Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Sep 12, 2020

RESIPI CINNAMON BREAD + GARLIC BREAD ala Dominos Pizza

MENU MINUM PETANG

garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor


Petang ni Kak Mel buat roti ala-ala dominos Pizza
Sedappp
Berebut anak-anak7 makan
Laki kata lagi sedap dari Dominos
Yelah tu
hahahaha
Ni resipinya
Kak Mel masak selalunya campak2 je
Ni tulis resipi Agak2 gitu lah yg aku campak πŸ˜‚
InshaAllah jadi

RESIPI ROTI

Resipi roti
1peket yis segera
1/2 cawan air suam
1sd gula
Gaul semua ni
Tambahkan
1/2 peket tepung gandum
1sdt garam
4sd susu tepung
Gaul semua.
Last sekali tambah minyak 1/4cawan
Tambah air jika perlu
Lembik sikit takpa
Biarkan kembang.
Dah kembang, tumbuk keluarkan angin
Bahagi dua, bentukkan
Letak dalam loyang.
Sapu topping
Bakar 25 minit
180 darjah
garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor

garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor


RESIPI TOPPING

Topping garlic

1sdb butter cair (ibu pakai marjerin)
Sedikit daun ketumbar hiris halus
Sebiji dua bawang putih cincang
Gaul semua sapu atas roti.

Topping cinnamon

1sd Gula perang
2sd serbuk kayu manis
Gaul dan tabur pada roti yang dah sapu butter

RESIPI SOS

Sementara roti masak
Boleh buat sos

Sos blackpepper
garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor

1sd butter cairkan + 1/2sd tepung gandum
Masak sekejap
Masukkan
1cwn susu segar
3sd sos tiram
1sd serbuk lada hitam halus
Garam secukup rasa
Masak sampai pekat dan mendidih. Tambah air jika perlu, ikut pekat mana korang nak
Boleh tambah chicken stock. Kat rumah habis.

Sos manis
garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor

1/2 cwn susu segar
4sd gula
1sdt Esen vanila (tak letak pun takpa)
Masak semua sampai larut
Masukkan
1sd tepung jagung bancuh ngan sikit air.
Biarkan pekat dan mendidih.
Siap 🍞🍞🍞🍞🍞🍞

Korang try lah
Simple-simple je

takut gemok?
lepas makan telan OMEGA GUARD SHAKLEE
settle 😝😝😝

korang nak order?
Sebotol hanya RM136 sahaja

meh klik link ni ya untuk order





garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor







Jun 10, 2017

Resipi Bebola Ayam super mudah

Homemade Bebola Ayam / Chicken Ball


homemade chicken ball, homemade bebola ayam, resipi bebola ayam, resipi chicken ball


Assalammualaikum u olls
Dah beberapa hari anak anak mintak Spageti, ibu je yang malas nak buat sbb banyak makanan lain kan. So buka tadi ibu rajin sikit lah buatkan spageti. Alaa takda lah rajin apanya pun kan, setakat rebus spageti dan panaskan kuah Kimball dalam botol hahaha.

Tapi, tapi Kak Mel tambahkan Bebola ayam. Homemade Chicken Ball / bebola ayam. senang sangat. Dah alang alang ada Ayam kisar dalam peti tu. Kak Mel just campak je apa yang ada. so ni lah resipinya.

Resipi Bebola Ayam/ Chicken Ball super mudah








500g ayam cincang
1 bj bawang besar
Sekeping roti (boleh ganti dengan breadcrumb)
1bj telur
Sedikit cendawan shitake (kalau suka)
Kucai/daun bawang/daun sup/daun ketumbar
Garam
Lada hitam
Sedikit minyak zaitun

Masukkan dalam food processor dan bulatkan
Bakar 5 minit (atau goreng) (kak mel guna Air fryer)

Si ayra tak makan sayur pun TEERRmakan sayur juga. Sebab dalam cikenball ni ada sayur.

