Dec 21, 2016

Persediaan sebelum diet

Nak diet ke?

Assalammualaikum u olls
ada ke sahabat i yang nak diet ni?
kalau gitu saing lah kite hehehe..

Persediaan sebelum diet

Tapi sebelum nak diet tu buat lah sikit persediaan.
so perjalanan diet tu lancar. kan..kan..

so ni antara persediaan yang u olls boleh buat

1. Tetapkan target

persediaan diet, set kurus shaklee
kene lah ada target ye u olls. Nak turun berapa KG, nak hilang berapa inci. Target biar realistik. Jangan lah target sebulan nak turun 10kg terus. Frust nanti kalau tak capai. Boleh target seminggu 500g-1kg turun.

2. Beli botol air besar

persediaan diet, set kurus shaklee
Penting ok.. sebab air adalah agen detox dan pecah lemak penting untuk turunkan berat badan. U olls diet lah macam mana pun tapi kalau kurang air, maka, terjejaslah proses diet tu.

Kalau cukup air, bukan setakat berat badan turun cepat tapi kulit pun cantik glowing u olls. nak ke nak???

 3. Pilih program diet

persediaan diet, set kurus shaklee
ha ni penting juga. Nak diet apa kene lah tau. Ni antara diet u olls boleh try
1. Diet Atkins- high protein, no carb, no sugar,
2. Eat Clean- no process food, ubah gaya hidup lebih sihat
3. Diet Kalori- kawal pemakanan dengan kira calories intake based on BMR
4. Diet Gula- ha ni i je reka haha. diet gula ni tak makan gula langsung dan makanan bergula tinggi seperti kek dll. try lah. seminggu je buat pun dah turun berat banyak.
5. Military Diet- ha diet ni nak raging u olls sampai turun berat. ni Shila Amzah pun buat. Diet ni untuk 3 hari sahaja (boleh turun sampai 4 kg selama 3 hari tu) dan rest 4 hari, then sambung balik 3 hari. kalau jiwa kental boleh try.
6. Diet jenis darah - popular juga ni. Diet ikut jenis darah.


ada banyak lagi jenis diet yang boleh try. Pilih lah ikut kesesuaian u olls k.

4. Persediaan mental dan fizikal

persediaan diet, set kurus shaklee
Dah tau nak diet apa, kenalah buat persediaan mental dan fizikal. Pesan kat ahli keluarga dan kawan kawan. Minta mereka beri support. Elakkan berjalan ke shopping complex atau ke pesta makanan dll untuk mengelakkan u olls TERmakan atau TERkecur. hehhe

sediakan juga sedikit alatan senaman. Seperti dumbell (kalau takda guna sebotol air ), yoga mat (nanti nak buat plank), dan kasut sukan (nak jogging dan lompat bintang)

5. Persediaan bahan masakan

persediaan diet, set kurus shaklee
Nak diet, tak boleh lah makan kat luar ya. Kene lah buat makanan sendiri. Buat shopping list dan sediakan bahan masakan awal. Maybe boleh beli untuk seminggu terus. Beli rempah-rempah, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan dll.

6.Supplemen

persediaan diet, set kurus shaklee
Bila diet, kita berkemungkinan besar kekurangan beberapa nutrisi (yang mungkin kita tak cukup sebab elak beberapa makanan) . Jadi, perlu lah makanan tambahan untuk lengkapkan keperluan nutrisi tubuh. Yelah kita nak diet sebab nak sihat kan, bukan nak kurus semata mata.

Antara supplemen yang i cadangkan adalah
1. VITALEA- ni multivitamin, untuk lengkapkan nutrien harian dan lekakkan craving macam macam.
2. OMEGA GUARD- minyak ikan ni kaya dengan OMEGA 3, sejenis asid lemak baik untuk sendi, otak, jantung, rendahkan kolestrol dan membakar lemak juga.
3. ESP - minuman protein ni rendah carbo, tanpa kolestrol, rendah kalori dan pastinya membantu kekalkan jisim otot sihat serta mengenyangkan.
4. HERBLAX- julap semulajadi ni bestt gile. Memang lawas dan bersih usus u olls nanti. Jadi semakin lancar dan mudah lah proses penurunan berat nanti.

Ha.. macam mana? Dah sedia tak nak diet?
meh lah share u olls nak buat diet apa dan kenapa.

untuk dapatkan supplemen Shaklee, u olls boleh PM i ya, nanti i consult ikut keperluan dan bajet.

