Feb 27, 2015
Resipi Kari Ikan Tongkol
Assalammualaikum.
Malam ni i rajin terlebih sikit nak masak. Dan rasanya terliur nak makan kari Ikan.. yummeh..!
Ni resipinya. mudah saja. Selamat mencuba.
Bahan tumis
1bj bawang besar hiris
1bj bawang putih
beberapa helai daun kari
Bahan pes rempah
1 peket rempah kari ikan babas
1 peket rempah kari ikan adabi
3 sudu makan serbuk cili
1bj bawang besar kisar
2bj bawang putih kisar
1inci halia kisar
*gaul dengan sedikit air
2 ekor ikan tongkol (dipotong)
10 batang bendi (terung pun boleh)
2bj tomato (belah dua)
1 sudu makan penuh pes asam jawa
1 kotak kecil santan
Cara-cara
1. Tumis bahan tumis sehingga harum.
2. Masukkan pes, tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan ikan dan bendi. masak sehingga mendidih.
4. masukkan santan dan pes asam jawa dan tomato
5. perasanakan dengan garam dan secubit gula.
siap..!
Kuah lebih boleh buat sarapan dengan lempeng
Master Lyana Mansor
Shaklee Master Coordinator
Lyana mansor fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Tips membawa anak kecil berjalan-jalan.
Beberapa hari lepas, yana dapat Pm dari seseorang bertanyakan bagaimana yang dan suami handle anak-anak semasa berjalan.
Sedikit tip untuk ibu ayah bagaimana nak bawa anak ramai-ramai pi berjalan. Tips ini yana dah share di FB, sekarang yana share di sini untuk anda pula.
1. Nak belanja, lebih mudah berbelanja di Tesco/jusco/ Econsave. Ada troli kan. Masukkan semua dalam troli. Nampak tak glemer, tapi memudahkan ibu ayah nak berbelanja.
2. Nak pergi makan. Dapatkan makanan yang anak akan makan. Dan anak kecil selalunya tak makan banyak. Yana sendiri selalunya akan beli nasi ayam 2 pinggan. Bahagikan kepada 4 pinggan. Air dua gelas, bahagiakan kepada 4 gelas. So minta pinggan dan cawan lebih. Jangan membazir sebab selalunya bila belikan sepinggan, tak habis, ayah ibu akan marah (frust anak membazir). End up anak kene marah sebab tak makan, atau sebab main-main dengan makanan sebab dah kenyang.
(tak valid cara ni kalau anak2 anda kuat makan)
3. Nak ke taman. Bawa anak-anak ke taman yang mudah anda pantau. Biarkan anak-anak bermain bebas. Jatuh-jatuh sikit itu normal. Let them experience it. Jangan manjakan sangat.
4. Nak ke masjid. Pastikan anda terangkan tujuan ke masjid. Lebih-lebih lagi anak yang sukar mengawal suara dan aktiviti larian. Terangkan kepada mereka mengapa perlu senyap dll sebelum anda ke masjid. Dan remind sekali lagi bila di masjid.
Tunggu sambungan ye..
Master Lyana Mansor
Lyana mansor fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Feb 23, 2015
Cara kurangkan Morning Sickness
Anda peknen ke?
Morning Sickness teruk?
yana belum start lagi (setakat ni)..hehehe
ok berikut sendikit tips untuk ibu-ibu mengurangkan masalah morning sickness berdasarkan pengalaman yana.
BANGUN PAGI TERUS MAKAN
hehehe.. takyah lah pi gosok gigi dulu untuk elakkan muntah kuning tu. Celik mata pergi lah makan dulu sekeping dua roti atau biskut buiat alas perut. InshaaAllah takdalah mulakan hari dengan uwek-uwek..hehe
MAKAN DENGAN KERAP
Pastikan anda makan dengan kerap, dalam kuantiti yang sedikit. JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG atau masuk angin. Cari nahas namanya tu. Bila dah masuk angin, anda makan yang lain 80% akan muntah..ha takut tak..?
MAKAN SUPPLEMEN PADA WAKTU YANG SESUAI
Sesetangah ibu mendapati mereka akan lebih kerap muntah selepas makan supplemen yang dibekalkan doktor pada waktu pagi. Jadi anda boleh ubah jadual kepada sebelum tidur. Pil seperti zat besi mempunyai bau yang agak kuat dan menyebabkan ibu mual.
