Showing posts with label shaklee trip. Show all posts
Showing posts with label shaklee trip. Show all posts

Sep 21, 2014

SHaklee US Trip Part 1

hello
assalamualaikum semua
dulu yana janji nak share pasal trip pi US kan..
ha baru kini tertunai janjinya..
ampunnnnnn...

gambo2 ni sume i cilok dari blog en suami di SINI
hehehhee..kalau rajin silalah cekitout blog beliau juga ye..
bawa anak, ali asyraf
kemas barang.. nak bawak adik Ali boleh?? ibu rinduuuu si bolat ini...

kami bertolak ke US  pada 13hb Ogos 2014

posing jap laki bini ni...

ha ni sahabat kami yang kemain hepi ha.. depa cam kami gak pi berdua.. hanimun gak lah tu..hahaha
abang aznin dan kak puteri
transit di Hong Kong kejap
perjalanan ke Los Angeles mengambil masa hampir 20 jam dari KL
perghhh kemain jauh..
yana banyak tido je..
tak sempat ku layan movie dalam flight
oh by the way..
group kami naik flight Cathay Pacific
group SHaklee ada 3 flight semuanya..

LAX
 ni gambar bersama kawan2. masing2 lepak dah..penat nak bawa keluar beg.nak melepasi kastam US yang ketat 

Los Angeles
 sempat lagi kami posing.. mat2 saleh tengokkan aje..hahaha...
JDT, LAX
en adam.. nak juga tayang JDT di sana

Dari LAX kami dibawa ke hotel

 sampai2 je.. Victor dah sambut kami. kasi kalung bunga.. soh pi makan.. memang lapo pun benonya..
Shaklee book satu ballroom khas untuk kami makan. dan semuanya makanan halal.. memang asik makan jelah kerjanya..
makanan yang agak biasa kita makan lah kan.. salmon.. pasta..

 pemandangan dari bilik

 cantik kan bili.. ala2 hanimoon gitu..hahaha.yelah datang pun berdua.. anak2 tak ikut untuk trip kali ni..kebetulan kami dapat bilik tepi..kemain luas..siap ada balkoni lagi..ops.. kami tinggal kat hotel Hilton Long Beach. Eh.. nama je LONG BEACH tapi takda lah pantai cam dalam cite BAY WATCH tu ok..hahha.. jangan pk2 lain... di LA ni..kawasan pelabuhan industri.kot lah..sbb aku nampak banyak2 kren kat tepi laut.


pemandangan lagi.. bersih sangat bandarnya. susah nak nampak sampah sarap

supplemen Shaklee
 eh.. supplemen Shaklee mana boleh tinggal.. pi bermusafir ke negara orang kene lah jaga kesihatan wei..supplemen2 ni yana bawak khas untuk pelawasan.. energy..hilangan sakit2 badan ni..dan elak dari selsema demam segala.
 tengok tu encik adam beranga..hehehe.. sebenarnya tengah tgk tv.. nampak tak coffee maker tu.. tu jelah alatan elektik yang ada.. kalau nak masak air..terpaksa lah guna tu.. eh tapi i bawak heater sendiri (tapi..kat sini electric suply tak sama ngan kita.. depa punya watt lebih rendah..so ku masak air amik masa yang lamaaaa).. kalau korang na senang  beli je water heater kat sana.. tapi pasyu kene tinggal lah.. sbb alatan elektrik kat sana tak sesuai pakai kat malaysia.

goodies bag
masa makan tadi dapat goodies bag untuk convention esok..teruja kan..!
Thanks SHAKLEE bawa kami ke sini..!

part 2? tungguuu...

LYANA MANSOR
 

Jul 24, 2014

Cara mohon Visa US

As salam semua

ok ni nak cite
ni adalah pengalaman pertama kami nak mohon VISA segala
US pulak tu.. (nak pi US WAJIB mohon visa tau. ko takda visa takleh pi US)
so ni yana ceritakan sedikit step cara MOHON VISA KE US
yana rasa maklumat ni penting gak di share sbb kami pun terpinga2 masa nak buat dulu.

