Jul 30, 2017

KISAH BENAR: Kesusahan membakar jiwa untuk berjaya

KESUSAHAN MEMBAKAR JIWA UNTUK BERJAYA

Assalammualaikum

Jika difikirkan semula, kehidupan Kak Mel kini 360 darjah lebih baik daripada sebelum ini. Alhamdulillah. 

KISAH BENAR UNTUK BERJAYA


Teringat Kak Mel kisah beberapa tahun lepas, di awal penglibatan Kak Mel dengan bisnes Shaklee.  Pernah Kak Mel kongsikan cerita ini di Facebook satu masa dahulu.

Kak Mel hanyalah seorang guru biasa (baru posting 2 tahun), suami pun kerja biasa-biasa sahaja, dan baru mulakan hidup di JB (walaupun memang orang JB) dengan anak 3 orang waktu itu. Dengan semangat nak berjaya dan ubah nasib dan ekonomi keluarga, Kak Mel gigih dan gagahkan diri menaiki bas ke Kuala Lumpur bersama si kecil Aidil Adam untuk ke kelas Shaklee anjuran upline.Bergerak dari JB pada waktu tengah malam. Sampai di KL waktu subuh.

Seronok dapat belajar terus dari upline. Auranya pun lain rasa. Banyak ilmu Kak Mel dapat. Dan masih melekat hingga kini.

Selepas tamat kelas, masing-masing mengundur diri, begitu juga Kak Mel. Mana lagi kalau nak pulang ke Johor Tanah Tumpah darahku :D

Tunggu punya tunggu tiada pun bas atau teksi yang lalu di kawasan kedai-kedai (kawasan kelas dianjurkan). Kak Mel pun bertanyakan pada orang sekeliling. Rupanya kawasan di situ memang sukar untuk dapatkan teksi. Perlu berjalan ke jalan besar.

Maka menapak lah Kak mel sambil kendongkan di Aidil ke arah jalan besar. Panasnya Ya Allah.. berbahang-bahang. Maklumlah tengahari kan. Dan ya.. kepanasan itu bukan Kak Mel sahaja yang rasa, bahkah Aidil yang berada di dalam dakapan Kak Mel turut kepanasan. Baby kan. Bila dah panas, tak selesa, melalak lah. Menangis-nangis Aidil semasa tu. Tak selesa, panas, dan mungkin juga kehausan.

Ibu mana tak sedih. Lebih kuat Aidil menangis, lebih parah hati Kak Mel rasa. Kak Mel pun turut menangis di tepi jalan besar itu bersama Aidil sambil menunggu-nunggu teksi atau bas dan sambil berharap ada yang nak menumpangkan kami juga. (Sambil menulis ini pun, air mata Kak Mel mengalir terkenangkan saat itu)

Sambil mengelap air mata, Kak Mel bisikkan pada diri sendiri dan Aidil.

Aku akan berjaya dalam Shaklee. Aku tak akan pergi KL naik bas lagi. Aku akan naik kereta sendiri selepas ini untuk ke KL. Aku akan beli kereta dengan Bonus Shaklee aku.

Ya Allah. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika itu. Sedih, marah pada diri sendiri kerana tak usaha sebelum ni dan rasa kasihan pada anak. Macam-macam rasa bercampur baur ketika itu. Kak Mel juga rasa terbakar-bakar. Bukan kerana kepanasan ketika itu. tapi rasa hati yang membara-bara nak kan kejayaan. Rasa tak senang, dan rasa Kak Mel perlu bertindak sesegera yang mungkin untuk ubah diri. Maka, dalam kepanasan zahir dan bara di dalam hati itulah Kak Mel temui TURNING POINT.

Bukan lah Kak Mel tiada kereta ketika itu. Tetapi Kak Mel tak reti memandu dan kereta yang kami miliki ketika itu tidak boleh dibawa berjalan jauh.

Kembali ke rumah, Kak Mel tak senang duduk. Kisah siang tadi tak mahu Kak Mel ulang di dalam sejarah hidup. Cukup lah sekali itu. Kak Mel terus set kan Target dan IMPIAN. Inginkan bonus mencukupi, jenis kereta dan bulan bila untuk membeli kereta baru. Spesifik..!