CUKUPKAN KEPERLUAN KALSIUM
Selain membantu menguangkan masalah kejang-kejang kaki, kalsium juga membantu otot lebih relax. Ramai wanita yang pertama kali menjadi ibu rasa risau bila ada masalah sakit perut di bahagian rahim semasa awal kehamilan. Sebenarnya, rahim ibu sedang berkembnag, membesar dan bersedia untuk menampung bayi yang semakin membesar. Kalsium juga mengurangkan masalah gastrik..!
SUPPLEMEN UNTUK KURANGKAN MORNING SICKNESS
As for me selain yana amalkan seperti di atas, Yana juga makan suppelmen Shaklee yang membantu mengurangkan masalah morning sickness yana.
Yana suka Vit c Chewable ni. Mesti ada dalam beg. Bila rasa loya je mesti kunyah 1 biji. Masam-masam gitu. So tak payah lah makan asam yang totally not healthy kan.
Pil kalsium feveret yana. Takda kejang-kejang kai, takda sakit-sakit badan yang yang pasti takda sembelit.
Peppermint Ginger mengurangkan masalah angin dalam badan. Dan pastinya mengurangkan masalah loya dan morning sickness. Wajib ada untuk semua ibu hamil.
Rasa loya dah ke? ok lah ok lah stop sekarang.
Jika anda berminat untuk mendapatkan suppelemen Shaklee dan Consultation Exclusive dari yana, sila hubungi yana laju-laju ya
Master Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
SMS|Whatsapp|Telegram : 012-7470856
Feb 22, 2015
Umur 30 anak 6..! Perancangan Allah itu sempurna.
Assalamamualaikum
Sejak dari yana sekolah menengah lagi memang dah set plan kehidupan. Dah rancang nak atur perjalanan bagaimana.
Dulu semasa sebelum SPM yana bercita,-cita untuk menjadi seorang peguam. Bagaimanapun, sebelum arwah mak meninggal dunia, mak ada pesan suruh jadi cikgu. Jadi planning sudah berubah.
Maka bermulalah planning baru. Selepas SPM nak sambung belajar jadi cikgu. Then tahun akhir nak kawin supaya takyah posting jauh-jauh apatah lagi di Sabah atau Sarawak. Kemudia nak beranak ramai-ramai sebelum umur 30 tahun. hehehe. Muda-muda lagi dah berangan kan. Masa tu umur 17 tahun.
Perancangan Allah Maha Hebat. Kita hanya planning dan usaha, Allah yang aturkan segalanya. Yana tamat SPM dengan keputusan 3A sahaja. Tu pun ambil SPM sebulan selepas arwah mak meninggal. Allah permudahkan jalan, dengan keputusan itu diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Tamat Mtatrik dengan CGPA 3.68, rezeki menyebelahi yana lagi untuk menyambung pelajaran B.ScEd di Universiti Malaya. Disebabkan hidup sendiri dan kehidupan yang sosial dan terumbang ambing masa tu, Yana ambil keputusan untuk mencari suami. kahhhh. kelakar pula rasa. But yes ini cerita benar Masa jumpa En.Aiman (suami yana) terus rasa ok dia ni sesuai dijadikan SUAMI. semasa itu yana berumur 21 dan abang berumur 27. ngam lah kan. Kami bernikah selepas 4 bulan perkenalan.
Berkahwin semasa Sem 1, Tahun 3. Yana sudah mempunyai seorang anak semasa di Tahun 4. Alhamdulillah menamatkan pelajaran dengan CGPA cukup-cukup makan (sebab banyak main-main sebelum kenal abang dulu) Allah bantu lagi, Yana dapat posting sebagai guru di daerah kelahiran. di Johor Bahru. Alhamdulillah. sekali lagi Allah bantu dan permudahkan urusan.
Suka duka sama-sama yana dan suami tempuhi. Dari naik bas, hingga punya motor, beli kereta 2nd hand, beli Alza, beli rumah dan Beli Vellfire sama-sama hadap. Dia lap air mata yana. Yana lap air mata dia. haha. Suami dan isteri perlu sama-sama kuat lagi-lagi bila berkahwin muda. InshaaAllah semuanya mudah.
