Apr 26, 2007

Renungan Untuk Rakyat Malaysia

Kerajaan Malaysia akan meningkatkan usaha mereka untuk memastikan negara mencapai Wawasan 2020 dan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Perkembangan sektor ekonomi negara sejak akhir-akhir ini juga turut membanggakan. Bursa Malaysia yang stabil, keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini dan perkembangan sektor IKS menunjukkan terdapat peningkatan dan usaha untuk memajukan lagi negara ini dan menjadi petunjuk ke arah mencapai statu menara maju.

Sesungguhnya, setiap rakyat Malaysia patut berbangga dengan usaha kerajaan ini. Walau siapa pun kita, dari mana kita datang, apa sahaja parti kerajaan yang kita sokong, kita patut bersyukur, negara kita masih aman dan membangun di dalam masyarakat majmuk ini.

Cuba kita renungkan kembali, setiap malam kita tidur dengan lenanya, bangun pagi untuk bersembahyang subuh atau ke tempat kerja, berjumpa rakan-rakan, bersama-sama keluarga dan menikmati kehidupan sepanjang hari. Pernahkah anda rasa sangat bersyukur kerana masih terdapat kesesakan jalan raya? walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.Pernahkah anda rasa bersyukur kerana masih terdapat minyak untuk mengisi tangki petrol kenderaan anda? walaupun harga minyak kerap naik kebelakangan ini.

Kita patut bersyukur kerana masih merasai ini semua. Bayangkan anda hidup di negara yang sedang berperang... Tidak dapat tidur lena setiap malam kerana perlu berjaga-jaga dengan bunyi bom dan serangan hendap. Terpaksa mengikat perut semata-mata menunggu waktu yang sesuai untuk keluar mencari makanan. Tidak pernahkah anda fikirkan?

Oleh itu, setiap apa yang ada di negara ini, kita patut hargai. Hargailah pemimpin-pemimpin kita. Kerana dari dulu mereka berusaha agar negara ini aman supaya anda sekeluarga boleh hidup dengan selesa. Hargai juga ibu bapa anda yang memberikan pelajaran kepada anda agar dapat menjadi anak bangsa yang berilmu dan bisa berbakti pada keluarga. Hargailah juga Tuhan Yang Maha Esa yang telah memberikan nikmat kepada kita agar boleh hidup dalam keadaan yang serba sempurna ini.

Penyempurnaan Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-13

Sultan Mizan Zainal Abidin telah pun selamat ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13 pagi tadi. Istiadat pertabalan yang diadakan dalam upacara penuh istiadat ini diadakan di Balai Rong Seri. Upacara ini juga telah dirakamkan oleh National Geographic.

King To Make Changes At The Palace


The Star

Thursday April 26, 2007
By PAUL GABRIEL

Tuanku Mizan: To be installed as the 13th Yang di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR: Tuanku Mizan Zainal Abidin, who will be installed as the 13th Yang di-Pertuan Agong today, is introducing changes in the way Istana Negara deals with the people and Government.
The move has begun with a revamp of the palace administration itself, with almost 80% of the senior officials having been replaced with those handpicked by the new King.
Royal Household Comptroller Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, who disclosed this to The Star, said there would be no more late nights for those who attended events graced by Tuanku Mizan.
“Such functions must start by 8.30pm and end by 10.30pm. The Tuanku wants to be fair to the people, and also to government officials who have to carry out their duties.
“He does not want them to return home late at night because of him,” he said in an interview at Istana Negara.
Safiain, who has been entrusted by Tuanku Mizan to oversee the changes, said the monarch has given orders to the more than 200 palace officials to be more efficient and “people-friendly.”
“Tuanku has asked me to implement a special manpower training programme for them, and also to upgrade certain posts.
”The Tuanku does not want monotony in the way his officers perform. We are thinking of providing incentives to exemplary officials.
“As for those who cannot perform up to our expectations, they will have to leave,” he added.

There are six divisions within the Istana Negara administration led by Safiain, each headed by a director.
Grand Chamberlain Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, who oversees protocol, is the number two in the palace administrative hierarchy.
Safiain described 44-year-old Tuanku Mizan as a “working King” who leads by example.
“Tuanku arrives at Istana Negara by 9am from his private palace, Istana Terengganu in Jalan Kia Peng.
“Being young and energetic, Tuanku is prepared to discuss matters with palace officials even at night. Time is no barrier to Tuanku,” he pointed out.
There will also be a change in the weekly pre-Cabinet briefings to the King by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Safiain said the meeting on the first Wednesday of every month would be held at Istana Melawati in Putrajaya.
“Previously, all meetings were all held at Istana Negara. The Tuanku wants to make better use of Istana Melawati, which is the second national palace,” he added.
Meanwhile, the hour-long installation ceremony, to be broadcast live by RTM, will be attended by the Malay Rulers, the Yang di-Pertuas Negri, members of the Royal Household and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, among others.

Apr 24, 2007

Kenali Personaliti Anda

Marilah sama-sama kita mencubanya !

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh: 12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Konservatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. ------
------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
------------------------------------------------------------------------------------------------
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------------
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang

Mencintai Orang yang Special

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah untuk mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu mereka apa yg kamu rasakan. Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang, tetapi memerlukankan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. Cinta adalah ketika kamu membawa perasaan, kesabaran,dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kamu peduli dengan dia. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. hanya untuk menyedarikan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka, tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita. Teman yang terbaik adalah teman dimana kamu dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai, dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan itu adalah percakapan termanis yg pernah kamu rasakan. Benarlah bahawa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangannya?? tetapi benar juga bahawa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada. Memberikan seseorang semua cintamu tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai kamu juga!!! Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hatimu.

Berlari ke langit

aku berlari ke langit
mengejar impian...
tapi terkandas di dada awan
lalu jatuh dalam penghidupan
dan ketika aku jatuh
satu pengharapan menyambutku
memberi aku kekuatan baru...
dan kini...
kekuatan aku ada padaku
kebahagian dan mimpi yang kucari dulu
rupanya ada disini
ada padanya...
terima kasih kepada sebuah pengharapan
yang menyedarkan
aku, insan kamil di sisi Tuhan.....

Apr 23, 2007

Perbaiki Bacaan Al-Fatihah Anda

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) ----->sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) ----->sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU(bila dibaca dengan sabdu) ------>sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) ----->sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) ------>sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) ----------------->sepatutnya IYYA.
Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! (nauzubillah

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

p/s: Oleh sebab itu marilah kita sama memperbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca Surah Al-Fatihah...tapi utk membaca Al Quran

Kelebihan ayat ke 58 surah YASSIN

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut
" SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha Esa dan maha Kuasa semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa- dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..AMINnnnn.

9 Mimpi Nabi S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, makadatanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Apr 21, 2007

9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

POPULAR POST