Jun 24, 2011

Puasa tanpa risau susu merundum - Khas buat ibu menyusu

Tak lama lagi dah masuk Ramadhan kan...korang dah wat stok EBM? Yana? ade lah sikit..hehhehe....nak kene beli storage bag..botol tak cukup dah..huhuhu..

OK..ibu2... mesti risau camner r milk production bulan pose ni nanti..Insyaallah Shaklee leh membantu..jom kita ikuti pengalaman momma mia..

Alhamdulillah... dengan izin-Nya, momma dah jumpa "perisai" untuk menggantikan puasa. Last week, momma puasa Isnin & Khamis. Alhamdulillah, dengan izin-Nya momma berjaya menggantikan puasa 2 hari tanpa risau milk supply merudum.

Isnin, 21.6.2010
  • 2x pumping di office and 1x direct feeding (ni pun sebab lil Dzakirah merajuk tak nak EBM after long weekend)
  • Pengambilan masa sahur : Nasi berlauk + set B + fresh milk bercampur kurma + 7 biji kurma
  • Berbuka : Nasi berlauk + 3 biji Kurma + ESP + Performance Drink
  • Hasil pump 1 hari : 8oz + 5.5oz = 13.5oz
- Hasil pump sesi pagi -
- Hasil pump sesi petang -
Khamis, 24.06.2010
- Hasil pump 3x di office -
- Hasil pump sesi pagi, 7.5oz -
- Hasil pump sesi tengahari, 6oz -
- Hasil pump sesi petang, 5.5oz -
Bukan sahaja susu tidak merudum, malah susu momma lebih pekat. Warna susu juga kekadang ada kekuningan or kehijauan. Selain itu, badan kurang letih. Paling best momma dah kurang terbelit-belit.... heheh sembelit laa. Lil Dzakirah juga semakin berselera minum EBM. Dulu mula-mula 2-3oz jer. Sekarang 3.5oz mesti. Alhamdulillah semuanya dengan izin-Nya. Pengambilan supplement antara ikhtiar momma. Selepas 1 minggu amik ESP momma terus jatuh chenta & terus order satu canister dengan Cery. Since untuk puasa momma tambah pengambilan performance drink pulak. ....Bukan nak promote or nak kata makan supplement confirm susu bertambah... tetapi bila kita istiqamah makan supplemen + jadual pumping kerap (min 6x 1 hari), badan jadi tak stress, hepie jer, insyaAllah... dengan izin-Nya automatik badan kita boleh produce susu tanpa masalah.... dengan syarat jangan lupe doa dan tawakal... dan pk positif!!




Itu dia pengalaman Momma Mia... menggantikan puasa tanpa mengalami masalah susu merudum..InsyaAllah..berbekalkan usaha dan fikiran positif..semuanya boleh...


Kredit


Boleh melihat semula..Alhamdulillah...

As Salam..kembali lagi pagi ini...

Kali ni yana share satu lagi most powerful potion dari Shaklee....VIVIX... Jom tgk ape kak N cakap

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu.
Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.
Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.
Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

Bagi yang ingin mencuba Vivix, boleh sms di 012-7470856 atau emailkan saya di lyana_um[@]yahoo.com untuk mendapat harga yang istimewa.




EPO ke GLA??????

As Salam semua...Kali ni Yana nak share tentang GLA..lagi supplement Shaklee yang yana tak pernah share dalam blog ni rasenye...

Suplemen Evening Primrose Oil, atau dengan nama singkatan nya EPO, amat masyhur di kalangan wanita. Ada yang menggunakan sejak dari muda, ada yang mengamalkan bila dah berusia, terutama apabila hampir-hampir menopause, dan tidak kurang juga yang menggunakan setelah berumah tangga, untuk menstabilkan hormon kewanitaan. Pendek kata, ada sesetengahnya yang berkata, "Kalau tak ambil suplemen lain pun takpalah, asalkan jangan skip makan EPO". Begitu sekali impak EPO kepada kaum wanita!

Di Shaklee, kami tidak mempunyai vitamin yang di panggil EPO, namun, Shaklee ada vitamin yang lebih baik daripada EPO, yang dikenali sebagai GLA Complex. Owh ya, dalam GLA Complex ini, turut ada kandungan Vitamin E dan Minyak biji matahari.