Dan Alhamdulillah.Kereta pertama Kak Mel dengan Shaklee, sebuah Perodua Alza ini lah yang menjadi titik permulaan bisnes Kak Mel semakin berkembang, Dengan izin Allah.

SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGAN

bisnes part time, shaklee johor, ujian Allah, kejayaan

Allah SWT berfirman dua kali di dalam Al-Quran:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah: 5-6)
Yakin dan berpeganglah pada janji Allah.

Untuk sahabat Kak Mel, ingin Kak mel pesan. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Kerana jalan yang pahit dan berduri itu akan membuatkan kita kuat, tabah dan akhirnya dapat merasai kemanisan kejayaan itu.

Oleh itu, ingin sekali Kak Mel bantu dan bimbing sahabat di luar sana yang sedang mencari punca pendapatan tambahan dan ingin mencari SIDE INCOME. Mohon kawan-kawan PM akak Mel di Whatsapp ataupun isikan borang untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. 

InshaAllah Kak Mel akan bantu kalian untuk berjaya dan rasai setiap kejayaan yang Kak Mel telah capai.

Welcome to TEAM D'GEMS

Hubungi Kek Mel Ya.

Lyana Mansor (Kak Mel)
Shaklee Master Coordinator
fb: Lyana Mansor
Whatsapp: 0197668945

Klik sini dulu

Jun 11, 2017

GLA Complex Shaklee

MASALAH HORMON

Ramai tak sedar masalah yang kebanyakan kita hadapi ni disebabkan hormon. Selalunya, golongan yang kerap mengalami masalah hormon ni adalah

Ibu selepas melahirkan anak

Semasa kita hamil, berlaku perubahan hormon kan. Bila ibu melahirkan anak, hormon tersebur mengambil masa untuk diseimbangkan kembali. sebab tu kadang selepas melahirkan anak, kita sukar nak menurunkan berat badan. Rupanya, hromon yang tak stabil.

Wanita yang baru mendirikan rumah tangga

Perasan tak, ramaiii yang mengadu, masa sebelum berkahwin, haid ok je, stabil dan lancar setiap bulan. Badan pun selim melim. Tup tup bila mendirikan rumahtangga, 2-3bulan selepas tu haid tunggang langgang, muka naik jerawat, badan pun bagai dipam pam.

Wanita yang sedang mengambil perancang keluarga

Ni masalah besar. antara ketakutan wanita selepas mengambil perancang. Haid tak stabil. kadang haid berpanjangan, atau langsung tak dapat, atau terlalu kerap. Biasalah kan, kebanyakan perancang keluarga melibatkan hormon.

Wanita yang dalam usia Menopause

Semakin berusia seseorang wanita, semakin berkuranglah paras hormon estrogen (hormon kewanitaan) di dalam badan. Maka, mulalah badan menunjukkan tanda tanda kekurangan hormon tu. Muka berjeragat, Rahim lemah dan jatuh, Lagi parah, kalau dah mula ada tanda tanda menopause.

Wanita yang sukar untuk hamil

Dah beberapa tahun berkahwin, tapi belum ada baby lagi. Rupanya ada sesetengah orang mempunyai masalah hormon tak stabil atau PCOS.

 Hormon yang tak stabil membawa kepada masalah masalah dibawah tau.

🌷berat badan susah turun
🌷kulit kusam dan berjeragat
🌷rambut gugur, kuku kering
🌷sedang menyusukan anak
🌷mengambil perancang keluarga
🌷berat badan naik mendadak
🌷masalah senggugut teruk
🌷hampir menopause
🌷haid tak stabil
🌷sedang mencuba untuk hamil

U olls ada masalah di atas ke?

Kak Mel suggest u olls amik GLA Complex ni. Omega 6 di dalam GLA Complex membantu menstabilkan hormon. 

