As salam semua...
ni sebenarnya entry di blog kawan aku.. Ali Asyraf..aku share sbb aku sgt menyokong pendapat beliau...feel free to visit his blog Ali Asyraf:Cetusan Idea
Saya terbaca satu artikel di malaysiakini.com.
Tajuknya menarik perhatian saya. Berkenaan buah fikir Dr Asri, bertajuk Tidak Mustahil Kuasa Rakyat Berlaku di Malaysia.
Dangkal
Bagi saya, komentar ini dangkal. Yang amat. Beliau begitu mendokong ‘kuasa rakyat di jalanan‘ yang pada beliau ‘tidak menggunakan kekerasan‘ dan ‘mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka‘.
Beliau menambah dalam komennya, ‘perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka‘.
Budak
Biar saya bawakan satu cerita.
Suatu ketika pada tahun 1998, berlaku demonstrasi menegakkan reformasi di Kuala Lumpur.
Tatkala itu, seorang budak lelaki berumur 13 tahun, yang amat meminati sains, berada di dalam kereta, bersama ayah dan ibunya. Niat di hati, ingin ke Planetarium Negara. Menambah ilmu.
Pertengahan perjalanan, bertembung dengan kesesakan lalu lintas. Puncanya? Demonstrasi di Masjid Negara. Budak lelaki itu sudah nampak Planetarium Negara di atas bukit itu, tetapi dek lautan orang ramai di situ, perjalanan tersekat.
Akhirnya, setelah menempuh kesesakan, budak lelaki itu tiba juga di Planetarium Negara. Tiada rezeki. Terlewat. Planetarium Negara sudah tutup. Gara-gara menghabiskan masa menempuh kesesakan demonstrasi jalanan.
Ribuan yang lain
Itu baru kisah duka seorang budak kecil. Bayangkan ribuan lagi impian, cita-cita, urusan, dan macam-macam hal lagi yang tidak dapat diselesaikan, dek kerana ‘kuasa rakyat’ yang menghancurkan ribuan lagi harapan rakyat.
Malahan jika kita intai kes di Mesir, berapa ramai pelajar kita yang terpaksa pulang ke tanah air? Malahan harga minyak, barangan semuanya naik. Pelabur? Sudah tentu akan lari. Kesudahannya, angkara suara rakyat, rakyat juga tanggung peritnya.
Maka saya seru kepada semua. Ini bumi Malaysia, bumi kita. Walau kita disogok dengan berita yang menutupi kebaikan pemerintah dengan kebanjiran hal-hal keburukan seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, tidak menunaikan janji dan apa sahaja, jangan kita terperangkap dengan demokrasi barat itu, kononnya untuk menegakkan keadilan.
Rakyat yang sayangkan negaranya, tidak akan sekali-kali mengatakan negaranya tidak subur dan airnya kotor, tidak akan berkata penduduk dan budayanya bobrok, pemerintahnya zalim, dan kedaulatannya palsu.
Jika tanahnya tidak subur, dia akan baja dan suburkan. Jika airnya kotor, dia akan bersihkan. Jika penduduknya bobrok, dia akan atur dan harmonikan. Jika pemerintahnya zalim, dia diinsafkan atau gantikan dengan teratur, dan jika kedaulatannya palsu, dia akan kembalikan keasliannya.
Bukankah sudah lama, guru-guru di sekolah memberitahu bahawa sayangkan watan itu sebahagian daripada iman.
Oh ya, saya terlupa. Budak lelaki yang berumur 13 tahun dalam cerita di atas, itu saya. Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya, kerana meleburkan impianku ketika itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...
No comments:
Post a Comment