Dan tahun ini, dikala umur bakal menjejak 30 tahun, yana bakal melahirkan anak ke 6 hujung tahun ini. sangattt lah mengikut plan kan.. hahaha. Alhamdulillah. Ramai yang tanya bagaimana yana menjaga anak, jawabnya mudah. Ikut sahaja gerak hati. Yana bukanlah ibu yang perfect. Kadangkala anak-anak pakai pampes atau seluar katok sahaja dirumah. haha. Mandi sekalu harung, suap kan makan sekali harung. beri susu sekali harung dan tidurkan sekali harung. Penat tapi mudah dan bahagia. Dan of kos hari-hari melatih vokal. hahaa.
Yes umur 30 tahun anak 6..! itulah yana. dan yana bangga dengannya. Sungguh perancangan Allah itu lebih sempurna
psttt: ibu-ibu sila amalkan supplemen supaya ibu kekal sihat dan bertenaga.
Dapatkan supplemen untuk ibu-ibu hebat seperti yana. Hubungi yana untuk consultation.
Master Lyana Mansor
fb:Lyana Mansor
page:Lyana: Kedai Sihat Saya
Sms|Whatsapp|telegram: 012-7470856
Feb 21, 2015
Masalah Kesuburan, Kehamilan yang dinanti
Assalammualaikum semua
Alhamdulillah. Agak mengejutkan tapi yes.. Yana mengandung lagi..! Anak ke 6.
Terkejut tak? Terkejut tak? hahaha
Alhamdulillah. Ramai yang berusaha untuk hamil di luar sana tetapi diri ini sangat lah mudah untuk hamil. Ia adalah satu rahmat untuk seorang wanita apabila mudah hamil.
Tetapi bagaimana pula wanita yang sukar hamil?
Untuk adik-adik dan kakak-kakak di luar sana, jangan bersedih jika anda belum hamil. Selepas 1 tahun perkahwinan, tetapi masih belum dikurniakan zuriat, pastikan anda lalukan langkah-langkah berikut.
BUAT PEMERIKASAAN DOKTOR
Jumpa lah doktor pakar untuk memastikan tahap kesihatan anda. Pujuk lah suami untuk menjalani pemeriksaan juga.
LAKUKAN PEMERIKSAAN HORMON
Jika secara fizikal tiada masalah, lakukan pemeriksaan paras hormon anda dan suami. Ini penting supaya anda berdua tahu apa langkah seterusnya yang perlu diusahakan.
JALANI RAWATAN
Jika pemeriksaan mendapati terdapat kekurangan kandungaan hormon pada anda atau suami, jalanilah rawatan hormon samada melalui pil atau suntikan. Rawatan kesuburan yang disyorkan oleh doktor seperti IUI, Penggunaan Pil Hormon dan IVF juga boleh dicuba bergantung kepada bajet anda.
MASALAH KESUBURAN
Terdapat juga beberapa masalah kewanitaan yang kebelakangan ini sering menghantui wanita. Contohnya PCOS, CYST, FIBROID, ENDOMETRIOSIS. Sila dapatkan rawatan jika anda mempunyai masalah berikut.
KURANGKAN TEKANAN
Normal lah untuk orang luar akan bertanya "Bila nak dapat anak?"
Tekanan datang bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam. Samada keluarga,, suami atau diri sendiri. Pastikan anda kurangkan tekanan. Jangan stress kerana ia akan memburukkan lagi masalah kesuburan dan mengganggu rawatan anda.
KURANGKAN BERAT BADAN
Dalam kebanyakan kes yang kami jumpa, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko untuk mempunyai masalah kesuburan. Jadi jika anda mempunyai masalah berat badan, berusahlah untuk kurangkan. Selain meningkatkan peluang kehamilan, anda juga sekaligus menyediakan diri dengan kondisi tubuh yang sesuai untuk hamil. (psttt. trust me.. kalau start hamil badan dah berat.. apatah lagi semasa akhir kehamilan nanti. penat tau)
AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Dari sekarang, anda dan suami perlu amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan makanan berkolestrol tinggi terutamannya makanan segera. Makan lah banyak sayuran hijau dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan gula, minyak dan lemak lagi-lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah diabetes dan darah tinggi. Tahukah anda, apabila hamil,, risiko untuk mengalami darah tinggi atau kencing manis juga tinggi. Lebih-lebih lagi untuk anda yang tidak menjaga pemakanan.
AMBIL FOLIC ASID DAN ZAT BESI
Sediakan juga tubuh anda dengan nutrisi asas untuk kehamilan dan pembentukan bayi. Supplemen asid folik penting untuk pembentukan tiub nueral dan mengelakkan kecacatan bayi. Zat besi pula penting untuk pembentukan sel darah merah. Apabila anda hamil, sedari mula lagi, peredaran darah akan berganda, pada tubuh sendiri, disalurkan kepada tali pusat dan plasenta(uri) dan seterusnya kepada bayi.
DOA DAN USAHA
Jangan berhenti untuk berdoa supaya dikurniakan zuriat. Berdoalah bersama-sama suami. Minta ibu dan ayah serta mertua doakan juga. Dan sangat disyorkan jika anda bersama suami setiap 2 hari sekali. hehe.
BERSEDIA
Banyak kes yang yana jumpa, suami dan isteri sebenarnya masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Samada sibuk dengan urusan kerjaya atau masih belum puas enjoy kehidupan sebagai suami isteri, atau masih belum bersedia untuk menjadi ayah dan ibu. Tanya diri anda dan suami, apakah anda sudah bersedia? Ingat, anak itu amanah Allah. Allah akan beri bila sampai masanya nanti.
Disamping usaha-usaha mendapatkan rawatan, anda juga boleh mencuba rawatan alternatif. Banyak testimoni SET KESUBURAN SHAKLEE yang telah berjaya.
Rawatan menggunakan SUPPLEMEN sudah tentu mengambil masa. Dan, Yana cadangkan anda dan suami sama-sama mengamalkan supplemen yang disyorkan.
Supplemen apa yang sesuai untuk anda?
Hubungi yana untuk consultation.
Master Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
page: Lyana: Kedai Sihat Saya
SMS|Whatsapp| Telegram: 012-7470856
InshaaAllah Yana akan bantu anda dan sama-sama kita usahakan mendapat Kehamilan yang Dinanti.
Jan 8, 2015
Sel kanser tak aktif selepas minum Vivix
Assalammualaikum
Apa khabar u olls semua
Beberapa hari lepas kami dok cerita-cerita pasal vivix. Seorang leader yana share.. Sel kanser di paru-paru sahabat beliau dah tak aktif selepas consume VIVIX.
Alhamdulillah. sebenarnya memang banyak testimoni Vivix untuk pesakit kanser. Ada seorang pakcik yang yana pernah jumpa mengalami KANSER OTAK dan telah sembuh.
Ramai juga yang kata VIVIX ni mahal. hmmm. sebenarnya kos membeli VIViX lebih murahh dari rawatan kanser dan of kos NYAWA ITU LEBIH BERHARGA.. Dan berita baik Bulan ni PrOMo VIVIX tau. jadi jika anda nak cuba VIVIX atau nak hadiahkan pada suami atau ibu bapa.. ini lah masa yang tepat..!
macam biasa. nak dapatkan VIVIX anda sila hubungi yana ye.
Lyana mansor
fb: lyana mansor SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Dec 23, 2014
4 Vitamin untuk kulit cantik meletop..!
4 Vitamin untuk kulit cantik meletop..!
Vitamin Cantik luar dalam
Vitamin C
Vitamin E
B Complex
ESP
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Dec 22, 2014
Vitamin untuk putihkan kulit
Vitamin untuk putihkan kulit
AssalammualaikumMemandangkan bulan ini bulan kecantikan..jadi yana nak cerita pasal Vitamin yang memutihkan kulit.
Macam mana kulit boleh putih?
Pentingnya antioksidan
So? Macam mana boleh putih??
Vitamin C untuk Masker
Vitamin C Shaklee
Jadi percayalah dengan Vitamin anda pun boleh putih.. eh.. tapi jangan lah melampau sangat ye impian tu.. kalau dah kulit cam Naomi Campbell jangan lah berangan nak putih macam Emma Maembong pula kan..hehhe
Apapun, untuk anda-anda yang nak dapatkan Vitamin C Shaklee atau Vitamin-vitamin lain, boleh hubungi yana ye
Peluang Perniagaan di Rumah, Jom sertai kami..!
