Mar 24, 2012

Amalan untuk anak degil..

As salam semua.. kali ni yana tak poskan tentang shaklee.. tapi yana nak share satu artikel dr FB Ibu bapa cemerlang,.. tapi yana kopipes dr blog umisofie.. semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk yana dan anda juga :)


Jika anak gadis, anak teruna yang terdidik soleh dlm keluarga bahagia, apabila hidup di luar, ikut rentak kawan-kawan, jadi bebas lepas, suka berpoya-poya, merempit, dan sebagainya…janganlah dikau gundah gulana wahai ayah dan bonda… jangan berputus asa dengan kerenah putera puteri mu yang "terlampau". Janganlah disembur mereka dengan sumpah seranah agar mereka tidak bertambah celaka di dunia, tambah celaka diazab dalam api neraka.JAda do'a dan amalan yang ayah bonda dapat lakukan agar zuriatmu yang durhaka kembali ke pangkal jalan, berubah jadi insan mulia, insyaAllah. Doa ayah bonda nan tulus ikhlas adalah senjata yang sungguh ampuh, tukar derita jadi bahagia. Syaratnya, ayah bonda tulus dan ikhlas...

"Air Tangan Ibu." Mungkin kita pernah mendengar ungkapan ini. Si ibu yang memasak, sediakan makan minum seisi keluarga, lalu jadi berkat. Darah daging yang terbentuk dan membentuk dari air tangan bonda yg solehah, bijaksana, penuh hikmah dan baik akal budi bicara, akan muncul juga suami dan permata hati idaman.

Amalkan bacaan ini, ketika sediakan makanan minuman seisi keluarga. Kiranya ada yang panas baran, kaki pemarah, degil, susah buat perkara baik, gemar melawan cakap, suka memberontak…bacalah 10 kali doa itu, hadiahkan khusus untuknya, dalam makanan, minumannya, buat selama 44 hari, amalan apa-apa saja, org tua-tua kata, insyaAllah..masin mulut, doa dan amalan mudah menjadi..dengan izin Allah SWT.

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, Al-Fatihah, selawat 3 kali ke atas Nabi SAW. Zikir…Ya Latif 3 kali, doa.."Allahumma Latiffu bi'ibadihii yar zuqumanyyasaa' wahuwal qowii yul'aziz." 3 kali. Dlm hati…niatkan, doakan agar hati, jiwa sendiri, suami, anak-anak jadi lembut, mudah buat kebaikan..

Amalkan amalan di atas, ketika sediakan juadah makanan untuk keluarga, ditambah dengan amalan ini…tuliskan doa guna pewarna sirap ros sebagai dakwat, putik kapas yang bersih sebagai pena.Tulis ayat terakhir dalam surah Al-Imran di atas roti untuk sandwich, isi intinya. tangkupkan roti dan beri kepada anak-anak.

Ayat 200, Surah Al-Imran:
Ayat ini jika ditulis di atas roti (dengan jem dan sebagainya) diberi makan kepada isteri yang derhaka, anak yang degil dan binatang yang liar. InsyaAllah menjadi jinak dan mendengar segala perkataannya.
___________________________________________________________________

Anda berminat dengan produk SHAKLEE ? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Mar 21, 2012

Air lebih SEDAP daripada air masak..! pilihan yang SIHAT

As Salam semua.. kali ni nak share pengalaman teman yana yang menggunakan Shaklee Get Clean Water Pitcher... dan menurut beliau air ni LEBIH SEDAP DARI AIR MASAK...!

jom baca

sumber: sue
Sebenarnya sudah lama saya mencari penapis air. Tau jer la duduk di bandar yang padat ni, kualiti air pun dah kurang. Saya ni dah la jenis susah nak minum air kosong. Tapi kena gagahkan juga diri meneguk untuk kesihatan badan sendiri. Kalau balik kampung, minum air kosong kat kampung terasa beza dengan air kosong di sini. Sampaikan ayah dan mak kalau datang sini bawa bekalan air kosong dari kampung. Sampai macam tu sekali kerana ayah saya tak suka akan rasa air kosong di sini.
Setelah saya survey sana sini, last2 saya pilih
Shaklee Get Clean Water Pitcher ni.
Pautan
Shaklee Get Clean Water Pitcher
Ok, ini adalah set sebenar yang akan diperolehi dari Starter Pack. Nak beli secara asing pun boleh... Tapi beli Set ni lagi murah... Next time tinggal beli filter jer selepas filter yang dibekalkan dalam set ini habis diguna pakai. Satu filter ni boleh digunakan untuk menuras sebanyak 303 liter air atau dalam masa 4 bulan, mana yang terdahulu.