Kenapa kami konfiden yang GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran? Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA -gamma-linolenic acid. Sedikit petikan daripada NCCAM.


* Evening primrose oil is extracted from the seeds of the evening primrose. *
Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening. Evening primrose oil contains gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid. Essential fatty acids are required by the body for growth and development, and must be obtained from the diet.

Jadi, apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex nie?



  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid(sakit sendi)
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

  • *Source : Shaklee Malaysia


    Kredit
    Jom tengok testimoni...kredit to k.cery


    sesape yg kat sini xpernah try GLA patut try ekkk....sbbnya kulit rs smooth n skin better much better.....sy dh try result dia sgt okies......tq Cery MamaFaiz...:)
    20 hours ago · · ·

    • Raihan's Shaklee likes this.

      • Azrin Mohd yeke?tak penah try lg...hehehe...nak beli jugak lah...
        20 hours ago ·



      • Hadhatina Mkb setuju dgn Zuera, hadha dulu sblm pregnant ni, GLA Complex adalah antara vitamin wajib. Pertama - utk regulate balik kitaran period yg tak betul lepas bersalin. Kedua - utk hilangkan kesan berminyak yg merimaskan pd kulit wajah (dgn gabungan vit c, b complex dan ESP). Mmg puas hati!
        19 hours ago · · 2 people

    Jadi untuk anda2 yg mahu kelihatan cantik dan berseri..  B Complex, Vitamin C dan Vitamin E  +GLA (1 botol) .Jika anda berminat, sila dapatkan konsultasi dari saya cara pengambilan yang betul dan saya berikan Tips Terkini untuk keberkesanan pengambilan vitamin terutama mereka yang impikan kulit wajah yang bersih dan berseri.



    Jun 23, 2011

    Perasan...!

    Haishhh...susah btol kalau ade orang perasan ni kan...geram pu ade..kalau orang cakap memang takmo nak dengar...nak wat tak tau pun tak boleh juga...kang lain yang jadi pulak..huhuhuuh...

    sapo plak yang perasan ni??????
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    v

    MUHAMMAD AIDIL ADAM

    si budak kenit ni lah sape lagi..haish..sejak masuk 6 bulan ni semakin lasak..merangkak ke sana ke mari..pegi dapaur, pergi bilik, kadang2 nak pi toilet gak...seb baik lom masuk lagi...pastu tangan tu pulak mecapai, masuk je ape benda suma dalam mulut...

    tapi yang paling buat ibu risau, sebab aidil sudah reti memanjat. berdiri kat tepi sofa ni pastu perasan dah beso, kasi lepas2 tangan sebelah pulak...dan pusing2 tengok ayah, ibu atau kakak...pastu...jatuh...! ini yang ibu nampak..yang ibu tak nampak dah banyak dah..huhuhuuhh...

    pastu pandai pulak sekarang nak turun katil dan sofa..diunjur kakinya dulu ke bawah..pastu menggelongsor sampai turun....pastu sambung balik kerja die meneroka rumah...huhhuu...

    *gambar takde..takpe nanti aku amik video ok..hiihihi....




    Jun 21, 2011

    Buasir semasa hamil

    Memang banyak ragam semasa mengandung ni..Muntah-muntuh dan loya adalah perkara biasa bagi kebanyakan ibu. Ada juga yang sampai tak boleh nak bau makanan, tak boleh bau badan suami, tak boleh makan makanan kegemaran dll..Ada pula tu yang kene macam2 penyakit semasa hamil ni...time ni lah nak jadi kencing manis lah..darah tinggi lah,..gigi rosak lah, buasir lah, athma lah dll..

    Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak, yana sihat dan tak banyak masalah kesihatan kecuali athma (memang ada sejak kecik)..

    Tapi macam mana ibu2 diluar sana?

    Kali ini Yana nak kongsi tentang masalah buasir yang yana percaya terjadi pada banyak ibu2 mengandung...dan tak mengandung jugak..hehhehe

    Apa itu buasir?

    Buasir atau Haemorrhoids adalah pembengkakan pada vena yang terdapat pada rektum atau dubur. Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu di dalam atau terkeluar daripada dubur. Buasir, terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.

