Showing posts with label vit E. Show all posts
Showing posts with label vit E. Show all posts

Jan 20, 2013

Supplement untuk kesuburan???

As salam alls.. pagi tadi semasa yana berada di AEON Tebrau City sempat lah yang COD supplement Shaklee dengan seorang adik.. junior yana semasa di UM. Beliau membeli set KESUBURAN untuk beliau dan isteri.. masih berlum dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin...

Actually ramai yang mempunyai masalah seperti adik ni kan... sebab kerap yana menerima mesej dan order sebegini.. Alhamdulillah ada yang dah berjaya mengandung.. ada yang masih mencuba...

ok berbalik pada adik tu..yana telah suggest beliau untuk ambil:

1. ESP : ESP ni selain energy booster.. is sangatttttt penting untuk KESIHATAN SEL..kita tau kan SPERMA dan OVUM tu adalah SEL..dan kita tau sel itu terbentuk daripada PROTEIN... jadi pengambilan protein yang berkuaiti sangatlah penting...TELUR yang sihat akan memungkinkan persenyawaan  dan mengurangkan risiko keguguran.. owh sebut padal keguguran ni.. RAHIM adalah OTOT.. otot pula dibina oleh SEL.. jadi pengambilan ESP mampu MENGUATKAN RAHIM..

2. VIT E: untuk wanita.. memang sinonim ngan vit E ni sebab mampu melembabkan kulit..memudarkan parut dan meremajakan kulit..dan yang dasat tu sebab boleh meningkatkan LIBIDO.. ahaks... (terutama bagi yang baru bersalin takde mood nak "bersama" ngan suami.. so wajiblah amik vit e ni..ehem.. sebab tu kalau nak peknen pun kene amik. hehe.. untuk suami2 pula.. VIT E ni membantu penghasilan SPERMA YANG BERKUALITI..dan AKTIF..dan meningkatkan KUANTITI SPERMA di dalam air mani.. ehem.. juga mengelakkan masalah MATI PUCUK.. hihii

3. GLA : ha ni kene amik.. sebab GLA mengandungi omega 6 yang regulate HORMON. kalau HORMON tunggang langgang camne nak peknen ye tak? Kalau haid tak teratur pun susah nak planning untuk mengandung kan...jadi kene betulkan hormon dulu. (walaupun haid stabil.. kene gak amik).. GLA juga membenatuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (semasa waktu subur)

4. ZINC : penting untuk suami2.. untuk AKTIFKAN SPERMA... kalau ade sperma.. tapi tak aktif pun tak guna kan.. SPERMA perlu mempunyai kemampuan untuk berenang menuju ke sasaran.. :D

5. VITALEA : multivitamin..nampak cam takde fungsi.. tapi tahukan anda.. bila tubuh kita sihat..badan relax.. tak stress.. baru lah senang nak bersama dengan pasangan dan buat baby.. hahaha.  vitalea ni suami isteri kene makan k. nak hasilkan SPERMA atau OVUM yang sihat.. kita kene SIHAT dulu k..

ok berbalik pada adik tu.. yana doakan beliau dan isteri cepat2 menerima baby :D

dah peknen nanti leh r makan set peknen pulak.. hehhee

ok untuk anda2 yang tercari2 supplement SHAKLEE. boleh hubungi yana k..

LYANA MANSOR
lyana_um@yahoo.com
SMS|whastapp: 012-7470856
FB: LYANA MANSOR





Aug 3, 2012

Vitamin untuk cantik ????

As salam dan selamat pagi semua..
Hari ni adalah hari ke 24 yana berpantang. Aina Mariam pun dan semakin semangat badannya.. 9 hb ni dah nak pi klinik untuk check up sebulan :D

Oh sepanjang bulan july yang lepas yana banyak menerima panggilan, SMS dan mesej berkenaan supplement untuk cantik.. terutamanya untuk menghilangkan parut.. heheh nak dekat raya ni kan.. jadi ramai lah yang tercari2 cara nak cantik.. Jadi hari ni yana nak tepek satu testimoni dari seorang pengguna yang telah mendapat kesan yang dikehendaki :D

haha.. gambar di atas sekadar untuk anda cuci mata aje ye..  nak cantik? kene cuba sendiri ..hihiih

apepun.. mari kita tambahkan ilmu sebelum mencuba apa2 produk k

Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.Kulit menjadi berkedut. Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen

Bahan2 semulajadi yang mengandungi vitamin E dan C amat baik untuk kulit.Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen.Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit.Vitamin C dan E juga ialah sebagai bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan penuaan.Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon,kiwi,jambu,mangga dan betik.Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya..


