Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Apr 14, 2011

Aidil, Set B dan Pil Kalsium (ostematrix)

As salam dan selamat pagi semua...

Saje buat entry pagi2 ni sebelom pi sekolah (ade latihan rumah sukan..huhuuhuh)

Nak cite pasal Aidil (nanti aidil dah beso leh bace ye nak...)

Aidil sekarang adalah sgt tembun...memang sedap sgt kalau dipeluk...cam bantal pelok lak kan..hehhee...dan badannye adalah keras juga...tulang pun dah kuat sekarang...entry sebelum2 ni aku ade cakap kan Aidil dah guling2...semalam die dah dapat skill baru iaitu bergerak ke depan...agaknye de guna kaedah cuba jaya kot untuk maju ke depan..(haisehhh..masuk term math lak)hahahaha...

oh camner aidil bergerak? beliau bergerak seperti ulat bulu...de akan sondol kepala kedepan..pastu angkat montot, begitulah seterusnya..hasilnya, akan sampailah beliau ke bawah ketusi lah, bawah meja lah...hahahha...pastu menjerit minta tolong..

Aidil gak sekarang ni kalau meniarap suka sgt angkat badan tinggi-tinggi..memang kuat dah tulang die...sgt kuat untuk anak kecil yang baru 4 bulan...alhamdulillah mungkin sbb aku suke makan ciskek kot mase mengandungkan aidil... (aku kan bukan peminum susu)

since aku bukan peminum susu..adalah penting untuk aku consume suppelement calcium ni bukan untuk aku je, untuk aidil gak...die kan dapat sumber kalsium dari aku kan....so sejak hampir seminggu aku start makan ostematrix (cam entry lepas)...

alhamdulillah...malam tu sebelom tido aku makan, bangun pagi subuh tu dah bengkak( walaupun tak bengkak cam mase dalam pantang) bangun pagi pun fresh je rasenye...tadi r rase nak mengeliat nak betol2kan tulang yang longgar2 ni kan...hehhehehehhe

oh..pasal vitamin2 pulak..bukan setakat susu pekat, baby cepat kenyang..malah ade banyak lain kesan yang baik untuk kesihatan...tapi tu nak cite dalam entry lain ok... dah lambat ni nak pi sekolah dah...

Sila call atau sms aku di 012-7470856 kalo nak beli atau kalau ade pertanyaan pasal supplement Shaklee ye...leh gak email di lyana_um@yahoo.com tapi lambat skit lah ye sebab malam baru aku buka email...

JOM INVEST UNTUK KESIHATAN....dan kecantikan..hahahhaa..nak jugak...



Apr 12, 2011

Kepentingan Kalsium untuk wanita

Credit to kak Hadha

Ostematrix adalah antara vitamin suplemen kegemaran saya. Ostematrix membantu saya maintain production susu semasa menstrual, membantu saya maintain bertenaga di siang hari, penting untuk tulang dan gigi saya (dan icha!), membantu menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan sakit pinggang (dengan bantuan Vitamin E) dan banyak lagi. Juga, Ostematrix penting sebab ada masanya saya kurang rajin nak bancuh susu. Hehe.

So, cakap pasal Ostematrix, saya nak kawan-kawan baca dulu artikel kat bawah ni pasal osteoporosis dan kepentingan kalsium kepada wanita.


source : Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.


Nah! Betapa pentingnya kalsium kan? So, pilihan saya semestinyalah Ostematrix daripada SHAKLEE.

Sedikit info ( shaklee2u website)

Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow

Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.

Functions of OsteMatrix: -

1. Help retain normal blood pressure
2. Assist in muscle contraction and nerve transmission.
3. Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness

4 biji Ostematrix memenuhi keperluan kalsium harian (1000mg) kerana setiap tablet Ostematrix mengandungi 250mg nutrien yang diperlukan. Ostematrix SHAKLEE bukan aje kalsium, malah mengandungi magnesium, Vitamin D, zinc dan banyak lagi.


JOM KITA JAGA KESIHATAN TULANG KITA...kalau berminat jangan lpa call atau sms yana di 012-7470856 atau email je di lyana_um@yahoo.com






POPULAR POST