    Faktor-faktor punca buasir

    • Sentiasa duduk (kurang pergerakan)
    • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
    • Cirit-birit berpanjangan
    • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
    • Bersalin
    • Mengangkat berat
    • Batuk yang teruk dan berpanjangan
    • sembelit

    Simptom-simptom


    • rasa sakit yang berdenyut-denyut.
    • pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
    • darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
    • gatal-gatal di sekitar dubur.
    • pembengkakan dubur.
    Punca Buasir bagi ibu mengandung dan bersalin
    • Peningkatan hormon progesterone mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan.
    • Pembesaran janin dalam rahim akan menekan saluran darah pada kawasan rektum (dubur) menyebabkan ia mula membengkak.
    • Tekanan semasa proses meneran semasa bersalin (so kene ikiut teknik pernafasan yang betul ye)
    • Melakukan kerja berat
    • Kurang gerakan fizikal akibat penambahan berat badan

    Cara Mengatasi dan rawatan
    • elakkan sembelit, makan dengan seimbang dan perlu pengambilan serat dalam diet seharian.
    • Minum banyak air kosong. minum juga jus buah-buahan
    • Jangan duduk lama2 dalam tandas (heheh)
    • Bergeraklah, terutama jika pekerjaan kita memerlukan kita duduk sahaja(i cikgu..hehe)
    • Bernafaslah dengan betul, semasa mengangkat benda berat, hembuskan nafas dan jangan tahan nafas.
    • Dapatkan rawatan segera jika batuk, cirit birit dan sembelit..
    • elakkan minuman berkafein
    Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk ibu hamil yang mengalami buasir
    • Ostematrix- kandungan kalsium dan magnesium di dalam ostematrix membantu peristalsis (pergerakan) usus dan sekaligus mencegah sembelit
    • Zinc- membantu mempercepatkan penyembuhan luka (jika buasir telan berdarah)

    Dapatkan supplement anda di SINI

      Ambulans

      As salam semua..

      Semalam ada pelajar pengsan selepas dapatkan suntikan HPV..so yana kene bawak pi hospital HSI naik Ambulans (cikgu de ni jakun skit sbb 1st time nek ambulans..hhehhee)
      Syiok juga naik ambulans ni...terus berjalan walau traffic light lampu merah pun..tapi sayang sesetengah warga Malaysia ni sgt2 tak prihatin..langsung tak bagi jalan pada ambulans..huhuhuhuh...dan hampir2 semalam ambulans ini dilanggar oleh kereta..huhuhuh...

      Alhamdulillah..amoi si anak murid yana tak apa2..cuma takut kerana kena injection, mengakibatkan si amoi pitam, sesak nafas dan kejang...

      Semalam adalah pengalaman...pertama kali naik ambulans, pertama kali membawa pelajar ke hospital, dan dimana dapat kekuatan mendukung pelajar dari blok bawah ke blog atas...

      Sungguh bila dalam keadaan terdesak semua adalah mungkin..kan..kan...

      Berharap hidup selancar perjalanan ambulans adalah tidak mungkin...kerana
      "Barangsiapa yg Allah mahu kebaikan untuknya,
      nescaya DIA akan mengujinya dgn kesusahan"
      haha..sebelum merepek baik berhenti di sini....xoxo


      Jun 11, 2011

      Apa nak buat bila anak demam, batuk atau selsema?

      Minggu lepas Aidil demam...3-4 hari juga lah demam..dah mesti r ayah ibunye ni gabra..sebab anak2 yana ni sangat2 jarang demam...ni pun pertama kali Aidil demam lama camni...tapi alhamdulillah semua dah ok...tapi berat aidil turun sudah.. 6 bulan ni timbang berat cuma 7.48kg..kesian anak ibu...demam nak pandai merangkak rupanya...sekarang merangkak sangat laju dan dah pandai duduk dengan tegak dan memanjat...

      untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, disarankan mengambil lebih vitamin C...kalau u alls makan vit c shaklee, boleh patahkan 2 dulu ye sebelum telan..kerana vit C shaklee yang special ni ada time release...maknanya vit C akan dibebaskan beransur2 di dalam badan..so badan kita sentiasa mendapat bekalan vit C... jadi kalau kita patahkan badan akan mendapat kesemua vit C tu yang mempercepatkan proses penyembuhan...

      ok meh kita tgk tips lain untuk anak2 yang demam, selsema dan batuk

      credit to kak N dan kak cery

      First time mother : anak demam macam mana nak buat?
      Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
      • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
      • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
      • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
      • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
      • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


      Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....
      Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan



      .