Senang je kan.
Jom try



Untuk dapatkan produk Shaklee anda, Sila hubungi Kak Mel
Lyana mansor 
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 019-7668945

Feb 27, 2015

Resipi Kari Ikan Tongkol



Assalammualaikum.
Malam ni i rajin terlebih sikit nak masak. Dan rasanya terliur nak makan kari Ikan.. yummeh..!
Ni resipinya. mudah saja. Selamat mencuba.

Bahan tumis
1bj bawang besar hiris
1bj bawang putih
beberapa helai daun kari

Bahan pes rempah
1 peket rempah kari ikan babas
1 peket rempah kari ikan adabi
3 sudu makan serbuk cili
1bj bawang besar kisar
2bj bawang putih kisar
1inci halia kisar
*gaul dengan sedikit air



2 ekor ikan tongkol (dipotong)
10 batang bendi (terung pun boleh)
2bj tomato (belah dua)
1 sudu makan penuh pes asam jawa
1 kotak kecil santan

Cara-cara
1. Tumis bahan tumis sehingga harum.
2. Masukkan pes, tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan ikan dan bendi. masak sehingga mendidih.
4. masukkan santan dan pes asam jawa dan tomato
5. perasanakan dengan garam dan secubit gula.
siap..!
Kuah lebih boleh buat sarapan dengan lempeng


Master Lyana Mansor
Shaklee Master Coordinator
Lyana mansor fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

Nov 17, 2014

Resipi: Pankek mudah

Nak share ngan u olls
ibu ni "rajin" lah sangat nak buat mee goreng sume masa sarapan kan
plus anak-anak selera western..kahh
so ibu buat lah PANKEK as requested

simple sahaja resipi ni.
semua ibu godak pakai sudu je..hahah
ibu percaya resipi ni sangat berguna untuk ibu2 di luar sana yang nak cari resipi mudah kan..

RESIPI PENKEK mudah

resipi pankek mudah, resipi pankek, resipi pancake


1bj telur
2sd gula
2sd susu pekat manis
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1sdt baking powder
2sdb marjerin/butter-cairkan
sedikit esen vanilla

cara-caranya:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Yana guna garpu je
2. Bancuh susu pekat dengan air
3. Gaul bersama tepung dan baking powder
4. Masukkan tepung dan air susu berselang seli
5. Masukkan marjerin atau butter dan esen vanilla
6. gaul sebati
7. Tuangkan sesenduk ke dalam non stick pan

*tips yana:
1. tak perlu tambah garam. Marjerin atau batter selalunya dah ada kandungan garam
2. biarkan bater (adunan tepung ni) seketika untuk larutkan gluten. kadang2 ada biji2 kagi kan
3. ibu boleh tambah pelbagai perisa atau hiasa di dalam adunan. Contoh: pisang, perisa pandan, blueberry filling, choc rice dll.
4. Jangan terbalikkan pankek lebih dari sekali, nanti liat.!
5. Kami makan dengan susu pekat. Anda oleh juga makan dengan maple syrup, butter, madu, choc syrup, jem dll ikut selera masing2 lah kan..kot lah nak makan dengan kuah kari..lantak ko lah. hehe

senang banget ni.. hampir setiap hari ku buat.. tak sampai 15minit masa penyediaan dan makan..!
selamat mencuba..
dah cuba meh lah share sini..

Effektif Master Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 012-7470856

Sep 10, 2014

Resipi Tempayaki Mudah

Assalamualaikum
korang suka tak makan tempayaki
i sukaaaa sangattt
1st time makan dulu kat
Tempayaki, Mid Valley
masa zaman belajar
tapi kat JB ni susah nak jumpe
kat AEON KulaiJaya ada satu 

so disebabkan mengidam punya pasal
(tak peknen ok)
so ku gigihkan jua buat sendiri..hehehe

senanggggg lahhhh sangattt
agak2 kalau malas sangat nak masak
masak tempayaki jelah cukup..
 resipi pun mudah dan bahan tak banyak.