Lyana Mansor
fb: Lyana Mansor
untuk fast respond meh whatsapp 019 766 8945





Dec 7, 2016

Keliru buat keputusan

Cuti dah habis..!

Eh.. ramai yang tak tau yana ni sebenarnya CUTI MENJAGA ANAK sahaja. Sejak 2014 Yana cuti. so ni dah hampir tamat cuti selama 3 tahun ni.. huwaa... dalam masa cuti ni semoat lahirkan 2 orang anak..hihih. produktif sangat.

Keliru buat keputusan

Masalah utama sekarang ni, Yana keliru nak buat keputusan. Samada perlu sambung cuti atau kembali bekerja.

Untuk makluman u olls, cuti menjaga anak maksimum 5 tahun, Yana masih ada baki cuti 2 tahun jika nak ambil lagi.

Dan cuti lama, dah sedap duduk rumah je, nak main sekolah dah malas (dan takut)
Anak-anak, rumah macam mana pula. Kalau naik sekolah nanti kene lah En.Adam jaga anak anak sendiri. hihih. Yang paling tak best, sebab nanti takleh pi jalan sana sini kerana terikat dengan jadual kerja (sapa kata cikgu banyak cuti, cikgu bz u olls.. sabtu pun selalunya kerja kat jb ni)

Tapi kalau kerja, dapat duit extra. Boleh beli 10 botol vivix..! hahaha..

Apa pendapat u olls?

Istikharah

Maka, pesanan untuk diri sendiri dan u olls yang keliru, buat lah istikharah.
ni Doa Istikarah bole dibaca selepas solat naa..

Ok u olls.. yana pun tak tau keputusan apa nak dibuat. Tapai u olls follow jelah kisah yana ye.. hihih. terima kasih sebab sudi baca. 

Untuk u olls yang keliru tu, selamat beristikharah..! 

Lyana Mansor
Pengedar Shaklee Johor Bahru
Whatsapp 019 766 8945

Dec 3, 2016

Homemade Scrub Kopi

Homemade Skrub Kopi

Assalammualaikum
Kalau u olls baru Google cara buat Scrub Kopi atau khasiatnya , mesti u olls dah baca post Yana di sini kan.. Khasiat Scrub Kopi

Kali ini Yana nak kongsikan dengan uolls resipi skrub kopi yang berbeza dari sebelum ni. U olls kene try tau.. kalau tak rajin boleh beli je yang dah siap. Ramai orang jual sekarag ni. Boleh try beli kat SINI. Best dan berkesan untuk kita yang tak bape rajin ni. hahahhaa

ok ni resipi Scrub kopi yang u olls wajib try

Resipi Skrub Kopi

1/2 cawan Serbuk kopi (yang ori tau, jangan nescafe pulak)
1 sudu makan Serbuk kayu manis
1/4 cawan minyak kelapa dara (kalau takda u olls hentam jelah minyak zaitun buat spegeti tu atau minyak zaitun untuk baby)
1/4 cawan gula perang

Cara bancuh scrub kopi

1. gaulkan kesemua bahan
2. simpan skrub kopi yang lebih di dalam peti ais untuk lebih tahan lama
3. campuran ini cukup sekali guna seluruh badan dan muka

Cara gunakan Skrub kopi

1. basahkan kulit
2. ambil segenggam skrub kopi dan ratakan pada badan dan muka
3. gosok secara membulat
4. biarkan kering selama 10-15minit
5. bilas skrub kopi dengan air suam atau air biasa.
6. gunakan sabun jika suka

Rasa apa lepas guna skrub kopi ni?

rasa lembut, moist, halus je kulit.
Yang paling ketara, kulit serta merta putih tau..
Sebab segala daki mak nenenk yang selama ni tertepek tu tertanggal sedikit demi sedikit.
Kalau rajin pakai, gojes lah u olls. hehehhee
eh.. jangan lupa gosok kat celah-celahan yang gelap tu kasi cerah sikit.

ok kalau dah try buat Skrub Kopi guna resipi ni tepek lah kat blog atau timeline fb u olls ya.
Jangan lupa tag dan Share post ni di facebook atau blog u olls tau.
thanks...!
XOXO

Lyana Mansor
Shaklee Johor Bahru
Whatsapp 0197668945
fb: Lyana Mansor 
Nak beli Scrub kopi?
Klik SINI


POPULAR POST