D'Gems
1. Support Group yang best
2. Bimbingan marketing dan produk
3. Sesi kelas bersama Master Coordinator
4. Bimbingan 1 to 1
1. Personal bonus
2. Retail profit
3. Net Personal Bonus
4. Leadership bonus
5. Local and International Trip
6. Cash Car Bonus
7. Coordinator Incentive
8. Product Promotion
Serendah RM75 sahaja
Jangan segan-segan
Jangan malu-malu
Bertindak sekarang
Dec 15, 2014
Mencapai kejayaan semudah membuat TAPAI
Setiap hari kita selalu memikirkan bagaimana hendak menjadikan hari-hari akan datang menjadi hari yang lebih baik kan..
Merancang bagaimana kehidupan keluarga 10 tahun akan datang
Merancang pelajaran anak-anak ke peringkat lebih tinggi inshaaAllah
Berfikir-fikir untuk melupuskan semua hutang
dan mungkin juga sudah mengimpikan percutian dan persaraan.
Untuk mencapai semua di atas.. anda hanya perlukan TAPAI : TARGET..PLANNING .. ACTION..INSHAALLAH
TARGET
Apakah matlamat anda? esok hari? bulan ini? tahun depan? atau mungkin 5 tahun akan datang?
Yana sendiri..
Matlamat yana, tahun 2015 untuk hapuskan hutang-hutang kecil seperti hutang loan ASB.. hutang Personal Loan, hutang PTPTN dan melangsaikan sebahagian loan rumah. Juga merancang percutian keluarga ke Korea dan mengerjakan Umrah bersama keluarga. Serta, menambah sebuah lagi aset hartanah dan melabur di dalam unit amanah. Bagaimana dengan anda? Tuliskan matlamat anda, secara spesifik. bulan dan tahun..
PLANNING
Bagaimanakah cara kita hendak mencapai target/ matlamat atau impian kita? cukupkah dengan pendapatan sekarang daripada kerja hakiki? atau mungkin tunggu kenaikan gaji (seperti kami cikgu, kenaikan gaji RM200+ setahun). Atau nak tunggu rezeki terpijak?
Jika anda serius hendak mencapai target anda, perlu usahakan sesuatu untuk mencapainya. Duduk dan tuliskan planning anda. apa yang perlu dilakukan. List kan usaha-usaha yang mungkin membantu untuk mencapai impian anda. Listkan juga kekuatan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Juga listkan kelemahan-kelemahan anda atau halangan-halangan yang perlu anda hadapi dan tuliskan penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi halangan/kelemahan tersebut.
ACTION
Planning yang baik hanya menjadi sia-sia tanpa ACTION. Bertindaklah..! Jangan berlengah. pasanglah kuda-kuda dan rentakkan silat anda. ewahhh....! Fokus pada APA YANG ANDA NAK sahaja. Lakukan semua usaha yang telah anda listkan. Sedikit-sedikit tidak mengapa asalkan konsisten. Dari masa ke masa, tingkatkan diri anda dan cuba lakukan yang lebih baik setiap hari.
INSHAALLAH
Bersama-sama segala usaha, jangan lupa sertakan dengan DOA dan amalan rohani. Ingat, punca rezeki itu datangnya dari Allah yang Maha Pemberi. Jadi perlulah dikejar dan dimohon pada Pemberi Rezeki itu, Buat apa yang Allah suka.. disertakan dengan segala usaha yang tak pernah putus. Jika cepat Allah beri kejayaan itu, Alhamdulillah. Jika dah usaha sungguh-sungguh tapi labat Allah beri kejayaan itu, pun Allhamdulillah. Semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin jika kita mencapai kejayaan sekarang, kita akan menjadi seorang yang riak. atau mungkin jika kita mendapat income RM10000 sekarang kita akan menjadi orang yang sangat boros. Wallahualam. Apapun, tanamkan niat di dalam hati, lebih banyak kita dapat, lebih banyak kita boleh menyumbang kepada pembangunan keluarga, agama, bangsa.
Semoga anda temui kejayaan hidup dengan tips TAPAI ini.. mudah, simple dan hasilnya lazat...!