1. Mula2 kena lah tahu maklumat trip. kalau pergi under travel agency, minta segala maklumat.
- naik flight apa (incase ditanya nanti)
- tarikh pergi dan balik
- tinggal dimana (hotel ke rumah sedara ke)
- kalau tinggal dengan sedara kene tahu no fon..detail segala
- pastikan korang tahu semua maklumat

2. Next, sila lah ambil gambar ye. Untuk permohonan Visa perlu latar PUTIH dan bersaiz 2' x 2'. Tips gambar
- jika anda bertudung, sila pakai tudung berwarna gelap
- pastikan tudung anda tidak menutup muka, kening
- kalau tak pakai tudung, sila rapikan rambut, jangan serabai2
- untuk lelaki, sebaiknya tak usahlah berjambang segala
- pakai lah kot untuk nampak kemas
- pastikan anda ada SOFTCOPY dan HARDCOPY juga

2. Permohonan VISA perlu dibuat secara ONLINE di SINI
- creat account untuk apply visa
- isi lah apa yang patut

3. Kene BAYAR permohonan VISA ok. Cam kami Visa B1/B2 sorang RM512 @ USD 160
-bayaran perlu dibuat di Standard Chartered bank
-nanti dapat resit
-kat resit tu ada UNIK ID (ha ni yg kene masukkan dlm permohonan nanti)
- tak bayo takleh mohon dan takleh pi interview
-boleh bayo online juga
-kalau bayo di bank, boleh isi permohonan online selepas 4 jam, klau online esok baru leh buat.

4. Dah bayo, dah amik gambo segala boleh lah isi borang DS160 (bila dah log in tu ada link dlm tu)
-ok permohonan ni kene isi SETIAP ORANG yang pergi, kalau 5 beranak pergi so kene ada 5 permohonan lah
-kanak2 mak pak boleh isikan
-dewasa sila isi sendiri ye, sbb nanti masa interview diorang tanya2 soklan berkaitan
- takyah nak log out2, leh buat semua sekali
- 1st anda diminta masukkan gambar, kalau pass boleh proceed. Kalau tak pass sila pi kedai gambo amik gambo balik haha. make sure lighting gambo cukup.
- then boleh lah isi borang DS160 tu dan AWAS.. pastikan anda bersedia mental dan fizikal. makan siap2 pi toilet siap2 sbb menyampah isi soklan yang banyakkkk sangat. haha (dan some soklan cam merepek cam pernahkan anda terlibat dengan pemerdagangan orang , for sure lah orang jawab NO kan.. haha)
- dah siap isi semua sila lah PRINT ye. sbb dalam tu ada ID DS 160

5. Ha dah isi DS160 tak bermakna dah settle ok.. sekarang kene isi BORANG PERMOHONAN pula
- log in dulu
- dlm tu ada application form
- isi maklumat yang dikehendaki cam no paspot, unik ID bayaran, NO DS160
- kalau anda ada suami/ isteri dan anak2 yang pergi sekali boleh klik FAMILY
- pilih juga maklumat INTERVIEW, set date bila nak interview
-print segala maklumat tu, ada barcode semua, SILA BAWA semasa INTERVIEW

6. oh korang baru tahu kan kene INTERVIEW. hahaha.. takyah takut sangat, kalau sekadar nak melancong2 tu takda hal lah.
- interview berlangsung di KEDUTAAN US di
U.S. Embassy, Kuala Lumpur
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
- pi sana sila lah ikut temujanji yang ditetapkan ye. pakai pakaian yang kemas, jangan lak pakai selipar
-beratur di luar kedutaan, tunjukkan IC dan BORANG2 yang anda dan PRINT
- nanti ada spotcheck, buka tali pinggang untuk scan, HP dan peralatan electronik kene tinggal kat pakgad
- masuk ke dalam dan ambil nombor, tunggu no dipanggil
- 1st no dipanggil untuk serahkan borang dan paspot, duduk semula tunggu lagi
-  kali kedua dipanggil untuk scan jari, SEMUA jari
- 3rd time untuk interview di kaunter (berdiri je pun takda lah formal mana)
- cam kami ke US sebab trip shaklee antara soklan yang yana dan suami kene adalah
* dah lama biz shaklee?
* berapa banyak sale kene buat nak dapat free trip ni?
* ada sedara mara tak kat US
(ada disarankan bawa slip gaji ke, bank statement ke, geran tanah ke apa ke incase die tanya, tapi takyah r sibuk2 nak tunjuk, hehe)
- mereka akan bagitau APPROVE atau TIDAK on the spot. so kalau approve tunggu beberapa hari untuk ambil visa, boleh pick up di tempat2 tertentu atau boleh POS

Dah dapat visa anda..ok dah boleh ready nak pi US. Yana dapat 10 tahun. so next time dalam tempoh 10 tahun ni, nak oi sana takyah buat lagi VISA. guna yang dah ada je. 

ok good luck korang...!

