Wajah Lebih Berseri2.. awwwww...

As salam pembaca sekali.. kali ni yana nak share pengalaman yana sendiri.. sejak naik sekolah ni member2 dan kawan2 fb dan sekolah cakap muka yana nampak lebih berseri2... :D alhamdulillah.. Happy sgt...ni lah hasilnya..
ok ramai gak yang dok tanya yana amalkan apa.. terus terang.. yana memang makan banyak supplement.. semua yana bedal.. tapi untuk kulit yana amalkan pengambilan vit c, vit e, gla, Collagen dan ESP.. tak lupa juga pengambilan ESP (soy protein)

mungkin ramai yang dah tau.. ESp, Collagen, vit C dan Vit e leh dibuat masker.. anda tak pernah try??? ni yana sharekan gambar yang dishare oleh sahabat2 yana,. TERBAEK.. kan...



yana pun nak cuba amalkan secara konsisten.. nak dapatkan kulit gebus..nak hilangkan parut2 lubang2 di muka i nie.. apepun.. skrg ni kulit i dah tak berminyak2. :D

ok2.. nak dapat kulit cantik.. anjal. gebus..
jom amalkan pemakanan vitamin..pemakanan yang seimbang dan sihat serta masker :D hehehhee.. apa2pun.. jangan lupa naa.. kalau nak order supplement jangan lupa SMS|Whatsapp yana di 012-7470856 atau add yana di facebook: Lyana Mansor atau LIKE page yana Lyana: Kedai Sihat Saya



oPss.. lupa lak nak pesan.. 

PROMO ESP BERAKHIR 31 OCTOBER 2012

Oct 10, 2012

ESP sememangnye BEST.. rembat set PROMO anda sekarang...!

As salam semua.. haippp lama sungguh yana tak menulis di blog kan.. ampun lah.. bz teramat.. balik kg suami lah.. MIL datang lah.. macam2 lah.. ok ye.. yana dah abis cuti bersalin dah.. isnin lepas dah naik keje.. hhe.. cepat sungguh berlalu 3 bulan ni...

ok.. nak habaq kat semua..(mungkin ramai dah tau) bulan ni promo ESP buy 6 free 1..  best banget,,,! sebab ape? sbb ESP ni memang BEST SELLER lah..!

untuk anda2 yang belum pernah try ESP.. ni lah masanya..! kenapa ESP ni best..?

ESP merupakan sumber protein daripada soya.. jadi ia rendah lemak dan TANPA KOLESTROL.. ia juga mempunyai INDEX GLISEMIK yang rendah yang mampu mengekalkan paras gula yang rendah dalam darah.. jadi sesuai untuk anda2 yang NAK KURUS ... juga SGTTT MENGENYANGKAN...dan MEMEJAL dan MENGANJALKAN OTOT dan KULIT.. awwww... memang BESTTTTTT....!



Jadi..jangan lepaskan peluang keemasan bulan ini.. memang BERBALOI-BALOI untuk rembat 2-3 tin,. dengan harga promo ini... ingat.. promo ini HANYA UNTUK BULAN OKTOBER INI SAHAJA :)

so apa lagi.. PM atau SMS|Whatsapp yana di 012-7470856 atau email yana di lyana_um@yahoo.com

Sep 2, 2012

Promo September: VIVIX-Hadiah terbaik untuk ibu bapa anda..

As salam semua.. pagi tadi dapat SMS update from Shaklee.. this month promotion is VIVIX... !
apa tu VIVIX.. anda boleh baca di SINI..

baiklah.. kali ni yana nak share kan testimoni Ummu Ainan yang telah memberikan VIVIX pada bondanya yang mengalamai STROK..!

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..



   Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif
Yup.. kalau anda sayangkan diri anda.. Ibu bapa anda.. berikanlah yang terbaik untuk mereka.. minumlah VIVIX..

untuk dapatkan produk hebat ini.. sila hubungi yana
Lyana shaklee
Shaklee Independent Distributor
ID: 852711
SMSWhatsApp: 012-7470856
email: lyana_um@yahoo.com

Aug 28, 2012

Joint Health Tablet.. untuk kesihatan sendi anda..!