RESIPI TEMPAYAKI (untuk dua orang makan)

Bawang goreng:
2 ulas bawang putih
garam
1 sd minyak masak
1sd teh marjerin/ butter

Daging/ayam tempayaki:
Daging/ ayam (kalau guna daging.rebus dulu..tak rebus pun takpa.tapi ku nak cepat)
2 ulas bawang putih cincang
Lada Hitam
soy sos
garam (jika perlu)

sos Worcestershire(jika suka)

Sayur:
1/2 batang lobak merah
20 gram tauge (letak lebih jika suka)
2 batang daun kucai
2 ulas bawang putih
soy sauce
lada hitam
garam (jika perlu)

cara:
1. Hiris nipis bawang putih. Gaulkan dengan garam. dan goreng bersama butter dan minyak sehingga kekuningan.
2. Untuk daging, tumiskan bawang putih di dalam kuali leper (yana pakai satu side kuali ajaib cap ikan) sehingga wangi dan masukkan daging atau ayam. Perisakan dengan soy sauce dan black pepper. Terbalikkan. Perisakan juga satu side lagi.
3. Untuk sayur, sama kaedahnya macam masak daging. Tapi awas..jangan masak terlalu lama..Sekejap sahaja. kasi rangup2 gitu.
4. Hidangkan bersama nasi panas. Tabur bawang putih goreng di atas sayur dan daging.  yummy...!

selamat mencuba..!












May 18, 2011

Strawberry Swissroll dan Cupcakes

As Salam kawan2...

Kalo korang ade kat fb semalam mesti tau aku biat swissroll...1st time ni buat..masa jalan2 kat blog en.mat Gebu terpandang r resipi ni..maka sepantas kilat pi masuk dapur (kebetulan sume bahan ade)..sedap sungguh kek ni..lagi2 dalam tu ade whipping cream dan stoberi kan..lagi r sedap..hehhee....walaupun rupanya buruk..tadi rasanya sedap u...(dah aku terlebih gula..muahahah)..ok ni resipinye..Resepi Asal: Che Mat Gebu

Strawberry Swissroll

BAHAN A :-)
2 putih telur gred A
1/8 camca teh cream of tartar
40 gram gula halus @ castor

BAHAN B :-)
40 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)*
1/8 camca teh baking powder*
1/2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)-aku guna meal shake
20 ml minyak jagung (mat guna minyak masak)
2 kuning telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
15 ml air
25 gram gula halus @ kastor
Secubit garam


BAHAN C :-)
6 - 7 biji buah strawberry, didadu*
1 camca teh gula halus*(*disatukan dan gaul rata)
200 ml whipping cream, disejukkan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satu kan semua bahan2 B dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan.
  3. Putar bahan A hingga kental, kemudian masukkan ke dalam no. 2 dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang dalam loyang kek, ratakan dan bakar 15 minit. Keluarkan dari oven, terbalikkan kek dan buang kertas alasnya. Biar sejuk sedikit.
  4. Putar whipping cream tadi hingga kental, tapi jangan putar terlalu lama. Sapu atas kek tadi, tabur strawberry rata2 dan gulung kemas2. Simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dipotong dan hidangkan..

ok ni pulak ade 80 biji cupcake yang di order untuk hari guru yang lepas...design adalh sgt terhad sbb aku takde banyak nozle..




(gambar cam biase tak jelas sbb amik pakai webcam..heheh)


Feb 21, 2011

jom jahit: pot holder

As Salam semua...

