Feb 18, 2018

PENGALAMAN NGERI MELAHIRKAN ANAK

PENGALAMAN NGERI MELAHIRKAN ANAK

FIKIR DAN CAKAP YANG BAIK

Ngeri baca kisah bersalin di sebuah group.
-nurse naikkan kaki sampai bahu
-nurse Naik atas perut
Dan macam-macam kisah menakutkan
Sejujurnya Kak Mel Tak pernah melalui pengalaman ngeri begini sepanjang melahirkan 6 orang Anak di hospital kerajaan.
Alhamdulillah.
Dan Kak Mel percaya nurse Dan bidan di hospital pun takkan tergamak melakukan demikian pada ibu-ibu kerana mereka juga seorang Ibu.
Kini di kebanyakan hospital kerajaan, Ada ramai bidan yang membantu ibu di saat melahirkan. Dan yes.. Kak Mel selesa bersalin dengan bantuan bidan kerana mereka memang pakar Dan terlatih.
Untuk Ibu yang mungkin pernah lalui pengalaman ngeri bersalin di hospital kerajaan, mungkin akan berasa serik.
Tetapi satu yang Kak Mel pegang dari dulu hingga sekarang, jika Kita permudahkan urusan orang, InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan Kita. Jika Kita fikir dan bercakap yang baik, InshaAllah yang baik akan datang kepada Kita.
Apa pengalaman u olls? Jom share



No comments:

Post a Comment

POPULAR POST