Assalamualaikum semua
Esok dah hari terakhir cuti sekolah di Johor. Dan harini baru aku ada masa nak mengemas semua longgokan barang ni. π
Well, korang tahu kan aku ada anak 7 orang, campur ayah ibunya ni, 9 orang dalam rumah ni. Kau bayangkan lah 9 orang punya barang..! π±π±π±π
Barang-barang kecil ni kita dah kemas beberapa kali pun masih ada lagi. Magik kan. Tanpa kita sedar, kita memang suka membeli. Lagi-lagi sekarang banyak tempat murah kat JB ni macam Kedai Eco Dan Ninso.
Jadi harini aku nak share cara aku kemas longgokan barang barang kecil ni.
DECLUTTER gitewwww haaha
3 Tips nak kemas longgokan barang:
1. ASING IKUT KATEGORI
Lebih spesifik, lebih baik. Serius ni memang penting. Dulu aku ikut kategori juga, tapi, kategori yang am jelah macam alat tulis, Atau mainan anak, Atau barang sekolah.
Akhirnya, bersepah juga Lagi-lagi bila kita mula membongkar mencari barang.
Sekarang, aku punggah semua barang, longgokan, aku pilih Dan aku susun ikut kategori yang lebih spesifik.
Cth:
-resit
-barang peribadi
-mekap
-pensel
-pensel warna
-puzzle
-pam susu
-penjagaan diri
-stapler
Lebih mudah kan, so tak payah cari Dan bersepah kan barang
Asing kan barang ikut kategori yang spesifik. |
2. BERANI BUANG BARANG
Hello, korang sedar tak kita mak mak ni memang suka menyimpan barang. Sayang. Konon nanti boleh guna, akan guna, Atau mungkin berguna.
Tapi, akhirnya Bila kita tak jumpa kita akan beli baru juga π
Tapi tu bukan point aku. Aku nak tegaskan kat sini iaitu bukan semua barang korang, korang kene simpan.
Contoh tadi aku dah buang banyak gambar zaman aku di UM dulu. Gambar pokok pun aku ambil. Apa kejadahnya nak simpan. Menyemak je.
Resit-resit pi belanja barang dapur kat tesco semua tu takyah lah simpan. Bukan boleh claim income tax pun, ye tak.. π
Mainan anak yang dah tangga tayar sebelah, tangga tangan sebelah, pun aku buang dah.
Tu belum masuk lagi banyak pen Dan marker aku yang takda dakwat yang selama ni tersimpan. Yang konon aku nak beli ink refill. Konon..! Hahha.
See, banyak sebenarnya nak buang. Aku je sayang.
Boleh ikut tips Marie Kondo, simpan yang Spark Joy je, yang nak lain tu, say thank you.
3. SIMPAN DALAM PLASTIK ASING YANG LUTSINAR
Aku pakai zipper Bag IKEA ni je. Senang. Untuk barang yang kecil, macam lilin Wangi, puzzle anak, guli dll.
Siap dah Asing kan ikut kategori.
Senang nak cari nanti sebab boleh nampak apa isi dalamnya. Dan yang best tak payah nak bongkar semua barang semata-mata nak ambil satu barang je.
Masukkan ke dalam zipper bag |
Aku Harap kekemasan barang-barang ni bertahan lama lah. Maklumlah anak-anak aku macam ibunya masa kecil dulu juga, suka membongkar. Haha
Oh ya. Nak mengemas ni jangan lupa telan B COMPLEX untuk stabilkan mood tu π
Dan dah duduk lama mengemas ni, badan pun sakit, kaki pun kebas, sila lah Tekan OSTEMATRIX ya. Sangat berkesan untuk mak mak macam kita ni wei.
Korang baca sampai habis ke?
Korang memang gigih..!
Thanks sebab baca. Meh tinggalkan jejak nanti aku baca post korang pulak.
Nak Shaklee?
Nak order Shaklee?
Mencari Supplemen Keluarga?
Meh Wasap Kak Mel lekas
#kakmelKajol
#kakMelShaklee
#dgemsempire
#shakleejb
#shakleeJohorBahru
#ibuanak7
No comments:
Post a Comment