Sep 29, 2010

Resipi Risoles


OK....ni aku up kan balik post dari fotopages aku k....

ni resipi risoles...ala2 lempeng beriniti..memang sedap walaupun leceh skit nak buat...dulu aku buat ni untuk gathering mommies...sabtu lepas aku buat mase kawan2 cikgu sekolah datang umah aku....resipi ni aku edit sendiri ikot tekak aku dan imaginasi mase merasa risoles sebenar...hikhikhik

RISOLES AYAM
Bahan kulit:-
500g tepung gandum
300ml susu segar (atau sus tepung+air)
1 biji telur
sedikit air jika terlalu pekat
secubit garam

Bahan inti:-
1 biji bawang besar kuning (potong dadu)
1 biji bawang putih (cincang)
1 paket kecil sayur campur
1 biji kentang (potong dadu)
1 keping dada ayam (potong dadu)
1 sudu teh gula
1 sudu teh pati ayam
secubit black pepper
secubit garam
1 sudu besar mayonis

Bahan salutan:-
1 biji telur dipukul sedikit
1 cawan breadcrumb (atau cornflake atau biskut kering dikisar)


Cara-caranya:-

1. Untuk wat kulit tu, campurkan tepung, susu, air, garam dan telur sampai sebati ala2 nak wat lempeng. Pastu dadarkan atau masak cam lempeng, tapi 1 side jek..takyah terbalikkan dan jangan garing.

2. Sementara nak wat lempeng2 tu, leh r wat inti.

3. Untuk inti, tulis bawang putih.masukkan ayam dan kentang. Letak sikit air sampai kentang empuk dan ayam masak.

4. Bile kentang dah empuk campurkan bawang besar dan sayur campur. Tambahkan juga garam, gula, black pepper dan pati ayam. Masak sampai inti ni kering.

5. Bile dah sejuk inti ni, gaulkan dengan mayonis.

6. Lepas tu letakkan sedikit inti ke atas lempeng tadi(side yg tak dimasak kat bahagain luar), gulung ala2 kuih dadar atau popiah.

7. Celupkan gulungan tadi dalam telur dan salutkan dengan breadcrump rata-rata.

8. Pastu leh r goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan. Leh gak ganti inti ayam ngan sayur sahaja, atau daging atau ape2 lah yg berkenan di hati


No comments:

Post a Comment

POPULAR POST