GLA Complex Shaklee, GLA Shaklee, EPO, EPO Shaklee, Shaklee GLA, Shaklee GLA Complex, Hormon tak stabil,jeragat, masalah haid

Meh PM untuk Kak Mel bantu


Lyana mansor 
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 019-7668945

Jun 10, 2017

Resipi Bebola Ayam super mudah

Homemade Bebola Ayam / Chicken Ball


homemade chicken ball, homemade bebola ayam, resipi bebola ayam, resipi chicken ball


Assalammualaikum u olls
Dah beberapa hari anak anak mintak Spageti, ibu je yang malas nak buat sbb banyak makanan lain kan. So buka tadi ibu rajin sikit lah buatkan spageti. Alaa takda lah rajin apanya pun kan, setakat rebus spageti dan panaskan kuah Kimball dalam botol hahaha.

Tapi, tapi Kak Mel tambahkan Bebola ayam. Homemade Chicken Ball / bebola ayam. senang sangat. Dah alang alang ada Ayam kisar dalam peti tu. Kak Mel just campak je apa yang ada. so ni lah resipinya.

Resipi Bebola Ayam/ Chicken Ball super mudah








500g ayam cincang
1 bj bawang besar
Sekeping roti (boleh ganti dengan breadcrumb)
1bj telur
Sedikit cendawan shitake (kalau suka)
Kucai/daun bawang/daun sup/daun ketumbar
Garam
Lada hitam
Sedikit minyak zaitun

Masukkan dalam food processor dan bulatkan
Bakar 5 minit (atau goreng) (kak mel guna Air fryer)

Si ayra tak makan sayur pun TEERRmakan sayur juga. Sebab dalam cikenball ni ada sayur.

Senang je kan.
Jom try



Untuk dapatkan produk Shaklee anda, Sila hubungi Kak Mel
Lyana mansor 
fb: lyana mansor 
SMS|Whatsapp|Telegram: 019-7668945

Mar 13, 2017

Shaklee di hati

Beberapa bulan ni, ramai anak cucu Dgems Empire yang buat comeback untuk berbisnes Shaklee semula.

Alhamdulillah

Banyak sangat company dan produk baru sekarang. Tapi mengapa Shaklee masih pilihan hati?

Bagi Yana personally selama 6 tahun ini masih setia dengan Shaklee kerana:

1. Shaklee Effect

Yana amalkan produk Shaklee sejak join Shaklee Mac 2011. Sejak menyusukan Aidil. Kemudian hamilkan Aina, Ali dan Alyana. Kesannya sangat kerata pada kulit, berat badan, kesihatan anak dan tentunya tahap energy. Maklumlah mak 6 anak kan. Kene lah extra energy sikit.

ni Yana belanja gambar 1st Baby Shaklee Yana, Aina Mariam

anak shaklee, shaklee baby, baby shaklee, shaklee effect, aina mariam

2. Syarikat yang diyakini

Shaklee belanjakan berbillion dollar tau untuk membayar bonus pada pengedarnya dan menghabiskan berjuta dollar setahun untuk penyelidikan.

Di Malaysia sendiri, ramai telah menjadi pengedar selama hampir 30 tahun. Dan yes, Shaklee tak pernah gagal untuk membayar bonus kepada pengedar pengedarnya.

Alhamdulillah, Yana sendiri dah merasai bonus 3-4-5 angka dari Shaklee sejak 2011. Tetntunya sangatttt membantu menambah pendapatan keluarga yana.

3.Selamat dan Berkesan

Antara sebab yang paling banyak yana terima dari anak cucu Dgems, bila mereka kembali dan berpaling pada Shaklee semula ialah kerana, Shaklee sangat berkesan.

Bila mencuba produk lain, bermacam macam produk, akhirnya kembali menggunakan produk Shaklee.

Di Shaklee, kami menekankan kepentingan nutrisi yang sihat. Bila badan mendapat nutrisi yang diperlukan, tentunya setiap sel tubuh akan bekerja dengan optimum . kan...

4. Aura Positif

Ni paling best. Sepanjang berbisnes Shaklee ni, Yana punya ramai kawan yang positif. Yang saling menyokong, memberi tunjuk ajar dan saling memberi semangat.