As salam semua.. minggu lepas yana dah share kan tentang Shaklee Collagen Powde yang disiarkan di dalam majalan i-Sihat kan,. so hari ni yana nak share kan tentang satu lagi artikel tentang satu lagi produk baru daripada shaklee iaitu Advanced Joint Health Tablet..

untuk anda di luar sana.. tidak salah kita mulakan penjagaan sendi yang sihat sejak dr awal lagi. sebab berdasarkan pengalaman yana.. pakcik2 saudara yana ramai yang mengalami masalah sendi terutama pada lutut.. dah sgtt lah susah nak membuat kerja. even nak solat pun susah kan.. sebab tu.. selain senaman yang teratur.. makanan yang tepat juga boleh membantu..jom kita baca tentang kebaikan JHT ni..
berminat.. sila hubungu yana di
Fb : lyana Shaklee
Shaklee independent distributor
ID: 852711
SMS|Whatsapp: 012-7470856
lyana-adam.blogspot.com

Aug 24, 2012

Shaklee Collagen Powder

As salam semua.. pas raya ni ramai yang tercari2 produk untuk cantik pula.. ha ni yana perkenalkan sekali lagi produk baru Shaklee.. Collagen Powder.. collagen terbaik daripada Shaklee.. yang dihasilkan daripada sisik IKAN MERAH.. dan yang penting ia HALAL..

jom kita layan.. artikel tentang SCP di dalam majalah i-sihat..
ok2.. untuk mendapatkan product ini.. anda boleh hubungi yana k
fb: Lyana Shaklee
ID: 852711
SMS|WhatsApp: 012-7470856
email: lyana_um@yahoo.com

Aug 6, 2012

Anak kembung perut? Jom amalkan URUTAN ini..

 As salam kawan2 semua..

Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang insyaallah dapat membantu melegakan kembung perut bayi anda... urutan ni memang yana amalkan untuk anak2 yana.. (paling efektif di apply semasa dm pantang). yana pun terlupa mana yana belajar kaedah urutan ni.. tapi memang pernah terbaca pasal ni dulu..hhiihh

apapun.. bagi ibu2 yang menyusukan bayi.. sila jaga pemakanan anda ok.. makanan ber"angin" boleh menyebabkan kembung perut pada bayi.. dan sesetengah makan yang sesuai untuk orang lain, mungkin tak sesuai untuk kita.. (kang tak pasal2 "berhangennn" jek...haha) cth cam kentang... ubi2.. dan sesetengah sayuran..

baiklah.. dibawah ini yana tuliskan kaedah urutan berserta gambar.. maaplah ye kualiti gambar tak memuaskan sbb amik pakai webcam.. hahaa..

 1. sila sapu minyak pada perut, paha, betis dan tapak kaki bayi anda.
*ops.. seksi pulak cik model..sbb tu pandang sebelah sana.. segannn u... see aina dan mok skit kan.. berat dah naik skit..

2. Urut bahagian perut baby anda.. bentuk love... dan L terbalik.. (alaa cam urutan baby johnson)




3. Jangan lupa urut jari dan tapak kaki yang comel itu.

4. sila urut belakang paha bayi anda.. gunakan ibu jari untuk mengurut bahagian belakang paha..(perhatikan..ibu jari yana pada beakang paha aina).. bahagian depan tu cam biasa lah pakai jari2 yang lain..hehe

5. Ulang langkah yang sama pada betis bayi.

6. Setelah selesai sesi urutan tu sume.. ni lah pasrt yang paling penting dalam kaedah ni. senang jek.. rapatkan LUTUT bayi ke perutnya. (kat bahagian bawah perut k).. nanti baby anda anda tott..tot... (membuang angin..hhehhe).. bestt wooo. rasa cam syiok je dengan baby kentut.. cam berjaya mengeluarkan sume angin2 tu..hahaha



ok sila amalkan urutan ibu setiap kali selapas mandi.. atau semasa bayi meragam atau masuk angin k :) insyallah bayi anda akan lebih lega selepas itu.. dan tidur dengan lena. (oh lupa nak habaq,. pakai lah minyak apa2 je.. dlm gambar di atas yana pakai minyak bayini mestika)

selamat mencuba..!

*jika anda rasa entry ini bermanfaat.. sila share :)

ops...lupa pula... untuk ibu2 atau ayah2 yang selalu kembung perut.. boleh lah amalkan PEPPERMINT GINGER dan GARLIC.. kasi keluar angin kus2..hehhehe
boleh dapatkannya di SINI


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 3, 2012

Vitamin untuk cantik ????

