Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Mar 6, 2016
Langsing Semulajadi dengan 6 Bahan 'Ajaib'
Ramai wanita yang cuba untuk mengurangkan berat badan. terutama selepas melahirkan anak. Usaha untuk menurunkan berat badan perlulah konsisten dan keazaman yang tinggi.
1. Limau nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan menguruskan badan secara semula jadi, ambillah limau nipis dan belah empat. Perah jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.
2. Nanas
Buah nanas kaya dengan vitamin C serta ia dapat mengurangkan gejala beberapa penyakit. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan buah nanas yang tidak terlalu masak. Kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.
3. Buah delima
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk menguruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikannya sebagai jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya. Minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Daun salam (atau daun kari)
Daun salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan di dalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Bagi yang ingin mengatasi masalah berat badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
6. Halia
Jus halia sangat berkhasiat untuk membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air halia memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya, rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan halia sebelum makan pada waktu siang dan malam.
Artikel asal: Majalah Rapi
Jul 17, 2012
EBM, Pengendalian Dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu
As salam semua.. memandangkan yana dah pun bersalin.. dan kini sudah pun kembali memerah susu,... jadi jom sama2 kita refresh memori tentang cara pengendalian dan penyimpanan EBM.. hhehehe
Bagi ibu yang
berkerjaya, Susu Ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi.
TAHUKAH ANDA Susu ibu
mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk
memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu
sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan
tahan lama.
Istilah2
penting yg perlu anda tahu
- EBM = Expressed Breast Milk
- Fresh EBM = Susu yg baru diperah
- Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan di bhgn sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bhg atas lapisan) ia bukan basi yer
- Frozen EBM = Susu yg disimpan dlm tempat beku
Bekas penyimpanan yg sesuai
- bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan
telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan
dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk
steril botol2, dan juga breast pump part.
Apabila susu telah
disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.
- Tarikh Perahan
- Waktu perahan
- Kuantiti susu yang diperah
- Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam
kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 ~ 4 oz
sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Di mana
tempat penyimpanan susu
SUHU BILIK
?
- Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
- Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam
FRIDGE/FREEZER ?
Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku [tahan 2 minggu]
- bahagian beku [tahan 2 minggu]
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (pintu atas)
suhu (-18 hingga -20 °C) [tahan 3 bulan]
- bahagian sejuk (pintu bawah)
suhu (0 hingga 4 °C) [sebelum dibekukan tahan 3~7 hari]
[selepas dibekukan tahan 24jam]
Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24
jam
*susu yang dah
dicairkan tidak boleh dibekukan semula*
*susu yang
dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*
Tips Penyimpanan Susu Perahan
Di Tempat
Kerja
- Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
- Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.
![]() |
contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search) |
Di
Rumah
Simpan sebanyak
yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
- Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
- Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya:
Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya
mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3
botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari
dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM
yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk
dicairkan untuk
kegunaan esok hari.
Ketahui bagaimanakah
cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu
terpelihara dgn selamat..Jom baca
sini.
Jun 4, 2012
PENYUSUAN SUSU IBU-masalah dan cara ibu atasi..
As salam semua..
Seringkali ibu-ibu menghadapi masalah penyusuan selepas melahirkan baby..terutama sekali jika melahirkan anak pertama. Pasti anda pernah berhadapan dengan situasi nipple luka dan berdarah, baby takmau hisap susu ibu, baby terbiasa dengan botol susu, baby sukar latch ke areola, susu sangat sedikit, baby terus menangis selepas menyusu dll..
