Dec 9, 2018

Petua RAWAT BATU HEMPEDU

Batu hempedu, batu Karang dalam hempedu, vivix

PETUA RAWAT BATU HEMPEDU

Bukan dari saya tapi dari Dr Hamid Arshat. 

Beliau kongsikan dlm fb. 

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones).

1) Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

2) Hari ke-6, jangan makan malam (dinner).

3) Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulfat) yang boleh dibeli di farmasi.

4) Pukul 8 malam, ulang kembali makan garam Epsom.

5) Pukul 10 malam, campurkan 1 cawan (250 ml) minyak zaitun (olive oil) atau minyak bijan (sesame oil) dengan jus lemon. Kemudian minum.

6) InsyaaAllah, keesokan paginya, sewaktu buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

Boleh rujuk:

https://m.facebook.com/hamidarshat45/photos/a.175387909181916.50349.119929718061069/488579041196133/?type=3

Gambar ehsan HARIAN METRO


Makan MINYAK IKAN sebelum zumba


Bakar lemak, pecah lemak, minyak ikan, lincirkan sendi, omega guard, Shaklee jb
Ya Allah.. Makan omega sebelum workout Atau zumba Atau aerobik Atau buat kerja rumah.

Lencunnn dengan peluh..

Omega Guard, selain fungsinya melancarkan darah, mengurangkan keradangan, melincirkan sendi, menyihatkan jantung, mencantikkan kulit, juga bantu kawal selera makan dan mempercepatkan pembakaran lemak.

Bagus kan

Meh Dapatkan sebotol dua
Sesuai untuk sesi keluarga
Sebotol 90biji
RM136

Wasap Kak Mel tau
Klik je link ni

#kakMelShaklee
#kakmelKajol
#shakleejb
#pengedarshakleejohorbahru
#pengedarshakleetebrau
#supplemenkeluarga
#dgemswarrior
#dgemsempire
#teamdgems
#minyakIkan
#bakarlemak
#ibuanak7

Aug 11, 2018

Anak ke 7 : Muhammad Adeeb Aysar

Assalammualaikum korang. Kak mel nak perkenalkan anak ke 7 Kak Mel,
MUHAMMAD ADEEB AYSAR. Maksud nama baby,

Adeeb: yang berakhlak, yang beradab
Aysar: Yang Kaya

Kalau korang follow Kak Mel di facebook memang hampir setiap hari kak Mel akan update tentang baby Adeeb.

Adeeb lahir pada 9 Jun 2018 pada 1.21 pagi di Hospital Sultan Ismail, JB dengan berat 2.55kg. Alhamdulillah habis dah tempoh berpantang dan Kak Mel akan mula berkerja semula selepas cuti Raya Haji ni.

Dan tentunya sepanjang di dalam tempoh berpantang hingga sekarang Kak Mel makan produk dan supplemen Shaklee. Maklum lah anak ada jaundice tak boleh nak makan jamu-jamu kan. Syukur Kak Mel memang amalkan supplemen Shaklee sepanjang menyusukan, mengandung dan berpantang sejak anak ke 3 lagi.

Ok lah meh layan gambar Adeeb ya.

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Adeeb dah besar

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Mata besar, sama macam kakak dan abangnya

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Pipi pau

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Adeeb kalau tidur memang lenaaa sangatttt

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
budak debab. berat dah 4.68 dah semasa 2 bulan.

set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set penyusuan shaklee, milk booster, shaklee johor bahru
Suka senyum. dah pandai ajak main



Ibu nak dapatkan supplemen Shaklee?
Hubungi Kak Mel ya
Whatsap di SINI

Lyana mansor
fb: lyana mansor
SMS|Whatsapp|Telegram: 011.6368.8249

Feb 18, 2018

PENGALAMAN NGERI MELAHIRKAN ANAK

PENGALAMAN NGERI MELAHIRKAN ANAK

FIKIR DAN CAKAP YANG BAIK

Ngeri baca kisah bersalin di sebuah group.
-nurse naikkan kaki sampai bahu
-nurse Naik atas perut
Dan macam-macam kisah menakutkan
Sejujurnya Kak Mel Tak pernah melalui pengalaman ngeri begini sepanjang melahirkan 6 orang Anak di hospital kerajaan.
Alhamdulillah.
Dan Kak Mel percaya nurse Dan bidan di hospital pun takkan tergamak melakukan demikian pada ibu-ibu kerana mereka juga seorang Ibu.
Kini di kebanyakan hospital kerajaan, Ada ramai bidan yang membantu ibu di saat melahirkan. Dan yes.. Kak Mel selesa bersalin dengan bantuan bidan kerana mereka memang pakar Dan terlatih.
Untuk Ibu yang mungkin pernah lalui pengalaman ngeri bersalin di hospital kerajaan, mungkin akan berasa serik.
Tetapi satu yang Kak Mel pegang dari dulu hingga sekarang, jika Kita permudahkan urusan orang, InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan Kita. Jika Kita fikir dan bercakap yang baik, InshaAllah yang baik akan datang kepada Kita.
Apa pengalaman u olls? Jom share



Feb 17, 2018

Kehamilan ke 7

KEHAMILAN KE 7

Hamil anak ke 7

Alhamdulillah. Allah beri keizinan untuk Kak Mel kembali merasa tendangan-tendangan comel di dalam rahim ini.

