Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Mar 29, 2019

3 Tips mengemas longgokan barang

Assalamualaikum semua

Esok dah hari terakhir cuti sekolah di Johor. Dan harini baru aku ada masa nak mengemas semua longgokan barang ni. πŸ˜‚

Well, korang tahu kan aku ada anak 7 orang, campur ayah ibunya ni, 9 orang dalam rumah ni. Kau bayangkan lah 9 orang punya barang..! 😱😱😱😝

Barang-barang kecil ni kita dah kemas beberapa kali pun masih ada lagi. Magik kan. Tanpa kita sedar, kita memang suka membeli. Lagi-lagi sekarang banyak tempat murah kat JB ni macam Kedai Eco Dan Ninso. 

Jadi harini aku nak share cara aku kemas longgokan barang barang kecil ni. 

DECLUTTER gitewwww haaha

3 Tips nak kemas longgokan barang:

1. ASING IKUT KATEGORI

Lebih spesifik, lebih baik. Serius ni memang penting. Dulu aku ikut kategori juga, tapi, kategori yang am jelah macam alat tulis, Atau mainan anak, Atau barang sekolah. 

Akhirnya, bersepah juga Lagi-lagi bila kita mula membongkar mencari barang. 

Sekarang, aku punggah semua barang, longgokan, aku pilih Dan aku susun ikut kategori yang lebih spesifik. 

Cth:
-resit
-barang peribadi
-mekap
-pensel
-pensel warna
-puzzle 
-pam susu
-penjagaan diri
-stapler

Lebih mudah kan, so tak payah cari Dan bersepah kan barang
Declutter, kemas barang, kemas barang kecil, kemas longgokan barang, tips mengemas
Asing kan barang ikut kategori yang spesifik. 
2. BERANI BUANG BARANG

Hello, korang sedar tak kita mak mak ni memang suka menyimpan barang. Sayang. Konon nanti boleh guna, akan guna, Atau mungkin berguna. 

Tapi, akhirnya  Bila kita tak jumpa kita akan beli baru juga 😝

Tapi tu bukan point aku. Aku nak tegaskan kat sini iaitu bukan semua barang korang, korang kene simpan. 

Contoh tadi aku dah buang banyak gambar zaman aku di UM dulu. Gambar pokok pun aku ambil. Apa kejadahnya nak simpan. Menyemak je. 

Resit-resit pi belanja barang dapur kat tesco semua tu takyah lah simpan. Bukan boleh claim income tax pun, ye tak.. 😝

Mainan anak yang dah tangga tayar sebelah, tangga tangan sebelah, pun aku buang dah. 

Tu belum masuk lagi banyak pen Dan marker aku yang takda dakwat yang selama ni tersimpan. Yang konon aku nak beli ink refill. Konon..! Hahha. 

See, banyak sebenarnya nak buang. Aku je sayang. 

Boleh ikut tips Marie Kondo, simpan yang Spark Joy je, yang nak lain tu, say thank you. 

3. SIMPAN DALAM PLASTIK ASING YANG LUTSINAR

Aku pakai zipper Bag IKEA ni je. Senang. Untuk barang yang kecil, macam lilin Wangi, puzzle anak, guli dll. 

Siap dah Asing kan ikut kategori. 

Senang nak cari nanti sebab boleh nampak apa isi dalamnya. Dan yang best tak payah nak bongkar semua barang semata-mata nak ambil satu barang je. 

Declutter, kemas barang, kemas barang kecil, kemas longgokan barang, tips mengemas
Masukkan ke dalam zipper bag


Aku Harap kekemasan barang-barang ni bertahan lama lah. Maklumlah anak-anak aku macam ibunya masa kecil dulu juga, suka membongkar. Haha

Oh ya. Nak mengemas ni jangan lupa telan B COMPLEX untuk stabilkan mood tu 😝
Dan dah duduk lama mengemas ni, badan pun sakit, kaki pun kebas, sila lah Tekan OSTEMATRIX ya. Sangat berkesan untuk mak mak macam kita ni wei. 

Korang baca sampai habis ke? 
Korang memang gigih..! 
Thanks sebab baca. Meh tinggalkan jejak nanti aku baca post korang pulak. 



Nak Shaklee? 
Nak order Shaklee?
Mencari Supplemen Keluarga? 

Meh Wasap Kak Mel lekas

#kakmelKajol 
#kakMelShaklee
#dgemsempire
#shakleejb 
#shakleeJohorBahru
#ibuanak7 

Oct 23, 2014

Rumah Idamanku : Berangan dulu

Assalammualaikum
tajuk tak tahan kan.. Rumah Idamanku..
memandangkan nak masuk tahun baru ni kan
saja lah nak berangan jap
cth rumah idaman yang yana nak..


Rumah sekarang, yana dah masuk sejak akhir tahun 2014. Tapi bekum reno apa pun lah.

