Jun 11, 2011

Apa nak buat bila anak demam, batuk atau selsema?

Minggu lepas Aidil demam...3-4 hari juga lah demam..dah mesti r ayah ibunye ni gabra..sebab anak2 yana ni sangat2 jarang demam...ni pun pertama kali Aidil demam lama camni...tapi alhamdulillah semua dah ok...tapi berat aidil turun sudah.. 6 bulan ni timbang berat cuma 7.48kg..kesian anak ibu...demam nak pandai merangkak rupanya...sekarang merangkak sangat laju dan dah pandai duduk dengan tegak dan memanjat...

untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, disarankan mengambil lebih vitamin C...kalau u alls makan vit c shaklee, boleh patahkan 2 dulu ye sebelum telan..kerana vit C shaklee yang special ni ada time release...maknanya vit C akan dibebaskan beransur2 di dalam badan..so badan kita sentiasa mendapat bekalan vit C... jadi kalau kita patahkan badan akan mendapat kesemua vit C tu yang mempercepatkan proses penyembuhan...

ok meh kita tgk tips lain untuk anak2 yang demam, selsema dan batuk

credit to kak N dan kak cery

First time mother : anak demam macam mana nak buat?
Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
  • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan



.

Untuk menguatkan antibodi anak-anak dan membekalkan mereka dengan khasiat dan nutrisi yang mencukupi (terutama anak-anak yang tidak menyusu ibu lagi) anda boleh menambahkan sesudu Meal Shake ke dalam minuman harian mereka .

8 comments:

  1. ko ni ada je peluang nak selit hal shaklee eh..bagus2 bisnes!..hehe umar pun demam gak minggu lepas..sehari semalam..cam pakej lak..tapi umar lum pandai merangkak..baru angkat2 bontot..

    ReplyDelete
  2. wah!!aidil dah merangkak..umar lambat la cam ni..but dont say bcoz u eat shaklee n aidil advance from umar ok..hehe..cuma umar je yg lambat..gurau je..

    ReplyDelete
  3. muahhahaha....perkembangan anak kan berbeza2..walau apepun kite makan..hikhikhik

    aidil demam lame kak..mase org kawin lak tu..huhuuhh...seb baik takde pape..

    takpe kak..tak lame lagi umar merangkak r tu...

    ReplyDelete
  4. Lyana..thanx for sharing,,petua yang berguna

    ReplyDelete
  5. Untuk mandi siang tu, guna air sejuk atau suam???

    ReplyDelete

POPULAR POST