Tahukah anda.. bukan anda seorang yang bermasalah seperti ini. Ramai ibu2 diluar sana mengalaminya termasuk lah yana… :) Ya.. yana pun pernah alamai situasi diatas.. Tahukah anda selepas melahirkan Aidil, Aidil sangatlah sukar untuk latch.. yana mengambil masa ½ jam hanya untuk nak pujuk si kecil menyusu sahaja.. tapi disebabkan telah setkan azam untuk menyusukan.. jadi ku sabarkan didi.. (sambil nangis2..hahah)
Masalah paling kerap bagi ibu2 menyusukan ialah kekurangan susu ibu dan baby tak kenyang selepas menyusu. Tahukah anda, sebagai ibu menyusukan bayi, anda juga perlu menjaga pemakanan anda.. minuman berkafein seperti kopi dan teh bersifat deuretik. Ia merangsang pengeluaran air dari badan melalui air kencing, sedangkan anda sebagai ibu menyusu perlukan air untuk PENGHASILAN SUSU IBU..sesetengah makanan juga boleh menyebabkan ANGIN… pada ibu juga pada baby.. masalah angin pada baby lah yang menyebabkan baby meragam, kolik dan enggan menyusu.. jadi ibu.. sila perhatikan pemakanan harian anda ok.. oh lupa.. apepun.. janji anda makan dengan HAPPY.. isnyaallah susu akan terhasil dengan meriah.. :D
Satu lagi masalah yang sering yana lihat pada ibu-ibu menyusu ialah masalah letih dan sakit badan. Ibu menyusukan baby samada posisi duduk atau mengiring kadangkala meletihkan..lagi2 kalau ibu tiada bantal sokongan seperti nursing pillow, dan perlu pula menyusukan baby yang tak mau tido sepanjang malam. Hehehe.. sila bayangkan….
Kerana itu, kami telah menyediakan set-set penyusuan untuk ibu-ibu menyusukan baby.. tujuan dan matlamat set-set penyusuan bukan sahaja untuk menambah susu ibu sahaja.. tetapi membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada ibu dan secara tak langsung kepada baby.. untuk apa? Supaya ibu TAK LETIH..TAK SAKIT2 BADAN..sentiasa BERTENAGA.. cergas dan sentiasa ceria… jadi.. ibu dapat menyusukan bayi dengan mudah dan susu ibu pun akan terhasil dengan LANCAR…!
Untuk ibu-ibu di luar sana… yana sangat2 berharap, walau apa pun yang anda makan untuk menambah susu, please selalu berpegang pada konsep penyusuan iaitu DEMAND and SUPPLY.. bila ada PERMINTAAN (DEMAND) terhadap susu (samada daripada baby atau sesi pengepaman) maka akan terhasillah SUSU IBU (SUPPLY) jadi apa yang perlu ibu lakukan? Ibu perlu PAM DENGAN KERAP DAN KONSISTEN… dan jika tak mampu untuk pam dengan konsisten (akibat kekangan kerja) sila buat POWERPUMPING ok.. jangan lupa juga selalu berdoa supaya Allah murahkan rezeki baby anda dan lancarkan penghasilan susu anda.. amalkan juga zikir2 k…

Ok untuk ibu2 sekalian.. jika anda berminat untuk mendapatkan supplement2 untuk menjayakan penyusuan susu ibu, anda boleh hubungi yana samada di facebook yana atau SMS terus pada yana di 012-7470856.. .insyallah anda akan diberi bimbingan dan konsultasi berterusan daripada yana...
Mar 24, 2012
Amalan untuk anak degil..
As salam semua.. kali ni yana tak poskan tentang shaklee.. tapi yana nak share satu artikel dr FB Ibu bapa cemerlang,.. tapi yana kopipes dr blog umisofie.. semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk yana dan anda juga :)
Anda berminat dengan produk SHAKLEE ? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com
Jika anak gadis, anak teruna yang terdidik soleh dlm keluarga bahagia, apabila hidup di luar, ikut rentak kawan-kawan, jadi bebas lepas, suka berpoya-poya, merempit, dan sebagainya…janganlah dikau gundah gulana wahai ayah dan bonda… jangan berputus asa dengan kerenah putera puteri mu yang "terlampau". Janganlah disembur mereka dengan sumpah seranah agar mereka tidak bertambah celaka di dunia, tambah celaka diazab dalam api neraka.JAda do'a dan amalan yang ayah bonda dapat lakukan agar zuriatmu yang durhaka kembali ke pangkal jalan, berubah jadi insan mulia, insyaAllah. Doa ayah bonda nan tulus ikhlas adalah senjata yang sungguh ampuh, tukar derita jadi bahagia. Syaratnya, ayah bonda tulus dan ikhlas...
