Apr 24, 2007
Mencintai Orang yang Special
Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah untuk mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu mereka apa yg kamu rasakan. Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang, tetapi memerlukankan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. Cinta adalah ketika kamu membawa perasaan, kesabaran,dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kamu peduli dengan dia. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. hanya untuk menyedarikan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka, tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita. Teman yang terbaik adalah teman dimana kamu dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai, dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan itu adalah percakapan termanis yg pernah kamu rasakan. Benarlah bahawa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangannya?? tetapi benar juga bahawa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada. Memberikan seseorang semua cintamu tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai kamu juga!!! Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hatimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...
No comments:
Post a Comment