Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts

Feb 7, 2023

PROJEK BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE

 Assalammualaikum..

Ya Allah.. lama sungguh tak update blog. Lebih 2 tahun ...!

Kalau rumah ni, dah berhabuk tebal dah. Terima kasih kepada para pengunjung blog ini yang masih sudi berkunjung walaupun i dah lama tak update blog. Sayang korang !

Di tahun baru 2023 ni i join projek Group Euphoria Shaklee. 

PROJEK BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE

Berblog berjemaah ni semangat lah sikit kan sebab ada task dan idea penulisan. InshaaAllah lah hidup sikit lah blog i ni..

Oh ya.. i masih berbisnes Shaklee ya. Walaupun sibuk dengan kerjaya hakiki sebagai seorang guru dan tanggungjawab hakiki sebagai seorang ibu anak 7, tapi inshaAllah i masih lagi dapat consult customer Shaklee dan bimbing downline yang masih berminat.

Nak order Shaklee? Nak Bisnes Shaklee meh wasap i naaa

Klik SINI

Jumpa lagi di post akan datang ya u olls

Apr 1, 2019

PERMULAAN BARU


Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, 
masih diberi peluang hidup saat ini.
Pagi ini. 

Hari ini juga adalah permulaan cycle baru untuk warga Shaklee.
Maknanya tahun perniagaan Shaklee bermula pada April setiap tahun. 



Cycle baru
Azam baru
Semangat baru
Impian baru
Target baru

Impian aku tahun ini, 
untuk membawa bersama anak-anak cucu #dgemsempire ke Korea. Tentunya dengan tajaan sepenuhnya, PERCUMA dari #Shaklee.
Bisnes Shaklee, Percutian PERCUMA, Korea 2019


Aku nak, anak-anak cucu Shaklee aku rasa apa yang selalu aku rasa bila ikut trip percutian 5 Bintang Shaklee. 

Jommm korang.. 

Semoga dipermudahkan urusan kita semua Aminn
#kakMelShaklee
#shakleeNewCycle

Mencari Supplemen? 
Mencari Shaklee? 
Mencari Supplemen Keluarga? 
Nak Mulakan bisnes tanpa modal? 

Hubungi Kak Mel ya



Mar 13, 2017

Shaklee di hati

Beberapa bulan ni, ramai anak cucu Dgems Empire yang buat comeback untuk berbisnes Shaklee semula.

Alhamdulillah

Banyak sangat company dan produk baru sekarang. Tapi mengapa Shaklee masih pilihan hati?

Bagi Yana personally selama 6 tahun ini masih setia dengan Shaklee kerana:

1. Shaklee Effect

Yana amalkan produk Shaklee sejak join Shaklee Mac 2011. Sejak menyusukan Aidil. Kemudian hamilkan Aina, Ali dan Alyana. Kesannya sangat kerata pada kulit, berat badan, kesihatan anak dan tentunya tahap energy. Maklumlah mak 6 anak kan. Kene lah extra energy sikit.

ni Yana belanja gambar 1st Baby Shaklee Yana, Aina Mariam

anak shaklee, shaklee baby, baby shaklee, shaklee effect, aina mariam

2. Syarikat yang diyakini

Shaklee belanjakan berbillion dollar tau untuk membayar bonus pada pengedarnya dan menghabiskan berjuta dollar setahun untuk penyelidikan.

Di Malaysia sendiri, ramai telah menjadi pengedar selama hampir 30 tahun. Dan yes, Shaklee tak pernah gagal untuk membayar bonus kepada pengedar pengedarnya.

Alhamdulillah, Yana sendiri dah merasai bonus 3-4-5 angka dari Shaklee sejak 2011. Tetntunya sangatttt membantu menambah pendapatan keluarga yana.

3.Selamat dan Berkesan

Antara sebab yang paling banyak yana terima dari anak cucu Dgems, bila mereka kembali dan berpaling pada Shaklee semula ialah kerana, Shaklee sangat berkesan.

Bila mencuba produk lain, bermacam macam produk, akhirnya kembali menggunakan produk Shaklee.

Di Shaklee, kami menekankan kepentingan nutrisi yang sihat. Bila badan mendapat nutrisi yang diperlukan, tentunya setiap sel tubuh akan bekerja dengan optimum . kan...

4. Aura Positif

Ni paling best. Sepanjang berbisnes Shaklee ni, Yana punya ramai kawan yang positif. Yang saling menyokong, memberi tunjuk ajar dan saling memberi semangat.