As salam dan selamat pagi semua..
Hari ni adalah hari ke 24 yana berpantang. Aina Mariam pun dan semakin semangat badannya.. 9 hb ni dah nak pi klinik untuk check up sebulan :D

Oh sepanjang bulan july yang lepas yana banyak menerima panggilan, SMS dan mesej berkenaan supplement untuk cantik.. terutamanya untuk menghilangkan parut.. heheh nak dekat raya ni kan.. jadi ramai lah yang tercari2 cara nak cantik.. Jadi hari ni yana nak tepek satu testimoni dari seorang pengguna yang telah mendapat kesan yang dikehendaki :D

haha.. gambar di atas sekadar untuk anda cuci mata aje ye..  nak cantik? kene cuba sendiri ..hihiih

apepun.. mari kita tambahkan ilmu sebelum mencuba apa2 produk k

Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.Kulit menjadi berkedut. Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen

Bahan2 semulajadi yang mengandungi vitamin E dan C amat baik untuk kulit.Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen.Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit.Vitamin C dan E juga ialah sebagai bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan penuaan.Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon,kiwi,jambu,mangga dan betik.Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya..


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


Haa.. ape lagi.. moh le dapatkan Vit c dan Vit e dari sumber makanan atau supplement..

 .Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 1, 2012

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder : Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Ianya merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprieari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah.

7 Bahan Utamanya :

  • Ekstrak biji benih Camellia, 
  • Japonica, 
  • ekstrak Pfaffia, 
  • kolagen ikan, 
  • ekstrak kerang-kerangan, 
  • lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B
Keistimewaannya :
  • Kolagen bermolekul yang sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton*
  • mudah diserap oleh badan 
  • membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
  • gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Kesan dan Faedah mengambil Kolagen
  • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagii mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
  • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
  • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • mengegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut. 
TERBUKTI BERKESAN!

Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced
.


kredit: K3S

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jul 17, 2012

EBM, Pengendalian Dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

As salam semua.. memandangkan yana dah pun bersalin.. dan kini sudah pun kembali memerah susu,... jadi jom sama2 kita refresh memori tentang cara pengendalian dan penyimpanan EBM.. hhehehe


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu Ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah2 penting yg perlu anda tahu
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan di bhgn sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bhg atas lapisan) ia bukan basi yer
  • Frozen EBM = Susu yg disimpan dlm tempat beku

Bekas penyimpanan yg sesuai

  • bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk steril botol2, dan juga breast pump part.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.
  • Tarikh Perahan
  • Waktu perahan
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 ~ 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Di mana tempat penyimpanan susu

SUHU BILIK ?

  • Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam





FRIDGE/FREEZER ?

Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku [tahan 2 minggu]


Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (pintu atas)

suhu (-18 hingga -20 °C) [tahan 3 bulan]
- bahagian sejuk (pintu bawah)

suhu (0 hingga 4 °C) [sebelum dibekukan tahan 3~7 hari]
[selepas dibekukan tahan 24jam]

Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]


BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam


*susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula*

*susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*




Tips Penyimpanan Susu Perahan

Di Tempat Kerja

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.


contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search)

Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.

  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.



Ketahui bagaimanakah cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu terpelihara dgn selamat..Jom baca sini.






  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.




  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

  • Jul 13, 2012

    BERPANTANG dengan SUPPLEMENT? Boleh ke? BERKESAN ke?

    Tadi pi klinik untuk cek darah Aina.. ade jaundis skit..
    Masa ngah tunggu turn tu, ade sorang makcik tegur dan tanya2 soklan..

    katanya..

    TAK PERCAYA.. yana baru 5 HARI melahirkan anak.. nampak BERTENAGA dan TAK PUCAT.. tak macam anak dia (masa tu ada makcik ni sedang berehat dlm kereta)

    makcik tanya MAKAN UBAT APA?

    yana jawab makan SUPPLEMENT JEK..

    lagi makcik tak PERCAYA bila yana jawab ni ANAK KE 4.. die ingatkan baru ANAK 2 orang.. hikhikhik

    sonok kan berpantang ngan SHAKLEE... badan sihat, bertenaga, susu pun banyak..