*nampak cam complicated je tapi takda lah sebenarnya. korang ikut je step by step yana ajar ni. inshaaAllah mudah. settle dalam 2-3 hari je. 


Jul 21, 2014

Bermusafir ke Amerika

Assaalamualaikum
macam takda tempat lain je nak bermusafir kan..haha
sebenarnya kami diTAJA oleh SHAKLEE Malaysia atas pencapaian kami sepanjang 2013 yang lepas.kan SHAKLEE tawarkan 3C (Cash, Car , Conference)
Tahun lepas kami  (yana dan suami) cuma layak untuk trip di dalam negara iaitu ke KOTA KINABALU
kali ini, kami akan mengikut trip ke LONG BEACH, CALIFORNIA,USA. Alhamdulillah

Ironi sangat kan.. di saat orang semua dok BOIKOT US dan ISRAEL, kami dan berkunjung ke US pula. ops.. jangan lah salah anggap ye sahabat2.. semua bergantung pada NIAT @NAWAITU
Niat kami untuk berkunjung ke sana untuk menghargai dan meraikan usaha kami selama setahun di dalam biz SHAKLEE. yes.. percaya atau tidak, bila kita berbiz (atau bekerja sekalipun) kita perlu REWARD diri juga kan. Alhamdulillah kali ini yana reward diri dengan mengikuti TRIP 5 BINTANG PERCUMA ini bersama suami. dan lebih manis bersama seorang Leader yana dan suaminya. InshaaAllah tahun depan trip Itali, lebih ramai dari team yana yang layak.

Selain itu, kami nak tunjukkan pada dunia yang pasaran ekonomi mampu dimonopoli oleh umat ISLAM. Kami akan menghadiri SHAKLEE GLOBAL CONFERENCE yang mana disana nanti kami juga antara MASTER yang akan menaiki pentas untuk menerima AWARD dan mewakili MALAYSIA.

Antara perjalanan kami nanti:
Aug 13 – 16  US Global Conference 
Aug 17 - 18  Long Beach / Los Angeles – Sightseeing tour • Hollywood Walk of Fame, Farmers Market, Universal Studio
Aug 19   San Francisco – Sightseeing Tour and Shopping • Golden Gate Bridge, Fisherman’s Wharf, Factory Outlet shopping
Aug 21   Visit Shaklee HQ at Pleasanton
Aug 21   Depart for Kuala Lumpur

haha layan lah gambo jap ye..









Dan yang pastinya, kami ingin melihat tempat orang, bermusafir dan belajar cara hidup orang luar. oh kalau u olls nak tau..yana tak pernah ke luar negara seumur hidup (padahal hampir 29 tahun dok JB..singapore pun daku tak pernah pergi).

Tahukah anda, di US terdapat lebih 2.7juta masyarakat beragama Islam yang terdiri dari pelbagai kaum. Dan CALIFORNIA merupakan daerah yang PALING RAMAI kominiti MUSLIM yang mewakili hampir lebih 1%.  Dan MashaaAllah..banyakkkk MASJID terdapat di sekitar CALIFORNIA. cer tengok di SINI. Tempat lawatan kami di LONG BEACH nanti juga mempunyai Masjid dan Islamic center dan InshaaAllah jika berkesempatan kami akan mengambil peluang ke SANA.



Teruja..teruja..! walaupun kami masih bersedih atas kejadian MH17 yang memyebabkan sedikit rasa gelisah untuk menaiki flight tapi inshaaAllah kami tawakal padaNya. Mati itu PASTI, Hidup InshaaAllah. fikir yang baik2 dan berserah diri bulat2 padaNya.

Kawan2 doakan kami ya. Selamat pergi dan kembali. Kalain ada pengalaman di sana? meh lah share..

Untuk sahabat2 yang berminat join team Shaklee yana. Lyana & d'Gems dan menerima bimbingan dari yana, boleh contact yana melalui SMS atau Whatsapp di 012-7470856 atau email lyana_um@yahoo.com

POPULAR POST