Sep 23, 2015

Tips melahirkan anak #1

Tips melahirkan anak #1

Assalammualaikum semua
Tips ni saya dah share kan dalam fb, maka wajib lah dalam blog juga kann. InshaaAllah saya akan postkan tips-tips secara berperingkat. Semoga bermanfaat kepada sahabat-sahabat semua.

Senyum

Saya bukan nak kata beranak tak sakit. Tipuuu lahhhh. Tapi setiap kali saya masuk LR nak melahirkan anak-anak ni saya akan senyum dulu.

Jaga mind set

Benda pertama saya pastikan adalah saya buat persediaan mental. Taknak fikir sakit, takut, ngeri, jerit, jahit dll. Saya akan fikirkan bayi yang comel yang bakal saya lahirkan nanti.

Banyakkan berzikir

Dan yang pasti, saya taknak bazirkan tenaga saya dengan menjerit, menangis dll. Lebih elok kita sebagai Umat Islam, banyakkan berzikir dan bernafas dengan baik dan tenang.

Elakkan mendengar cerita negatif tentang kelahiran

Jadi ibu-ibu dan bakal ibu, elakkan mendengar cerita-cerita yang menakutkan tentang kelahiran. Masuk LR dan alaminya sendiri. By hook or by crook walau bagaimana pun cara anak dilahirkan, si kecil itu pasti kena keluar juga.

Nahh, tips-tips mudah kan, tapi ramaii yang tak buat tau. Harini saya dah 37week. Beberapa hari/minggu lagi untuk melahirkan anak ke 6. Wish me luck semua..

Dapatkan tips dari saya?
Fb: Lyana Mansor
PM atau WA 012-7470856

Sep 10, 2015

Apa itu MLM ? Beza Shaklee dengan MLM lain..

Apa itu MLM, apa sebenarnya MLM
MLM


Assalammualaikum dan selamat pagi. 

Bila berbicara mengenai MLM ramai yang skeptikal dan menganggap perniagaan MLM Zalim, menindas, menipu.
Ya saya juga merasakan itu sebelum pembabitan saya dalam bisnes Shaklee, juga kerana pernah punya pengalaman pahit dengan syarikat MLM lain.

Pandangan saya mula berubah apabila semasa saya ingin mendaftar sebagai ahli, saya diberitahu bahawa untuk menjadi ahli Shaklee, saya hanya perlu membayar RM65 sahaja (ketika itu), tiada pakej-pakej pangkat tertentu dan tiada keperluan untuk membuat pinjaman.

Apa itu MLM?
MLM adalah singkatan kepada Multi Level Marketing, atau Pemasaran Berbilang peringkat. Konsep MLM secara amnya ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada upline dan downline (yang membentuk network). Menjalankan perniagaan menjual/mengedarkan produk kepada pengguna.

Di dalam perniagaan MLM yang menepati konsep MLM sebenar, tidak ada istilah pairing, cari dua ahli sahaja, beli pangkat, yang ada ialah, upline perlu membantu seberapa ramai downline untuk berjaya sepertinya. Bergerak bersama untuk mengukuhkan organisasi. 

Bila organisasi semakin besar, semakin kukuh, maka banyaklah ganjaran-ganjaran yang akan diberikan oleh syarikat kepada pengedar-pengedar yang mencapai kriteria tertentu. Maka siapa yang kerja lebih, akan dapat lebih. The more you give, the more you get back. 

Adil kah?
MLM yang adil adalah MLM yang memerlukan semua orang bermula dari bawah. Dari sifar. Maka adil lah jika semua terpaksa belajar benda yang sama, pelan pemasaran, pengetahuan produk, kekuatan syarikat, kelebihan produk.

Dan MLM yang adil, pastinya tidak membezakan setiap pengedarnya samada pengedar biasa, pengedar perpangkat rendah, atau berpangkat sederhana terutama dari segi harga. Di Shaklee, harga ahli untuk keguanaan sendiri sama sahaja dengan harga ahli pangkat tertinggi, Master Coordinator, tiada beza. Yang membezakan adalah sejauh mana usaha dan keinginan untuk mengembangkan organisasi dan mencapai keperluan kenaikan pangkat untuk mencapai ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh syarikat. Adil lah kan? Semua orang punya peluang yang sama untuk berjaya. 

Cerita lagi tentang MLM Shaklee? tunggu entry seterusnya ya..

Kebenaran kan mudah, tiada yang terselindung.

