Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Dec 7, 2016

Keliru buat keputusan

Cuti dah habis..!

Eh.. ramai yang tak tau yana ni sebenarnya CUTI MENJAGA ANAK sahaja. Sejak 2014 Yana cuti. so ni dah hampir tamat cuti selama 3 tahun ni.. huwaa... dalam masa cuti ni semoat lahirkan 2 orang anak..hihih. produktif sangat.

Keliru buat keputusan

Masalah utama sekarang ni, Yana keliru nak buat keputusan. Samada perlu sambung cuti atau kembali bekerja.

Untuk makluman u olls, cuti menjaga anak maksimum 5 tahun, Yana masih ada baki cuti 2 tahun jika nak ambil lagi.

Dan cuti lama, dah sedap duduk rumah je, nak main sekolah dah malas (dan takut)
Anak-anak, rumah macam mana pula. Kalau naik sekolah nanti kene lah En.Adam jaga anak anak sendiri. hihih. Yang paling tak best, sebab nanti takleh pi jalan sana sini kerana terikat dengan jadual kerja (sapa kata cikgu banyak cuti, cikgu bz u olls.. sabtu pun selalunya kerja kat jb ni)

Tapi kalau kerja, dapat duit extra. Boleh beli 10 botol vivix..! hahaha..

Apa pendapat u olls?

Istikharah

Maka, pesanan untuk diri sendiri dan u olls yang keliru, buat lah istikharah.
ni Doa Istikarah bole dibaca selepas solat naa..

Ok u olls.. yana pun tak tau keputusan apa nak dibuat. Tapai u olls follow jelah kisah yana ye.. hihih. terima kasih sebab sudi baca. 

Untuk u olls yang keliru tu, selamat beristikharah..! 

Lyana Mansor
Pengedar Shaklee Johor Bahru
Whatsapp 019 766 8945

May 11, 2011

Doa Amalam untuk Ibu Yang Menyusukan

Assalam semua...terjumpa doa ni di site Iffa..so share di sini yer
Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Ingat tak 3 Perkara yang selalu Iffa tekankan untuk sukses dalam BF? Meh remind sekali lagi.. Dr Fadhilah Kamsah kate perlu remind 200 kali baru orang boleh ingat.
  1. Fahami "Supply On Demand" Konsep..Lagi byk stimulasi & pengosongan breast dibuat, lebih banyak signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.
  2. Well Balance Diet and Healthy life style. Ambil makanan yang seimbang yang memenuhi nutrisi yang diperlukan ibu yang menyusukan anak. Jauhi stress atau atasinya dengan positif!
  3. Doa...doa...doaa... tidak boleh tinggal ye.. setiap usaha harus disulami dengan doa dan bertawakal kepadanya dan juga ISTIQAMAH!
Credit: Iffa


POPULAR POST