      Untuk menguatkan antibodi anak-anak dan membekalkan mereka dengan khasiat dan nutrisi yang mencukupi (terutama anak-anak yang tidak menyusu ibu lagi) anda boleh menambahkan sesudu Meal Shake ke dalam minuman harian mereka .

      Jun 10, 2011

      Sedikit pelaburan untuk kesihatan anak-anak

      As salam semua..jom baca 6 fakta tentang meal shake
      • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals.Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
      • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
      • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
      • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
      • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
      • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
      *kredit to kak cery

      nahhh..banyak kan khasiatnya..berbaloilah dengan sedikit pelaburan kita untuk anak-anak... bila anak-anak sihat, keluarga pun bahagia..kan..kan...malah meal shake pun sangat sesuai untuk semua peringkat umur terutama ibu yang menyusukan bayi..

      bagi yana meal shake ni sangat berguna terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.. Seperti Ainul dan Ayra, mereka lebih banyak bermain dan sangat susah dipujuk untuk makan... Jadi dengan menambah Meal Shake ke dalam susu atau jus, Yana dapat pastikan mereka mendapat khasiat yang mencukupi setiap hari untuk pertumbuhan mereka..

      ok..sekarang, jom kita tengok apa kata kak cery


      saya berikan ke anak saya sejak umurnya 2 thn (time ni dah stop breastfeed..dan si Faiz ni plak tak mkn sayur buah.. agak cerewet..maka utk pastikan beliau memperoleh nutrisi yg cukup.. maka sy berikan MealShake ... Seminggu kasi 3-4x pun dah memadai..takyah hari2.. Alhamdulillah sy puas hati dgn pembesaran Faiz dan beliau jarang demam.. kulit pun cantikkk.. Mealshake ni bukan lah utk menambah selera mkn je... ianya sesuai gak utk kanak2 yg obese... Kerana mealshake ni lengkap dgn nutrien yg diperlukan badan.. secara tak lanngsung,apabila badan cukup dgn zat2 yg diperlukan.. takdela nak mkn merapu2.. Memangla suplemen tak bole menggantikan makanan harian.dah nama pun supplemen..ianya hanya makanan tambahan.menampung mana2 yg kurang je. :-)
      Dan dari puan Lia

      jom baca testimoni Kak Ayu (ofismate saya tentang anak sedaranya yang baru 3 minggu mencuba Shaklee Mealshake..)..
      "Sebelum ni Alif kalo makan dia mesti tunjuk 4 jari dia..maksudnya, cukup 4 kali (4 suap) dah tak nak makan dah..bukan sebab dia ada cacing ke ape ke..tapi memang dia taknak makan .. pastu badan..alahai kurus kering je..umur 4 tahun..anak-anak orang lain umur 4 tahun semua berisi..dah ler makan 4 suap je, pastu takde ulang2 dah makan..haiii...risau dibuatnya..kang tak cukup zat lar..kang terbantut lar perkembangan otak ke ape ke.. tapi, AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake, Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat.. sekarang ni bila waktu makan, dia dulu duduk di meja makan..kalo dulu panggil makan dah duduk kat meja makan pun tengok makanan je..masaklar sedap macamane pun dia cam takde selera nak makan..sekarang ni makan nak, siap kadang2 tu mintak makan walaupun baru few hours lepas makan..AlhamduLILLAH..."

      itu hanya sebahagian dari testimoni..nanti akan dishare lagi ye...

      nak rasai pengalaman seperti yana dan mereka...jom belikan Meal Shake untuk anak-anak...


      Jun 2, 2011

      Meal Shake untuk semua...

      As Salam semua...

      Tadi tgk kat wall ieda...amsyar demam...kesian kan kalo anak2 kecik ni demam..nak kasi ubat sgt pun tak bagus sebab mereka kecil lagi...anak2 aku? alhamdulillah jarang kene sakit2 ni..