Kami juga belajar banyak benda baru, cara marketing, cara penulisan, kerohanian dll. Yang mungkin Yana takkan dapat belajar jika Yana tak kemal Shaklee dulu.

banyakk lagi nak cerita kat u olls tapi nanti lah next post ya.

kalau u olls perlukan consultation untuk pelbagai masalah kesihatan, boleh Whatsapp Yana di SINI ya

Lyana Mansor
019-7668945
fb: Lyana Mansor




Jan 15, 2017

Kerosakan DNA akibatkan KANSER. Dapatkan VIVIX

Assalammualaikum korang semua..

harini yana nak cerita sikit pasal kerosakan DNA ni.. dan bagaimana ia mengakibatkan KANSER. Ramai yang ambil mudah pasal DNA, sebab benda kat dalam kan.. tak nampak. Orang lagi peka tentang kedutan, kecantikan, pemutihan kulit. Sampai lupa unit asas kehidupan yang satu ni.

DNA vs KANSER vs TELOMERE

vivix shaklee, kanser, vivix untuk kanser, shaklee johor bahru

 

Tahu tak.. Pada hujung DNA kita ni ada 'cap' yang melindungi DNA, namanya Telomere.
Semakin pendek Telomore ni, semakin rosak lah DNA tu. Alhamdulillah, DNA kita boleh repair sendiri. Dan Telomere pun akan recover semula.

Tapi..!
Selalunya DNA yang repair tu dipengaruhi juga oleh faktor luar seperti tekanan, free radikal dll.
Jadi, kemungkinan ada rantaian DNA yang tersilap.

Nah.. Masa ni lah start pembahagian sel ABNORMAL yang dinamakan SEL KANSER. Maka, merebak lah sel kanser ini bila lebih banyak mitosis (pembahagian) sel berlaku.

VIVIX MEMBANTU

Pengambilan RESVERATROL bersama POLIFENOL membantu pemulihan DNA dan mengelakkan kerosakan DNA akibat Free Radical.

Nak cantik,nak sihat, nak muda, nak sembuh, perlu rawat dan cegah dan lindungi dari peringkat DNA.

VIVIX adalah satu satunya minuman botani di dunia yang mempunyai Resveratrol dan Polifenol di dalam satu botol.

Untuk konsultasi dan order, sila hubungi Yana ya
Whatsapp
019 7668945
fb: Lyana Mansor

Jan 11, 2017

Nak atau taknak? Apa yang terbaik untuk kita?

Taknak, tapi dapat

Selalu tak, korang taknak sesuatu, tapi dapat juga benda tu.
Contoh,
taknak terperangkap dalam kesesakan lalulintas, tapi tetap kene hadap juga.

atau

Taknak lah dapat customer yang cerewet, yang lambat lambat bayar
eh.. tapi yang datang kepada kita semua customer yang jenis macam ni..

Kalau dalam hukum Law Of Attraction, apa yang kita fikir, yang kita fokus, itu yang kita dapat.
Asik dok ulang dalam diri, di mulut, di akal taknak benda tu..
end up, dapat juga. hehhee

so hati hati naa dengan apa yang kita fikir

Nak, tapi tak dapat

Tapi, selalu juga kan, yang kita nak, tapi kita tak dapat pun. Tapi, kita dapat benda yang lain. Mungkin benda yang kita taknak, atau benda yang hampir dengan apa yang kita nak.

Padahal, kalau ikut hukum Law of Attraction, apa yang kita nak, kita fokus, akan datang pada kita. Tapi kenapa tak dapat?

Yang terbaik untuk kita

U olls..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Kadang kala, apa yang kita NAK tu  bukan yang terbaik untuk kita. Boleh jadi ia membawa kemudaratan pada kita.

Contoh:
Kita nak membeli rumah di sebuah perumahan baru, rumah landed, rumah pun besar, tapi jauh dari tempat kerja.

Bila try apply, loan tak lulus pula.
kita kecewa
mungkin Allah taknak kasi ada rumah , kita fikir

U olls.
boleh jadi kalau kita berjaya beli rumah tu, kita akan kerap lewat ke tempat kerja, kerena jarak yang jauh.
Mungkin juga kos hidup akan meningkat sebab akan melibatkan lebih kos minyak, tol dan tentunya masa.
Atau mungkin juga kita belum bersedia untuk mempunyai komitmen membayar ansuran rumah yang tinggi setiap bulan.

naaahh.. nampak tak contoh tu.
Yang kita nak belum tentu terbaik untuk kita.
Mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita.

