Showing posts with label 7th pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 7th pregnancy. Show all posts

Aug 11, 2018

Anak ke 7 : Muhammad Adeeb Aysar

Assalammualaikum korang. Kak mel nak perkenalkan anak ke 7 Kak Mel,
MUHAMMAD ADEEB AYSAR. Maksud nama baby,

Adeeb: yang berakhlak, yang beradab
Aysar: Yang Kaya

Kalau korang follow Kak Mel di facebook memang hampir setiap hari kak Mel akan update tentang baby Adeeb.

Adeeb lahir pada 9 Jun 2018 pada 1.21 pagi di Hospital Sultan Ismail, JB dengan berat 2.55kg. Alhamdulillah habis dah tempoh berpantang dan Kak Mel akan mula berkerja semula selepas cuti Raya Haji ni.

Dan tentunya sepanjang di dalam tempoh berpantang hingga sekarang Kak Mel makan produk dan supplemen Shaklee. Maklum lah anak ada jaundice tak boleh nak makan jamu-jamu kan. Syukur Kak Mel memang amalkan supplemen Shaklee sepanjang menyusukan, mengandung dan berpantang sejak anak ke 3 lagi.

Ok lah meh layan gambar Adeeb ya.

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Adeeb dah besar

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Mata besar, sama macam kakak dan abangnya

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Pipi pau

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Adeeb kalau tidur memang lenaaa sangatttt

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
budak debab. berat dah 4.68 dah semasa 2 bulan.

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Suka senyum. dah pandai ajak main



Ibu nak dapatkan supplemen Shaklee?
Hubungi Kak Mel ya
Whatsap di SINI

Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 011.6368.8249

Feb 17, 2018

Kehamilan ke 7

KEHAMILAN KE 7

Hamil anak ke 7

Alhamdulillah. Allah beri keizinan untuk Kak Mel kembali merasa tendangan-tendangan comel di dalam rahim ini.

Hamil di usia 30an bukan lah perancangan Kak Mel, sebab sejak dahulu lagi telah Kak Mel target untuk mengandung dan melahirkan secepat dan seramai mungkin sebelum umur 30. Dan Alyana Aisyah anak Kak Mel yang ke 6, Kak Mel lahirkan semasa berusia 30. Ngam ngam je kan.

Tetapi setelah Alyana genap berusia 2 tahun, tup tup nak dapat adik pula. Hehehe. Alhamdulillah. I is ok aje. Memang kak Mel suka mengandung dan beranak pun. Hehehe. Ada lah peluang lagi nak cium baby baru lahir.

Rezeki itu Allah datangkan dalam pelbagai bentuk kan. Anak, selain adalah amanah dan ujian, juga adalah salah satu pembuka pintu rezeki. Ramaiiii orang di luar sana yang susah nak hamil dan sedang TTC, yang sering keguguran dan yang masih belum punya anak walaupun berbelas tahun berkahwin.
Untuk kita yang mudah sangat hamil ni, mengapa perlu bersedih dan takut jika kembali hamil walaupun anak masih kecil? 

Tentunya sahabat semua ada sebab sendiri kan. Antara sebab yang popular yang sering Kak Mel dengar adalah:

1. Anak masih kecil. Tak larat jaga.

Pengalaman Kak Mel sendiri membesarkan Ainul, Ayra dan Aidil yang lahir setahun sekali, LEBIH MUDAH sebenarnya. Sebab penatnya sekali harung. Mandikan sama, beri makan sama, ajak tidur sama, bermain pun bersama-sama.

Terus terang Kak Mel lebih rela begini berbanding dah rilex-rilex anak dah umur 2-3 tahun tup-tup dapat adik lagi. Hihihi. Terpaksa harung sekali lagi. (lain lah anak dah besar-besar, ada assistant)

 2.      Ekonomi belum kukuh

Seperti yang Kak Mel tuliskan di atas, anak ini salah satu pembuka pintu rezeki. Yes.. itulah berlaku pada kami, semakin bertambah anak, semakin melimpah rezeki Allah beri. Alhamdulillah. Perlu diingat, rezeki bukan sahaja duit. Gaji yang berkat, jiran yang baik, anak yang sihat dan mudah dijaga, suami yang rajin dan urusan yang mudah itu semua pun rezeki.  

3. Nak jaga Kualiti

Haaa yang ni Kak Mel ramai jumpa juga. Terutama golongan educated. Ehehe. Hairan juga kerana kebanyakan kita dahulu pun lahir dari keluarga besar, adik beradik yang ramai dan rapat. Apakah kita tidak berkualiti?? Hihih..

Apapun, semua ini adalah pandangan peribadi Kak Mel sendiri. Sahabat Kak Mel semua pun tentu ada pandangan sendiri kan.


POPULAR POST