Mar 25, 2014

Pengalaman Melahirkan Muhammad Ali Asyraf

Alhamdulillah
Yana telah selamat melahirkan seorang baby BOY
Muhammad Ali Asyraf bin Muhammad Aiman Adam
pada 20 Mac 2014
 
syukur
kelahiran ini teramatlah mudah
memang sejak beberapa minggu sebelum bersalin yana banyak google tentang natural birth
kelahiran alami
so kali ni plan taknak kasi doc buat AROM (Artificial rupture of membranes)
biar lah air ketuban pecah sendiri
ok ceritanya bergini
 
 
20hb Mac 2014
Hari yang sibuk.. Paksu yana baru meninggal 16Mac tu. Dell adik yana pula eksiden..patah kaki 18hb Mac dan kebetulan 20hb Mac ni keluar result SPM 2013.
 
8 pagi: rasa sedikit contraction. tak layan sangat sebab sebelum ni pernah false alarm
 
8.30 pagi siap2 nak ke sekolah Dell unuk ambilkan result SPM  die
 
9.30 pagi: contraction 5 minit sekali.sampai sekolah..aisey. result lom ada pulak. ok lah hospital dekat je pi lah hospital duli. sakit pun dah makin kerap.
 
10.00 pagi di bilik saringan. dah bukak 6 cm lah..! haha. doc suruh salin baju. masa salin baju tu amalkan lah yang kawan2 dalam group ajar. yana tahan contraction dengan mencangkung sementara nak tunggu dibawa masuk ke dalam LR. siap salin baju. pi kedepan sekejap nak kasi abang baju yana. masa ni dah kerap sangat dah. sampai terduduk yana kat kerusi depan kaunter. misi pun dating bawa pi LR.
 
10.15 pagi: masa misi tolak ni memang agak tak boleh tahan lah. bising mulut I sebut Allah.Allah...hahhaa. sampai je LR misi soh naik atas katil yana cakap..
 
"tak boleh ni kak..saya rasa dah nak terkeluar sangat ni baby"
misi tolong naik
DAH NAMPAK KEPALA hoi..!
 
misi kepitkan kaki yana. siap2kan apa yang patut then soh yana push (kalau ikut nature birth takyah push pun. just bernafas dengan betul nanti baby keluar sendiri. tapi ni dah dengan misi kata PUSH sendiri pun rasa nak push,.hahha) so push keluar lah baby 10.18 pagi. ayahnya tak sempat masuk LR pun. masuk2 tengok baby dah keluar..hhahaa
 
mashaaAllah. sungguh mudah, dan apa yang dihajatkan tercapai juga, takda AROM. tkda injection. takda gas dll. tapi still kene inject juga utk kecutkan rahim sebab doctor kata anak dah ramai so mayb rahim lambat mengecut.. ok....oh kene lah jahit sikit
hmm ntah bila ntah air ketuban pecah. tak pasti pulak.. masa baby keluar kot.. hihi
 
orang Tanya nak tambah lagi ke? ku kata takpa lah. ni LAST. sekarang masa nak besarkan anak-anak ni pulak. cukuplah 5 orang anak.
 
ALHAMDULILLAH
 
Ibu
Lyana Mansor
 

Jan 8, 2014

Aku kini WAHM

Alhamdulillah.
Mulai Januari 2014, yana akan bergelar suri rumah
Work At Home Mom
mengikut jejak en Adam yang dah lama berhenti kerja
 
Alhamdulillah..
kini tidak lagi perlu memikirkan kerja
dan anak2 pelajar yang memeningkan dan mentensionkan
duduk rumah
walaupun sama saja menjerit macam di sekolah
tapi lebih bahagia
dan tahun ini
Ainul dan Ayra masuk tadika Pasti belakang rumah ni.
best je tengok mereka sungguh2
 
syukur Allah lorongkan yana jalan bersama Shaklee
bertemu dengan GROUP yang betul
dan dengan MENTOR yang betul dan hebat
berserta SISTEM yang sedia hebat
bersama COMPANY yang hebat
dan GROUP Lyana & Dgems yang SEMAKIN HEBAT
kalau tak kenal Shaklee tak dapat lah hai merasai semua ini..
syukur
semua atas izin Allah S.W.T
 
 
 

Dec 19, 2013

Asthma dikalangan ibu mengandung temasuk saya..!

Asthma boleh attack sapa2 je kan. terutama ibu mengandung lagi2 ibu mengandung yang mempunyai sejarah asthma sebelum hamil. cam I. hehehe
 
dan kemuncaknya.. berkampung lah daku kat HSI selama seminggu disebabkan asthma..
pengalaman ni...
tak pernah seumur hidup masuk ward sebab masalah kesihatan
tapi ni maybe Allah nak uji
mungkin juga Allah nak kasi rehat sekejap
Alhamdulillah
 
sepanjang di ward..yana pastikan cukup keperluan nutrisi
tak makan lah hai vitamin hospital
botol2 vitamin semua ada tepi katil
doctor tau ku makan Shaklee
Vitalea ada, b complex ada, vit c ada
dan sebabkan asthma ku bawak sekali
omega dan VIVIX
 
Shaklee dimana-mana
 

Oct 1, 2013

Title Shaklee MASTER Coordinator.. Alhamdulillah.

Alhamdulillah..  title Shaklee Master Coordinator dalam genggaman
syukur..setelah berjuang selama 2 tahun setengah
tapi
ini baru permulaan untuk sebuah perjuangan
perjalanan bisnes Shaklee yana agak panjang
 
Mac 2011 - SID
Julai 2011 - Supervisor
April 2012 - Senior Supervisor
September 2012 - Coordinator
Februari 2013 - Senior Coordinator
Jun 2013 - Key Coordinator
Ogos 2013 - Senior Key Coordinator
September 2013 - Master Coordinator
 
haha..lama kan.. tapi syukur still sampai ke destinasi
banyak cabaran..ujian..
tapi hati jiwa kena kental..
kasi redah...!

Master Lyana Mansor

Sep 28, 2013

FREE Trip dengan Shaklee.. Kota Kinabalu 2013

uish seronok...!
kami baru balik dari Kota Kinabalu
my 1st Shaklee National Trip
(nak pi LONDON pun boleh..tapi satu tiket je. kesian pulak en somi)
3 hari 2 malam..6 STAR trip.. FULLY sponsored..
 
lagi manis jika lebih ramai anak2 buah yana yang ikut..
impian yana..
tahun2 depan..ramai anak buah yang yang akan ikut bersama
bukan setakat national trip malah global trip juga..!
 
anyway..
bulan ini bulan yang mendebarkan
yan sedang fight untuk capai title tertinggi Shaklee
Master Coordinator
kawan2 tolong doakan daku capai target bulan ini ok..
amen
 
Master2b Lyana Mansor
012-7470856
 

Aug 13, 2013

Selamat Hari Raya...!!

Haha tajuk klise kan. As salam semua..
Di kesempatan ni yana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA. . maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog yana ni.. (tak ramai pun komen kan. Tapi selalu je yang wasap atau email atau sms nak beli shaklee melalui blog ni. Heheh.)
Cam biasa lah. Raya kami di JB.tak kemana. Pagi raya di rumah. Pastu pi umah ucu di kg depan ni. Then ke umah atok kat masai. Dan beraya sekitar sana je.
Tahun ni anak2 sangat happy dan xcited. Maklumkan mereka dah besar. Ainul dan Ayra kemain suka lagi dengar lagi raya. Siap leh hafal.. Dapat beraya. Dapat duit raya sonok sangat...!!
Tahun ni tema kami GOLD *yg tak bape nak gold. Hahah. Baju abang. Dell. Aidil beli je. Yana jahitkan 3 anak dara ni kaftan dan skirt. Utk diri sendiri dress princess line (lama ni. Sebulan dok cari pattern) semua 4 baju ini dijahit pada sehari sebelum raya (kes mak ni suka sgt keje last minit) . Pagi2 buta selepas subuh dok menampal diamond2 kat baju kaftan. Haha.
Kuih raya takda. Sume kek lapis dan kerepek sahaja.  Tapi tetiba last minit jadi ada pulak. En anwar (adik yana) bawak balik 7 telap kuih raya. Amik ko.... tetiba banyak lak kuih i.
Ok alls sampai sini sahaja. Jemput datang rumah ye semua. Rumah yana di TAMAN BUKIT MUTIARA, JB. Sebelah Bandar Dato Onn.
Oh ya jangan lupa.. bulan ini PROMO JOINT HEALTH TABLET. Utk kesihatan sendi anda..!!!
Kalau nak datang atau nak beli shaklee sila
PM|SMS |WHATSAPP 012-7470856
atau email ke lyana_um@yahoo.com