Lyana Mansor
Effective Shaklee Master Coordinator
Lyana & Dgems
Bisnes Shaklee vs Surirumah
Bila yang scroll down Geneology group..
semak semula ahli-ahli di dalam group Shaklee Yana, Lyana & Dgems.. Yana dapati antara golongan yang paling ramai menyertai Group kami adalah golongan SURIRUMAH , selain Guru dan Jurutera.
Nampak tak... nampak takk...?
Siapa kata surirumah atau Home Manager ini hanya berdiam di rumah, harap suami suap segalanya??Di dalam zaman serba canggih ini.. bekerja dari rumah adalah sesuatu yang sangat tidak mustahil dan lebih praktikal dan mudah. Pelbagai peluang yang hadir.. dari membina jenama dan produk sendiri seperti nasi lemak atau makanan frozen, atau menjadi pengedar bagi produk sedia ada seperti dropship atau broduk-produk tempatan, atau membina networking di dalam MLM.
Yana sendiri secara peribadi pernah mencuba ketiga-tiganya.. pernah menjual produk sendiri yang yana jahit.. pernah juga mengambil tempahan membuat kek, pernah menjual nasi lemak dan pernah juga menjadi pengedar ebook dan dropship serta afilliate. Seronok berbisnes ni. asalkan kita rajin dan sabar. Tapi untuk yana yang ketika itu masih bekerja dan mempunyai anak ramai, mengeluarkan produk sendiri adalah sesuatu yang membebankan.
Sebagai seorang isteri (walaupun ketika itu masih bekerja), seringkali ingin membantu suami meringankan tanggungan kewangan dan memberi kehidupan lebih selesa kepada keluarga. Dan di saat itu lah Yana bertemu dengan bisnes SHAKLEE. Yang membezakan bisnes Shaklee dengan bisnes-bisnes lain yang Yana telah sebutkan, Bisnes Shaklee adalah bisnes MLM. Di samping membantu pelanggan untuk lebih sihat, Yana juga membantu anak-anak buah di dalam rangkaian Yana untuk mendapatkan income seperti yang Yana rasa.. dan income berterusan dan semakin membesar sejajar dengan usaha dan kebesaran rangkaian. dan guess what..? Feelingnya sangat best..! The more we share the more we get kan..
Kebanyakkan surirumah di dalam group Lyana & Dgems, menjalankan perniagaan mereka sambil menjaga anak, menghantar anak ke sekolah, dan mengerjakan pekerjaan harian. Masa bukan halangan untuk berjaya kan..? Kini lebih mudah kerana perkembangan teknologi canggih aplikasi telefon pintar seperti buffer, picsart, textgram, dan lain-lain. Malah, untuk order produk Shaklee pun semudah menekan-nekan di telefon pintar atau di laptop. tanpa perlu keluar rumah (ops.. Shaklee ada 6 branch di seluruh Malaysia.. jika rumah dekat dengan branch apa salahnya menjenguk-jenguk ke sana kan..). Dan sekali sekala menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh group Lyana & Dgems atau yang dianjurkan oleh Shaklee, bersama anak-anak dan suami..!
Yana berasa bangga dapat membantu ramai suri rumah di luar sana membina kerjaya di rumah.. dan kini mereka mampu mempunyai SIMPANAN sendiri, mampu MEMBANTU suami, mampu memberi wang belanja untuk IBUBAPA, dan memberikan REWARD untuk diri sendiri dan keluarga. Dan hasilnya.. jika anda adalah pengikut blog Yana ini.. anda pasti tahu Yana kini juga adalah surirumah..! (antara impian ibu yang bekerja kan..nak duduk rumah, jaga anak..tapi ada duit..hehe)
Jom... sertai kami group Lyana & D'Gems.
Binalah kerjaya anda, di dalam kelesaan rumah dan masa anda sendiri.
Hubungi Yana..
Master Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Nov 25, 2014
Suami kerap letih dan penat? Ini cara isteri bijak bantu suami
Suami kalian selalu tak mengadu letih, penat bila balik kerja?
Kesian kan..Yelah bila dan penat nak layan anak pun asal boleh je. nak nak kalau tengok anak-anak sepahkan rumah, tak pasal-pasal anak kene marah.
