Jika anda terfikir bahawa kalsium hanya penting untuk kanak-kanak dan
orang tua, ternyata anda silap. Kalsium sepatutnya diambil secara
berterusan terutamanya bagi golongan wanita mengandung.
Apabila
bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakkan daripada kita sering
kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran
tulang. Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan
tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan
mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian
mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah
anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?
Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan
terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa
meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan
sehingga usia tua.
Kalsium dilihat sebagai satu zat yang penting
disamping zat besi, folik, potasium dan lain-lain. Semua ibu hamil
seharusnya tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar
golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila
berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar
jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet
tinggi zat kalsium.
Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil
keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi
kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan
saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga
1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat
yang diperlukan orang dewasa.
Ia bermakna seseorang itu perlu
mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Ibu-ibu
sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak
meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh
bertoleransi dengan laktosa. Jika ibu-ibu hamil tidak suka mengambil
susu, terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka.
Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga
boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
Selain produk tenusu,
ibu-ibu hamil bileh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium
termasuk sayuran, buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang
mempunyai kalsium yang tinggi.
Diet Sumber Asli
Walaupun
ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu
mengamalkan diet sumber asli seperti yang disenaraikan itu. Kalsium yang
diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu
yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara
fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah,
menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu
berlakunya kontraksi. Banyak penyelidikan dan kajian atau lebih tepat
kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan
Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko
praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.
Keadaan itu
dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah
lain. Difahamkan juga praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan
bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium
yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar
terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah
ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di
akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang
diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia
yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi
menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang
yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil
berpotensi besar menghidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk
mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di
hampir semua klinik umum. Dicadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan
sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan Kalsium
Kehilangan
kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu
sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang
kehilangan satu hingga tiga peratus. Itupun sudah dikira banyak.
Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca
daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.
Jika
ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan
selepas bersalin. Itu juga satu tindakan yang salah. Sebenarnya ibu-ibu
khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan
kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses
merehatkan otot rahim yang mengecutkan semula mahupun sewaktu
kedatangan haid.
Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya
didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan
kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh
menganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, komplikasi ini
sangat digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, ibu-ibu yang
merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya
mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk supllemen mahupun
daripada sumber semula jadi.
Sumber : Kosmo
anda tidak minum susu seperti yana.. ingin dapatkan sumber kalsium harian yg mudah.. jom try ostematrix..
Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...
No comments:
Post a Comment