Nak join Shaklee, hubungi saya
Lyana Mansor
Shaklee Master Coordinator
D'Gems Empire
Whatsapp 019-7668945

Sep 3, 2015

9 fakta tentang Vitalea for Children yang perlu anda tahu



Ada yang tanya tetang Vitalea For Children ni, meh saya terangkan secara ringkas

1. Rasa apa? 
-rasa yogurt anggur sedappppp..!

2. Besar mana?
-leper dan sebesar duit syiling 5 sen sahaja

3. Macam gula-gula kah?
-yup, macam gula-gula tetapi mengandungi MULTIVITAMIN dan TIDAK merosakkan gigi.

4. Rasa macam ubat tak?
-tidak, rasa sedapp sampai mak pun rasa nak makan sekali

5. Untuk apa?
-untuk cukupkan nutrisi harian anak, membantu menambah selera makan dan membantu meningkatkan kekuatan sistem imun anak

6. Berapa biji sebotol?
- 60bj

7. Harga?
RM 117.66 tak termasuk pos

8. Berbaloi kah?
-sangattt berbaloi, cuba dulu baruuu tahu.

9. Ada diskaun?
PM akak..

Fb: Lyana Mansor
D'Gems wellness

Elakkan sembelit semasa berpantang



Ramai yang mengalami masalah sembelit  semasa berpantang. Lagi-lagi anda yang pertama kali bergelar ibu dan mengalami luka episiotomi.

Sembelit semasa berpantang memang menyiksakan. Saya sendiri pernah alaminya selepas melahirkan anak pertama dulu.

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa tips dan panduan kepada ibu-ibu dan bakal ibu untuk mengelakkan masalah sembelit selepas melahirkan nanti.

1. Minum air yang mencukupi
Dalam keadaan sihat, kita perlukan 8 gelas air sehari. Kini selepas melahirkan dan tentunya menyusukan bayi, anda perlukan lebih lagi. Minum lah air putih atau air herba yang disediakan ibu-ibu anda. Kebanyakan orang-orang tua akan menyukat pengambilan air bagi mengelakkan rahim kembang. Untuk mengatasi masalah itu, saya cadangkan anda minum segelas air setiap jam. 

2. Makan cukup serat
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara buah yang boleh anda makan adalah betik dan oren. Dan sayur yang boleh anda amalkan sawi, lobak putih, pegaga. Serat membantu melancarkan pelawasan anda. Selain itu anda boleh dapatkan serat daripada oat, cereal dan minuman seperti horlick.

3. Jangan paksa..!
Jangan paksa najis untuk keluar. Anda akan lebih tersiksa jika dubur anda bengkak atau menjadi buasir. Bila sampai seru untuk membuang, duduklah di mangkuk tandas, tinggikan sebelah kaki dan tarik nafas melalui hidung dan hembuslah nafas melalui mulut. Bernafas lah dengan tenang dan panjang. Ingat.. Jangan paksa.

4. Makan pil lembutkan najis
Kebanyakan hopsital akan bekalkan anda pil lembutkan najis. Tetapi awas..! Jangan kerap amalkan kerana ia akan menyebabkan usus anda bergantung kepada pil tersebut untuk membuang. 

5. Bergeraklah
Bergeraklah. Jangan duduk atau baring sahaja semasa berpantang. Pergerakan anda akan membantu usus anda untuk bekerja juga. Jalan lah di sekitar rumah (bukan shopping complex yaaa).

6. Amalkan ostematrix
Selepas saya mengenali Shaklee, saya mengamalkan Ostematrix. Bukan sahaja untuk mengelakkan sakit-sakit badan selepas bersalin, mengurangkan kesakitan rengat malah Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu menggalakkan peristalsis usus dan sekaligus mengelakkan sembelit. Kini operasi membuang lebih lancar dan perut pun lebih selesa.

Ostematrix juga didatangkan bersama Post Natal set Shaklee (set bersalin). Cubalah sebotol, anda pasti jatuh cinta.
*ostematrix boleh diamalkan semasa dan selepas hamil, semasa berpantang dan sepanjang masa.



Khas untuk anda yang membeli Set Hamil atau Set Berpantang pada bulan September sahaja, sempena ulang tahun ke 100 Vitalea, Shaklee menawarkan SEBOTOL VITALEA EXTRA secara PERCUMA. 



Untuk dapatkan tawaran ini, sila hubungi saya

Fb:Lyana Mansor
D'Gems Empire




POPULAR POST