Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Jul 11, 2011

Cium anak dapat pahala..

Salam semua..sharing untuk u alls dan untuk diri Yana sendiri..semoga menjadi ingatan dan berita gembira bila rase penat dan down menjaga anak2...hehehhee

sumber


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."




May 1, 2011

Waktu-waktu mustajab berdoa

As Salam semua..hari ni nak kongsi tazkirah dari kak cery..semoga dapat menjadi peringatan pada aku dan kamu2 semua...

"Rasulullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya dan tinggallah yang baik sahaja!”

Akan tetapi... Allah itu Maha Penyayang.. kita diberikannya senjata utk menghadapi ujian hidup... tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.. Senjata ini millik semua org... Benar... doa itu senjata ampuh bagi mereka yang beriman..Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah.. Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.. Jadi teruskan berdoa dan jangan mudah putus asa dengan rahmat Allah.. Di bwh ni saya nak share waktu2 mustajab berdoa..

__________________________________

Menurut Ibn ‘Atha: Doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa, iaitu:

1. Berdoa sewaktu hujan turun.

2. Ketika hendak solat.

3. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga malam.

4. Waktu di antara azan dan iqamah.

5. Ketika sujud dalam solat kerana sabda Rasulullah s.a.w: “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud.” (HR Muslim)

6. Selesai solat fardhu.

7. Ketika berpuasa.

8. Malam al-Qadar.

9. Ketika khatam 30 juzu’ al-Quran.

10. Sepanjang hari Jumaat.

11. Sepanjang perjalanan bermusafir.

12. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah.

13. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah s.w.t.

14. Waktu menerima ujian.

15. Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

16. Ketika ayam berkokok kerana Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya kerana ayam itu melihat malaikat.” (HR al-Bukhari, Muslim)


Subhanallah..kalaulah kita ingat ayat di atas..nescaya kita akan redha dengan segala ujian yang Allah uji kita kan..kan..

dan kalaulah kita tahu waktu-waktu mustajab untuk berdoa, dan sedar the power of doa, pasti kita takkan melepaskan peluang merndahkan hati untuk berdoa...jom kita berdoa...


POPULAR POST