Kami juga belajar banyak benda baru, cara marketing, cara penulisan, kerohanian dll. Yang mungkin Yana takkan dapat belajar jika Yana tak kemal Shaklee dulu.

banyakk lagi nak cerita kat u olls tapi nanti lah next post ya.

kalau u olls perlukan consultation untuk pelbagai masalah kesihatan, boleh Whatsapp Yana di SINI ya

Lyana Mansor
019-7668945
fb: Lyana Mansor




Dec 22, 2014

Peluang Perniagaan di Rumah, Jom sertai kami..!

Bismillah
Yana membuka peluang untuk rakan-rakan semua menyertai Shaklee team Lyana &
D'Gems
Sertai kami menambah pendapatan keluarga secara sambilan atau sepenuh masa bersama Shaklee
Antara yang kami tawarkan
1. Support Group yang best
2. Bimbingan marketing dan produk
3. Sesi kelas bersama Master Coordinator
4. Bimbingan 1 to 1
Antara yang Shaklee tawarkan
1. Personal bonus
2. Retail profit
3. Net Personal Bonus
4. Leadership bonus
5. Local and International Trip
6. Cash Car Bonus
7. Coordinator Incentive
8. Product Promotion
Modal?
Serendah RM75 sahaja
Punya keinginan untuk berjaya
Jangan segan-segan
Jangan malu-malu
Bertindak sekarang
Menjadi ahli Shaklee
Lyana mansor
Shaklee Master Coordinator
Founder
Lyana & D'gems

Dec 15, 2014

Mencapai kejayaan semudah membuat TAPAI

Assalammualaikum..
Setiap hari kita selalu memikirkan bagaimana hendak menjadikan hari-hari akan datang menjadi hari yang lebih baik kan..
Merancang bagaimana kehidupan keluarga 10 tahun akan datang
Merancang pelajaran anak-anak ke peringkat lebih tinggi inshaaAllah
Berfikir-fikir untuk melupuskan semua hutang
dan mungkin juga sudah mengimpikan percutian dan persaraan.

Untuk mencapai semua di atas.. anda hanya perlukan TAPAI : TARGET..PLANNING .. ACTION..INSHAALLAH

TARGET
Apakah matlamat anda? esok hari? bulan ini? tahun depan? atau mungkin 5 tahun akan datang?
Yana sendiri..
Matlamat yana, tahun 2015 untuk hapuskan hutang-hutang kecil seperti hutang loan ASB.. hutang Personal Loan, hutang PTPTN dan melangsaikan sebahagian loan rumah. Juga merancang percutian keluarga ke Korea dan mengerjakan Umrah bersama keluarga. Serta, menambah sebuah lagi aset hartanah dan melabur di dalam unit amanah.  Bagaimana dengan anda? Tuliskan matlamat anda, secara spesifik. bulan dan tahun..

PLANNING
Bagaimanakah cara kita hendak mencapai target/ matlamat atau impian kita? cukupkah dengan pendapatan sekarang daripada kerja hakiki? atau mungkin tunggu kenaikan gaji (seperti kami cikgu, kenaikan gaji RM200+ setahun). Atau nak tunggu rezeki terpijak?
Jika anda serius hendak mencapai target anda, perlu usahakan sesuatu untuk mencapainya. Duduk dan tuliskan planning anda. apa yang perlu dilakukan. List kan usaha-usaha yang mungkin membantu untuk mencapai impian anda. Listkan juga kekuatan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Juga listkan kelemahan-kelemahan anda atau halangan-halangan yang perlu anda hadapi dan tuliskan penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi halangan/kelemahan tersebut.

ACTION
Planning yang baik hanya menjadi sia-sia tanpa ACTION. Bertindaklah..! Jangan berlengah. pasanglah kuda-kuda dan rentakkan silat anda. ewahhh....! Fokus pada APA YANG ANDA NAK sahaja. Lakukan semua usaha yang telah anda listkan. Sedikit-sedikit tidak mengapa asalkan konsisten. Dari masa ke masa, tingkatkan diri anda dan cuba lakukan yang lebih baik setiap hari.

INSHAALLAH
Bersama-sama segala usaha, jangan lupa sertakan dengan DOA dan amalan rohani. Ingat, punca rezeki itu datangnya dari Allah yang Maha Pemberi. Jadi perlulah dikejar dan dimohon pada Pemberi Rezeki itu, Buat apa yang Allah suka.. disertakan dengan segala usaha yang tak pernah putus. Jika cepat Allah beri kejayaan itu, Alhamdulillah. Jika dah usaha sungguh-sungguh tapi labat Allah beri kejayaan itu, pun Allhamdulillah. Semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin jika kita mencapai kejayaan sekarang, kita akan menjadi seorang yang riak. atau mungkin jika kita mendapat income RM10000 sekarang kita akan menjadi orang yang sangat boros. Wallahualam. Apapun, tanamkan niat di dalam hati, lebih banyak kita dapat, lebih banyak kita boleh menyumbang kepada pembangunan keluarga, agama, bangsa.

