Jul 30, 2017

KISAH BENAR: Kesusahan membakar jiwa untuk berjaya

KESUSAHAN MEMBAKAR JIWA UNTUK BERJAYA

Assalammualaikum

Jika difikirkan semula, kehidupan Kak Mel kini 360 darjah lebih baik daripada sebelum ini. Alhamdulillah. 

KISAH BENAR UNTUK BERJAYA


Teringat Kak Mel kisah beberapa tahun lepas, di awal penglibatan Kak Mel dengan bisnes Shaklee.  Pernah Kak Mel kongsikan cerita ini di Facebook satu masa dahulu.

Kak Mel hanyalah seorang guru biasa (baru posting 2 tahun), suami pun kerja biasa-biasa sahaja, dan baru mulakan hidup di JB (walaupun memang orang JB) dengan anak 3 orang waktu itu. Dengan semangat nak berjaya dan ubah nasib dan ekonomi keluarga, Kak Mel gigih dan gagahkan diri menaiki bas ke Kuala Lumpur bersama si kecil Aidil Adam untuk ke kelas Shaklee anjuran upline.Bergerak dari JB pada waktu tengah malam. Sampai di KL waktu subuh.

Seronok dapat belajar terus dari upline. Auranya pun lain rasa. Banyak ilmu Kak Mel dapat. Dan masih melekat hingga kini.

Selepas tamat kelas, masing-masing mengundur diri, begitu juga Kak Mel. Mana lagi kalau nak pulang ke Johor Tanah Tumpah darahku :D

Tunggu punya tunggu tiada pun bas atau teksi yang lalu di kawasan kedai-kedai (kawasan kelas dianjurkan). Kak Mel pun bertanyakan pada orang sekeliling. Rupanya kawasan di situ memang sukar untuk dapatkan teksi. Perlu berjalan ke jalan besar.

Maka menapak lah Kak mel sambil kendongkan di Aidil ke arah jalan besar. Panasnya Ya Allah.. berbahang-bahang. Maklumlah tengahari kan. Dan ya.. kepanasan itu bukan Kak Mel sahaja yang rasa, bahkah Aidil yang berada di dalam dakapan Kak Mel turut kepanasan. Baby kan. Bila dah panas, tak selesa, melalak lah. Menangis-nangis Aidil semasa tu. Tak selesa, panas, dan mungkin juga kehausan.

Ibu mana tak sedih. Lebih kuat Aidil menangis, lebih parah hati Kak Mel rasa. Kak Mel pun turut menangis di tepi jalan besar itu bersama Aidil sambil menunggu-nunggu teksi atau bas dan sambil berharap ada yang nak menumpangkan kami juga. (Sambil menulis ini pun, air mata Kak Mel mengalir terkenangkan saat itu)

Sambil mengelap air mata, Kak Mel bisikkan pada diri sendiri dan Aidil.

Aku akan berjaya dalam Shaklee. Aku tak akan pergi KL naik bas lagi. Aku akan naik kereta sendiri selepas ini untuk ke KL. Aku akan beli kereta dengan Bonus Shaklee aku.

Ya Allah. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika itu. Sedih, marah pada diri sendiri kerana tak usaha sebelum ni dan rasa kasihan pada anak. Macam-macam rasa bercampur baur ketika itu. Kak Mel juga rasa terbakar-bakar. Bukan kerana kepanasan ketika itu. tapi rasa hati yang membara-bara nak kan kejayaan. Rasa tak senang, dan rasa Kak Mel perlu bertindak sesegera yang mungkin untuk ubah diri. Maka, dalam kepanasan zahir dan bara di dalam hati itulah Kak Mel temui TURNING POINT.

Bukan lah Kak Mel tiada kereta ketika itu. Tetapi Kak Mel tak reti memandu dan kereta yang kami miliki ketika itu tidak boleh dibawa berjalan jauh.

Kembali ke rumah, Kak Mel tak senang duduk. Kisah siang tadi tak mahu Kak Mel ulang di dalam sejarah hidup. Cukup lah sekali itu. Kak Mel terus set kan Target dan IMPIAN. Inginkan bonus mencukupi, jenis kereta dan bulan bila untuk membeli kereta baru. Spesifik..!

Dan Alhamdulillah.Kereta pertama Kak Mel dengan Shaklee, sebuah Perodua Alza ini lah yang menjadi titik permulaan bisnes Kak Mel semakin berkembang, Dengan izin Allah.

SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGAN

bisnes part time, shaklee johor, ujian Allah, kejayaan

Allah SWT berfirman dua kali di dalam Al-Quran:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah: 5-6)
Yakin dan berpeganglah pada janji Allah.

Untuk sahabat Kak Mel, ingin Kak mel pesan. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Kerana jalan yang pahit dan berduri itu akan membuatkan kita kuat, tabah dan akhirnya dapat merasai kemanisan kejayaan itu.

Oleh itu, ingin sekali Kak Mel bantu dan bimbing sahabat di luar sana yang sedang mencari punca pendapatan tambahan dan ingin mencari SIDE INCOME. Mohon kawan-kawan PM akak Mel di Whatsapp ataupun isikan borang untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. 

InshaAllah Kak Mel akan bantu kalian untuk berjaya dan rasai setiap kejayaan yang Kak Mel telah capai.

Welcome to TEAM D'GEMS

Hubungi Kek Mel Ya.

Lyana Mansor (Kak Mel)
Shaklee Master Coordinator
fb: Lyana Mansor
Whatsapp: 0197668945

Klik sini dulu

POPULAR POST