Feb 9, 2023

BERJAYA TURUN 11 KG DENGAN INTERMITTENT FASTING

Cerita tetang Intermittent Fasting ni, i pun nak share pengalaman i. 

I pernah berjaya turun 11kg dengan Intermittent Fasting tau ! banyak weiii. u olls boleh lihat perbezaan dalam gambar ni. Baju yang sama tau. 



I start serius nak turunkan berat badan sejak akhir Oct 2020, masa tu rasa tak boleh jadi ni, badan pun makin besar (sejak inject depo). Selalu pula kene asthma attack

Jadi i buat Intermitten Fasting dan OMAD (nanti i cerita dalam next post). Supplemen Shaklee pun makan cam omega, vitalea (wajib ni utk lengkapkan keperluan nutrisi), b complex (utk regulate metabolisme) dan tentunya vitamin C. 

2 bulan tu i turun 6 kg dengan Intermittent Fasting. Alhamdulilah.

Dari berat badan 83kg, turun ke 77kg. 

Kemudian, bulan Dec2020 jumpa geng buat Keto (low carb. nanti i cerita next post juga) i gabungkan sekali dengan Intermittent Fasting.  Sangat beekesan dan.. 

Turun lagi berat 7kg !

Bukan senang ya i nak turunkan berat badan terutama selepas dah beranak 7 ni. Cabaran paling besar tentunya di rumah, bersama suami dan anak-anak. Yang faham tu faham lah kan hahah.

Tapi pada i, Intermittent Fasting adalah kaedah penurunan berat badan yang palinggg mudah yang i pernah buat. Lebih senang tak makan berbanding nak fikir menu apa nak makan 😝

Sekali kita pernah berjaya, insha'Allah mudah untuk dapat rentak semula. Sebelum puasa 2023 ni nak habiskan puasa ganti dan sambil Intermitten Fasting juga. mudah...

Ok u olls dah malam ni nak berehat dulu. Tunggu next posting ya i akan cerita detail. 

oh ya.. yang masih tak tahu apa itu Intermittent Fasting boleh baca di SINI ya


 







Feb 7, 2023

PROJEK BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE

 Assalammualaikum..

Ya Allah.. lama sungguh tak update blog. Lebih 2 tahun ...!

Kalau rumah ni, dah berhabuk tebal dah. Terima kasih kepada para pengunjung blog ini yang masih sudi berkunjung walaupun i dah lama tak update blog. Sayang korang !

Di tahun baru 2023 ni i join projek Group Euphoria Shaklee. 

PROJEK BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE

Berblog berjemaah ni semangat lah sikit kan sebab ada task dan idea penulisan. InshaaAllah lah hidup sikit lah blog i ni..

Oh ya.. i masih berbisnes Shaklee ya. Walaupun sibuk dengan kerjaya hakiki sebagai seorang guru dan tanggungjawab hakiki sebagai seorang ibu anak 7, tapi inshaAllah i masih lagi dapat consult customer Shaklee dan bimbing downline yang masih berminat.

Nak order Shaklee? Nak Bisnes Shaklee meh wasap i naaa

Klik SINI

Jumpa lagi di post akan datang ya u olls

POPULAR POST