Semoga anda temui kejayaan hidup dengan tips TAPAI ini.. mudah, simple dan hasilnya lazat...!

Lyana Mansor
Effective Shaklee Master Coordinator
Lyana & Dgems

Bisnes Shaklee vs Surirumah

Assalammualaikum..
Bila yang scroll down Geneology group..
semak semula ahli-ahli di dalam group Shaklee Yana,  Lyana & Dgems.. Yana dapati antara golongan yang paling ramai menyertai Group kami adalah golongan SURIRUMAH , selain Guru dan  Jurutera.

Nampak tak... nampak takk...?
Siapa kata surirumah atau Home Manager ini hanya berdiam di rumah, harap suami suap segalanya??Di dalam zaman serba canggih ini.. bekerja dari rumah adalah sesuatu yang sangat tidak mustahil dan lebih praktikal dan mudah. Pelbagai peluang yang hadir.. dari membina jenama dan produk sendiri seperti nasi lemak atau makanan frozen, atau menjadi pengedar bagi produk sedia ada seperti dropship atau broduk-produk tempatan, atau membina networking di dalam MLM.

Yana sendiri secara peribadi pernah mencuba ketiga-tiganya.. pernah menjual produk sendiri yang yana jahit.. pernah juga mengambil tempahan membuat kek, pernah menjual nasi lemak dan pernah juga menjadi pengedar ebook dan dropship serta afilliate. Seronok berbisnes ni. asalkan kita rajin dan sabar. Tapi untuk yana yang ketika itu masih bekerja dan mempunyai anak ramai, mengeluarkan produk sendiri adalah sesuatu yang membebankan.

Sebagai seorang isteri (walaupun ketika itu masih bekerja), seringkali ingin membantu suami meringankan tanggungan kewangan dan memberi kehidupan lebih selesa kepada keluarga. Dan di saat itu lah Yana bertemu dengan bisnes SHAKLEE. Yang membezakan bisnes Shaklee dengan bisnes-bisnes lain yang Yana telah sebutkan, Bisnes Shaklee adalah bisnes MLM. Di samping membantu pelanggan untuk lebih sihat, Yana juga membantu anak-anak buah di dalam rangkaian Yana untuk mendapatkan income seperti yang Yana rasa.. dan income berterusan dan semakin membesar sejajar dengan usaha dan kebesaran rangkaian. dan guess what..? Feelingnya sangat best..! The more we share the more we get kan..

Kebanyakkan surirumah di dalam group Lyana & Dgems, menjalankan perniagaan mereka sambil menjaga anak, menghantar anak ke sekolah, dan mengerjakan pekerjaan harian. Masa bukan halangan untuk berjaya kan..? Kini lebih mudah kerana perkembangan teknologi canggih aplikasi telefon pintar seperti buffer, picsart, textgram, dan lain-lain. Malah, untuk order produk Shaklee pun semudah menekan-nekan di telefon pintar atau di laptop. tanpa perlu keluar rumah (ops.. Shaklee ada 6 branch di seluruh Malaysia.. jika rumah dekat dengan branch apa salahnya menjenguk-jenguk ke sana kan..). Dan sekali sekala menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh group Lyana & Dgems atau yang dianjurkan oleh Shaklee, bersama anak-anak dan suami..!

Yana berasa bangga dapat membantu ramai suri rumah di luar sana membina kerjaya di rumah.. dan kini mereka mampu mempunyai SIMPANAN sendiri, mampu MEMBANTU suami, mampu memberi wang belanja untuk IBUBAPA, dan memberikan REWARD untuk diri sendiri dan keluarga. Dan hasilnya.. jika anda adalah pengikut blog Yana ini.. anda pasti tahu Yana kini juga adalah surirumah..! (antara impian ibu yang bekerja kan..nak duduk rumah, jaga anak..tapi ada duit..hehe)

Jom... sertai kami group Lyana & D'Gems.
Binalah kerjaya anda, di dalam kelesaan rumah dan masa anda sendiri.

Hubungi Yana..

Master Lyana mansor 
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

POPULAR POST