Jun 21, 2011

Buasir semasa hamil

Memang banyak ragam semasa mengandung ni..Muntah-muntuh dan loya adalah perkara biasa bagi kebanyakan ibu. Ada juga yang sampai tak boleh nak bau makanan, tak boleh bau badan suami, tak boleh makan makanan kegemaran dll..Ada pula tu yang kene macam2 penyakit semasa hamil ni...time ni lah nak jadi kencing manis lah..darah tinggi lah,..gigi rosak lah, buasir lah, athma lah dll..

Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak, yana sihat dan tak banyak masalah kesihatan kecuali athma (memang ada sejak kecik)..

Tapi macam mana ibu2 diluar sana?

Kali ini Yana nak kongsi tentang masalah buasir yang yana percaya terjadi pada banyak ibu2 mengandung...dan tak mengandung jugak..hehhehe

Apa itu buasir?

Buasir atau Haemorrhoids adalah pembengkakan pada vena yang terdapat pada rektum atau dubur. Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu di dalam atau terkeluar daripada dubur. Buasir, terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.

Faktor-faktor punca buasir

  • Sentiasa duduk (kurang pergerakan)
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit berpanjangan
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Batuk yang teruk dan berpanjangan
  • sembelit

Simptom-simptom


  • rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
  • darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • gatal-gatal di sekitar dubur.
  • pembengkakan dubur.
Punca Buasir bagi ibu mengandung dan bersalin
  • Peningkatan hormon progesterone mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan.
  • Pembesaran janin dalam rahim akan menekan saluran darah pada kawasan rektum (dubur) menyebabkan ia mula membengkak.
  • Tekanan semasa proses meneran semasa bersalin (so kene ikiut teknik pernafasan yang betul ye)
  • Melakukan kerja berat
  • Kurang gerakan fizikal akibat penambahan berat badan

Cara Mengatasi dan rawatan
  • elakkan sembelit, makan dengan seimbang dan perlu pengambilan serat dalam diet seharian.
  • Minum banyak air kosong. minum juga jus buah-buahan
  • Jangan duduk lama2 dalam tandas (heheh)
  • Bergeraklah, terutama jika pekerjaan kita memerlukan kita duduk sahaja(i cikgu..hehe)
  • Bernafaslah dengan betul, semasa mengangkat benda berat, hembuskan nafas dan jangan tahan nafas.
  • Dapatkan rawatan segera jika batuk, cirit birit dan sembelit..
  • elakkan minuman berkafein
Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk ibu hamil yang mengalami buasir
  • Ostematrix- kandungan kalsium dan magnesium di dalam ostematrix membantu peristalsis (pergerakan) usus dan sekaligus mencegah sembelit
  • Zinc- membantu mempercepatkan penyembuhan luka (jika buasir telan berdarah)

Dapatkan supplement anda di SINI

    No comments:

    Post a Comment

    POPULAR POST