    apa yang yana amalkan?
    VITALEA+B COMPLEX+VITAMIN C+ZINC + omega guard + ESP + OSTEMATRIX

    nak berpantang seperti yana?
    sila PM atau SMS yana di 012-7470856

    Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

    Jul 10, 2012

    Pengalaman melahirkan Aina Mariam

    AINA MARIAM BT LIMAN @ MUHAMAD AIMAN ADAM

    As salam semua.. hhhehehe.. i dah meletop..! alhamdulillah... legaaaa banget...
    Aina dan ibu
    Aina dan ayah
    Aina Mariam
    9/7/12
    1.33 pagi
    2.47kg
    HSI,JB
    ok nak cite pengalaman bersalin dak kecik ni..
    8/7/12
    8-9 malam- dah rasa cam contraction.. tapi tak kuat pun.. kompius jap ni braxton hick ke ape.. sebab 3/7/12 dah pi hospital.. tapi jalan tak bukak gak. main2 jek..
    9.30malam- sms en adam.. bgtau rasa cam nak banak kot..kebetulan hari ni yana hantar en adam pi keje. sbb nak pakai kete.. so nak kene amik en adam kat tempat kerja lah dulu.. so siapkan anak2.. nak hantar pi umah mak usu, tumpangkan jap sementara nak pi hospital..
    10.00 malam- drive pi bukit indah.. amik en adam.. pastu balik umah jap sbb beg duit, ic, lesen tertinggal.. hahah kalut kan.. pastu pi makan char kuew tiaw spesel kat taman daya.. sedapp woo... mase nak banak aidil dulu pun pi makan situ gak..hahaa
    12.00 malam.. bertolak ke hospital..HSI je pun.. dekat banget.. sampai hospital doc cek dah bukak 4cm.. masa ni masih 5-6minit contraction..lama nak tunggu turun nak masuk LR.. LR penuh..hahaha.. so yana pun dok jalan2 jelah dlm bilik saringan tu...
    9/7/12
    1.00 pagi- ditolak ke dlm LR. dapat lak staff nurse yang berpengalaman.. dok borak2 berdua lah kami,.pastu doktor masuk.. memang rezeki yana dapat doktor perempuan setiap kali bersalin.. doktor muda.. lembut jek..
    1.20 pagi.. contraction makin kerap. 3 minit sekali. en somi tak masuk lagi.. mintak nurs panggilkan abang,. doc cek dah bukak 8-9cm.. so doc pun pecahkan air ketuban... bila pas pecahkan tu terus rasa gesaan tu makin kuat.. rupa2nya baby nak kuar sekali.. hhaha.. so staff nurse dan doc guide so tarik napas lah.. so push lah.. hihi.. ku mendengar arahan jek...
    1.33 pagi.. lahirlah budak kecik ni.. AINA MARIAM... owh lupa lak. en somi tak sempat nak tgk yana bersalin kali ni... hahahah.. sbb lambat sgt masuk.. cari nama i dlm LR tak jumpe... misi tak update lagi...masuk2 jek, AINA dah ade atas dada ibu.. :D
    Alhamdulilah. pengalaman melahirkan kali ke -4 ni palinggg senang... syukur sangat2.. terima kasih apda en somi yang selalu kasi support.. dan pada kawan2 yang mendoakan.. dan customer2 SHAKLEE yana yang sabarr menanti :D
    BABY SHAKLEE dah lahir... now nak berpantang dengan SHAKLEE pula... masuk je wad.. trus telan OSTEMATRIX.. memang segar dan tak sakit2 badan bila bangun pagi tu.. bestttt...hari ni dah start makan SET C..
    ok kawan2 tu je yana leh cite.. takde idea lak.. hahaa.. untuk daptkan supplement untuk ibu MENGANDUNG, BERPANTANG seperti yang yana amalkan, leh PM yana di facebook atau SMS di 012-7470856

    Jun 11, 2012

    Semua nak cantik..gebus..anjal.. sebelum raya kan..kan...

    Haaa.... sape nak CANTIK... GEBUS.. ANJAL sebelum RAYA Aidilfitri nanti? angkat tangan...! (ceh macam i leh nampak..heheh)

    tahukah anda.. bulan ni ade PROMO VITAMIN E.. ?

    selalu kita jumpe produk kecantikan yang claim mengandungi vitamin E kan.dalam shampoo lah.. dalam lipstick lah.. dalam pencuci muka lah.. dlm krim malam lah.. tapi inginkah anda jika diberi pilihan untuk mendapatkan PURE vitamin E..?

    MESTI LAH NAK KAN...KAN... (i tau sbb i pun nak..heheh)

    dan kami ada apa yang anda inginkan itu...

    SHAKLEE VITA E COMPLEX


    Kenapa Vitamin E shaklee berbeza dengan Vitamin E yang lain dipasaran?

