Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.
Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..
PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..Oleh itu..ringkasnya, radikal bebas ini ada dimana-mana sahaja.. dalam udara yang kita sedut, dalam makanan yang kita makan, ketika senaman, juga dalam air yang kita minum.
Berikut yana senaraikan beberapa jenis makanan yang tinggi paras radikal bebasnya..
- makanan berlemak tinggi
- makanan bergoreng
- makanan yang dimasak menggunakan microware
- makanan berbakar di atas arang
- dan lain-lain...
BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti yang yana telah senaraikan diatas. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan kanser. Di sini saya berikan contoh bagaimana radikal bebas menyerang sistem imun manusia.Perlu saya ingatkan sekali lagi, hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!
PENCEGAHAN??
Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.
Terdapat banyak sumber makanan yang mengandungi antioksidan, termasuklah sayur-sayuran, kekacang, minyak ikan, bawang putih dan lain-lain.
Perlindungan terhadap radikal bebas ini perlukan berterusan dan konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, pelbagai supplement telah diproses utnuk memudahkan kerja anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang...!
Berikut adalah beberapa supplement yang merupakan antioksidan. Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin C
dan
Sila tunggu entry tentang bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi untuk menentang radikal bebas... TUNGGUUUUUU.............!!!!!!!!!!!!!!!
Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma atau keterangan lanjut? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com
No comments:
Post a Comment