Semalam aku buat kek coklat..Ainul dr tengahari semalam dok sebut2 "nak kek hepibesdaytoyou" hhahhaha..cian pulak...korek2 bahan yang ade...telur pulak habis..huhuhuhu...so buatlah kek coklat tanpa telur..ok gak..moist...ni resipinye..dr Ayume myresipi

Bahan-bahan ( 15 biji (dlm btk cupcakes) ) aku bubuh dlm loyang je

  • 1 cwn tepung gandum *
  • 3 sudu besar serbuk koko *
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 1 susu kecil baking soda *
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cwn minyak sayur / minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 cwn air sejuk
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Ayak bahan2 yg bertanda *.
  2. Dlm mixing bowl, masukkan bahan yg telah diayak tadi. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sebati.
  3. Sesudah sebati, masukkan semua kandungan cecair (minyak, cuka, esen vanilla dan air)
  4. Kacau adunan hingga semuanya sebati
  5. Masukkan dlm loyang yg telah siap di gris ( boleh juga dibakar dlm acuan kek cawan )
  6. Bakar dlm oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit * untuk kek cawan saya bakar pada suhu 155 darjah selama 15 minit sahaja
  7. Bila dah masak boleh dihias mengikut citarasa masing2, buttercream ataupun fresh cream.
***************************************************************************************
ok yang sebenarnya semalam mase aku nak keluarkan loyang dari oven, tak jumpe kain buruk..(kain buruk pun aku potong dr tshirt tak pakai)...aiseymen..ntah mane anak aku bawak lari kain buruk daa...huhuhuuhh..so aku pk baik aku wat pot holder tu...senang lah kan nak angkat kuali segala..tak lah menjajar mencari kain buruk..kahhhh...so alang2 tu bautlah sekali tutorial ni...oh segala yg aku jahit ni berdasarkan pandai2 sendiri jek ok (kecuali diberitahu)..kalo tak same cam korang jahit ampun lah kan..sila beri tunjuk ajar k...


Pot holder (sepasang)



*sila potong kain sebesar mana korang nak...(kotlah tangan besar kan..buatlah besar skit)
-4 keping (sila pakai kain cotton ok)
*tuala tak pakai..potong saiz kain gak
-4 keping
*tangkai untuk pot holder korang (optional) (buat cam tangkai tuala lap tangan tu)



potong kain

anak2 pun sibuk nak amik gambo..huhuhuhu (maaflah gambar kureng..aku amik pakai webcam...hahahha)

lapiskan kain dah tuala camni...tuala 2 helai pastu kain cotton right side together-gether...oh jangan lupe selitkan tangkai dihujung..cam dalam gambar tu...jahit dan terbalikkan inside out..then topshitch


sila quilt ikut suka hati ok.. aku buat bulatan ni..kalo nak senang buat petak2 je...senang banget..hheheheh...dah siap..leh pi angkat periuk dah...eh lupa...kenalahkan buat lagi satu...larat ke angkat periuk pakai satu tangan je..hehhhe


dah siap..leh pi angkat periuk dah...eh lupa...kenalahkan buat lagi satu...larat ke angkat periuk pakai satu tangan je..hehhhe..owh kali ni tak pasang kun...sbb nak cepat... (aku tak bape reti nak menjahit kun tu...heheh)

oh kalau pasang kun takyah r wat camni..lagi senangtakyah terbalikkkan sume..

Jan 7, 2011

Tiramisu

korang tgk tak cite tiramisu ni? best kan..comel jek..hikhikhik..paling comel of cos r mia...Ainul suke sgt2 mia ni..Ayra pun suke...kalo nampak je kat TV atau paper sibuk r masing2 dok pekik2 MIA...MIA...kehkehkeh...

oh aku sgt suke Pierre Andre berlakon ok...

Bawah ni plak adalah tiramisu yg aku buat...memang dah lame dah nak buat(sejak cite tiramisu ni lah)..skali isnin lepas maksu aku bagi biskut sponge finger (ade name biskut tu.aku lupe ape namenye) untuk buat tiramisu..biskut ni bentuk jejari dan rasanya ala2 kuih bahulu tapi keras sikit...sgt senang buat..tak payah bake pun...
TIRAMISU (dr umi_e cam biase dr myresipi ok)
Bahan-bahan ( 8 orang @ lebih )
• 1 biji sponge kek atau apa2 kek-->aku pakai sponge finger tu campur ngan biskut marie
• 250ml whipping cream
• 200ml cream cheese
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
• 1 sudu makan serbuk nescafe
• serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


Jom try..!

