Showing posts with label Ayah ibu. Show all posts
Showing posts with label Ayah ibu. Show all posts

Mar 22, 2011

Kenapa aku amik supplement Shaklee???

As salam semua...

Saje nak cite tajuk ni..

Sudah seminggu lebih aku consume supplement shaklee ni..antara perubahan yang aku rasa..
  • lebih bersemangat dan kurang letih..selalu siang2 rase mengantuk je..skrg tak lagi..
  • susu memang lebih pekat skit r dari biasa...
  • bila pam lancar je susu keluar
  • proses perkumuhan lebih lancar..
  • tak selsema makan cencalok (udang kan......aku kan ade resdung) hehhehehe....
  • kurang bersin waktu pagi..
  • selalu haus..
oh..berbalik pada tajuk...

kenapa aku amik supplement shaklee???


terus terang aku katekan..aku bukanlah pemakan yang seimbang..(haha..ape punye ayat ni???).. kadang-kadang je aku masak sayur..kalo rajin...dah takde fiber dalam diet..kalo makan sayur pun kat sekolah je..so aku gantikan dengan alfafa...kalo ade duit lebih nanti leh pulak beli fiber shaklee..

aku juga kurang minum aie kosong..bukan sebab malas nak pi toilet..tapi kadang2 kite terlupa kan..sbb rase tak haus...tapi bila aku consume supplement shaklee ni memang selalu haus..so kalo dah haus tu automatik rase nak minum lah kan...jadi susu pun makin banyak terhasil (sebab badan cukup air)...dan penyerapan vitamin dan mineral pun lebih sempurna (terutama vitamin2 yg larut air seperti vitamin C dan b-complex)

haa...sebut pasal B-complex ni kan..sebelum ni aku selalu dimomokkan dengan cerita2 yang mengatakan makan B-comp ni leh menggemukkan...tapi tau tak korang..sebenarnya b-complex ni lah antara vitamin yg paling penting untuk kuruskan badan...kenapa? sebab..selain tugasnya untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga (So kite akan bertenaga je sepanjang hari..) b-complex juga boleh melancarkan penghadaman dan menstabilkan metabolisme badan... selain tu juga ia akan menyihatkan sistem saraf kite..sebab tu lah kite akan jadi lebih peka, bertenaga dan kurang stress..memang tak tipu..aku kurang marah2 sekarang dengan anak2 walaupun dorang wat tsunami kat umah...sgt sesuai untuk aku yang selalu tensen ngan pelajar dan anak2..

vit c pulak aku amik sebab imuniti badan aku ni lemah..memang setiap pagi aku akan bersin...dan elergik makan makanan laut selain ikan...alhamdulillah sekarang dah kurang skit...

cukup ke ape yang aku makan sehari-harian??? aku rase TAK...! dah lah tak cukup makanan seimbang, vitamin2 gak mudah musnah mase kite masak, kopek kulit, basuh dll...sebab tu aku perlukan supplement Shaklee...

kenapa Shaklee???

sebab supplemnt shaklee didapati dari badan semulajadi...bukan sintetik okey... buktinya, dalam botol supplement takde pun silica gel...

ok ngantok dah...nite sume

jangan lupa dapatkan supplement shaklee







Feb 26, 2011

Ainul cayang

As salam dan selamat malam semua..

aku bersiaran dari Melaka Bandaraya Bersejarah..hhuhuhuh

saje je nak tepek kejadian semalam..untuk kenangan anak2 hari esok..

tempat kejadian : Pizza Hut Giant Plentong

IBU: bang..kat tepi ni ade urut kaki lah..bestnye kalo kene urut..
AYAH:mmmmmm
AINUL: nak urut? nanti suruh ayah belikan eh.....

kahhhhhh..lawok btol ainul ni...

i lap u Ainul cayang




Feb 7, 2011

62 Petua amalan kebahagiaan rumah tangga daripada perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah

kopipes dr blog lehaz untuk dikongsi bersama.

