Sep 12, 2020

RESIPI CINNAMON BREAD + GARLIC BREAD ala Dominos Pizza

MENU MINUM PETANG

garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor


Petang ni Kak Mel buat roti ala-ala dominos Pizza
Sedappp
Berebut anak-anak7 makan
Laki kata lagi sedap dari Dominos
Yelah tu
hahahaha
Ni resipinya
Kak Mel masak selalunya campak2 je
Ni tulis resipi Agak2 gitu lah yg aku campak πŸ˜‚
InshaAllah jadi

RESIPI ROTI

Resipi roti
1peket yis segera
1/2 cawan air suam
1sd gula
Gaul semua ni
Tambahkan
1/2 peket tepung gandum
1sdt garam
4sd susu tepung
Gaul semua.
Last sekali tambah minyak 1/4cawan
Tambah air jika perlu
Lembik sikit takpa
Biarkan kembang.
Dah kembang, tumbuk keluarkan angin
Bahagi dua, bentukkan
Letak dalam loyang.
Sapu topping
Bakar 25 minit
180 darjah
garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor

garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor


RESIPI TOPPING

Topping garlic

1sdb butter cair (ibu pakai marjerin)
Sedikit daun ketumbar hiris halus
Sebiji dua bawang putih cincang
Gaul semua sapu atas roti.

Topping cinnamon

1sd Gula perang
2sd serbuk kayu manis
Gaul dan tabur pada roti yang dah sapu butter

RESIPI SOS

Sementara roti masak
Boleh buat sos

Sos blackpepper
garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor

1sd butter cairkan + 1/2sd tepung gandum
Masak sekejap
Masukkan
1cwn susu segar
3sd sos tiram
1sd serbuk lada hitam halus
Garam secukup rasa
Masak sampai pekat dan mendidih. Tambah air jika perlu, ikut pekat mana korang nak
Boleh tambah chicken stock. Kat rumah habis.

Sos manis
garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor

1/2 cwn susu segar
4sd gula
1sdt Esen vanila (tak letak pun takpa)
Masak semua sampai larut
Masukkan
1sd tepung jagung bancuh ngan sikit air.
Biarkan pekat dan mendidih.
Siap 🍞🍞🍞🍞🍞🍞

Korang try lah
Simple-simple je

takut gemok?
lepas makan telan OMEGA GUARD SHAKLEE
settle 😝😝😝

korang nak order?
Sebotol hanya RM136 sahaja

meh klik link ni ya untuk order





garlic bread, cinnamon bread, resipi roti,  omega shaklee, omega guard, shaklee johor







Apr 2, 2020

Doa untuk anak-anak

Doa anak soleh, doa untuk anak

Alhamdulillah
Dah 16 hari berkurung di rumah disebabkan perintah kawalan pergerakan (pkp).

Hari ini kami sekeluarga berpuasa.
Anak-anak sedikit melepek harini sebab 1st day puasa kan. Tapi bersemangat nak ikut puasa esok.

So sepanjang berpuasa ni aku ajak anak-anak buat amalan-amalan sunat seperti solat sunat tahajud, dhuha, tidur tengahari (Qailullah) , zikir, tadarus dll.

Setiap kali solat pasti ada doa untuk anak-anak ibu.

Ya Allah, tiada daya dan upayaku melainkan atas izinMu. 
Ya Allah, bantulah aku dan suamiku membesarkan anak-anak kami dengan baik 
Jadikanlah anak-anak ku
Ainul Mardhiah
Ayra maria
Muhamad Aidil adam
Aina mariam
Muhamad ali asyraf
Alyana Aisyah
Dan muhamad Adeeb Aysar
Menjadi anak yang soleh dan solehah 
Fasihkanlah lidah mereka membaca ayat-ayatMu
Tajamkanlah akal mereka memikirkan kebesaranMu
Kurniakanlah kejayaan, kebahagiaan dan kecemerlangan kepada anak-anak ku dalam kehidupan di dunia dan di akhirat 
Jadikanlah aku dan zuriat keturunan ku keturunan yang mendirikan solat dan keturunan yang mentaatiMu dan RasulMu 
Ya Allah
Perelokkanlah akhlak anak-anak ku
Jadikanlah mereka anak yang berbudi pekerti dan berahlak mulia, anak yang hormat pada ibu bapa, guru-guru dan orang tua.

Aamiin.

Doa ini, aku amalkan sejak anak sulong aku, Ainul dalam kandungan, hinggalah sekarang. Bezanya, hampir setiap tahun bertambah nama anak. Hahahahha

Thanks semua sebab sudi membaca. 😘

#ibuanak7

POPULAR POST