Jul 19, 2013

PROMO GLA COMPLEX.. syiokknyaaaa

As salam.. dan salam Ramadhan buat semua pembaca blog yana..
Agak terlambat yana nak annouce pada anda.. tapi better late than naver kan..
BULAN NI PROMO GLA COMPLEX BUY 6 FREE 1
Apa yang best sangat SHAKLEE GLA COMPLEX ni.. ??? Tak sama ka dengan EPO...
 
1. SHAKLEE GLA COMPLEX very the different than EPO ok...!! EPO itu datangnya daripada Evening Primerose Oil.. antara kandungan EPO ialah GLA.  Tapi SHAKLEE GLA COMPLEX ni pula dihasilkan dari BUNGA BORAGE.. dan purely GLA..
 
2. GLA COMPLEX yang di extract daripada BORAGE FLOWER ini.. menurut kajian.. mempunyai KEPEKATAN GLA 3 kali ganda lebih tinggi berbanding GLA daripada EPO.. of cos memberi kesan kepada effectiveness.. kan...kan..
 
3. Kenapa best ??? GLA complex mengandungi asid lemak OMEGA 6 yang berfungsi untuk MENSTABILKAN HORMON..  jadi ia sesuai untuk mereka yang:
♥ haid tak tetap
♥ untuk kesuburan
♥ masalah cyst dan ketumbuhan rahim
♥ masalah senggugut
♥ moody
♥ menopause
♥ masalah intimasi selepas bersalin
 
4. Oleh sebab GLA COMPLEX membantu menstabilkan hormon.. maka ia juga membantu pengurusan berat badan..
Ada customer yana yang mesej habaq
"Best lah makan GLA... bangun pagi rasa lebih kurus."
Heheheh. Besttt kannn. 
 
5. Anda mengalami masalah KESUBURAN? GLA COMPLEX bukan sahaja membantu pembentukan OVUM yang sihat dan matang malah ia mengandungi VITAMIN E yang membantu mengekalkan keadaan cecair rahim yang subur dan menyediakan rahim dalam keadaan yang sesuai untuk persenyawaan...
 
6. GLA COMPLEX juga membantu mengawal darah tinggi dan kolestrol. Ia membantu mengekalkan salur darah yang sihat. Gla complex juga penting untuk pesakit kencing manis.. Seperti yang kita sedia maklum.. INSULIN adalah sejenis HORMON. Dan yes.. itulah tugas GLA COMPLEX. . Untuk stabilkan hormon.. hormon insulin yang berkualiti dan aktif membolehkan paras gula dalam darah dikawal.
 
7. Last but not least..  of cos lah GLA COMPLEX untuk kulit yang cantik.. ia melembapkan. . Menyuburkan kulit.  Kuku dan rambut.. jika kulit anda mempunyai JERAGAT atau JERAWAT yang disebabkan oleh masalah hormon... inhaaAllah settle.  Hehehe..
Apepun.. anda haruslah ISTIQAMAH.. nak sihat.. nak cantik.. nak kurus.. nak hamil.. perlu kesabaran. Pengambilan suplemen perlulah diiringi dengan diet yang sihat...
Jika anda ingin dapatkan GLA COMPLEX.. sila hubungi yana ok
 
Fb: lyana mansor
Sms |whatsapp : 012-7470856
Shaklee ID: 852711

Mar 6, 2013

Promo MAC.. OSTEMATRIX

As salam allsss... waaa bulan lepas ramai GIGIT JARI sebab tak grab promo omega guard. Harga super murah...!

