Mar 31, 2019

TERIMA KASIH ITU MAHAL

Assalamualaikum semua
Harini kami di Johor dah mula semula sesi persekolahan setelah cuti 2 minggu (cuti bencana Dan cuti sekolah) 

Sebelah cuti haritu sekolah kami dah mula exam. Jadi anik cuti ni biasa lah agihkan kertas jawapan pelajar. 

Tadi, semasa aku berikan markah, ada budak cakap TERIMA KASIH CIKGU sebab dia lulus exam sains. Sebelum ni dia tak pernah lulus. 

Ohoiiii kembang hati cikgu 😍😍

Lulus exam, peperiksaan, kssm, sains tingkatan 1

Ucapan TERIMA KASIH walaupun mudah disebut, tetapi ramai yang lupa nak sebut. 

Kan.. 

Contoh
-jika ada pelayan lapkan meja sebelum ambil order makanan kita. 
-selepas membuat pembayaran
-selepas mendapat pesanan makanan
-semasa mengambil keputusan peperiksaan anak
-Jika orang memberikan kita laluan

Sebab itu ia adalah ucapan yang MAHAL. Kerana bukan semua Orang rajin membuka
 mulut untuk mengucapkannya. Dan bila orang berterima kasih kepada kita, kita rasa dihargai Dan macam dapat emas. 😁

Mengucapkan TERIMA KASIH juga dapat mengelakkan kita menjadi orang yang sombong. 

Ucaplah terima kasih walaupun untuk perkara yang kecil. Percaya lah, korang akan berjaya sentuh hati orang.

TERIMA KASIH SEMUA
Sebab sudi baca post ni 
😁

#kakMelShaklee 
#kakMelKajol
#shakleejb 
#dgemsempire 

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST