Dec 14, 2010

Bila biskut telah habis....

entry lepas2 kan aku cite aku kebuloq kat umah takde makanan...so aku soh en.adam beli biskut beraneka (yg ade macam2 jenis dalm die tu)... leh r aku telan ngan air kopi panas kan..hikhikhik.. dan 2 tain dah abang beli since hari tu...maka...tamatlah riwayat biskut2 itu masuk ke dalam perot aku, anak2 dara aku dan tetamu2 yang hadir ke umah aku...kekekke....

since semalam aku dah takde makanan petang2 buta ni...hukhukhukh..

maka dengan rajinye (dan sbb en.adam cuti semalam) aku pun buat donut.. tu pun terpk selepas bukak blog masak2 kak fiza umisofie

dan pagi tadi kitorng bekpes lempeng cicah gula

dan petang yang damai ni...aku wat kek coklat lak... hehhee..best kan... sume berasakan tepung (oh ye...tepung yg aku beli sekotak sebelum puasa dulu dah abis ok..ni tepung baru beli....)

haaa...sebab ramai komen pasal kek ade telur ni..hari ni aku buat kek coklat tanpa telur...hehhee...walaupun tanpa telur tapi keenakan dan kelembutannya tak dapat aku nafikan ...eceh.....
ok ni die resipinye..aku kopipes dr blog kak nor

Kek Coklat Tanpa Telur by Dayang Jack
Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam*
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


cik model dan kek yg hendak di ngapnye
sila abaikan kek aku yg merekah itew ok..biase r bile puan pembuat kek tak pandai nak agak kepanasan oven yg sekangkang kera itu....hhehhehe....

oh anak2 dara berdua tu dah ngap 1/4 kek itu...


2 comments:

  1. wow! kek coklat tu nampak yummieee! :)

    ReplyDelete
  2. berpantang ni mmg cepat lapar kan..nak nak bila kita bfedd baby..lg la..hu3x..

    ReplyDelete

POPULAR POST