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


Haa.. ape lagi.. moh le dapatkan Vit c dan Vit e dari sumber makanan atau supplement..

 .Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jun 11, 2012

Semua nak cantik..gebus..anjal.. sebelum raya kan..kan...

Haaa.... sape nak CANTIK... GEBUS.. ANJAL sebelum RAYA Aidilfitri nanti? angkat tangan...! (ceh macam i leh nampak..heheh)

tahukah anda.. bulan ni ade PROMO VITAMIN E.. ?

selalu kita jumpe produk kecantikan yang claim mengandungi vitamin E kan.dalam shampoo lah.. dalam lipstick lah.. dalam pencuci muka lah.. dlm krim malam lah.. tapi inginkah anda jika diberi pilihan untuk mendapatkan PURE vitamin E..?

MESTI LAH NAK KAN...KAN... (i tau sbb i pun nak..heheh)

dan kami ada apa yang anda inginkan itu...

SHAKLEE VITA E COMPLEX


Kenapa Vitamin E shaklee berbeza dengan Vitamin E yang lain dipasaran?

-Vitamin E shaklee adalah dari sumber semulajadi (tumbuhan).. wujud dalam bentuk d-alpha-tocopherol (bukan sintetik ok..)
-dilengkapi dengan selenium untuk meningkatkan penyerapan vitamin E
-mengandungi 400IU.cukup untuk keperluan harian..

Kenapa nak amik vitamin E?

-untuk kulit CANTIK of cos...hehehe
-ia juga bersifat anti radang.. so. agak2 kalau ade jerawat kat muka tu.. pecahkan dan sapu kat muka sebelum tido.. esok pagi sure JERAWAT KECUT...
-antioksidan yang tinggi... meneutralkan radikal bebas..jadi sangggggaaaat sesuai untuk AWET MUDA..
-ia juga dapat menganjalkan kulit.. mengurangkan PARUT
-vitamin E juga mengurangkan risiko Alzheimer.. (nyanyuk)
-merendahkan kadar KOLESTROL
-mengurangkan risiko KANSER
-vitamin "cinta" untuk hubungan suami isteri.. aaawwww... (so suami2 pun leh makan ok..).. ehem..ehem.. cer baca ni...


Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bert...in menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan


hehehee.. best kan...

ok2.. nak cantik lagi...? leh amalkan ESP(Energizing Soy Protein) juga... waaallla...



KENAPA ESP???-sebab ESP tu sumber protein..
-protein ialah asas pembentukan sel...dan penting utnuk pembaharuan sel..
-kulit pun akan GEBUS.. dan lebih anjal.. kenapa.. sebab protein perlu untuk pembinaan OTOT..
-bukan setakat kulit.. payudara dan punggung pun leh anjal tau.. awww...hehehe...
-plus.. ia mengeyangkan..mengawal selera makan juga..dan boost energy..!

JOM CANTIK....dapatkan Vit E dan ESP..

Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jan 30, 2012

Apa itu radikal bebas...?

APA ITU RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.
Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..
PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..

Oleh itu..ringkasnya, radikal bebas ini ada dimana-mana sahaja.. dalam udara yang kita sedut, dalam makanan yang kita makan, ketika senaman, juga dalam air yang kita minum.
Berikut yana senaraikan beberapa jenis makanan yang tinggi paras radikal bebasnya..
  • makanan berlemak tinggi
  • makanan bergoreng
  • makanan yang dimasak menggunakan microware
  • makanan berbakar di atas arang
  • dan lain-lain...
jadi.. tahukah anda.. SATE yang enak juga tinggi kadar radikal bebasnya...!!!!!

BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti yang yana telah senaraikan diatas. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan kanser. Di sini saya berikan contoh bagaimana radikal bebas menyerang sistem imun manusia.


Perlu saya ingatkan sekali lagi, hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

PENCEGAHAN??

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.



ANTIOKSIDAN..APA SUMBERNYA??

Terdapat banyak sumber makanan yang mengandungi antioksidan, termasuklah sayur-sayuran, kekacang, minyak ikan, bawang putih dan lain-lain.

Perlindungan terhadap radikal bebas ini perlukan berterusan dan konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, pelbagai supplement telah diproses utnuk memudahkan kerja anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang...!

Berikut adalah beberapa supplement yang merupakan antioksidan. Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin C




dan


Sila tunggu entry tentang bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi untuk menentang radikal bebas... TUNGGUUUUUU.............!!!!!!!!!!!!!!!

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma atau keterangan lanjut? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

POPULAR POST