"Air Tangan Ibu." Mungkin kita pernah mendengar ungkapan ini. Si ibu yang memasak, sediakan makan minum seisi keluarga, lalu jadi berkat. Darah daging yang terbentuk dan membentuk dari air tangan bonda yg solehah, bijaksana, penuh hikmah dan baik akal budi bicara, akan muncul juga suami dan permata hati idaman.
Amalkan bacaan ini, ketika sediakan makanan minuman seisi keluarga. Kiranya ada yang panas baran, kaki pemarah, degil, susah buat perkara baik, gemar melawan cakap, suka memberontak…bacalah 10 kali doa itu, hadiahkan khusus untuknya, dalam makanan, minumannya, buat selama 44 hari, amalan apa-apa saja, org tua-tua kata, insyaAllah..masin mulut, doa dan amalan mudah menjadi..dengan izin Allah SWT.
Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, Al-Fatihah, selawat 3 kali ke atas Nabi SAW. Zikir…Ya Latif 3 kali, doa.."Allahumma Latiffu bi'ibadihii yar zuqumanyyasaa' wahuwal qowii yul'aziz." 3 kali. Dlm hati…niatkan, doakan agar hati, jiwa sendiri, suami, anak-anak jadi lembut, mudah buat kebaikan..
Amalkan amalan di atas, ketika sediakan juadah makanan untuk keluarga, ditambah dengan amalan ini…tuliskan doa guna pewarna sirap ros sebagai dakwat, putik kapas yang bersih sebagai pena.Tulis ayat terakhir dalam surah Al-Imran di atas roti untuk sandwich, isi intinya. tangkupkan roti dan beri kepada anak-anak.

Ayat 200, Surah Al-Imran:
Ayat ini jika ditulis di atas roti (dengan jem dan sebagainya) diberi makan kepada isteri yang derhaka, anak yang degil dan binatang yang liar. InsyaAllah menjadi jinak dan mendengar segala perkataannya.
___________________________________________________________________
Anda berminat dengan produk SHAKLEE ? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com
May 22, 2011
Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan
As salam semua..Hari ni aku nak share pasal perkara2 yang perlu dielakkan untuk menjayakan penyusuan susu ibu...sumber dari Kak N melalui kajian beliau dan pengalaman beliau dan customer2 beliau..
1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.3. Pengambilan minuman berkafien.Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.4. Pengambilan supplement khas untuk diet.Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.6. Merungut setiap masaJangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.Penulisan ibu bukan untuk ditujukan kepada sesiapa namun ini juga mengingatkan ibu sendiri.... jadilah manusia yang sentiasa bersyukur agar Dia akan sentiasa menambahkan nikmatNya pada kita. Amin.Saya sentiasa mendoakan agar Allah mengampunkan dosa2 ibu yang yang menyusukan anaknya dan semoga Allah memberi keberkatan ke atas setiap rezeki yang kita gunakan untuk menambahkan penghasilan susuibu.Wassalam.
Mar 17, 2011
Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2) P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'. Perlu diingat persefahaman ni bukan wujud semulajadi.Ia perlu dipupuk dan dibina sepanjang perkahwinan. Sgtlah sedih bila ada pasangan bercerai atas alasan tiada persefahaman..huhuhu
6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga
7) Satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Haishhh...nampaknye bila anak2 dah besarlah baru leh wat camni kan..hehehhe
8) P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri
- surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga
Feb 17, 2011
Artikel: Suara Rakyat by Ali Asyraf
As salam semua...
ni sebenarnya entry di blog kawan aku.. Ali Asyraf..aku share sbb aku sgt menyokong pendapat beliau...feel free to visit his blog Ali Asyraf:Cetusan Idea
Saya terbaca satu artikel di malaysiakini.com.