Takpa..takpa.. dah lepas kan.. nak wat camna.. so nak habaq kat u olls semua.. bulan ni promo OSTEMATRIX... hoyeahhhhh.. best kan...

Ha?? Ostematrix tu ape?

Ostematrix ni supplemen KALSIUM-MAGNESIUM yang super hebat.. lengkap dengan semua khasiat yang diperlukan untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang..

Sapa yang perlukan OSTEMATRIX ni
♥ibu-ibu hamil
♥ibu menyusukan baby
♥ibu2 yang sibuk seharian di tempat kerja.. dirumah
♥ suami2 yang selalu letih sakit2 badan
♥ untuk anda yang sakit sengal2 sendi segala
♥ untuk ibu bapa kita
♥ untuk orang yang tak minum susu cam i
♥ untuk orang yang selalu sembelit atau ada buasir
♥ untuk anda2 yang nak jaga kesihatan tulang
♥ untuk anda yang selalu sakit2 badan

Ha best kan. Lagi besttt kalo u olls dah cuba. Serius ramai sahabat2 yang yg dah makan Ostematrix ni beri feed back kesan seawal 1 kali pengambilan. Apa dorang rasa ??

BADAN TAK SAKIT2. TIDO LEBOH LENA DAN BANGUN PAGI LEBOH SEGAR..

Syiokkk. Ni supplemen WAJIB yana sbb yana memang TAK MINUM SUSU.

Ok u olls cam biasa nak order sila lah contact yana k

Lyana Mansor
Shaklee ID: 852711
Sms|whatsapp: 012-7470856
lyana_um@yahoo.com

Feb 12, 2013

MINYAK IKAN untuk masalah ATHMA dan SELSEMA

As salam alls. Skrg ni musim selsema kan. Cuaca pun sejuk kat jb ni petang asik ujan. Yana ngan anak2 pun selsema..

Ok alls.. memandangkan bulan ni PROMO OMEGA GUARD so nak cite antara kepentingan minyak ikan ni..

Tahukah korang.. omega guard mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu MELINDUNGI kesihatan sistem PERNAFASAN.. sebab tu lah penting omega ni lagi2 kalau korang hantar anak kr TASKA.. jangkitan penyakit mudah merebak..

Anak2 yang ada masalah ATHMA pun boleh berikan omega. Ia membantu mencairkan KAHAK.. yana kasi pada Aidil gak since aidil ada athma. Alhamdulillah memang cair kahak. Pas muntahkan kahak tu lega dah die. Risau korang.. kalau nak bawak pi hospital memang kene sedut neb lah kan.

Hmm.. lagi kan tadi yana pi hospital tgk baby adik yana kat NICU. Haishhh banyakkkk kes baby pneumonia tau skrg ni. Dan antara sebab dan punca kematian baby di Malaysia ni adalah disebabkan pneumonia... ngeri ko. Anak yana ni dah lah kecik2 lagi..

So u olls. Jom grab promotion bulan ni. Harga runtuh..khasiat HEBAT.. baik untuk perkembangan otak anak2 baik juga untuk kesihatan mereka..

LOVE

Fb: Lyana Mansor
Sms/whatsapp: 012-7470856

Jan 20, 2013

Supplement untuk kesuburan???

As salam alls.. pagi tadi semasa yana berada di AEON Tebrau City sempat lah yang COD supplement Shaklee dengan seorang adik.. junior yana semasa di UM. Beliau membeli set KESUBURAN untuk beliau dan isteri.. masih berlum dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin...

