Showing posts with label meal shake. Show all posts
Showing posts with label meal shake. Show all posts

Sep 10, 2014

Meal Shake: Ibu bapa tak usah takut..

PERHATIAN PARA IBU DAN BAPA
bila yana share pasal anak2 minum MEAL SHAKE jadi

1. BERSELERA MAKAN.. selang sejam nak makan.. tengah malam nak makan
-jangan lah ibu2 dan bapa2 takut pulak nak kasi anak meal shake sbb takut asik kene masak je atau takut makanan abis kat dapur

2. ANAK TAKDA SEMBELIT DAH
-eh jangan lah ibu2 dan bapa2 takut nak kasi meal shake sebab takut anak cirit birit pulak nanti. Meal Shake melawaskan sebab mempunyai kandungan fiber yang bagus untuk penghadaman dan pelawasan.

3. BERAT BADAN ANAK MENINGKAT
-no no no.. tak payah takut ye ibu2 dan bapa2..meal shake hanya makanan tambahan.. dan melengkapkan kelopongan nutrisi yang tidak anak dapat dari makanan (mungkin sebab memilih makanan atau cara masak ). Jadi sebenarnya Meal SHake sesuai juga untuk ibu dan bapa TANPA menyebabkan pertambahan berat badan.

4. ANAK SEMAKIN AKTIF
-maaf lah kalau ibu dan bapa penat mengejar anak sana sini.. anak2 dapat sumber PROTEIN yang mencukupi juga MULTIVITAMIN dan FIBER dari meal shake dan makanan.. semoga ibu2 dan bapa2 sekalian yang tak boleh telan pil tergerak hati mendapatkan khasiat MULTIVITAMIN melalui pengambilan meal shake.

5. POKET ANDA SEMAKIN NIPIS
ops... sekali lagi minta maaf ye.. ibu2 dan bapa2 tak dapat claim insurans.. sebab anak2 semakin sihat...! eh.. makin nipis ke makin tebal ni (sebab tak payah bawak anak pi klinik lagi).. kompius mak... hahaha

‪
MEAL SHAKE KINI PROMO
BUY 3 FREE 1
BUY 6 FREE 1
JIMAT KAN....!!!!

yang benar
Lyana Mansor
Your Trusted
Shaklee Independent Distributor
012-7470856

May 22, 2012

Puasa 1 rejab.. alamak,,!!! PD dah abis rupanya...huuuhuhuhuh

Salam 1 Rejab semua..

Alhamdulillah... hari ni yana juga mengambil kesempatan berpuasa sempena bulan yang diberkati ni..

jom kawan2.. sama2 kita baca doa ni..

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
(mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


seperti biasa... macam tahun lepas gak (puasa ramadhan) yana akan bersahur dengan ESP+Meal shake+Performance Drink..
TAPI...
tadi nak bancuh tengok2 PD dah abis...!!! huhuhu.. siaapakah yang menghabiskan PD ku????
hahhaa.. takpe lah... ESP + meal shake pun tetap mengeyangkan... tapi yana mix sekali ngan horlick.. memangggg sodapppp....
ok jom kita baca apakah khasiat 3 produk ini untuk anda yang berpuasa...
ESP
mengadungi protein.. selain baik untuk pemulihan dan pembaharuan sel.. protein juga mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat.. ESP juga dilengkapi dengan vitamin B yang penting untuk metabolisme makanan kepada tenaga..Ia memang membuatkan ada kenyang dan bertenaga sepanjang hari..
Meal shake
juga mengadungi protein..tapi yang lagi best.. kerana Meal Shake juga mengandungi vitamin dan mineral serta fiber..sangat sesuai untuk anda yang susah nak telan pil multivitamin (lagi2 pagi2 buta kan.. takda selera nak telan2 vit..hihihih).. fiber pula untuk sistem penghadaman anda..oh ya... kalau anak nak melatih anak2 untuk berpuasa.. boleh lah berikan Meal shake ye.. enak.. lazat ... dan berkhasiat..
Performance Drink
awwww... produk kontroversi i hari ni..hahha... berperisa oren.. Performance Drink ni merupakan minuman elektrolit. yang berupaya mengekalkan air dalam badan sekaligus mengelakkan dehidrated.. semasa berpuasa..kita cuma minum air semasa sahur, dan selepas berbuka sahaja kan...jadi siang tu camne.. kita pasti berpeluh... nak PAM SUSU.. nak buang air kecil.. dan banyak cara air akan keluar daripada badan kita.. dan akibatnya..kita akan rasa kehausan yang melampau..huhuhu.. so ni lah perlunya PD... ala2 minum 100Plus lah kan...bila kita minum kita rasa lagi bertenaga nak berlari atau bersukan.. TAPI.. PD ni TIDAK bergas dan TIDAK bergula tinggi seperti air berkarbonat lain..
gabungan ke tiga-tiga produk ini inysallah mampu mengekalkan anda suapaya terus bertenaga menjalani ibadat puasa.. samada nak puasa REJAB.. atau puasa GANTI atau untuk persediaan RAMADHAN NANTI...

