KEHAMILAN KE 7
Hamil anak ke 7
Alhamdulillah. Allah beri keizinan untuk Kak Mel kembali
merasa tendangan-tendangan comel di dalam rahim ini.
Hamil di usia 30an bukan lah perancangan Kak Mel, sebab
sejak dahulu lagi telah Kak Mel target untuk mengandung dan melahirkan secepat
dan seramai mungkin sebelum umur 30. Dan Alyana Aisyah anak Kak Mel yang ke 6,
Kak Mel lahirkan semasa berusia 30. Ngam ngam je kan.
Tetapi setelah Alyana genap berusia 2 tahun, tup tup nak
dapat adik pula. Hehehe. Alhamdulillah. I is ok aje. Memang kak Mel suka
mengandung dan beranak pun. Hehehe. Ada lah peluang lagi nak cium baby baru
lahir.
Rezeki itu Allah datangkan dalam pelbagai bentuk kan. Anak,
selain adalah amanah dan ujian, juga adalah salah satu pembuka pintu rezeki. Ramaiiii
orang di luar sana yang susah nak hamil dan sedang TTC, yang sering keguguran
dan yang masih belum punya anak walaupun berbelas tahun berkahwin.
Untuk kita yang mudah sangat hamil ni, mengapa perlu
bersedih dan takut jika kembali hamil walaupun anak masih kecil?
Tentunya sahabat semua ada sebab sendiri kan. Antara sebab
yang popular yang sering Kak Mel dengar adalah:
1. Anak masih kecil. Tak larat jaga.
Pengalaman Kak Mel sendiri membesarkan
Ainul, Ayra dan Aidil yang lahir setahun sekali, LEBIH MUDAH sebenarnya. Sebab
penatnya sekali harung. Mandikan sama, beri makan sama, ajak tidur sama,
bermain pun bersama-sama.
Terus terang Kak Mel lebih rela begini
berbanding dah rilex-rilex anak dah umur 2-3 tahun tup-tup dapat adik lagi.
Hihihi. Terpaksa harung sekali lagi. (lain lah anak dah besar-besar, ada
assistant)
2. Ekonomi belum kukuh
Seperti yang Kak Mel tuliskan di atas, anak
ini salah satu pembuka pintu rezeki. Yes.. itulah berlaku pada kami, semakin
bertambah anak, semakin melimpah rezeki Allah beri. Alhamdulillah. Perlu
diingat, rezeki bukan sahaja duit. Gaji yang berkat, jiran yang baik, anak yang
sihat dan mudah dijaga, suami yang rajin dan urusan yang mudah itu semua pun rezeki.
3. Nak jaga Kualiti
Haaa yang ni Kak Mel ramai jumpa juga.
Terutama golongan educated. Ehehe. Hairan juga kerana kebanyakan kita dahulu
pun lahir dari keluarga besar, adik beradik yang ramai dan rapat. Apakah kita
tidak berkualiti?? Hihih..
Apapun, semua ini adalah pandangan peribadi
Kak Mel sendiri. Sahabat Kak Mel semua pun tentu ada pandangan sendiri kan.