Jalan terbaik

Macam Yana sendiri, Allah telah lorongkan untuk kembali mengajar. Walaupun pada awalnya Yana rasa hmmmm... tak bersedia

Surprisingly, bila dah masuk sekolah, eh.. kehidupan lebih terancang rupanya. Bukan lagi banyak masa, tapi sebab sekarang terpaksa gunakan masa denagn optimum.

Kalau dulu, boleh tangguh tangguh. Sekarang kene buat cepat. tak boleh tangguh.

Sekarang, nampak dah hikmah, kembali mengajar.

Jangan buruk sangka pada Allah

jadi u olls, kalau datang ujian pada kita, jangan sesekali berburuk sangka pada Allah. Allah Maha Bijaksana. perancanganNya tentunya yang terbaik untuk kita. Yang penting, teruskan usaha dan jangan berhenti berdoa dan meminta padaNya.

Salam sayang
Jangan lupa follow Yana di Fb: Lyana Mansor

Jan 6, 2017

Kerap demam? Anda boleh amalkan ini.

KERAP DEMAM

Dulu,encik suami Yana hampir SETIAP BULAN akan DEMAM tau.

Dan lagi kebetulan, waktu demam sama pula dengan Anniversary lah, Birthday Yana lah, Birthday nak laah. Pandai kan demam tu
Tapi sejak Yana kenal Shaklee, Yana berikan abang Supplemen Shaklee juga. Untuk kurangkan masalah demam ni.

Alhamdulillah, sekarang Encik suami jarang dah demam. Setahun mungkin ada 2-3 kali je. Beza sangat kan dengan dulu.

Antara supplemen yang yana berikan pada abang

NUTRIFERON

Supplemen untuk BOOST IMMUNE ni dihasilkan dari kajian selama 40 tahun tau. Tentunya produk ni sangat berkualiti dan sangat berkesan. Boleh diamalkan seisi keluarga termasuklah anak-anak.Bila rasa-rasa nak demam tu, makan je 1-2 sachet insahAllah , dengan izin Allah, tak jadi demam.

Baca lebih tentang Nutriferon di SINI

VITA C

Kajian membuktikan, pengambilan Vitamin C setiap hari akan menurunkan kekerapa jatuh sakit akibat demam tau. Bestnya Vitamin C Shaklee adalah ia diperbuat daripada JAGUNG dan mempunyai teknologi Sustained Release dan dilepaskan sedikit demi sedikit di dalam darah selama 5 jam.

VITALEA

Multivimin TERTUA di dunia ni lengkap dengan 28 Vitamin dan Mineral yang sering kurang di dalam diet harian kita. Bila cukup nutrisi asas, tentunya tubuh kita dapat bekerja dengan optimum kan. Sangat best untuk energy juga tau.

Mudah kan. Amalkan 3 Vitamin ni je, boleh kurangkan banyakkk masalah kesihatan tau.

U olls atau ahli keluarga ada masalah kesihatan ke?
Izinkan Yana bantu
Whatsapp yana di 019-7668945

Permulaan baru, Sekolah baru

Assalammualaikum sahabat Yana

Hampir sminggu dah kita memasuki tahun 2017 kan
kejap je masa berlalu

Maka hampir seminggu lah juga Yana dah kembali bergelar guru

PERMULAAN BARU

Ya.. 2017 ini adalah permulaan baru bagi yana
Kalau dulu semasa bekerja, yana ada anak 4 orang. Mengajar pun subjek KHB je (ops.. bukan lah senang sangat tapi sebab KHB ni banyak yang di apply dalam life, jadinya mudah nak fahamkan)

Yana melapor diri ke JPNJ pada 29 DEC 2016, dan seperti tertera dalam surat, Yana mula melapor diri pada 1 Januari 2017. Taraaa... Yana dapat Reposting ke SMK Taman Mount Austin. (kalau cuti lebih setahun, nama floating, takda di mana mana sekolah, so kene lah reposting)

ok..nanti kita sambung lagi naaa




POPULAR POST