Actually ramai yang mempunyai masalah seperti adik ni kan... sebab kerap yana menerima mesej dan order sebegini.. Alhamdulillah ada yang dah berjaya mengandung.. ada yang masih mencuba...

ok berbalik pada adik tu..yana telah suggest beliau untuk ambil:

1. ESP : ESP ni selain energy booster.. is sangatttttt penting untuk KESIHATAN SEL..kita tau kan SPERMA dan OVUM tu adalah SEL..dan kita tau sel itu terbentuk daripada PROTEIN... jadi pengambilan protein yang berkuaiti sangatlah penting...TELUR yang sihat akan memungkinkan persenyawaan  dan mengurangkan risiko keguguran.. owh sebut padal keguguran ni.. RAHIM adalah OTOT.. otot pula dibina oleh SEL.. jadi pengambilan ESP mampu MENGUATKAN RAHIM..

2. VIT E: untuk wanita.. memang sinonim ngan vit E ni sebab mampu melembabkan kulit..memudarkan parut dan meremajakan kulit..dan yang dasat tu sebab boleh meningkatkan LIBIDO.. ahaks... (terutama bagi yang baru bersalin takde mood nak "bersama" ngan suami.. so wajiblah amik vit e ni..ehem.. sebab tu kalau nak peknen pun kene amik. hehe.. untuk suami2 pula.. VIT E ni membantu penghasilan SPERMA YANG BERKUALITI..dan AKTIF..dan meningkatkan KUANTITI SPERMA di dalam air mani.. ehem.. juga mengelakkan masalah MATI PUCUK.. hihii

3. GLA : ha ni kene amik.. sebab GLA mengandungi omega 6 yang regulate HORMON. kalau HORMON tunggang langgang camne nak peknen ye tak? Kalau haid tak teratur pun susah nak planning untuk mengandung kan...jadi kene betulkan hormon dulu. (walaupun haid stabil.. kene gak amik).. GLA juga membenatuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (semasa waktu subur)

4. ZINC : penting untuk suami2.. untuk AKTIFKAN SPERMA... kalau ade sperma.. tapi tak aktif pun tak guna kan.. SPERMA perlu mempunyai kemampuan untuk berenang menuju ke sasaran.. :D

5. VITALEA : multivitamin..nampak cam takde fungsi.. tapi tahukan anda.. bila tubuh kita sihat..badan relax.. tak stress.. baru lah senang nak bersama dengan pasangan dan buat baby.. hahaha.  vitalea ni suami isteri kene makan k. nak hasilkan SPERMA atau OVUM yang sihat.. kita kene SIHAT dulu k..

ok berbalik pada adik tu.. yana doakan beliau dan isteri cepat2 menerima baby :D

dah peknen nanti leh r makan set peknen pulak.. hehhee

ok untuk anda2 yang tercari2 supplement SHAKLEE. boleh hubungi yana k..

LYANA MANSOR
lyana_um@yahoo.com
SMS|whastapp: 012-7470856
FB: LYANA MANSOR





Jan 13, 2013

ANda sedang merancang untuk HAMIL...? Masih belum dikurniakan zuriat...? Anda perlu baca ini ..!

Nak PEKNEN tapi KITARAN HAID kacau bilau.. ? Camno?
Untuk memudahkan anda merancang kehamilan.. isteri boleh amalkan pengambilan omega-6 yang berfungsi untuk membentuk prostaglandin-bahan berkesan berupa hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal. GLA COMPLEX membekalkan anda omega 6 berkualiti..
Sangat disarankan.  Isteri mengamalkan pengambilan ASID FOLIK 3 bulan sebelum kehamilan. Ia penting utk pembentukan sel darah merah dan mencegah kecacatan tiub neural pada janin. Dapatkan sumber asid folik anda daripada B COMPLEX..
Kesihatan RAHIM dan Ovari penting untuk penghasilan OVUM yang berkualiti dan mencegah keguguran. Jadi isteri2 perlu amalkan diet tinggi protein yang penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel. Memelihara dan MENGUATKAN OTOT RAHIM.. dan menghasilkan SEL OVUM yang sihat.  Anda boleh amalkan ESP...
Sebarang pertanyaan tentang merancang kehamilan.  Anda boleh hubungi yana.  SMS|Whataspp yana di 012-7470856

