Kerajaan Malaysia akan meningkatkan usaha mereka untuk memastikan negara mencapai Wawasan 2020 dan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Perkembangan sektor ekonomi negara sejak akhir-akhir ini juga turut membanggakan. Bursa Malaysia yang stabil, keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini dan perkembangan sektor IKS menunjukkan terdapat peningkatan dan usaha untuk memajukan lagi negara ini dan menjadi petunjuk ke arah mencapai statu menara maju.
Sesungguhnya, setiap rakyat Malaysia patut berbangga dengan usaha kerajaan ini. Walau siapa pun kita, dari mana kita datang, apa sahaja parti kerajaan yang kita sokong, kita patut bersyukur, negara kita masih aman dan membangun di dalam masyarakat majmuk ini.
Cuba kita renungkan kembali, setiap malam kita tidur dengan lenanya, bangun pagi untuk bersembahyang subuh atau ke tempat kerja, berjumpa rakan-rakan, bersama-sama keluarga dan menikmati kehidupan sepanjang hari. Pernahkah anda rasa sangat bersyukur kerana masih terdapat kesesakan jalan raya? walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.Pernahkah anda rasa bersyukur kerana masih terdapat minyak untuk mengisi tangki petrol kenderaan anda? walaupun harga minyak kerap naik kebelakangan ini.
Kita patut bersyukur kerana masih merasai ini semua. Bayangkan anda hidup di negara yang sedang berperang... Tidak dapat tidur lena setiap malam kerana perlu berjaga-jaga dengan bunyi bom dan serangan hendap. Terpaksa mengikat perut semata-mata menunggu waktu yang sesuai untuk keluar mencari makanan. Tidak pernahkah anda fikirkan?
Oleh itu, setiap apa yang ada di negara ini, kita patut hargai. Hargailah pemimpin-pemimpin kita. Kerana dari dulu mereka berusaha agar negara ini aman supaya anda sekeluarga boleh hidup dengan selesa. Hargai juga ibu bapa anda yang memberikan pelajaran kepada anda agar dapat menjadi anak bangsa yang berilmu dan bisa berbakti pada keluarga. Hargailah juga Tuhan Yang Maha Esa yang telah memberikan nikmat kepada kita agar boleh hidup dalam keadaan yang serba sempurna ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...
No comments:
Post a Comment