Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Jul 30, 2017

KISAH BENAR: Kesusahan membakar jiwa untuk berjaya

KESUSAHAN MEMBAKAR JIWA UNTUK BERJAYA

Assalammualaikum

Jika difikirkan semula, kehidupan Kak Mel kini 360 darjah lebih baik daripada sebelum ini. Alhamdulillah. 

KISAH BENAR UNTUK BERJAYA


Teringat Kak Mel kisah beberapa tahun lepas, di awal penglibatan Kak Mel dengan bisnes Shaklee.  Pernah Kak Mel kongsikan cerita ini di Facebook satu masa dahulu.

Kak Mel hanyalah seorang guru biasa (baru posting 2 tahun), suami pun kerja biasa-biasa sahaja, dan baru mulakan hidup di JB (walaupun memang orang JB) dengan anak 3 orang waktu itu. Dengan semangat nak berjaya dan ubah nasib dan ekonomi keluarga, Kak Mel gigih dan gagahkan diri menaiki bas ke Kuala Lumpur bersama si kecil Aidil Adam untuk ke kelas Shaklee anjuran upline.Bergerak dari JB pada waktu tengah malam. Sampai di KL waktu subuh.

Seronok dapat belajar terus dari upline. Auranya pun lain rasa. Banyak ilmu Kak Mel dapat. Dan masih melekat hingga kini.

Selepas tamat kelas, masing-masing mengundur diri, begitu juga Kak Mel. Mana lagi kalau nak pulang ke Johor Tanah Tumpah darahku :D

Tunggu punya tunggu tiada pun bas atau teksi yang lalu di kawasan kedai-kedai (kawasan kelas dianjurkan). Kak Mel pun bertanyakan pada orang sekeliling. Rupanya kawasan di situ memang sukar untuk dapatkan teksi. Perlu berjalan ke jalan besar.

Maka menapak lah Kak mel sambil kendongkan di Aidil ke arah jalan besar. Panasnya Ya Allah.. berbahang-bahang. Maklumlah tengahari kan. Dan ya.. kepanasan itu bukan Kak Mel sahaja yang rasa, bahkah Aidil yang berada di dalam dakapan Kak Mel turut kepanasan. Baby kan. Bila dah panas, tak selesa, melalak lah. Menangis-nangis Aidil semasa tu. Tak selesa, panas, dan mungkin juga kehausan.

Ibu mana tak sedih. Lebih kuat Aidil menangis, lebih parah hati Kak Mel rasa. Kak Mel pun turut menangis di tepi jalan besar itu bersama Aidil sambil menunggu-nunggu teksi atau bas dan sambil berharap ada yang nak menumpangkan kami juga. (Sambil menulis ini pun, air mata Kak Mel mengalir terkenangkan saat itu)

Sambil mengelap air mata, Kak Mel bisikkan pada diri sendiri dan Aidil.

Aku akan berjaya dalam Shaklee. Aku tak akan pergi KL naik bas lagi. Aku akan naik kereta sendiri selepas ini untuk ke KL. Aku akan beli kereta dengan Bonus Shaklee aku.

Ya Allah. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika itu. Sedih, marah pada diri sendiri kerana tak usaha sebelum ni dan rasa kasihan pada anak. Macam-macam rasa bercampur baur ketika itu. Kak Mel juga rasa terbakar-bakar. Bukan kerana kepanasan ketika itu. tapi rasa hati yang membara-bara nak kan kejayaan. Rasa tak senang, dan rasa Kak Mel perlu bertindak sesegera yang mungkin untuk ubah diri. Maka, dalam kepanasan zahir dan bara di dalam hati itulah Kak Mel temui TURNING POINT.

Bukan lah Kak Mel tiada kereta ketika itu. Tetapi Kak Mel tak reti memandu dan kereta yang kami miliki ketika itu tidak boleh dibawa berjalan jauh.

