As salam semua.. memandangkan yana dah pun bersalin.. dan kini sudah pun kembali memerah susu,... jadi jom sama2 kita refresh memori tentang cara pengendalian dan penyimpanan EBM.. hhehehe
Bagi ibu yang 
berkerjaya, Susu Ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. 
TAHUKAH ANDA Susu ibu 
mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk 
memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu 
sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan 
tahan lama.
Istilah2 
penting yg perlu anda tahu
- EBM = Expressed Breast Milk
- Fresh EBM = Susu yg baru diperah
- Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan di bhgn sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bhg atas lapisan) ia bukan basi yer
- Frozen EBM = Susu yg disimpan dlm tempat beku
Bekas penyimpanan yg sesuai
- bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan 
telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan 
dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk 
steril botol2, dan juga breast pump part.
Apabila susu telah 
disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label. 
- Tarikh Perahan
- Waktu perahan
- Kuantiti susu yang diperah
- Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam 
kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 ~ 4 oz 
sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran. 
Di mana 
tempat penyimpanan susu
SUHU BILIK 
?
- Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
- Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam
FRIDGE/FREEZER ? 
Peti Sejuk (1 pintu) 
- bahagian beku [tahan 2 minggu]
- bahagian beku [tahan 2 minggu]
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (pintu atas)
suhu (-18 hingga -20 °C) [tahan 3 bulan]
- bahagian sejuk (pintu bawah)
suhu (0 hingga 4 °C) [sebelum dibekukan tahan 3~7 hari]
[selepas dibekukan tahan 24jam]
Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]
- bahagian beku (pintu atas)
suhu (-18 hingga -20 °C) [tahan 3 bulan]
- bahagian sejuk (pintu bawah)
suhu (0 hingga 4 °C) [sebelum dibekukan tahan 3~7 hari]
[selepas dibekukan tahan 24jam]
Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 
jam
*susu yang dah 
dicairkan tidak boleh dibekukan semula* 
*susu yang 
dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*
Tips Penyimpanan Susu Perahan
Di Tempat 
Kerja
- Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
- Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.
|  | 
| contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search) | 
Di 
Rumah
Simpan sebanyak 
yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
- Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
- Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: 
Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya 
mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 
botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari 
dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM 
yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk 
dicairkan untuk 
kegunaan esok hari.
Ketahui bagaimanakah 
cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu 
terpelihara dgn selamat..Jom baca 
sini.





 
 
 
Anak yan sekali minum 5oz.. sehari masa di rumah pengasuh, minum 5botol. Kat tempat kerja, dapat perah 3botol je. So gigih malam before tido,perah sebotol, pg bangun sebotol lagi. Stok pun tinggal sikit dah.. plz share..
ReplyDelete