Kalau lepas makan, mandi dan jadi segar dan bersemangat semula ok lah.. tapi kalau berlarutan sampai ke bilik tidur? isteri yang makan hati...
Suami yana sendiri alhamdulillah, sejak ambil 3 produk ini memang bersemangat, kurang sakit, kurang letih. Dan yana sangat sarankan anda hadiahkan set ini untuk suami.
Ada yang kata suami saya susah nak telan pil-pil ni.. sayang-sayang sekalian, itulah tugas kita sebagai isteri.. pujuk lah suami untuk makan supplemen. Untuk kesihatan suami dan tentunya untuk kemakmuran rumahtangga. Siapa tak sayang suami oiii....
ok ini lah 3 produk hebat yang suami yana sendiri makan dan 200% suami anda akan suka dan merasa kesannya
1. OSTEMATRIX SHAKLEE
Kadang suami duduk lama kat depan konputer, sakit pinggang kan.. atau suami kerja berat, sakit-sakit badan. Nak ini lah dia Ostematrix khas untuk tulang temulang. Dan kasi suami makan ni jangan lah mengelat nak mengurut k. Urut tu rahsia eratkan hubungan suami isteri. Kalian pun kalau rasa penat, sakit badan uruskan kerja rumah, boleh lah mengecek suami ostematrix ni..hihi
2. VITALEA SHAKLEE
Ada tak suami ngadu malas nak bangun tidur, letih dan penat kat tempat kerja, kerap ngantuk di tempat kerja, atau selalu letih semasa drive jauh. Nah.. vitalea ni memang best. Vitalea adalah multivitamin, utnuk cukupkan keperluan nutrisi si dia. Selalunya kalau nak drive jauh suami yana akan makan 2bj sebelum drive. Kompom takda lah asik nak berhenti isap rokok je (sbb nak hilangkan ngantuk)
3. VIVIX SHAKLEE
Vivix ni memang paling powerful. Kaya dengan antioksidan dan baik untuk salur darah (tahu tak, kebanyakan penyakit disebabkan masalah dengan darah tau.), oleh itu vivix ni sngat baik untuk jantung. Yang paling penting, vivix meningkatkan keupayaan mitokondria untuk penghasilan TENAGA..! Kalau suami kalian selalu lemau je..waktu bersama pun lemau juga..nah.. hadiahkan VIVIX.. trust me..! :P
untuk anda yang berniat nak hadiahkan kepada suami, yana juga boleh packingkan cantik-cantik... <3 p="">
Jom hadiahkan untuk si dia..hubungi yana segera..
Lyana mansor
Shaklee Master Coordinator
fb: lyana mansor
page: Lyana:Kedai Sihat Saya
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
COD: Johor bahru, Pasir Gudang, Ulu Tiram, Pandan, Tebrau, Plentong3>
Nov 19, 2014
Legakan masalah sembelit
Sembelit
Aduh kalau kena sembelit macam-macam rasa ada kan. rasa pening, ting tong, perut memulas-mulas, perut berangin, rasa loya pun ada. Semua kerja tergendala. Kalau buat pun serba tak kena. kan..kan..Yana memang penyebelit tegar.. tapi tu dulu.. dulu sebelum yana kenal Shaklee. Terdapat beberapa produk SHaklee yang sangat membantu masalah sembelit ni, Tapi harini yana nak cerita tentang Herblax
Herblax Shaklee
Pernah tak try Herblax Shaklee? kalau tak pernah sila dapatkan sebotolmemang best....!
Herblax adalah sejenis julap lembut. Ia membantu membersihkan usus. Jadi segala keladak-keladak tu akan keluar juga, sesuai sangat untuk mereka yang nak KURUS, yang ada masalah SEMBELIT , yang nak DETOX dan mereka yang banyak makan makanan diproses.
Apa yang best Herblax Shaklee ni????
Yang bestttt tentang Herblax ni, selepas i berkesan, anda tidak akan mengalami cirit birit seperti produk lain. Dan, badan tentunya rasa ringan. Jika anda makan Herblax semasa proses penurunan berat badan, anda akan lihat berat badan lebih mudah turun. Dan yang pastinya kerana Herblax membantu proses cleanse, peneyerapan zat-zat dan nutrisi lebih berkesan selepas itu,Bestkan Herblax ni.. Supplemen feveret yang ni..!
cepat.. apa tunggu lagi..! dapatkan Herblax anda sekarang.!
sila hubungi yana ya
100% berkesan
Nov 17, 2014
Collagen Powder Shaklee : Masker Kolagen
Collagen Powder Shaklee
U olls tau kan, Shaklee ada keluarkan produk kolagen. Shaklee Collagen Powder.Beza Shaklee kolagen Powder dengan produk kolagen di luar sana adalah kualitinya
Shaklee Collagen Powder diperbuat dari SISIK IKAN MERAH dan kadar penyerapannya serendah 1000 Dalton (read that lebih rendah dalton, lebih mudah diserap), Juga mengandungi bahan-bahan yang memberi efek bombastik pada produk ini.
Masker Kolagen
Yana terima banyak pertanyaan tentang SHAKLEE Collagen Powder ini.Ada juga yang bertanya camne nak jimat2 gunakannya.
Actually, Kolagen Shaklee ini perlu diminum
Shaklee sarankan selama 8 minggu untuk kesan ketara yang diharapkan sperti dalam scientific research.
tapi...ada juga yang nak bajet2 je kan..
so boleh lah try buat masker kolagen ni
*ini i yang suggest
Masker kolagen Shaklee
secubit Collagen Powder Shaklee
1/2 sudu Nutriwhite Softener Shaklee
Caranya:
Gaulkan kedua ini. dan tepek di muka sehingga kering.
Basuh dengan air suam
Tips yana:
1. jika takda Shaklee softener boleh juga gunaka toner atau air biasa je. The best efek of kos lah gunakan Nutriwhite Softener
2. Jangan lupa ambil gambar sebelum dan selepas bermasker untuk perbandingan
3. Selalu lah bersihkan tangan tu sebab nak pegang muka yang LEMBUT, Gebu itu..hehehe
Kesan Masker Kolagen Shaklee
Antara kesan yang Yana sendiri rasa dan kawan-kawan yang yang dah pernah test rasa1. Kesan paling ketara adalah kesan whitening. Kulit kelihatan lebih cerah
2. Kulit terasa LEMBUT, HALUS , GEBU dan ANJAL
3. Tangan asik gatal nak sentuh muka..heheh.. ni tak dapat elak lah.
4. Perasan cantik..haha
Serius BEST,,,!
nak lagi best,. minum Shaklee Collagen Powder dan buat makser juga
meletop u...efek luar dalam gitu..
Resipi: Pankek mudah
ibu ni "rajin" lah sangat nak buat mee goreng sume masa sarapan kan
plus anak-anak selera western..kahh
so ibu buat lah PANKEK as requested
simple sahaja resipi ni.
semua ibu godak pakai sudu je..hahah
ibu percaya resipi ni sangat berguna untuk ibu2 di luar sana yang nak cari resipi mudah kan..
RESIPI PENKEK mudah
1bj telur
2sd gula
2sd susu pekat manis
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
2sdb marjerin/butter-cairkan
sedikit esen vanilla
cara-caranya:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Yana guna garpu je
2. Bancuh susu pekat dengan air
3. Gaul bersama tepung dan baking powder
4. Masukkan tepung dan air susu berselang seli
5. Masukkan marjerin atau butter dan esen vanilla
6. gaul sebati
7. Tuangkan sesenduk ke dalam non stick pan
*tips yana:
1. tak perlu tambah garam. Marjerin atau batter selalunya dah ada kandungan garam
2. biarkan bater (adunan tepung ni) seketika untuk larutkan gluten. kadang2 ada biji2 kagi kan
3. ibu boleh tambah pelbagai perisa atau hiasa di dalam adunan. Contoh: pisang, perisa pandan, blueberry filling, choc rice dll.
4. Jangan terbalikkan pankek lebih dari sekali, nanti liat.!
5. Kami makan dengan susu pekat. Anda oleh juga makan dengan maple syrup, butter, madu, choc syrup, jem dll ikut selera masing2 lah kan..kot lah nak makan dengan kuah kari..lantak ko lah. hehe
senang banget ni.. hampir setiap hari ku buat.. tak sampai 15minit masa penyediaan dan makan..!
selamat mencuba..
dah cuba meh lah share sini..
Effektif Master Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...