    -Vitamin E shaklee adalah dari sumber semulajadi (tumbuhan).. wujud dalam bentuk d-alpha-tocopherol (bukan sintetik ok..)
    -dilengkapi dengan selenium untuk meningkatkan penyerapan vitamin E
    -mengandungi 400IU.cukup untuk keperluan harian..

    Kenapa nak amik vitamin E?

    -untuk kulit CANTIK of cos...hehehe
    -ia juga bersifat anti radang.. so. agak2 kalau ade jerawat kat muka tu.. pecahkan dan sapu kat muka sebelum tido.. esok pagi sure JERAWAT KECUT...
    -antioksidan yang tinggi... meneutralkan radikal bebas..jadi sangggggaaaat sesuai untuk AWET MUDA..
    -ia juga dapat menganjalkan kulit.. mengurangkan PARUT
    -vitamin E juga mengurangkan risiko Alzheimer.. (nyanyuk)
    -merendahkan kadar KOLESTROL
    -mengurangkan risiko KANSER
    -vitamin "cinta" untuk hubungan suami isteri.. aaawwww... (so suami2 pun leh makan ok..).. ehem..ehem.. cer baca ni...


    Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bert...in menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan


    hehehee.. best kan...

    ok2.. nak cantik lagi...? leh amalkan ESP(Energizing Soy Protein) juga... waaallla...



    KENAPA ESP???-sebab ESP tu sumber protein..
    -protein ialah asas pembentukan sel...dan penting utnuk pembaharuan sel..
    -kulit pun akan GEBUS.. dan lebih anjal.. kenapa.. sebab protein perlu untuk pembinaan OTOT..
    -bukan setakat kulit.. payudara dan punggung pun leh anjal tau.. awww...hehehe...
    -plus.. ia mengeyangkan..mengawal selera makan juga..dan boost energy..!

    JOM CANTIK....dapatkan Vit E dan ESP..

    Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

    Jun 4, 2012

    PENYUSUAN SUSU IBU-masalah dan cara ibu atasi..

    As salam semua..

    Seringkali ibu-ibu menghadapi masalah penyusuan selepas melahirkan baby..terutama sekali jika melahirkan anak pertama. Pasti anda pernah berhadapan dengan situasi nipple luka dan berdarah, baby takmau hisap susu ibu, baby terbiasa dengan botol susu, baby sukar latch ke areola, susu sangat sedikit, baby terus menangis selepas menyusu dll..

    Tahukah anda.. bukan anda seorang yang bermasalah seperti ini. Ramai ibu2 diluar sana mengalaminya termasuk lah yana… :) Ya.. yana pun pernah alamai situasi diatas.. Tahukah anda selepas melahirkan Aidil, Aidil sangatlah sukar untuk latch.. yana mengambil masa ½ jam hanya untuk nak pujuk si kecil menyusu sahaja.. tapi disebabkan telah setkan azam untuk menyusukan.. jadi ku sabarkan didi.. (sambil nangis2..hahah)

    Masalah paling kerap bagi ibu2 menyusukan ialah kekurangan susu ibu dan baby tak kenyang selepas menyusu. Tahukah anda, sebagai ibu menyusukan bayi, anda juga perlu menjaga pemakanan anda.. minuman berkafein seperti kopi dan teh bersifat deuretik. Ia merangsang pengeluaran air dari badan melalui air kencing, sedangkan anda sebagai ibu menyusu perlukan air untuk PENGHASILAN SUSU IBU..sesetengah makanan juga boleh menyebabkan ANGIN… pada ibu juga pada baby.. masalah angin pada baby lah yang menyebabkan baby meragam, kolik dan enggan menyusu.. jadi ibu.. sila perhatikan pemakanan harian anda ok.. oh lupa.. apepun.. janji anda makan dengan HAPPY.. isnyaallah susu akan terhasil dengan meriah.. :D

    Satu lagi masalah yang sering yana lihat pada ibu-ibu menyusu ialah masalah letih dan sakit badan. Ibu menyusukan baby samada posisi duduk atau mengiring kadangkala meletihkan..lagi2 kalau ibu tiada bantal sokongan seperti nursing pillow, dan perlu pula menyusukan baby yang tak mau tido sepanjang malam. Hehehe.. sila bayangkan….