Kembali ke rumah, Kak Mel tak senang duduk. Kisah siang tadi tak mahu Kak Mel ulang di dalam sejarah hidup. Cukup lah sekali itu. Kak Mel terus set kan Target dan IMPIAN. Inginkan bonus mencukupi, jenis kereta dan bulan bila untuk membeli kereta baru. Spesifik..!

Dan Alhamdulillah.Kereta pertama Kak Mel dengan Shaklee, sebuah Perodua Alza ini lah yang menjadi titik permulaan bisnes Kak Mel semakin berkembang, Dengan izin Allah.

SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGAN

bisnes part time, shaklee johor, ujian Allah, kejayaan

Allah SWT berfirman dua kali di dalam Al-Quran:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah: 5-6)
Yakin dan berpeganglah pada janji Allah.

Untuk sahabat Kak Mel, ingin Kak mel pesan. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Kerana jalan yang pahit dan berduri itu akan membuatkan kita kuat, tabah dan akhirnya dapat merasai kemanisan kejayaan itu.

Oleh itu, ingin sekali Kak Mel bantu dan bimbing sahabat di luar sana yang sedang mencari punca pendapatan tambahan dan ingin mencari SIDE INCOME. Mohon kawan-kawan PM akak Mel di Whatsapp ataupun isikan borang untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. 

InshaAllah Kak Mel akan bantu kalian untuk berjaya dan rasai setiap kejayaan yang Kak Mel telah capai.

Welcome to TEAM D'GEMS

Hubungi Kek Mel Ya.

Lyana Mansor (Kak Mel)
Shaklee Master Coordinator
fb: Lyana Mansor
Whatsapp: 0197668945

Klik sini dulu

Jan 11, 2017

Nak atau taknak? Apa yang terbaik untuk kita?

Taknak, tapi dapat

Selalu tak, korang taknak sesuatu, tapi dapat juga benda tu.
Contoh,
taknak terperangkap dalam kesesakan lalulintas, tapi tetap kene hadap juga.

atau

Taknak lah dapat customer yang cerewet, yang lambat lambat bayar
eh.. tapi yang datang kepada kita semua customer yang jenis macam ni..

Kalau dalam hukum Law Of Attraction, apa yang kita fikir, yang kita fokus, itu yang kita dapat.
Asik dok ulang dalam diri, di mulut, di akal taknak benda tu..
end up, dapat juga. hehhee

so hati hati naa dengan apa yang kita fikir

Nak, tapi tak dapat

Tapi, selalu juga kan, yang kita nak, tapi kita tak dapat pun. Tapi, kita dapat benda yang lain. Mungkin benda yang kita taknak, atau benda yang hampir dengan apa yang kita nak.

Padahal, kalau ikut hukum Law of Attraction, apa yang kita nak, kita fokus, akan datang pada kita. Tapi kenapa tak dapat?

Yang terbaik untuk kita

U olls..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Kadang kala, apa yang kita NAK tu  bukan yang terbaik untuk kita. Boleh jadi ia membawa kemudaratan pada kita.

Contoh:
Kita nak membeli rumah di sebuah perumahan baru, rumah landed, rumah pun besar, tapi jauh dari tempat kerja.

Bila try apply, loan tak lulus pula.
kita kecewa
mungkin Allah taknak kasi ada rumah , kita fikir

U olls.
boleh jadi kalau kita berjaya beli rumah tu, kita akan kerap lewat ke tempat kerja, kerena jarak yang jauh.
Mungkin juga kos hidup akan meningkat sebab akan melibatkan lebih kos minyak, tol dan tentunya masa.
Atau mungkin juga kita belum bersedia untuk mempunyai komitmen membayar ansuran rumah yang tinggi setiap bulan.

naaahh.. nampak tak contoh tu.
Yang kita nak belum tentu terbaik untuk kita.
Mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita.

Jalan terbaik

Macam Yana sendiri, Allah telah lorongkan untuk kembali mengajar. Walaupun pada awalnya Yana rasa hmmmm... tak bersedia

Surprisingly, bila dah masuk sekolah, eh.. kehidupan lebih terancang rupanya. Bukan lagi banyak masa, tapi sebab sekarang terpaksa gunakan masa denagn optimum.