Dec 24, 2012

Testimoni SHAKLEE COLLAGEN POWDER

As salam semua.. ramai yang nak tau kan.. keberkesanan SHAKLEE COLLAGEN POWDER ...haaa hari ni yana nak tepek beberapa testimoni Shaklee Collagen Powder ni.. jom.. tgk..

*klik untuk besarkan gambar

ha best kan.. sgtttt berkesan.. sgtttt berbaloi.. jom PM yana di facebook atau SMS|Whatsapp yana di 012-7470856

Dec 8, 2012

Kulit Anda Seperti TILAM?? OMG..!!

As salam semua.. lama kan yana tak menulis.. bz pindah rumah.. hehee.. rasanya ramaiii dah tau bulan PROMO SHAKLEE COLLAGEN POWDER.. uuhhhhh sgtttt berbaloi2 promo ni.. rugiii sgttt sapa tak grab.

apepun.. nak cite kat u oll,, pasal kulit kita ni...


Yana rasa u olls sume pernah beli TILAM kan.. macam2 jenama ade.. dr yang baik berkualiti tinggi sampai lah yg murah bajet2 jek..tapi satu yang sama utk semua tilam ni.. bila lama2.. dimamah waktu.. struktur tilam akan mengendur.. tak empuk dan anjal lagi cam dulu.. spring pun dah makin kurang sifatnya.. latex (kalo tilam latex lah kan) pun makin kurang keanjalannya..


ha.. sama lah juga dengan kulit kita ni.. masa muda kita.. kulit gebus..anjal.. takda garis2 halus.. kalau tekan tu cam tekan mashmellow jek.. anjal.. heheh...tapi dari masa ke masa.. stuktur kulit akan semakin mengendur.. pipi yang dulu gebus leh cubit2 skrg tinggal kulit.. kalo ade isi pun tak anjal tak mantop cam dulu.. garis2 pun dah mula muncul..mata pun dah cam panda.jeragat sana..sini.... hhaha..  ni semua terjadi sbb kita makin matang (eceh.. sebenonya makin tua.. haha.. takmo r sebut tua kan.. ).. pencemaran...sinaran UV.. stress.. hormon dll.


ok so ini lah perlunya kolagen.. untuk menyokong struktur kulit anda,, moh kita tgk apa pentingnya lagi kolagen ni..

 haha.. so apa lagi.. jom lah kita sama2 jaga kecantikan dan kesihatan kulit.. rambut.. tulang. kuku kita. sonang ajo.. SHAKLEE COLLAGEN POWDER COMPLETE dah,. (len kali yana cite lagi pasa SCP)..



sila PM atau SMS|Whatsapp yana di 012-7470856

Nov 26, 2012

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.  
Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz’ dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub’ dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz’ dan Ustazah’ yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz’. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa’ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين
Ertinya : “Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya” ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus’ dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM
Secara umum ‘Multi Level Marketing’ adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline’ (tingkat atas) dan ‘Downline’ (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline’ jika mempunyai ‘Downline’. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal’ atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan’ ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

 

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :
1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh’ menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy’ ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)
Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur “Harga Lebih Tinggi dari Biasa” , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.
Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun’ di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa’ membeli  sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya ‘Ghabnun’, sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun’, mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :

Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )

Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)

Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu’ , 7/500 )

Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : “Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran … teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual ” ( Al-Mughni , 4/78 )

Justeru, perbincangan panjang tentang ‘Ghabn’ sebenarnya menunjukkan terdapat jenis ‘Ghabn’ yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut ‘ghabn’ sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya.  Adakah anda yakin semua jenis ‘Ghabn’ yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis ‘Ghabn’ yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.