Hari semalam dah mula pasang dan guna pitcher ni. Mula-mula rasa was2 nak minum airnya... yer la tak perlu dimasak, tentu tak terbayang macam mana rasanya menelan air paip... Mesti loya... kemudian gagahkan hati untuk minum... Sekali teguk, dalam hati berbisik 'Eh, sedap la..." kemudian teguk lagi dan lagi... Sampai tinggal setengah jag... hahaha... Memang sedap airnya... Malah lebih sedap dari air paip yang telah dimasak...

Kemudian malam tu, hubby balik, siangnya dia kerja. Dia minum air dari pitcher tu dan dia cakap, "sedaplah air ni syg..." saya pun jawab, "a'ah sedap... lagi sedap dari air masak kan abg".... dia angguk2 sambil minum....

Ok, jom baca sikit info tentangnya dari web Shaklee ini
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

SELAMAT:
“Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Anda bagaimana? berminat dgn Water Pitcher ni?


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Mar 8, 2012

Penglihatan Semakin Baik dengan COROTOMAX

Susahkan kalau mata kita ni rabun, tak kiralah rabun jauh ke, rabun dekat ke, dwi rabun ke..memang susah..masa tu barulah rasa bersyukur ALLAH berikan penglihatan yang baik, dan AlhamduLILLAH, masih boleh melihat.. betapa pentingnya mata ni pada kita kan? Tapi, kalau dah rabun nak wat camane kan.. semua tu ujian daripada ALLAH, tapi, selagi kita hambaNYA, kita berhak berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik demi diri kita.. begitu juga untuk mata kita, jom kita ikuti kisah Pn Yati yang adik beradik beliau bercermin mata sejak sekolah menengah lagi dan apa rasa adik beliau setelah mengambil Carotomax ni..
----------------------------------------------------------------------------
Bercerita tentang rabun, 4 orang daripada adik-adik saya sudah bercermin mata sejak mereka di sekolah menengah..2 orang dah bekerja (salah sorang ialah Che Lin) dan 2 orang lagi masih belajar..Che Lin adalah adik saya yang ke-2. Mula mengalami masalah rabun sejak dari zaman sekolah menengah lagi..namun alhamdulillah sejak bertemu dan jatuh chenta dengan Vitamin A Shaklee atau lebih dikenali sebagai Shaklee CarotoMax sejak Februari lalu, penglihatan Che Lin semakin baik. Dan kegembiraan itu turut dikongsi bersama mak kami yang dahulu mengalami masalah silau.

Jom kita baca sendiri pengalaman Che Lin dengan CarotoMaxnya...jika anda, suami, mak, ayah atau adik-adik mahupun anak-anak anda yang mengalami masalah penglihatan..tak salah kita mencuba untuk menambah baik tahap penglihatan orang yang kita sayang..tak gitu??



Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak. pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur. kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia. nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh. hehe~

Pertengahan february yang lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata. alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomax ni, penglihatan agak baik daripada biasa. kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katil. warna bunga dan tanah lebih kurang sama. yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul. tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut. siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya. hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan. \(^-^)/

Masa balek ke kampung last week,

"mak rasa mata makin elok la. sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je. lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah."

alhamdulillah. seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax. siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie itu :)


----------------------------------------------------------------
Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ Carotomax ini?

Carotomax aka vitamin A ini secara umumnya boleh membantu:-
  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit → patutlah Che Lin cakap jeragat dia semakin hilang!
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

AWAS!!!
  1. Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).
  2. Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Vitamin A boleh didapati daripada sumber makanan semulajadi seperti telur, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Namun sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan.

sumber-rafaliah


Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Ingin memiliki produk SHaklee mengikut bajet anda/ Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

POPULAR POST