Feb 9, 2023

BERJAYA TURUN 11 KG DENGAN INTERMITTENT FASTING

Cerita tetang Intermittent Fasting ni, i pun nak share pengalaman i. 

I pernah berjaya turun 11kg dengan Intermittent Fasting tau ! banyak weiii. u olls boleh lihat perbezaan dalam gambar ni. Baju yang sama tau. 



I start serius nak turunkan berat badan sejak akhir Oct 2020, masa tu rasa tak boleh jadi ni, badan pun makin besar (sejak inject depo). Selalu pula kene asthma attack

Jadi i buat Intermitten Fasting dan OMAD (nanti i cerita dalam next post). Supplemen Shaklee pun makan cam omega, vitalea (wajib ni utk lengkapkan keperluan nutrisi), b complex (utk regulate metabolisme) dan tentunya vitamin C. 

2 bulan tu i turun 6 kg dengan Intermittent Fasting. Alhamdulilah.

Dari berat badan 83kg, turun ke 77kg. 

Kemudian, bulan Dec2020 jumpa geng buat Keto (low carb. nanti i cerita next post juga) i gabungkan sekali dengan Intermittent Fasting.  Sangat beekesan dan.. 

Turun lagi berat 7kg !

Bukan senang ya i nak turunkan berat badan terutama selepas dah beranak 7 ni. Cabaran paling besar tentunya di rumah, bersama suami dan anak-anak. Yang faham tu faham lah kan hahah.

Tapi pada i, Intermittent Fasting adalah kaedah penurunan berat badan yang palinggg mudah yang i pernah buat. Lebih senang tak makan berbanding nak fikir menu apa nak makan 😝

Sekali kita pernah berjaya, insha'Allah mudah untuk dapat rentak semula. Sebelum puasa 2023 ni nak habiskan puasa ganti dan sambil Intermitten Fasting juga. mudah...

Ok u olls dah malam ni nak berehat dulu. Tunggu next posting ya i akan cerita detail. 

oh ya.. yang masih tak tahu apa itu Intermittent Fasting boleh baca di SINI ya


 







1 comment:

POPULAR POST