1. Doa yang berterusan
2. Patuh ajaran agama
3. Murah dengan pujian
4. Murah dengan khidmat
5. Murah dengan belaian kasih saying
6. Murah dengan sentuhan
7. Mencari kebaikan pasangan
8. Cari masa berkomunikasi,berbual atau bergurau senda
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan
12. Berfikiran terbuka-boleh tegur-menegur
13. Berani mengambil risiko emosi-tegur/perubahan/berpisah sementara
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
15. Tolak-ansur
16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin(intuition) perempuan
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
20. Sanggup berkorban buat pasangan
21. Menghormati pasangan
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
27. Meletakkan hak kepada pasangan
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagian
30. Mengawal marah.Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi “menang-menang”
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
33. Menghormati sifat semulajadi pasangan
34. Memahami peranan pasangan
35. Hubungan pasangan sesama pasangan
36. Jangan simpan ketidakpuasan,sedih,marah atau benci dalam hati
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua sahaja yang tahu
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
39. Tujuh kali puji dan satu teguran
40. Sebut “I Love You” sepanjang masa
41. Banyakkan bergurau dan bermesra
42. Sentiasa berterus-terang
43. Beri masa untuk perubahan berlaku sabar
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
45. Elakkan salah pasangan
46. Cari titik pertemuan
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
48. Lebih banyak member daripada menerima
49. Minta nasihat,pandangan atau maklum balas daripada pasangan
50. Sentiasa bersemangat-bangun tidur,pergi kerja,balik kerja dan sebagainya
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
a. Mental,pendidikan dan ilmu
b. Emosi
c. Fizikal dan ekonomi
d. Sosial
e. Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama(kecuali terpaksa)
53. Tidak terlalu mengongkong
54. Tidak bertindak sendirian
55. Humor atau lawak dari semasa ke semasa
56. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negative
57. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa)
58. Tidak meminta yang bukan-bukan
59. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga
60. Mencari kelainan dan perubahan positif
61. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun
62. Memberi peluang untuk berbeza:
a. Pendapat atau pandangan
b. Hobi
c. Kegemaran
d. Makanan
e. Citarasa
f. Warna pilihan dan pelbagai

Jan 17, 2011

Kenapa lah jadi camni...!

Kenapa lah jadi camni...! penat, letih, sakit...!

oh selsema..kenapa ko menyerang aku...!!!!

aku selsema..dah 3 hari dah...tak larat aku rase....sebelom ni asik sesak2 nafas, batok teruk..skrg selsema lak.. seb baik tak demam (aku memang jarang demam..dalam 10 tahun ni rasenye ade r 4-5 kali je demam)..aku rase resdung ni makin menjadi2 plak..

aidil lak 2-3 hari ni meragam je..tak tau nape.. agaknye die nak orang main ngan die kot..sebab mata dok celik je..aku lak tak larat sbb melayan demam ni..huhuhu

semalam jalan2 kat angsana..rembat kain sikit..sempat r aku siapkan sebiji wristlet sebelm aku kembali di attack oleh selsema ini..tapi takde gambo sbb malam tadi maksu aku datang, aku dah kasi kat die...hahhahhaa

ok..ayra nangis bangun tido lak..chow sume.... assalamualaikum...


Dec 30, 2010

Surat untuk hati - 2

Kehadapan sekeping daging bernama hati...

Terima kasih kerana kau sentiasa tabah melalui segala...
menemani aku di saat sukar, derita..
dan sekarang ku hadiahkan kau kelapangan, kedamaian
walau aku tak tahu sampai bila
tapi aku tahu..
kau pasti mampu atasi segala..
kerana sudah kubekalkan dengan segala pengalaman

Duhai hati..

bukan kah telah ku beritahu dulu..
kau past dapat menghadapi masa depanmu
kerana kau kuat seperti aku
nahh....lihatlah kini
hasil perjuangan kita
kau...aku...