Tajuknya menarik perhatian saya. Berkenaan buah fikir Dr Asri, bertajuk Tidak Mustahil Kuasa Rakyat Berlaku di Malaysia.
Dangkal
Bagi saya, komentar ini dangkal. Yang amat. Beliau begitu mendokong ‘kuasa rakyat di jalanan‘ yang pada beliau ‘tidak menggunakan kekerasan‘ dan ‘mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka‘.
Beliau menambah dalam komennya, ‘perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka‘.
Budak
Biar saya bawakan satu cerita.
Suatu ketika pada tahun 1998, berlaku demonstrasi menegakkan reformasi di Kuala Lumpur.
Tatkala itu, seorang budak lelaki berumur 13 tahun, yang amat meminati sains, berada di dalam kereta, bersama ayah dan ibunya. Niat di hati, ingin ke Planetarium Negara. Menambah ilmu.
Pertengahan perjalanan, bertembung dengan kesesakan lalu lintas. Puncanya? Demonstrasi di Masjid Negara. Budak lelaki itu sudah nampak Planetarium Negara di atas bukit itu, tetapi dek lautan orang ramai di situ, perjalanan tersekat.
Akhirnya, setelah menempuh kesesakan, budak lelaki itu tiba juga di Planetarium Negara. Tiada rezeki. Terlewat. Planetarium Negara sudah tutup. Gara-gara menghabiskan masa menempuh kesesakan demonstrasi jalanan.
Ribuan yang lain
Itu baru kisah duka seorang budak kecil. Bayangkan ribuan lagi impian, cita-cita, urusan, dan macam-macam hal lagi yang tidak dapat diselesaikan, dek kerana ‘kuasa rakyat’ yang menghancurkan ribuan lagi harapan rakyat.
Malahan jika kita intai kes di Mesir, berapa ramai pelajar kita yang terpaksa pulang ke tanah air? Malahan harga minyak, barangan semuanya naik. Pelabur? Sudah tentu akan lari. Kesudahannya, angkara suara rakyat, rakyat juga tanggung peritnya.
Maka saya seru kepada semua. Ini bumi Malaysia, bumi kita. Walau kita disogok dengan berita yang menutupi kebaikan pemerintah dengan kebanjiran hal-hal keburukan seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, tidak menunaikan janji dan apa sahaja, jangan kita terperangkap dengan demokrasi barat itu, kononnya untuk menegakkan keadilan.
Rakyat yang sayangkan negaranya, tidak akan sekali-kali mengatakan negaranya tidak subur dan airnya kotor, tidak akan berkata penduduk dan budayanya bobrok, pemerintahnya zalim, dan kedaulatannya palsu.
Jika tanahnya tidak subur, dia akan baja dan suburkan. Jika airnya kotor, dia akan bersihkan. Jika penduduknya bobrok, dia akan atur dan harmonikan. Jika pemerintahnya zalim, dia diinsafkan atau gantikan dengan teratur, dan jika kedaulatannya palsu, dia akan kembalikan keasliannya.
Bukankah sudah lama, guru-guru di sekolah memberitahu bahawa sayangkan watan itu sebahagian daripada iman.
Oh ya, saya terlupa. Budak lelaki yang berumur 13 tahun dalam cerita di atas, itu saya. Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya, kerana meleburkan impianku ketika itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)
POPULAR POST
-
Hai semua... hari ni en.Adam cuti... jadinye hari ni aku pun terrajin..masak nasi lemak untuk makan satu hari ni dr pagi sampai ke malam...k...
-
As salam kawan2 semua.. Post kali ini yana dedikasi untuk semua ibu2 diluar sana.. ok hari ni yana nak share kan satu kaedah urutan yang ...
-
Sumber asal 17kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su. . Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah ...