Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts
Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts

Feb 18, 2018

PENGALAMAN NGERI MELAHIRKAN ANAK

PENGALAMAN NGERI MELAHIRKAN ANAK

FIKIR DAN CAKAP YANG BAIK

Ngeri baca kisah bersalin di sebuah group.
-nurse naikkan kaki sampai bahu
-nurse Naik atas perut
Dan macam-macam kisah menakutkan
Sejujurnya Kak Mel Tak pernah melalui pengalaman ngeri begini sepanjang melahirkan 6 orang Anak di hospital kerajaan.
Alhamdulillah.
Dan Kak Mel percaya nurse Dan bidan di hospital pun takkan tergamak melakukan demikian pada ibu-ibu kerana mereka juga seorang Ibu.
Kini di kebanyakan hospital kerajaan, Ada ramai bidan yang membantu ibu di saat melahirkan. Dan yes.. Kak Mel selesa bersalin dengan bantuan bidan kerana mereka memang pakar Dan terlatih.
Untuk Ibu yang mungkin pernah lalui pengalaman ngeri bersalin di hospital kerajaan, mungkin akan berasa serik.
Tetapi satu yang Kak Mel pegang dari dulu hingga sekarang, jika Kita permudahkan urusan orang, InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan Kita. Jika Kita fikir dan bercakap yang baik, InshaAllah yang baik akan datang kepada Kita.
Apa pengalaman u olls? Jom share



Mar 25, 2014

Pengalaman Melahirkan Muhammad Ali Asyraf

Alhamdulillah
Yana telah selamat melahirkan seorang baby BOY
Muhammad Ali Asyraf bin Muhammad Aiman Adam
pada 20 Mac 2014
 
syukur
kelahiran ini teramatlah mudah
memang sejak beberapa minggu sebelum bersalin yana banyak google tentang natural birth
kelahiran alami
so kali ni plan taknak kasi doc buat AROM (Artificial rupture of membranes)
biar lah air ketuban pecah sendiri
ok ceritanya bergini
 
 
20hb Mac 2014
Hari yang sibuk.. Paksu yana baru meninggal 16Mac tu. Dell adik yana pula eksiden..patah kaki 18hb Mac dan kebetulan 20hb Mac ni keluar result SPM 2013.
 
8 pagi: rasa sedikit contraction. tak layan sangat sebab sebelum ni pernah false alarm
 
8.30 pagi siap2 nak ke sekolah Dell unuk ambilkan result SPM  die
 
9.30 pagi: contraction 5 minit sekali.sampai sekolah..aisey. result lom ada pulak. ok lah hospital dekat je pi lah hospital duli. sakit pun dah makin kerap.
 
10.00 pagi di bilik saringan. dah bukak 6 cm lah..! haha. doc suruh salin baju. masa salin baju tu amalkan lah yang kawan2 dalam group ajar. yana tahan contraction dengan mencangkung sementara nak tunggu dibawa masuk ke dalam LR. siap salin baju. pi kedepan sekejap nak kasi abang baju yana. masa ni dah kerap sangat dah. sampai terduduk yana kat kerusi depan kaunter. misi pun dating bawa pi LR.
 
10.15 pagi: masa misi tolak ni memang agak tak boleh tahan lah. bising mulut I sebut Allah.Allah...hahhaa. sampai je LR misi soh naik atas katil yana cakap..
 
"tak boleh ni kak..saya rasa dah nak terkeluar sangat ni baby"
misi tolong naik
DAH NAMPAK KEPALA hoi..!
 
misi kepitkan kaki yana. siap2kan apa yang patut then soh yana push (kalau ikut nature birth takyah push pun. just bernafas dengan betul nanti baby keluar sendiri. tapi ni dah dengan misi kata PUSH sendiri pun rasa nak push,.hahha) so push keluar lah baby 10.18 pagi. ayahnya tak sempat masuk LR pun. masuk2 tengok baby dah keluar..hhahaa
 
mashaaAllah. sungguh mudah, dan apa yang dihajatkan tercapai juga, takda AROM. tkda injection. takda gas dll. tapi still kene inject juga utk kecutkan rahim sebab doctor kata anak dah ramai so mayb rahim lambat mengecut.. ok....oh kene lah jahit sikit
hmm ntah bila ntah air ketuban pecah. tak pasti pulak.. masa baby keluar kot.. hihi
 
orang Tanya nak tambah lagi ke? ku kata takpa lah. ni LAST. sekarang masa nak besarkan anak-anak ni pulak. cukuplah 5 orang anak.
 
ALHAMDULILLAH
 
Ibu
Lyana Mansor
 

Jul 10, 2012

Pengalaman melahirkan Aina Mariam

AINA MARIAM BT LIMAN @ MUHAMAD AIMAN ADAM

As salam semua.. hhhehehe.. i dah meletop..! alhamdulillah... legaaaa banget...
Aina dan ibu
Aina dan ayah
Aina Mariam
9/7/12
1.33 pagi
2.47kg
HSI,JB
ok nak cite pengalaman bersalin dak kecik ni..
8/7/12
8-9 malam- dah rasa cam contraction.. tapi tak kuat pun.. kompius jap ni braxton hick ke ape.. sebab 3/7/12 dah pi hospital.. tapi jalan tak bukak gak. main2 jek..
9.30malam- sms en adam.. bgtau rasa cam nak banak kot..kebetulan hari ni yana hantar en adam pi keje. sbb nak pakai kete.. so nak kene amik en adam kat tempat kerja lah dulu.. so siapkan anak2.. nak hantar pi umah mak usu, tumpangkan jap sementara nak pi hospital..
10.00 malam- drive pi bukit indah.. amik en adam.. pastu balik umah jap sbb beg duit, ic, lesen tertinggal.. hahah kalut kan.. pastu pi makan char kuew tiaw spesel kat taman daya.. sedapp woo... mase nak banak aidil dulu pun pi makan situ gak..hahaa
12.00 malam.. bertolak ke hospital..HSI je pun.. dekat banget.. sampai hospital doc cek dah bukak 4cm.. masa ni masih 5-6minit contraction..lama nak tunggu turun nak masuk LR.. LR penuh..hahaha.. so yana pun dok jalan2 jelah dlm bilik saringan tu...
9/7/12
1.00 pagi- ditolak ke dlm LR. dapat lak staff nurse yang berpengalaman.. dok borak2 berdua lah kami,.pastu doktor masuk.. memang rezeki yana dapat doktor perempuan setiap kali bersalin.. doktor muda.. lembut jek..
1.20 pagi.. contraction makin kerap. 3 minit sekali. en somi tak masuk lagi.. mintak nurs panggilkan abang,. doc cek dah bukak 8-9cm.. so doc pun pecahkan air ketuban... bila pas pecahkan tu terus rasa gesaan tu makin kuat.. rupa2nya baby nak kuar sekali.. hhaha.. so staff nurse dan doc guide so tarik napas lah.. so push lah.. hihi.. ku mendengar arahan jek...
1.33 pagi.. lahirlah budak kecik ni.. AINA MARIAM... owh lupa lak. en somi tak sempat nak tgk yana bersalin kali ni... hahahah.. sbb lambat sgt masuk.. cari nama i dlm LR tak jumpe... misi tak update lagi...masuk2 jek, AINA dah ade atas dada ibu.. :D
Alhamdulilah. pengalaman melahirkan kali ke -4 ni palinggg senang... syukur sangat2.. terima kasih apda en somi yang selalu kasi support.. dan pada kawan2 yang mendoakan.. dan customer2 SHAKLEE yana yang sabarr menanti :D
BABY SHAKLEE dah lahir... now nak berpantang dengan SHAKLEE pula... masuk je wad.. trus telan OSTEMATRIX.. memang segar dan tak sakit2 badan bila bangun pagi tu.. bestttt...hari ni dah start makan SET C..
ok kawan2 tu je yana leh cite.. takde idea lak.. hahaa.. untuk daptkan supplement untuk ibu MENGANDUNG, BERPANTANG seperti yang yana amalkan, leh PM yana di facebook atau SMS di 012-7470856

POPULAR POST