    Kerana itu, kami telah menyediakan set-set penyusuan untuk ibu-ibu menyusukan baby.. tujuan dan matlamat set-set penyusuan bukan sahaja untuk menambah susu ibu sahaja.. tetapi membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada ibu dan secara tak langsung kepada baby.. untuk apa? Supaya ibu TAK LETIH..TAK SAKIT2 BADAN..sentiasa BERTENAGA.. cergas dan sentiasa ceria… jadi.. ibu dapat menyusukan bayi dengan mudah dan susu ibu pun akan terhasil dengan LANCAR…!

    Untuk ibu-ibu di luar sana… yana sangat2 berharap, walau apa pun yang anda makan untuk menambah susu, please selalu berpegang pada konsep penyusuan iaitu DEMAND and SUPPLY.. bila ada PERMINTAAN (DEMAND) terhadap susu (samada daripada baby atau sesi pengepaman) maka akan terhasillah SUSU IBU (SUPPLY) jadi apa yang perlu ibu lakukan? Ibu perlu PAM DENGAN KERAP DAN KONSISTEN… dan jika tak mampu untuk pam dengan konsisten (akibat kekangan kerja) sila buat POWERPUMPING ok.. jangan lupa juga selalu berdoa supaya Allah murahkan rezeki baby anda dan lancarkan penghasilan susu anda.. amalkan juga zikir2 k…

    Ok untuk ibu2 sekalian.. jika anda berminat untuk mendapatkan supplement2 untuk menjayakan penyusuan susu ibu, anda boleh hubungi yana samada di facebook yana atau SMS terus pada yana di 012-7470856.. .insyallah anda akan diberi bimbingan dan konsultasi berterusan daripada yana...

    May 26, 2012

    Alhamdulillah.. syukur sangat dipertemukan dengan SHAKLEE...

    As salam semua.. hari2 dok cite pasal produk je kan.. hari ni nak cite penglibatan yana dalam biznes Shaklee ni..
    Actually yana dah lama juga kenal SHAKLEE ni.. since baca blog upline yana, Kak Cery... masa tu sekadar silent reader je pun..then yana dan en.adam berfikir2, kami perlukan SIDE INCOME untuk memberi lebih keselesaan pada keluarga kami.. dan kebetulan.. en.Adam pun berkerja menjual supplement (bukan shaklee).. so yana decide better yana jual SHAKLEE...
    so.. yana pun contact kak cery..terus nak jadi member..dan beli full pack untuk penyusuan (kebetulan yana pun sedang menyusukan Aidil).. dan memang berrkesannnnn sgt untuk yana..bukan setakat susu lebih pekat, banyak, aidil cepat kenyang, malas jerawat yana pun makin berkurangan, masalah resdung, elergik pada makanan laut pun settle ok..!
    Bisnes apa2 pun perlukan usaha kan..pada awal2 penglibatan yana dalam biz ni, 14 BULAN YANG LEPAS... yana cuma dapat BONUS 2 angka je.. but yana keep sharing dalam facebook dan blog ini.. alhamdulillah.. walaupun agak lambat dan slow yana ni,. tapi sedikit2 pendapatan BONUS shaklee yana meningkat kepada 3 angka dan seterusnya ke 4 ANGKA seperti sekarang...dan insyaallah akan terus meningkat setiap bulan.. :)
    Terus terang..yana rasa sangat bersyukur sangat dipertemukan dengan kak cery dan Shaklee.. kehidupan kami sekeluarga sangat berubah.. anak2 lebih gembira.. yana dapat membeli sebuah kereta untuk kegunaan sendiri.. dan insyallah.. bulan dec 2012 nanti yana nak beli rumah pula.. apepun.. perjalanan yana masih panjang lagi,...kejayaan yang dikecapi baru secebis...
    Kepada kawan2 yang berniat dan berazam untuk mengubah kehidupan dan menambah pendapatan.. marilah bersama2 yana.. insyaallah anda akan di GUIDE untuk berjaya.. yang penting anda ada KEINGINAN, KEAZAMAN dan IMPIAN...
    akhir kata..kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. kalau takde ujian dan ranjau sepanjang jalan.. kuranglah nikmat dan manisnya kejayaan tu..kan..kan.. :)
    Anda ingin berjaya juga.. sila PM yana di facebook (Lyana Mansor) atau SMS yana di 012-7470856

    May 22, 2012

    ESP memang best....!!!

    As salam semua.. selamat petang..
    ok kali ni just nak share pengalaman seorang customer yana yang baru mencuba ESP.. beliau seorang ibu hamil.. dan sedang mencuba ESP di akhir kehamilan ini.. now sedang mencuba juga Ostematrix..
    Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

    POPULAR POST