Kalau dulu, boleh tangguh tangguh. Sekarang kene buat cepat. tak boleh tangguh.

Sekarang, nampak dah hikmah, kembali mengajar.

Jangan buruk sangka pada Allah

jadi u olls, kalau datang ujian pada kita, jangan sesekali berburuk sangka pada Allah. Allah Maha Bijaksana. perancanganNya tentunya yang terbaik untuk kita. Yang penting, teruskan usaha dan jangan berhenti berdoa dan meminta padaNya.

Salam sayang
Jangan lupa follow Yana di Fb: Lyana Mansor

May 28, 2014

Menjadi Jutawan Shaklee

As salam sahabat semua
sering kita memasang impian nak menjadi KAYA dan BERJAYA dan jutawan
jika tak pun pernah berangan menjadi ANAK orang kaya atau mendapat SUAMI yang kaya
tapi
pada hakikatnya mungkin tidak begitu.. kan..kann
 
untuk mengubah hidup
tak boleh lah jika kita menunggu sahaja peluang hadir depan mata
of kos perlu CARI dan REBUT
duduk berangan mimpi jadi kaya TAK menjadikan kita kaya harta
TAPI
mungkin menjadikan kita kaya lemak
dan kaya angan-angan
 
 
Suka sekali yang ingatkan pada anak2 buah Shaklee yana,
jalan ada  di DEPAN MATA
yana dah tunjukkan
dan ajarkan
sekarang
terpulang pada diri, nak ikut atau tak jalan yang terbentang
tapi AWAS
jalan yang yana tunjuk dan bentangkan ini bukan jalan straight macam highway PLUS
tapi ini jalan yang penuh
UJIAN, CABARAN, DURI, CACIAN dll
siapa yang SABAR, yang TABAH, yang SANGGUP dan yang NAKKKK sahaja akan sampai
destinasi kami
MENJADI JUTAWAN SHAKLEE
 
nota kaki:
tak kisah lah bisnes apa pun. kalau sanggup berkorban, tabah hadapi rintangan dan konsisten.. inshaaAllah boleh Berjaya,, nak ke nak???

Oct 1, 2013

Title Shaklee MASTER Coordinator.. Alhamdulillah.

Alhamdulillah..  title Shaklee Master Coordinator dalam genggaman
syukur..setelah berjuang selama 2 tahun setengah
tapi
ini baru permulaan untuk sebuah perjuangan
perjalanan bisnes Shaklee yana agak panjang
 
Mac 2011 - SID
Julai 2011 - Supervisor
April 2012 - Senior Supervisor
September 2012 - Coordinator
Februari 2013 - Senior Coordinator
Jun 2013 - Key Coordinator
Ogos 2013 - Senior Key Coordinator
September 2013 - Master Coordinator
 
haha..lama kan.. tapi syukur still sampai ke destinasi
banyak cabaran..ujian..
tapi hati jiwa kena kental..
kasi redah...!

Master Lyana Mansor

Sep 28, 2013

FREE Trip dengan Shaklee.. Kota Kinabalu 2013

uish seronok...!
kami baru balik dari Kota Kinabalu
my 1st Shaklee National Trip
(nak pi LONDON pun boleh..tapi satu tiket je. kesian pulak en somi)
3 hari 2 malam..6 STAR trip.. FULLY sponsored..
 
lagi manis jika lebih ramai anak2 buah yana yang ikut..
impian yana..
tahun2 depan..ramai anak buah yang yang akan ikut bersama
bukan setakat national trip malah global trip juga..!
 
anyway..
bulan ini bulan yang mendebarkan
yan sedang fight untuk capai title tertinggi Shaklee
Master Coordinator
kawan2 tolong doakan daku capai target bulan ini ok..
amen
 
Master2b Lyana Mansor
012-7470856
 

POPULAR POST