Dec 15, 2014

Mencapai kejayaan semudah membuat TAPAI

Assalammualaikum..
Setiap hari kita selalu memikirkan bagaimana hendak menjadikan hari-hari akan datang menjadi hari yang lebih baik kan..
Merancang bagaimana kehidupan keluarga 10 tahun akan datang
Merancang pelajaran anak-anak ke peringkat lebih tinggi inshaaAllah
Berfikir-fikir untuk melupuskan semua hutang
dan mungkin juga sudah mengimpikan percutian dan persaraan.

Untuk mencapai semua di atas.. anda hanya perlukan TAPAI : TARGET..PLANNING .. ACTION..INSHAALLAH

TARGET
Apakah matlamat anda? esok hari? bulan ini? tahun depan? atau mungkin 5 tahun akan datang?
Yana sendiri..
Matlamat yana, tahun 2015 untuk hapuskan hutang-hutang kecil seperti hutang loan ASB.. hutang Personal Loan, hutang PTPTN dan melangsaikan sebahagian loan rumah. Juga merancang percutian keluarga ke Korea dan mengerjakan Umrah bersama keluarga. Serta, menambah sebuah lagi aset hartanah dan melabur di dalam unit amanah.  Bagaimana dengan anda? Tuliskan matlamat anda, secara spesifik. bulan dan tahun..

PLANNING
Bagaimanakah cara kita hendak mencapai target/ matlamat atau impian kita? cukupkah dengan pendapatan sekarang daripada kerja hakiki? atau mungkin tunggu kenaikan gaji (seperti kami cikgu, kenaikan gaji RM200+ setahun). Atau nak tunggu rezeki terpijak?
Jika anda serius hendak mencapai target anda, perlu usahakan sesuatu untuk mencapainya. Duduk dan tuliskan planning anda. apa yang perlu dilakukan. List kan usaha-usaha yang mungkin membantu untuk mencapai impian anda. Listkan juga kekuatan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Juga listkan kelemahan-kelemahan anda atau halangan-halangan yang perlu anda hadapi dan tuliskan penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi halangan/kelemahan tersebut.

ACTION
Planning yang baik hanya menjadi sia-sia tanpa ACTION. Bertindaklah..! Jangan berlengah. pasanglah kuda-kuda dan rentakkan silat anda. ewahhh....! Fokus pada APA YANG ANDA NAK sahaja. Lakukan semua usaha yang telah anda listkan. Sedikit-sedikit tidak mengapa asalkan konsisten. Dari masa ke masa, tingkatkan diri anda dan cuba lakukan yang lebih baik setiap hari.

INSHAALLAH
Bersama-sama segala usaha, jangan lupa sertakan dengan DOA dan amalan rohani. Ingat, punca rezeki itu datangnya dari Allah yang Maha Pemberi. Jadi perlulah dikejar dan dimohon pada Pemberi Rezeki itu, Buat apa yang Allah suka.. disertakan dengan segala usaha yang tak pernah putus. Jika cepat Allah beri kejayaan itu, Alhamdulillah. Jika dah usaha sungguh-sungguh tapi labat Allah beri kejayaan itu, pun Allhamdulillah. Semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin jika kita mencapai kejayaan sekarang, kita akan menjadi seorang yang riak. atau mungkin jika kita mendapat income RM10000 sekarang kita akan menjadi orang yang sangat boros. Wallahualam. Apapun, tanamkan niat di dalam hati, lebih banyak kita dapat, lebih banyak kita boleh menyumbang kepada pembangunan keluarga, agama, bangsa.

Semoga anda temui kejayaan hidup dengan tips TAPAI ini.. mudah, simple dan hasilnya lazat...!

Lyana Mansor
Effective Shaklee Master Coordinator
Lyana & Dgems

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST