Sep 25, 2014

Surirumah Cara Saya

Assalamualaikum semua
Soalan yang selalu yana dapat
macam mana yana uruskan anak berlima ini serentak..

anak ramai
ha nampak tak budak berlima ni.. muka masing2 macam ada sesuatu je kan..hahhaa
jangan korang tak tau,. anak2 i ni kalau senyapppp je mesti i kene risau. sbb mesti ada something depa buat..haha.. sebab tu rumah ni selalu riuh..

so camne nak handle diorang ni.. tips mudah dari yana..
MASA MANDI
 yana mandikan anak sekali harung..(kecuali ali la.. baby lagi).. semua masuk dlm toilet.. mencangkung..ibu jiorus air.. sabun dan syampukan.. dan gosokkan gigi juga,.. dah siap mandi.. semua baratus nak keluar dari toilet.. ibu lap sorang2.. then pakai pampes dan baju.. tahun depan Ainul dah 7 tahun.. tak boleh lah nak mandi dengan adik2 lagi..

MASA SUSU
yana buatkan susu semua.. 3 orng.. (ali susu ibu).. (ainul kadang isap milo dlm botol gak..haha).. ha isap lah sekali harung

MASA TIDUR..
tutup lampu..tv. kasi susu.. kasi semua sekali tidur... senyap sunyi rumah,,

MASA MAKAN
ambil nasi banyak2 dlm pinggan.. suruh anak2 duduk bawah.. ibu duduk kat sofa. suap semua orang.. cam suap anak burung..hihihi.. semua dapat makan.. kadang2.. masukkan nasi lauk dlm dulang.. suruh ank2 makan ramai2..

MASA MAIN
Oleh kerana mereka masih kecil dan hampir sebaya.. mereka main bersama2.. BERSEPAH? of kos.... sangatt.. bila diorang dah tidur bru boleh kemas.. Tak ajar anak kemas ke? dahhhhhh.. tapi biasalah... 10 anak.. 10 ragam.. tinggu rumah baru nanti siaplah anak2 ni semua ...! hihi

MASA SOPING
Kami selalu pi jusco..tesco.. so masukkan jelah budak2 ni dalam troli.. hahaa.. tak kuasa lah nak soh jalan sendiri.. maunya lari sana sini kang.. yang merajuk nya lain.. yang nak mainannya lain.. yang terlari2 lain.. Ali? pakai je baby wearing..senang kan..

dah of kos ada suami yang rajin membantu.. ehem2 walaupun suamiku WAHD tapi beliau bukanlah 24/7 di sisi bininya ini ok... buakn lah kerja bini ni beranak pastu tgk tv baca novel walaupun laki rajin..! hmmm

ok

for me.. parenting ikut je naturally..flow.. takyah nak pening2.. nanti anak besar sikit ajar masak.. dll.. skrg mereka kecik.. kasi lah main puas2.. ingat.. kanak2 develop skill mereka melalui pengalaman dan bermain.. cuma jangan lalai asik main j sudah lah.. kene lah ajar juga kan.

pasal nak jadi anak pandai.. anak2 kita inshaAllah bijak dan pandai2 belaka.. takyah r kecik2 pun dah nak hantar tusyen.. ajar anak membaca secepatnya dll. kesian anak wei... zaman skrg exam oriented.. ku di sekolah nampak macam mana anak2 murid semua sanggup pergi tusyen siang malam semata2 nak dapat keputusn ujian yang cemerlang.. ku nampak macam mana ibu bapa hanya nak anak dapat banyak A di sekolah sampai lupa sebeanrnya sahsiah dan akhlak anak lebih penting,.. serius.. ni semua mak pak dah lupa.. sbb kejar anak pandai je..!


last but not least.. walaupun aku ni jenis tahan sakit.. tapi aku amik juga supplemen.. cam Ostematrix di waktu malam supaya tak sakit2 badan di siang hari... ESP protein.. so lebih energy... bergitu juga CINCH TEA untuk energy dan metabolisme dan HERBLAX untul cleanse usus (maklum lah mak2 kan selalu kene abiskan lauk tak abis..sayang..membazir) dan makan juga LECITHIN untuk pechkan lemak2 ni..hehehe
apepun.. ku cuba jadi ibu yang baik.. dah berikan yang terbaik pada anak2.. dan apa yang aku tulis adalah pandangan aku dan apa yang aku buat. kalau tak agree ku ok je.. sharing is caring kan,. ok bai


2 comments:

POPULAR POST