Nak share ngan u olls
ibu ni "rajin" lah sangat nak buat mee goreng sume masa sarapan kan
plus anak-anak selera western..kahh
so ibu buat lah PANKEK as requested
simple sahaja resipi ni.
semua ibu godak pakai sudu je..hahah
ibu percaya resipi ni sangat berguna untuk ibu2 di luar sana yang nak cari resipi mudah kan..
RESIPI PENKEK mudah
1bj telur
2sd gula
2sd susu pekat manis
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
2sdb marjerin/butter-cairkan
sedikit esen vanilla
cara-caranya:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Yana guna garpu je
2. Bancuh susu pekat dengan air
3. Gaul bersama tepung dan baking powder
4. Masukkan tepung dan air susu berselang seli
5. Masukkan marjerin atau butter dan esen vanilla
6. gaul sebati
7. Tuangkan sesenduk ke dalam non stick pan
*tips yana:
1. tak perlu tambah garam. Marjerin atau batter selalunya dah ada kandungan garam
2. biarkan bater (adunan tepung ni) seketika untuk larutkan gluten. kadang2 ada biji2 kagi kan
3. ibu boleh tambah pelbagai perisa atau hiasa di dalam adunan. Contoh: pisang, perisa pandan, blueberry filling, choc rice dll.
4. Jangan terbalikkan pankek lebih dari sekali, nanti liat.!
5. Kami makan dengan susu pekat. Anda oleh juga makan dengan maple syrup, butter, madu, choc syrup, jem dll ikut selera masing2 lah kan..kot lah nak makan dengan kuah kari..lantak ko lah. hehe
senang banget ni.. hampir setiap hari ku buat.. tak sampai 15minit masa penyediaan dan makan..!
selamat mencuba..
dah cuba meh lah share sini..
Effektif Master Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...
No comments:
Post a Comment