Dec 31, 2010

Kek Batik

Hari ni buat kek batik..feveret en.adam ni....
resipinye amik dr blog ain

KEK BATIK TANPA TELUR

bahan2:

biskut marie(1bungkus)-patahkan 4

3/4cwn susu pekat manis

1 cwn butter

3 sudu besar serbuk koko

2 cwn MILO

1 cwn oat/nestum(aku gune vico cereal 3in1)

3 sudu besar susu segar (aku letak air je)

cara2:

masukkan semua bahan kecuali biskut marie.kacau hingga mentega cair dan adunan memekat.pastu masukkan biskut marie.gaul rata.masukkan dalam bekas atau loyang.padatkan.sejukkan dlm peti sejuk.



Dec 29, 2010

Nasi Lemak dan Chiffon Cake

Selamat pagi semua...

Hari ni aku rajin skit..so ade r masak sarapan....slalu makan roti k biskut ke..minum nestum ke...hahahaha

actually pagi tadi aku celik2 mata je pi buat Kek Chiffon Pandan resipi dari En.Mat Gebu... selalunye kalo nak makan kek2 lembut2 cmni aku buat Kek Span Pandan resipi dari Sweet4ever myresipi...

Resipi si simple sangat..nak buat pun sgt2 lah senang...rase pun sedap..lembut..harum je.. ok ni aku letak resipinye...

(abaikan kehodohan kek aku..aku boh dalam periuk je untuk bakar..hahaha..takde loyang chiffon cake pulak..pastu tak sabar sgtnak keluarkan dr periuk..tu yg rupa camtu..kekeke)

KEK CHIFFON PANDAN
Bahan A:-
6 kuning telur (gred A)
150 g gula halus
100 ml pati santan
70 ml air
100 ml minyak jagung/sayur
225 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh perisa keladi
1/2 camca teh pewarna unggu
Secubit garam

Bahan B:-
6 putih telur (gred A)
135 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Cara membuatnya:-
1. Dalam satu bekas, satukan ke semua bahan A dan kacau menggunakan wisk hingga semua larut dan sebati. Ketepikan.
2. Dalam mixing bowl, pukul putih telur dgn kelajuan tinggi bersama cream of tartar. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga putih telur menjadi kembang dan kental.
3. Gaul putih telur tadi ke dalam bancuhan no.1 dgn kaedah 'kaup balik' hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan chiffon berukuran 26cm dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 176C selama 30 - 35 minit.
4. Bila masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan chiffon. Biar berkeadaan terbalik hingga kek sejuk. Sisip dgn pisau bahagian tepi acuan dan keluarkan perlahan2 dan sisip juga bahagian dasarnya utk mengeluarkan kek...boleh dihidangkan.

ok pastu ade santan lebih kan..pelagi..aku buat lah nasi lemak..kekeke....tak dan nak amik gambo..dah ngap baru ingat...hehehe..ok ni aku boh resipi..ni resipi nenek aku..aku ubah2 skit ikot selera aku dan ikot ape bende yg ade kat umah..(mase aku jual nasi lemak dulu guna resipi ni r..)

NASI LEMAK

2pot beras (basuh)
1/2 kotak santan
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 biji bawang besar(dadu)
daun pandan
air

cara: masak nasi cam biase ok...


SAMBAL IKAN BILIS

2 sudu besar bawang blender (bawang merah dan bawang putih)
5 sudu besar cili blender
segenggam ikan bilis (basuh)
garam
gula
air asam jawa
sedikit santan
1 biji bawang besar (hiris)

cara:
1. tumis bawang dan cili sampai pecah minyak...kalo nak letak belacan skit pun boleh..aku elergik
2. masukkan ikan bilis dan sikit air asam
3. masukkan bawang besar..garam gula segala
4. last sekali masukkan santan dan masak sampai pecah minyak..

