Showing posts with label vit C. Show all posts
Showing posts with label vit C. Show all posts

Dec 22, 2014

Vitamin untuk putihkan kulit

Vitamin untuk putihkan kulit

Assalammualaikum

Memandangkan bulan ini bulan kecantikan..jadi yana nak cerita pasal Vitamin yang memutihkan kulit.
kulit putih, vitamin c

Macam mana kulit boleh putih?

Warna kulit kita ditentukan oleh Melanin yang terdapat di dalam kulit. Sejenis pigmen yang menentukan warna kulit. ops.. jangan lupa juga ditentukan oleh keturunan. jika kita berketurunan kulit gelap (Gen Dominan kulit gelap cam i) maka banyak lah kehadiran melanin di dalam kulit. Oh melanin juga menjaga kulit kita dengan menyerap sinaran UV (sebab tu kita nampak orang kene sunburn bila pi laut)

Sesetengah produk mempunyai efek pencerahan yang cepat. Kebanyakannya mengandungi hydroquinon, sejenis bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan. Bahan-bahan seperti ini mampu menghalang penghasilan melanin dan memudarkannya yang menyebabkan efek kulit cerah.

Bagaimanapun, kita punya pilihan untuk cara lebih selamat, iaitu Vitamin..!

Pentingnya antioksidan

Antioksidan seperti Vitamin A,C dan E membantu mengatasi kerosakan sel kulit apabila terkena pancaran UV. Dan vitamin-vitamin antioksidan ini juga yang menghalang sel kita dari serangan radikal-radikal bebas dari UV, asap-asap, bahan kimia, dan lain-lain dari luar dan dalam..!

Selain itu, antioksidan ini juga membantu pembinaan dan pemulihan sel. Jadi sel-sel yang terhasil kelihatan lebih sihat dan bertenaga.

So? Macam mana boleh putih??

Haa.. ni yang ramai nak tahu.
Bila sel-sel baru dan sihat terbentuk, sudah tentulah  sel-sel lama akan disingkirkan. kan..kan..
itu lah pentingnya regim kecantikan sepeti mencuci muka, toner, scrub dan masker. Untuk singkirkan sel-sel kulit mati lah.. Jadi, sel-sel kulit yang baru yang SIHAT dan BERTENAGA itu akan terserlah. Jadi kita akan keliahatan lebih putih, mulus dan gebu.


Vitamin C berfungsi untuk menghalang enzim tyrosinase dan sekaligus menhalang pembentukan melanin. dan oh jangan lupa..! Vitamin C juga penting untuk sintesis KOLAGEN semulajadi.. Jadi ukan sahaja kulit anda lebih cerah malas lebih anjal..!

putihkan kulit, jerawat, masker untuk jerawat, masker vitamin cVitamin C untuk Masker

hoyeahhh.. Vitamin C sangat best untuk masker terutama mereka yang kulit berminyak.Ia membantu balance kan semula kulti dan membantu menyembuhkan jerawat. 




vitamin c shaklee, vitamin c, vitamin putih

Vitamin C Shaklee

Produk yang super murah dan hebat ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Sebotol cuma RMXX sahaja dan mengandungi 180biji yang anda boleh makan dari 3-6bulan.. perghh memang jimat kan,,







Jadi percayalah dengan Vitamin anda pun boleh putih.. eh.. tapi jangan lah melampau sangat ye impian tu.. kalau dah kulit cam Naomi Campbell jangan lah berangan nak putih macam Emma Maembong pula kan..hehhe

emma maembong, Vitamin C

Apapun, untuk anda-anda yang nak dapatkan Vitamin C Shaklee atau Vitamin-vitamin lain, boleh hubungi yana ye

Master Lyana Mansor
012-7470856

Aug 3, 2012

Vitamin untuk cantik ????

As salam dan selamat pagi semua..
Hari ni adalah hari ke 24 yana berpantang. Aina Mariam pun dan semakin semangat badannya.. 9 hb ni dah nak pi klinik untuk check up sebulan :D

Oh sepanjang bulan july yang lepas yana banyak menerima panggilan, SMS dan mesej berkenaan supplement untuk cantik.. terutamanya untuk menghilangkan parut.. heheh nak dekat raya ni kan.. jadi ramai lah yang tercari2 cara nak cantik.. Jadi hari ni yana nak tepek satu testimoni dari seorang pengguna yang telah mendapat kesan yang dikehendaki :D

haha.. gambar di atas sekadar untuk anda cuci mata aje ye..  nak cantik? kene cuba sendiri ..hihiih

apepun.. mari kita tambahkan ilmu sebelum mencuba apa2 produk k

Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.Kulit menjadi berkedut. Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen

Bahan2 semulajadi yang mengandungi vitamin E dan C amat baik untuk kulit.Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen.Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit.Vitamin C dan E juga ialah sebagai bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan penuaan.Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon,kiwi,jambu,mangga dan betik.Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya..


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


Haa.. ape lagi.. moh le dapatkan Vit c dan Vit e dari sumber makanan atau supplement..

 .Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jan 30, 2012

Apa itu radikal bebas...?

APA ITU RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.
Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..
PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..

Oleh itu..ringkasnya, radikal bebas ini ada dimana-mana sahaja.. dalam udara yang kita sedut, dalam makanan yang kita makan, ketika senaman, juga dalam air yang kita minum.
Berikut yana senaraikan beberapa jenis makanan yang tinggi paras radikal bebasnya..
  • makanan berlemak tinggi
  • makanan bergoreng
  • makanan yang dimasak menggunakan microware
  • makanan berbakar di atas arang
  • dan lain-lain...
jadi.. tahukah anda.. SATE yang enak juga tinggi kadar radikal bebasnya...!!!!!

BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti yang yana telah senaraikan diatas. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan kanser. Di sini saya berikan contoh bagaimana radikal bebas menyerang sistem imun manusia.


Perlu saya ingatkan sekali lagi, hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

PENCEGAHAN??

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.



ANTIOKSIDAN..APA SUMBERNYA??

Terdapat banyak sumber makanan yang mengandungi antioksidan, termasuklah sayur-sayuran, kekacang, minyak ikan, bawang putih dan lain-lain.

Perlindungan terhadap radikal bebas ini perlukan berterusan dan konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, pelbagai supplement telah diproses utnuk memudahkan kerja anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang...!

Berikut adalah beberapa supplement yang merupakan antioksidan. Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin C




dan


Sila tunggu entry tentang bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi untuk menentang radikal bebas... TUNGGUUUUUU.............!!!!!!!!!!!!!!!

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma atau keterangan lanjut? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

POPULAR POST