Oh hati...

ingatlah..
kesempurnaan bukan segalanya
biarlah sederhana
biarlah berpada
kau perlu jaga ketulenanmu,kemurnianmu, kesetiaanmu, ketaatanmu, kecintaanmu...
kau perlu sentiasa merah
barulah kau kan terus berbunga di bumi ini...

hai hati..
aku sayang kau
dan kau sayang aku
aku perlu kau
dan kau perlu aku
aku adalah kau
dan kau adalah aku
kau...aku.....

yang benar
-Malyana Mansor-

surat untuk hati-1


Dec 24, 2010

Hepi 4th anniversary to us...

Hepi 4th anniversary utk suami tercinta Aiman Adam , terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab..semoga susah dan senang yang telah kita lalui bersama selama 4 tahun ini mematangkan dan menyuburkan rumahtangga kita..dan semoga kita terus berbahagia, dirahmati dan diberi kekuatan menghadapi hari akan datang bersama Ainul, Ayra dan Aidil..hingga ke akhir hayat..amin...i love u abang.

-ayat kopipes dari facebook aku..hahhaha..

-teringat kenangan2 lama...sob..sob...







Dec 20, 2010

aku sebok, LCD rosak, sakit gigi

aku sebok ke? hahahaha...tak r sgt...

sebenonye lately berukband aku ni wat hal..mane tanye, hari2 aku tgk video kat tonton
sebabnye?? TV LCD aku ni rosak...!!!!!!!!

pesal rosak..kan baru jek beli tgh tahun...seb baik ade gerenti u..kalo tak mampu aku takkan hanto repair..haahhahaha

itew technician bgtau, TV aku ni masuk anak cicak..kekeke..so mase de gobek2 TV tu de jumpelah jenazah anak cicak yang hangus terbakar di dalam TV aku...patut r aku dengar bunyi MELETOP ok...!

ok..sesape yg ade TV LCD ke LED ke Plasma ke segala kat umah tu..n korang gantung tv korang..sila lah kasi selotape bahagian bawah tu (bahagian yg korang nak pasang kaki kalo nak letak TV kat rak TV) supaya anak2 cina, atau kakak2 atau abang2 cicak tak masuk dalam TV korang...aahhahahha...

oh aku kan kene bengkak gusi..skrg dah ok sikit..sebabnye..aku makan ubat tahan sakit..hehee...bengkak tu masih lagi... berdenyut2 pun masih terasa skit..nak makan memang r susah..memang pasrah sungguh...harap2 tak lame lagi ok r...saje je kan gigi bongsu ni nak tumbuh sikit2...

ok sebut balik pasal sebok ni...kalo ainul ayra tak tido..memang susah skit nak wat keje n nak blogwalking or wat posting..

sebabnye..ainul akan kacau2 orang nak wat keje kat dapur..sebuk cakap "nak tolong..nak tolong"

ayra lak..dok ciom2 adik aidil..tak kire mase...sayang sangt ngan adik die...takde r pukul2 adik...cume nak ciom..belek2 idong, mulot dan telinga adik de..huhuhuh

plus dorang2 ni akan main panjat2 kat sofa...turunkan sume kusyen..main lari2 alam bilik..kasi sepah2 baju...amik periuk belanga n pinggan mangkuk main masak2.dan masuk bilik jahit aku, main kain dan gunting dan jarum...bahaya ok!!!!!

tapi kalo dorang tido...amannnnnnnnnnnnnn..............dan sunyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............ aku pulak yg bosan...hahahahaha.....


aktiviti anak2

adik aidil: dah makin mok...berkat susu ibu..mudah2an ibu berjaya lah susukan adik selama mana yg mungkin..amin....oh skrg dak botak sgt suke ngempeng..hukhukhuk..dan time tu r kakak2 de nak mintak susu lah..nak makan nasi r...nak yak lak..huhuhuhuuhu

ok sambung nanti


POPULAR POST