AYAM GORENG BEREMPAH

bawang merah
bawang putih
serai
halia
garam
serbuk kari (aku pakai serbuk sup)
serbuk cili
tepung kentucky

cara:
1. belnder sume..dan perap ngan ayam
2.goreng

hahahahaa..sori aku tak reti sgt tulis resipi..korang agak2 lah kan...

Dec 27, 2010

Nasi lobak..

Hari ni aku masak nasi lobak@ nasi carrot..hehehehe

Sebenonye aku dah parut carrot tu nak buat carrot cake..skali tak cukup pulak sukatannye... huhuhuhuh...so aku pun google cari2 resipi..jumpe r reseipi ni kat myresipi...
NASI CARROT@MYRESIPI-->CREDIT TO dalinnasue

Bahan A - dikisar
  • 10 biji cili hijau----------->>>>>>>aku letak 3 biji jek..tak cukup cili
  • 1 sd besar lada putih
  • 1 sd besar jintan manis------>>takde lah pulak..tak letak
  • 5 ulas bawang putih
  • Bahan utk menumis:
  • Buah pelaga, Bunga lawang
  • Bunga cengkih, Kulit kayu manis
  • 4 cawan beras (cuci & toskan)------>>masak 2 pot je
  • 600 gm carrot (di parut)-------->>sebatang carrot je aku guna
  • ½ ekor ayam (potong kecil)-------->aku tak letak aam..aku letak kuib pati ayam
  • 300 gm tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)--->takde..tak letak
  • 3 biji bawang besar (di hiris)
  • 4 sd besar minyak sapi--->pakai minyak jagung
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 cawan santan
  • garam
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Gaulkan carrot bersama beras.
  2. Rebus ayam bersama 3 cawan air.
  3. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan A, garam, dan biarkan hingga naik bau.
  4. Masukkan stok ayam ngan ayam skali la, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.
mase masak nasi ni pergh baunya..sedap banget... pastu kat umah takde ayam lah pulak nak wat lauk ayam..so masak jelah kari daging...

maaf lah..gambo tak menyelerakan..tapi rasenye memang sedap..try r..


Dec 14, 2010

Bila biskut telah habis....

entry lepas2 kan aku cite aku kebuloq kat umah takde makanan...so aku soh en.adam beli biskut beraneka (yg ade macam2 jenis dalm die tu)... leh r aku telan ngan air kopi panas kan..hikhikhik.. dan 2 tain dah abang beli since hari tu...maka...tamatlah riwayat biskut2 itu masuk ke dalam perot aku, anak2 dara aku dan tetamu2 yang hadir ke umah aku...kekekke....

since semalam aku dah takde makanan petang2 buta ni...hukhukhukh..

maka dengan rajinye (dan sbb en.adam cuti semalam) aku pun buat donut.. tu pun terpk selepas bukak blog masak2 kak fiza umisofie

dan pagi tadi kitorng bekpes lempeng cicah gula

dan petang yang damai ni...aku wat kek coklat lak... hehhee..best kan... sume berasakan tepung (oh ye...tepung yg aku beli sekotak sebelum puasa dulu dah abis ok..ni tepung baru beli....)

haaa...sebab ramai komen pasal kek ade telur ni..hari ni aku buat kek coklat tanpa telur...hehhee...walaupun tanpa telur tapi keenakan dan kelembutannya tak dapat aku nafikan ...eceh.....
ok ni die resipinye..aku kopipes dr blog kak nor

Kek Coklat Tanpa Telur by Dayang Jack
Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam*
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


cik model dan kek yg hendak di ngapnye
sila abaikan kek aku yg merekah itew ok..biase r bile puan pembuat kek tak pandai nak agak kepanasan oven yg sekangkang kera itu....hhehhehe....

oh anak2 dara berdua tu dah ngap 1/4 kek itu...


POPULAR POST