      So aku suggest Meal Shake pada ieda...


      mari kita bace apa kate mommy lyna tentang meal shake

      Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.

      Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.

      Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

      * Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
      * Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
      * Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
      * Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

      Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

      Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

      Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

      * Kanak-kanak
      * Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
      * Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
      * Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
      * Warga tua

      Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.

      pergh..tinggi betul cita-cita....macam2 nak jahit...

      As Salam semua...dan selamat pagi (ceh macam kat kelas lah pulak)

      Aku ni takleh tido..berpinar kepala otak ni dok pikir jek..

      kan dah lame aku tak menjahit..(ade lah jahit bantal dan keychain felt orang order).. maka dengan itu tangan ini sudah gatal lah nak jahit (konon nak tunggu mesin jahit baru..lambat beno..awok tak sabo nak jahit ni)hahaha...

      So benda yang menyebabkan kepala otak ni berpinar adalah bila fikirkan baju anak2 aku...aku cam biase lah tak beli sgt baju2 ni..beli tima raya je pun..banyak yang orang bagi lah mase buadak2 ni lahir..ade gak r sikit2 beli pakaian untuk basahan...

      tapi semalam terbaca dalam surat kabo pasal sorang budak ni ade banyak baju branded..( idok lah aku nak baju camtu gak)..maknya pun suka pakaikan baju lawo2 kat anak2...so anak nampak comel jek sentiasa...cam best kan

      so aku plan..sedikit demi sedikit aku nak buang baju budak2 ni yang dah kembang semangkuk tu..dan dah pudar kaler dan dah terpalut dengan susu coklat rendam kat clorox pun tak tanggal..dah yang dah bertahi lalat syarifah Aini tu...

      jadi baju2 itu akan aku gantikan dengan baju yang akan aku jahit sendiri...plannye..seminggu satu pasang baju untuk anak2... kali ni takmo baju seksi meksi..nak baut baju muslimah skit..so leh pakaikan ayra dan ainul tudung..(ainul suka sgt pakai tudung..tapi ayra leceh sikit..so kene train de dr sekarang)

      ala2 baju camni


      atau camni


      *gambar ihsan dr en.google

      comel kan...akan adalah sikit2 dress yang aku akan buat.. dan sekali dengan sepit rambut atau cekak rambut (ni yg best ade anak perempuan ni..heheheh)...mesti comel ainul dan ayra pakai...hehehhehe (verangan jap)

      Untuk Aidil? anang irau (jgn risau dlm bahasa iban).. aku akan buatkan seluar..dan kasut..hehehhe...(setakat ni dah ade 2 helai seluar yg aku jahit..dan 1 pasang kasut)

      cita-cita tinggi sungguh nak penuhkan almari anak dengan baju yg dijahit sendiri (ade sorang minah saleh tu wat camni tau..tu yang nak wat juga...) insyaallah..sikit2 lama2 jadi bukit kan..

      oh tak lupa juga nak buatkan mereka telekung..budak2 ni kalo kite solat suka sgt nak ikut..siap nak pakai tudung segala (sbb takda telekung kecik)..takpe anak2 ibu sayang..nanti ibu jahitkan sorang satu yer...)hehehe

      (tinggi kan angan2..hahaha)

      untuk ibunye..nak jahit baju kurung sendiri banyak2 untuk kerja..sebabnya kebanyakkan baju yang aku ada dari zaman sekolah dan matrikulasi..huhuhu...8-9 tahun lepas tu...hukhukhuk...

      juga untuk en.Adam...nak buatkan boxer, seluar pakai kat rumah, nak belajar jahit kemeja, buatkan baju raya...dll..hhehhee

      untuk rumah pulak..nakkkkkkkkkkkk sgtttttttttt2 buat cadar quilt...(tapi of coz lah kene kesabaran yang tinggi)..tapi kalo tak dapat, buat baby quilt pun jadi lah..leh r si Aidil buat golek2...kan..kan...

      ok tu je dulu coretan pasal angan2 aku.lega dah cite kat sini (sume org dah tido..nak cite kat sape kan...) u alls doakanlah aku jadi rajin ye,..hehehhe...dan semoga impian aku ni tercapai...amin....

      POPULAR POST