Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Jul 17, 2012

EBM, Pengendalian Dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

As salam semua.. memandangkan yana dah pun bersalin.. dan kini sudah pun kembali memerah susu,... jadi jom sama2 kita refresh memori tentang cara pengendalian dan penyimpanan EBM.. hhehehe


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu Ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah2 penting yg perlu anda tahu
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan di bhgn sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bhg atas lapisan) ia bukan basi yer
  • Frozen EBM = Susu yg disimpan dlm tempat beku

Bekas penyimpanan yg sesuai

  • bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk steril botol2, dan juga breast pump part.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.
  • Tarikh Perahan
  • Waktu perahan
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 ~ 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Di mana tempat penyimpanan susu

SUHU BILIK ?

  • Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam





FRIDGE/FREEZER ?

Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku [tahan 2 minggu]


Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (pintu atas)

suhu (-18 hingga -20 °C) [tahan 3 bulan]
- bahagian sejuk (pintu bawah)

suhu (0 hingga 4 °C) [sebelum dibekukan tahan 3~7 hari]
[selepas dibekukan tahan 24jam]

Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]


BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam


*susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula*

*susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*




Tips Penyimpanan Susu Perahan

Di Tempat Kerja

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.


contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search)

Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.

  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.



Ketahui bagaimanakah cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu terpelihara dgn selamat..Jom baca sini.






  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.




  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

  • Jun 4, 2012

    PENYUSUAN SUSU IBU-masalah dan cara ibu atasi..

    As salam semua..

    Seringkali ibu-ibu menghadapi masalah penyusuan selepas melahirkan baby..terutama sekali jika melahirkan anak pertama. Pasti anda pernah berhadapan dengan situasi nipple luka dan berdarah, baby takmau hisap susu ibu, baby terbiasa dengan botol susu, baby sukar latch ke areola, susu sangat sedikit, baby terus menangis selepas menyusu dll..

    Tahukah anda.. bukan anda seorang yang bermasalah seperti ini. Ramai ibu2 diluar sana mengalaminya termasuk lah yana… :) Ya.. yana pun pernah alamai situasi diatas.. Tahukah anda selepas melahirkan Aidil, Aidil sangatlah sukar untuk latch.. yana mengambil masa ½ jam hanya untuk nak pujuk si kecil menyusu sahaja.. tapi disebabkan telah setkan azam untuk menyusukan.. jadi ku sabarkan didi.. (sambil nangis2..hahah)

    Masalah paling kerap bagi ibu2 menyusukan ialah kekurangan susu ibu dan baby tak kenyang selepas menyusu. Tahukah anda, sebagai ibu menyusukan bayi, anda juga perlu menjaga pemakanan anda.. minuman berkafein seperti kopi dan teh bersifat deuretik. Ia merangsang pengeluaran air dari badan melalui air kencing, sedangkan anda sebagai ibu menyusu perlukan air untuk PENGHASILAN SUSU IBU..sesetengah makanan juga boleh menyebabkan ANGIN… pada ibu juga pada baby.. masalah angin pada baby lah yang menyebabkan baby meragam, kolik dan enggan menyusu.. jadi ibu.. sila perhatikan pemakanan harian anda ok.. oh lupa.. apepun.. janji anda makan dengan HAPPY.. isnyaallah susu akan terhasil dengan meriah.. :D

    Satu lagi masalah yang sering yana lihat pada ibu-ibu menyusu ialah masalah letih dan sakit badan. Ibu menyusukan baby samada posisi duduk atau mengiring kadangkala meletihkan..lagi2 kalau ibu tiada bantal sokongan seperti nursing pillow, dan perlu pula menyusukan baby yang tak mau tido sepanjang malam. Hehehe.. sila bayangkan….

    Kerana itu, kami telah menyediakan set-set penyusuan untuk ibu-ibu menyusukan baby.. tujuan dan matlamat set-set penyusuan bukan sahaja untuk menambah susu ibu sahaja.. tetapi membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada ibu dan secara tak langsung kepada baby.. untuk apa? Supaya ibu TAK LETIH..TAK SAKIT2 BADAN..sentiasa BERTENAGA.. cergas dan sentiasa ceria… jadi.. ibu dapat menyusukan bayi dengan mudah dan susu ibu pun akan terhasil dengan LANCAR…!

    Untuk ibu-ibu di luar sana… yana sangat2 berharap, walau apa pun yang anda makan untuk menambah susu, please selalu berpegang pada konsep penyusuan iaitu DEMAND and SUPPLY.. bila ada PERMINTAAN (DEMAND) terhadap susu (samada daripada baby atau sesi pengepaman) maka akan terhasillah SUSU IBU (SUPPLY) jadi apa yang perlu ibu lakukan? Ibu perlu PAM DENGAN KERAP DAN KONSISTEN… dan jika tak mampu untuk pam dengan konsisten (akibat kekangan kerja) sila buat POWERPUMPING ok.. jangan lupa juga selalu berdoa supaya Allah murahkan rezeki baby anda dan lancarkan penghasilan susu anda.. amalkan juga zikir2 k…

    Ok untuk ibu2 sekalian.. jika anda berminat untuk mendapatkan supplement2 untuk menjayakan penyusuan susu ibu, anda boleh hubungi yana samada di facebook yana atau SMS terus pada yana di 012-7470856.. .insyallah anda akan diberi bimbingan dan konsultasi berterusan daripada yana...

    Jul 19, 2011

    12 Keistimewaan susu ibu

    12 sebab kenapa anda harus berikan anak anda susu ibu

    1. Susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadi
    2. Susu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kuman
    3. Kandungan nutrien yang seimbang
    4. Susu formula kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu.
    5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.
    6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.
    7. Susu ibu mengandungi protien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit
    8. najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus
    9. Susu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus serta mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
    10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
    11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
    12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selepas penyusuan

    Ini dia set makanan tambahan semulajadi dari Shaklee yang glamor dikalangan ibu menyusu. setiap hari mesti ada yang mencarinya. Jadi anda jgn ragu2 yer jika anda ingin mencubanya..... ramai dah teruja..betul3x.
    Sila baca kisah2 ibu2 di link ini :kisah2 ibu yg teruja dgn shaklee
    * Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

    kredit to kak cery

    Anda berminat atau ingin dapatkan consultation percuma? Sila SMS atau call yana di 012-7470856 atau email ke lyana_um[at]yahoo[dot]com

    POPULAR POST