Dec 5, 2015

Suka suki 2015

Assalammualaikum
Sekejapan dah masuk bulan terkahir tahun 2015 kan. Tahun ini macam-macam berlaku. Suka, duka, beranak, dan lain-lain.

Tahun 2015 kami suami isteri memulakan perniagaan pusat cuci kereta (car wash). Bermodalkan tabungan dari bonus Shaklee, suami meneruskan hasrat beliau. Pelbagai cabaran, pancaroba, sepak terajang dunia perniagaan yang kami lalui. Tak lupa juga kenalan-kenalan baru, networking yang meluas dan perkongsian pelbagai pengalaman dari pelbagai golongan pelanggan yang datang.

Alhamdulillah, kami bertahan selama hampir 10 bulan. Satu-satunya car wash bumiputera di kawasaan itu. Tetapi,akhirnya kami terpaksa hentikan perniagaan akibat kurang tenaga kerja dan tidak mampu lagi menampung kos overhead yang tinggi. 

Untuk anda yang ingin mencuba bisnes car wash, atau ingin berkongsi pengalaman dan mendapatkan nasihat, boleh hubungi suami yana, Aiman Adam.

2015 juga menyaksikan kelahiran puteri kami yang ke 4, anugerah Allah yang ke 6, Alyana Aisyah. Mudah mengandungkan Alyana, tetapi kelahiran Alyana berbeza daripada 5 kelahiran sebelum ini (nanti yana ceritakan dalam entry lain ya)

Tahun 2015, anak sulung yana, Ainul Mardhiah masuk darjah 1. Seronok kakak dah sekolah. Terasa cepat sangat waktu berlalu. Anda-anda yang ikuti yana dari fotopages dulu pun mesti rasa yang sama kan. Dah besar dah kakak Ainul, dah pandai tolong ibu mandikan adik, basuhkan yak adik, kemas rumah dan bercita-citanak tolobg ibu memasak. Makin banyak akal pun ya juga. 😂😂 

Ainul memasuki sesi persekolahan talnpa tahu membaca. Berdebar ibu. Hehee. Alhamdulillah, di akhir sesi sekolah 2015 Ainul sudah pandai membaca dan mengira dengan lancar. Ada sebab Allah kurniakan kita anak yang perlukan lebih perhatian kan. Jadi sepanjang tahun 2015 Ainul lebih mendapat perhatian untuk diajar. Tetapi disebabkan yana sangat garang, jadi kami ajar guna cara lain. Contohnya, membaca signboard kedai atau tepi jalan, membaca senikata di TV, dan minta Ainul mengajar adik-adik.

Tahun ini juga inshaAllah kami akan berpeluang mengerjakan Umrah dan Ziarah bersama Shaklee. Kali ini, kami akan ziarah ke Abu Dhabi dan Dubai, seterusnya ke ziarah Madinah, mengerjakan ibadat Umrah di Mekah dan transit sebentar di Jeddah. Doakan kami ya sahabat-sahabat semua. 

Perjalanan bisnes Shaklee kami pun ada pelbagai warna. Pelbagai isu timbul baru-baru ini. Tetapi tidak menggoyah semangat kami untuk terus berjuang dan berjaya bersama Shaklee. 

Untuk sahabat-sahabat yang masih tercari-cari peluang menambah pendapatan keluarga, atau mencari peluang berbisnes daripada rumah, anda boleh hubungi yana untuk yana bantu anda.

Fb: Lyana Mansor
Whatsapp|Telegram: 012.7470856

No comments:

Post a Comment

POPULAR POST