2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.
Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee’) sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi’en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato’ Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha’ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-
* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju’alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.
* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.
Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau “brokerage” (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas “brokerage” tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker’ atau ‘agen’ untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker’ atau ‘agen’ menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : “
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة
Ertinya : “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM  seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah,  atau bay’atayn fi bay’ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah  dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.  

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan ‘modal’, sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan ‘Dhoman’ barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.
Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

  • 1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : ” Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh” , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

  • 2) Iaitu contohnya pembeli : “jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang”, kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

  • 3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : “Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000″ . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : “aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”

Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?
a-      Jual barang RM 2000 – Aqad jual beli yang bersifat lazim
b-     Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) – aqad wakalah yang bersifat lazim.
c-       Beri mandate untuk cari ahli – ini tiada masalah
d-     Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% – Ini ju’alah, juga kelihatan tiada masalah.
e-      Kamu hanya layak dapat 1 % ju’alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 – Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu’awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim.  Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah “aqad lazim”

  • 4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta’, 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded’.

  • 5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : ” Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai” . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.
Pun begitu, point ini boleh diealakkan jika aqad tersebut boleh dipisahkan dan berdiri dengan sendirinya. Pemantauan penasihat Syariah diperlukan bagi memastikan hal ini mampu dibuat.
Keputusan Majma Fiqh Sedunia ? 
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
Ø      Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
Ø      Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
Ø      Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


Mana MLM alternatif??
“Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna” Demikian tempelak seorang pemuda  tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-
Pertama : Memang ramai ‘suruh’, ‘arah’ dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.  

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia ‘viable’ untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)

* inshaaAllah perniagaan SHAKLEE yana HALAL.yana membimbing anak2 cucu shaklee yana.. dan yana dibayar atas USAHA yana...yana tidak mengambil untung berlebihan... yana menjual PRODUK yang HALAL dan memberi manfaat kepada semua.. dan yana tidak mengamalkan front loading dan "beli" pangkat.. :D

Nov 17, 2012

Jom KURUS dengan CINCH Shake

Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan 
"Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau 
"Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?"
Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk kod:
Cafe Latte - 20339 (765g)
Vanilla - 20340 (765g)
Chocolate - 20341 (765g)
   


Jom baca testimoni salah seorang pengguna Shaklee Cinch di Malaysia. Credit to kak Cery.


28 Nov 10, 08:21-nani:
ingat x yang beli cinch inch +lecithin tu..hehe..progress so far so good....cinch tu best gak..saya minum ngan low fat milk..ok..nani minum cm akak ajar tu antara breakfast n lunch..pastu kan akak suruh makan sikit2 kan..ade 1hari tu saya mmg xmakan ape2 after minum tu...xlapar..xrasa nak makan.but i take dinner b4 7pm..just a very light dinner.n b4 tdo saya makan lecithin..pastu, saya nyer digest mmg lancar,buang air besar a few times a day..buang air kecik mmg byk kali pon sbb minum air min 2L per day.so i really hope it works 2loss weight

29 Nov 10, 04:14-nani:

hari ni nani minum cinch around 11.30am, and xmakan ape2 until 6pm baru minum sup.coz xlapar pun...

30 Nov 10, 08:33-nani:

akak,smlm nyer progress, minum dalam kol 11am,lunch mkn popia 3kg je sbb dah kenyang.. eh..makan popia 3ketul je..hehe..slah type..pastu kenyang sampai kul7.30pm baru dinner makan sup sayur without rice.hirup sup je.hehe.yg bestnyer cinch ni,wat perut nani xlapar giler pg2.sbb biasa perut bgn dulu....kdg2 kul6pg tu dh lapar giler.sbb perut bangun dulu.tp skang xdah.dh ok.hehe..i like

1 Dis 10, 05:30-nani:

gud news..i lost 1.5kg..hehe.. in about 1week la..ok la tu akak kan?hihi

4 Dis 10, 09:00-nani:
pinggang dah kurang 1inch la akak..hehe



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

POPULAR POST