Hamil di usia 30an bukan lah perancangan Kak Mel, sebab sejak dahulu lagi telah Kak Mel target untuk mengandung dan melahirkan secepat dan seramai mungkin sebelum umur 30. Dan Alyana Aisyah anak Kak Mel yang ke 6, Kak Mel lahirkan semasa berusia 30. Ngam ngam je kan.

Tetapi setelah Alyana genap berusia 2 tahun, tup tup nak dapat adik pula. Hehehe. Alhamdulillah. I is ok aje. Memang kak Mel suka mengandung dan beranak pun. Hehehe. Ada lah peluang lagi nak cium baby baru lahir.

Rezeki itu Allah datangkan dalam pelbagai bentuk kan. Anak, selain adalah amanah dan ujian, juga adalah salah satu pembuka pintu rezeki. Ramaiiii orang di luar sana yang susah nak hamil dan sedang TTC, yang sering keguguran dan yang masih belum punya anak walaupun berbelas tahun berkahwin.
Untuk kita yang mudah sangat hamil ni, mengapa perlu bersedih dan takut jika kembali hamil walaupun anak masih kecil? 

Tentunya sahabat semua ada sebab sendiri kan. Antara sebab yang popular yang sering Kak Mel dengar adalah:

1. Anak masih kecil. Tak larat jaga.

Pengalaman Kak Mel sendiri membesarkan Ainul, Ayra dan Aidil yang lahir setahun sekali, LEBIH MUDAH sebenarnya. Sebab penatnya sekali harung. Mandikan sama, beri makan sama, ajak tidur sama, bermain pun bersama-sama.

Terus terang Kak Mel lebih rela begini berbanding dah rilex-rilex anak dah umur 2-3 tahun tup-tup dapat adik lagi. Hihihi. Terpaksa harung sekali lagi. (lain lah anak dah besar-besar, ada assistant)

 2.      Ekonomi belum kukuh

Seperti yang Kak Mel tuliskan di atas, anak ini salah satu pembuka pintu rezeki. Yes.. itulah berlaku pada kami, semakin bertambah anak, semakin melimpah rezeki Allah beri. Alhamdulillah. Perlu diingat, rezeki bukan sahaja duit. Gaji yang berkat, jiran yang baik, anak yang sihat dan mudah dijaga, suami yang rajin dan urusan yang mudah itu semua pun rezeki.  

3. Nak jaga Kualiti

Haaa yang ni Kak Mel ramai jumpa juga. Terutama golongan educated. Ehehe. Hairan juga kerana kebanyakan kita dahulu pun lahir dari keluarga besar, adik beradik yang ramai dan rapat. Apakah kita tidak berkualiti?? Hihih..

Apapun, semua ini adalah pandangan peribadi Kak Mel sendiri. Sahabat Kak Mel semua pun tentu ada pandangan sendiri kan.


Jan 15, 2018

Welcome 2018

Assalammualaikum

Lama dah Kak Mel tak menulis di blog ini.

Untuk pengetahuan sahabat semua, kak Mel sudah kembali mengajar setahun yang lepas. (saja nak ingatkan ahahah)

Oh yes.. tentunya kembali menggalas tugas seorang guru menjadikan Kak Mel kian busy.  
Anyway, terima kasih untuk sahabat yang masih mengambil berat.

Tahun 2017 bila Kak Mel kembali mengajar, Alhamdulillah, diberi kepercayaan untuk mengajar sains di sekolah yang baru. Science is my passion. Dan seronok dapat mengajar sains setelah sekian lama posting. Tapi dengan subjek yang berbeza, di sekolah yang berbeza juga, tanggungjawabnya tentulah berbeza kan. 

Tambahan pula, 2017 anak-anak kak Mel 3 orang bersekolah rendah.

Dan tahun 2018 ini, Aina Mariam mula bersekolah tadika. Maka bukan ibu sahaja sibuk, ayahnya pun super duper sibuk. 

Untuk yang mengikuti Kak Mel tentu tahu, yang suami Kak Mel adalah seorang Work At Home Dad. Beliaulah tukang hantar dan ambil anak, tukang dan pos produk Shaklee.


Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis disini. Kak Mel akan cuba kembali berblog seperti 6-7 tahun dahulu. Hehehe. Harap u olls boleh berikan support naa. Do follow me. muahhhh

POPULAR POST