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Aug 7, 2011

Cergas, bertenaga berpuasa dengan Mighty 3 Gems

Mighty 3 Gems adalah satu program kesihatan Shaklee, kini dalam pakej Ramadhan yang istimewa


Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, sebagai minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), Mighty 3 Gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta tarawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.
*kredit

Dapatkannya dengan harga istimewa daripada Yana...

Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at}yahoo[dot]com

Jul 14, 2011

Tips melatih anak berpuasa dan Persediaan Menjelang Ramadhan...

As Salam kawan2...u alls ada anak yang sedang membesar..yang bakal berpuasa Ramadhan nanti dan pertama kali berpuasa Ramadhan nanti? meh kita baca sharing by mamafaiz

Alhamdulillah…lagi 7 hari dah nak sambut bulan Ramadhan…entry kalini ni saya nak share tips buat ibu bapa yang sedang mendidik anak2 supaya belajar berpuasa…bukan senang nak melatih anak berpuasa yer..bila ye had umur yang sesuai nak start ajar berpuasa?.. Sebaiknya, had umur terbaik bagi melatih kanak-kanak mula berpuasa ialah pada usia lima tahun.. basically antara TIPS2 persediaan mental dan fizikal- ni based on apa yang saya baca dan search....(ni saya share untuk peringatan diri sendiri gak..hehe):
  • · Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh
  • Beri penghargaan…. Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari, berilah hadiah. tak semestinya dalam bentuk wang..saya yakin si kecil lebih mudah meneruskan ibadat berpuasa sepanjang Ramadan sekiranya ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.
  • Memberi motivasi. “Anak yang masih kecil perlu disemai jiwanya dengan contoh teladan yang baik.Anak kecil sebenarnya mudah untuk dididik berpuasa. .maksud saya sebaiknya sediakan pelbagai program untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang supaya tidak begitu terasa masa berlalu
  • Jangan lupa melatih anak niat berpuasa...kalau boleh..amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam..dgn cara ni..anak kecil akan lebih seronok
  • Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama saja dengan menu orang dewasa.dan if possible..hidangkan makanan kegemarannya
  • Kurangkan menonton tv..karang banyak sangat tgk iklan2 makanan..menggugat iman je..huhu
  • Jgn biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain..
  • Beri makanan atau minuman yang mengandung gula (karbohidrat). Gula mudah diserap dalam tubuh menjadi sumber energi.
  • Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat-saat senggang di waktu malam.
  • Untuk sahur, perbanyaklah makanan dari jenis protein dan lemak seperti daging, nasi, telur, ikan, dan lainnya. Makin besar lemak dan protein yang dikonsumsi saat sahur, automatic..energi yang dimilikik oleh badan juga lebih besar/ Namun, jangan sampai makan berlebih takut karang sakit perut lak.
  • Berikan zat gizi tambahan seperti vitamin atau kalsium
  • Kurangkan atau elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam, bersantan, atau pedas.
  • Perbanyak juga makanan serat (fiber) kerana membantu melancarkan buang air besar…dan ia juga membantu menghindari rasa lapar
jadi apa supplemen yang sesuai?..pastinya mealshake (vanila flavored ala2 mc donald milkshake tu..nyummy) ~mengandungi protein,fiber(serat) dan zat gizi tambahan yang lengkap…
sekilas fakta ttg mealshake -One serving provides approximately 1/2 of your daily requirement for essential vitamins and minerals,30% of proteins,plus trace minerals and 3grams of dietary fibers.

menarik bukan? 3 in one..dan yang best tu..bukan je sesuai untuk anak2.. tapi untuk seisi keluarga… walau apa jua anda… bujang, berkahwin,pregnant,breastfeed.ataupun masih bergelar..student.. MEALSHAKE -pastinya perisai best untuk berpuasa... selain dari ESP ...mealshake dan performance ni kira antara supplemen terlaris..lagi2 dah nak puasa ni... apa lagi yang anda tunggu?..

SMS atau call Yana sekarang di 012-7470856


Jun 11, 2011

Apa nak buat bila anak demam, batuk atau selsema?

Minggu lepas Aidil demam...3-4 hari juga lah demam..dah mesti r ayah ibunye ni gabra..sebab anak2 yana ni sangat2 jarang demam...ni pun pertama kali Aidil demam lama camni...tapi alhamdulillah semua dah ok...tapi berat aidil turun sudah.. 6 bulan ni timbang berat cuma 7.48kg..kesian anak ibu...demam nak pandai merangkak rupanya...sekarang merangkak sangat laju dan dah pandai duduk dengan tegak dan memanjat...

untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, disarankan mengambil lebih vitamin C...kalau u alls makan vit c shaklee, boleh patahkan 2 dulu ye sebelum telan..kerana vit C shaklee yang special ni ada time release...maknanya vit C akan dibebaskan beransur2 di dalam badan..so badan kita sentiasa mendapat bekalan vit C... jadi kalau kita patahkan badan akan mendapat kesemua vit C tu yang mempercepatkan proses penyembuhan...

ok meh kita tgk tips lain untuk anak2 yang demam, selsema dan batuk

credit to kak N dan kak cery

First time mother : anak demam macam mana nak buat?
Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
  • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan



.

Untuk menguatkan antibodi anak-anak dan membekalkan mereka dengan khasiat dan nutrisi yang mencukupi (terutama anak-anak yang tidak menyusu ibu lagi) anda boleh menambahkan sesudu Meal Shake ke dalam minuman harian mereka .

Jun 10, 2011

Sedikit pelaburan untuk kesihatan anak-anak

As salam semua..jom baca 6 fakta tentang meal shake
  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals.Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
*kredit to kak cery

nahhh..banyak kan khasiatnya..berbaloilah dengan sedikit pelaburan kita untuk anak-anak... bila anak-anak sihat, keluarga pun bahagia..kan..kan...malah meal shake pun sangat sesuai untuk semua peringkat umur terutama ibu yang menyusukan bayi..

bagi yana meal shake ni sangat berguna terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.. Seperti Ainul dan Ayra, mereka lebih banyak bermain dan sangat susah dipujuk untuk makan... Jadi dengan menambah Meal Shake ke dalam susu atau jus, Yana dapat pastikan mereka mendapat khasiat yang mencukupi setiap hari untuk pertumbuhan mereka..

ok..sekarang, jom kita tengok apa kata kak cery


saya berikan ke anak saya sejak umurnya 2 thn (time ni dah stop breastfeed..dan si Faiz ni plak tak mkn sayur buah.. agak cerewet..maka utk pastikan beliau memperoleh nutrisi yg cukup.. maka sy berikan MealShake ... Seminggu kasi 3-4x pun dah memadai..takyah hari2.. Alhamdulillah sy puas hati dgn pembesaran Faiz dan beliau jarang demam.. kulit pun cantikkk.. Mealshake ni bukan lah utk menambah selera mkn je... ianya sesuai gak utk kanak2 yg obese... Kerana mealshake ni lengkap dgn nutrien yg diperlukan badan.. secara tak lanngsung,apabila badan cukup dgn zat2 yg diperlukan.. takdela nak mkn merapu2.. Memangla suplemen tak bole menggantikan makanan harian.dah nama pun supplemen..ianya hanya makanan tambahan.menampung mana2 yg kurang je. :-)
Dan dari puan Lia

jom baca testimoni Kak Ayu (ofismate saya tentang anak sedaranya yang baru 3 minggu mencuba Shaklee Mealshake..)..
"Sebelum ni Alif kalo makan dia mesti tunjuk 4 jari dia..maksudnya, cukup 4 kali (4 suap) dah tak nak makan dah..bukan sebab dia ada cacing ke ape ke..tapi memang dia taknak makan .. pastu badan..alahai kurus kering je..umur 4 tahun..anak-anak orang lain umur 4 tahun semua berisi..dah ler makan 4 suap je, pastu takde ulang2 dah makan..haiii...risau dibuatnya..kang tak cukup zat lar..kang terbantut lar perkembangan otak ke ape ke.. tapi, AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake, Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat.. sekarang ni bila waktu makan, dia dulu duduk di meja makan..kalo dulu panggil makan dah duduk kat meja makan pun tengok makanan je..masaklar sedap macamane pun dia cam takde selera nak makan..sekarang ni makan nak, siap kadang2 tu mintak makan walaupun baru few hours lepas makan..AlhamduLILLAH..."

itu hanya sebahagian dari testimoni..nanti akan dishare lagi ye...

nak rasai pengalaman seperti yana dan mereka...jom belikan Meal Shake untuk anak-anak...


Jun 2, 2011

Meal Shake untuk semua...

As Salam semua...

Tadi tgk kat wall ieda...amsyar demam...kesian kan kalo anak2 kecik ni demam..nak kasi ubat sgt pun tak bagus sebab mereka kecil lagi...anak2 aku? alhamdulillah jarang kene sakit2 ni..

So aku suggest Meal Shake pada ieda...


mari kita bace apa kate mommy lyna tentang meal shake

Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.

Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.

Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

* Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
* Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
* Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
* Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua

Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.

POPULAR POST