*segala gambar dari sumber Google Image


ok.. pelan ni tak tau lah yana dapat dari blog mana.. sebab dah lama yana simpan dlm lappy ni.. rumah idaman yana..nak buat camni. ada BILIK SOLAT di depan sebelah ruang tamu. so kalau tetamu datang, boleh solat kat situ, takda lah nak kene numpang bilik kita kan,..hihi.. dan dalam bilik tu juga, boleh lah kami sekeluarga berjemaah dan mengaji.

TEMA
hmmm..yana nak yang simple2 je. mayb modern style.. atau.. modern english style (hahaha nak gak english style.. tapi takmo yang bunga2 serabut tu)




DAPUR
Dapur impian kami..kami nak ada ISLAND.. dan setiap kabinet mestilah bermakna.. berfungsi..bukan sekadar hiasan..hehehe..


ha yang macam ni lah en adam nak.. senang nak cucu tangan atau sayur mayur kalau potong2 kat island kan..ada pula ruang penyimpanan di bawah.. so senang lah letak pinggan ke ape ke kan..


Yana pula..taknak pakai dapur kaca tu..  nak beli dapur 4 burner dari ELBA.. idaman kalbu sejak dulu..!


kompom rajin masak kalau dapat ni..hahahhaa

MEJA MAKAN
of kos mak nak yang 8 kerusi..haha. maklumlah anak ramai kan..


Best kan berangan

Lyana mansor fb: lyana mansor SMS|Whatsapp|Telegram: 019 766 8945

Sep 25, 2014

Aku nak pindah part 2

Ha mesti korang tertanya2 apa cite yana nak pindah rumah baru ni kan...
ala sebelum ni yana cite di SINI
pindah rumah, rumah second hand

racun rumput
ha nampak tak dah clear sikit lalang2 ni kan.. ni kami upah orang tolong potongkan rumput dan racun lalang2 sume.. then en adam bersihkan sikit remput2 tu..dah clear sikit.. kalau tak... cam ape je kan..hahaha

oleh kerana rumah ni dah terbiar lebih 7 bulan dan selama ni tak terjaga pun,,..maka keadaannya menyedihkan sikit lah kan,..
 dinding luar yang teruk..berlumut segala... dan terkopek2

 en adam sembur ngan water jet.. ha nampak tu cantik lah sikit keadaannya.. boleh lah di cat...
teruk kan...

lantai berlumut
 kat luar pun kene sembur ngan water jet tu.. nampak segala lumut2..
bersih lah.. rajin laki i..hahaha

dinding terkopek
 nampak kat dalam ni,, terkopek2 semua cat.. ni baru satu dinding.. banyak dinding lagi wei.... kami berdua lah gigih mengikis cat yang terkopek tu..

dapur kecil
 dapur yang terbiar lama.. masa aku survey2 rumah dulu.. masuk rumah ni (masa ada org bujang tinggal) depa memang tak guna dapur ni. memang terbiar.. nampak tu pinggan mangkuk depa biar je..
dining area
depa guna kat sini untuk masak.. so dinding sebelah kiri ni.. hitam.. berminyak dan kotor.. ni en adam dah bersihkan.. wayar2 pun terjojol gitu ha..seb baik lakiku pandai serba serbi.. jimat duit mak..hahha... penat wei en adam... ku bekalkan Performance Drink dan Cinch Tea untuk kasi energy nak buat kerja.. lagi2 bawah panas tu.. dan malam2 soh makan Ostematrix untuk elakkan sakit2 badan,

ok nanti i update lagi ok..
korang yang nak beli rumah subsale ni jangan lak takut,. ok je... rumah kami dikategorikan ok lagi.. sbb ada orang lain i tengok ngeri cam rumah hantu.hahhaa...

ok jumpe di part 3...

Sep 11, 2014

Aku nak pindah-part 1

As salam semua
tak tau lah korang tau le tak
aku dah beli rumah
Alhamdulillah
tercapai gak impian
cam biasalah as pegawai kerajaan
beli rumah guna BPP
aku beli rumah second hand je.. 
dulu aku ada cerita nak beli umah Bandar Dato Onn kan..
ha..rumah tu aku booking dah pun..
tup2 ada kawan tunjuk pamplet rumah ni
beli dari ajen
terus lah call ajen.
try je apply loan
masa tu kami fikir.. bagus gak aklau dapat rumah ni.. sbb rumah ni corner lot setingkat
sesuai lah dengan kami beranak ramai ni
yang Dato Onn tu cuma 22x70..
Rumah yang aku beli di terletak di Taman Desa Jaya, Johor Bahru
masa kami pi tengok rumah
orang bujang sedang sewa
jadi..keadaannya sangatlahhhh..hehee.. paham2 jelah kan. 
ok meh layan gambar..


 ni pandangan dari belakang rumah

 
 ni dari depan

ni dari tepi
rumah ni teri jalan dan bukit. so privacy lah sikit..

korang doakan aku cepat pindah k..

POPULAR POST